Tuesday 24 December 2013

Bab 1 & 2 : Cinta Kita


Bab 1

I wish I am a kite.. Flying freely in the open sky

“Kau nak ke mana tu?” Tegur Ira rakan serumahnya.
Road Trip. I need a break.” Jawab Qistina ringkas sambil mula bergerak ke arah pintu rumah.
Ira yang dia kenali semenjak zaman universiti dan yang kini sudah empat tahun menjadi teman serumahnya hanya mengangguk apabila mendengar jawapan Qistina walaupun dia tak tahu Qistina nampak anggukkannya itu atau tidak. 
‘Ini mesti kes jiwa kacau ni.’ Ira berkata dalam hati. Patutlah sehari dua ini dia perhatikan sahabatnya itu banyak termenung jauh. Entah apalah pula yang bersawang di kepalanya itu.
 Walaupun mereka berkawan baik, Qistina memang tidak pandai untuk berkongsi masalah dengannya. Dia lebih suka menyelesaikannya sendiri. Ira yang sudah cukup faham akan perangai Qistina itu tidak banyak bertanya. Mereka pun bukan budak-budak lagi. Masing-masing sudah cukup matang.
“Berapa lama kau nak pergi ni?” Ira menyoal.
“Boring nanti aku baliklah.” Jawab Qistina sambil tersenyum.
Soleil macam mana?” Soal Ira lagi.
“Kaukan ada? Kau tolong manage ya?” Qistina meletakkan kedua tangan di bawah dagunya, sambil mengelipkan matanya.
“Comel la sangat tu kan? Kau tu memang. Suka buat benda tiba-tiba.” Marah Ira.
Qistina mencebikkan bibirnya.
“Ala.. aku tahu kau ada. Itu yang aku tak risau tu. Kau boleh uruskan Soleil dengan sebelah mata aja.” Pujuk Qistina.
“Hmm..Pandailah kau tu. Dia nak berjalan bukan nak ajak kita.” Ira pula mencebik bibir.
“Laa, kalau aku ajak kau, maknanya kita kena tutup Soleil tu pulak nanti and we can’t afford that. At least for another 2 years, kita tak boleh suka-suka nak tutup kedai. Kan dah janji?”
Hmm.. Ya lah aku tahu. So, anything outstanding? Ada event bookings yang belum diconfirmkan ? Are we expecting any book deliveries?” Ira memang Ms Organiser. Dia tak suka surprises.
“Hmmm... tak ada. Everything is in order, at least until next week, and I will be back by then,  InsyaAllah.” Qistina pula Ms. Organiser kuasa dua! Dia lagi lah pantang. Sebab itu mereka sahabat dunia akhirat. 
“Ok, hati-hati memandu, jaga diri, jaga makan, jaga solat.  Call aku kalau ada apa-apa.” Panjang lebar nasihat Ira.
“Baiklah, nenek kebayan.” Bertambah lebar senyuman di wajah Qistina.  Betapa sayangnya dia pada sahabat dia yang seorang ni. Ira dipeluknya erat. 
“Aku jalan dulu. Assalamualaikum.” Qistina memberi salam sambil melangkah keluar menuju ke kereta Vios merahnya.
“Qis,” Seru Ira dari pintu utama.
“Ya?” Qistina menoleh.
“Ingat, surah Al Baqarah ayat 286; Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya.” Ira sekadar mengingatkan sambil tersenyum. Harapannya semoga ayat itu dapat memberi Qistina kekuatan dan ketenangan.
 Qistina mengangguk sambil membalas senyuman sahabatnya itu.
Thanks.” Jawab Qistina sambil melangkah masuk ke kereta.

Qistina duduk diam memerhatikan layang-layang yang bagaikan sedang menari di langit nan biru.  Deruan angin sepoi-sepoi bahasa di pantai Cherating itu menambahkan lagi lenggokkan lemah gemalai si layang-layang.  Lepas bebas di angkasa. Bahagia sungguh kelihatannya. 
‘Alangkah seronoknya jika dapat terbang bebas seperti itu.’ Betapa Qistina mencemburui kebebasan layang-layang itu.
Pandangannya kemudian dibawa ke arah pantai. Riuh kedengaran suara anak-anak yang sedang mengemudi layang-layang.  Memandangkan ketika itu musim cuti sekolah maka ramailah ibu bapa yang mengambil peluang untuk membawa anak-anak datang bercuti di sini.
Laut lepas di hadapannya juga dipandang dengan penuh ketenangan.  SubhanAllah, memang dia sangat suka melihat laut. Satu ciptaan Allah yang sangat mendamaikan hatinya.
Kini, sudah dua hari dia berada di situ.  Selesai urusan daftar masuk di chalet pilihannya, dia terus menghabiskan masanya di pantai. Kalau waktu pagi, dia akan membaca novel, tengahari matanya tertumpu ke iPadnya dan di kala petang hari, dia membaca tafsir Qurannya.  Itu menjadi rutinnya semenjak dia di situ .  Makannya hanya di kala dia terasa lapar. Makan bukanlah agenda utama jika dia keluar bersendirian begini.
Sedang dia leka membaca novel di tangan, tiba-tiba dia terasa seperti ada yang menolaknya dari belakang.
“Oops! Sorry!” Kedengaran satu suara kecil. 
Qistina menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang menolaknya. Biarpun sebenarnya tolakan itu tidaklah sekuat mana, tapi terlepaslah juga novel yang sedang dibaca dari pegangan.
Tersenyum Qistina melihat empunya suara itu. Comel sungguh gerangannya. Sesuai sangat dengan suara. Berambut panjang diikat tocang dua, bermata bulat dan berkulit putih gebu. Umur pula agaknya dalam lingkungan tujuh tahun.
It’s ok. Tak sengajakan?” Soal Qistina sambil menguntum senyuman buat si kecil.
“Tak. Husna memang tak sengaja. Husna nak kejar rama-rama tu...” Terjuih bibir Husna ke arah rama-rama yang telah hilang entah ke mana.
“Oh... mengejar rama-rama rupanya.” Mata Qistina juga mencari rama-rama yang sedang dikejar Husna. Ternyata rama-rama itu sudah hilang dari jangkauan mata mereka.
   “Eh, Husna ke pantai dengan siapa ni?” Dia bertanya sambil kepalanya menoleh ke kanan dan ke kiri.
Dia cuma nampak Husna ini keseorangan. Takkan budak ni seorang diri dekat tepi pantai sebegini? Dari gaya pakaian Husna, dia macam bukan budak-budak dari kampung ini. Baju gaun labuh berwarna hijau berbunga kecil itu membuat dia bertambah comel.
“Husna dengan Papa. Tuuu, dia ada kat chalet tu...” Terjuih lagi bibirnya.
Kepala Qistina menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Husna itu. Chalet yang hanya terletak selang enam buah dari chaletnya sendiri.  Kelihatan seorang lelaki sedang leka membaca di beranda.  Tetapi lelaki itu mengangkat mukanya seketika seakan menyedari bahawa ada mata yang sedang memandangnya. Dia melambai Husna dan Husna membalas lambaian itu dengan penuh semangat sambil tersenyum lebar.
“Itu Papa.” Kata Husna dan Qistina sekadar menganguk.
Dia ingin menyambung bacaannya tapi Husna seakan tidak bergerak dari situ. Husna memandang tepat ke wajah Qistina. Ditenungnya lama. Kemudian terbit satu senyuman yang sangat manis dari bibir si kecil ni.
‘Hmmm...takkan nak shoosh dia? Tak baik la pula kan?’ Qistina berbisik di dalam hati.
Auntie, are you alone?” Soal si kecil.
Yes.”
“Auntie dah berapa hari kat sini?”
“Dua.,”
“Husna pula dah berapa hari kat sini?”
“Hmm.. kami baru sampai semalam. Kami dari KL. Auntie dari mana?”
“Auntie pun dari KL juga.”
“Auntie bercuti ke?”
“Ar ar.”
“Oooo… sama macam Husna. Husna cuti sekolah sebab tu Papa bawa Husna datang sini.”
Qistina mendengar dan mengangguk tanda faham. Petah sungguh si Husna ni.
“Hmm... Auntie pun macam Papa suka reading.”
“Oh ya? Reading is a good habit.”
“Husna tak suka membaca.. macam boooooring jer.”
Qistina tergelak kecil.. alahai budak ini.
“Auntie dah breakfast?”
“Belum.”
“Eh, kenapa belum? Tak elok tau kalau skip breakfast. Papa kata it is not good for you.”
And your Papa is right.”  Qistina tersenyum lagi. Novelnya ditutup dan diletak ke tepi. Macam tak ada harapan nak membaca dah nampaknya.
“Husna breakfast apa tadi?” Seronok pula rasanya bila ada rakan berbual.
Cereals with chocolate milk. Yummy!”  Ceria sungguh dia bercerita.
“Auntie nak tak? Husna boleh ambilkan. Kat chalet kita orang ada banyak cereals. Ada Cocoa Crunch, ada Corn Flakes, ada Honey Star. Boleh makan with chocolate or strawberry milk. Auntie nak?”
It’s ok. Thank you but Auntie belum lapar,” Jawab Qistina sambil tersenyum.
Husna diam seketika. Matanya memandang laut lepas di hadapan mereka.
“Hmm.. Auntie suka laut tak?” Soalan seterusnya dari Husna.
“Suka.”
“Husna pun suka. Kalau dapat mandi laut, lagi Husna suka!” Bersinar mata bulat Husna.
“Kenapa tak pergi mandi laut?” Qistina menyoal.
“Ala... Papa suruh tunggu dia. Dia kata dia kena siapkan kerja dia dulu. Tak best la Papa ni. Cuti-cuti pun dia bawa kerja dia.” Keluh Husna.
Qistina tersenyum lagi. Patuhnya Husna menunggu Papanya walau nampak jelas di mata Husna yang dia sudah tidak sabar ingin mandi laut. 
Tiba-tiba Qistina terdengar satu suara garau sedang berdeham. Pantas Qistina menoleh ke belakang. Pantas juga dia membetulkan tudungnya yang entah sudah bagaimana rupa dek ditiup oleh angin.
“Papa!” Husna sudah tersengih memandang lelaki itu.
“Husna ganggu Auntie ya?” Papa Husna bersuara sambil matanya memandang Husna dan kemudian beralih ke Qistina sambil tersenyum dan mengangguk kepala. Ada maaf di sebalik pandangan matanya.
“Tak ada lah. Mana ada? Err.. Husna tak ganggu Auntie kan?”  Polos muka Husna bertanya.
Qistina menggeleng sambil tersenyum untuk membalas senyuman yang diberi.
“Ok. Cukuplah tu. Say good bye to Auntie and lets go” Papa Husna bersuara lagi.
“Alaa.... Husna nak cakap-cakap dengan Auntie lagi.  She’s pretty kan, Papa?”
Alahai Husna.  Serta merta darah menyerbu pipi Qistina.
“Husna.” Papa Husna dah berbunyi tegas.
Husna buat muka kasihan. Qistina tersenyum memandang wajah comel itu. Dia terperanjat bila Husna tiba-tiba datang untuk bersalam dengannya. Dia lagi terperanjat bila Husna tiba-tiba memeluknya! Mata Qistina membulat kerana terkejut tetapi tangannya naik juga mengusap lembut rambut Husna.
Bye Auntie. Assalamualaikum. I pray that I get to see you again.” Bicara akhir Husna sambil dia memeluk Qistina.  Dia berlalu selepas pelukan itu terlerai.
Hati Qistina sedikit terusik mendengar doa Husna. Kepetahan dan sifat manja Husna menambat hatinya yang memang suka dengan berdampingan dengan kanak-kanak.
I am sorry if she was disturbing you. ” Papa Husna memohon maaf.
Qistina menoleh memandang Papa Husna.
No. Don’t worry. She was not. Your daughter is such an angel.” Balas Qistina.
That, she is. Assalamualaikum.” Papa Husna mengangguk tanda setuju lalu mengatur langkah menuruti anaknya.
Mata Qistina mengikuti sebentar langkah kedua beranak itu.

Keesokkan paginya, sekali lagi dia terserempak dengan si kecil itu. Dia yang sedang bersarapan di hadapan kolam renang bersama novel di tangan, tiba-tiba terdengar satu suara yang seakan memanggilnya.
“Auntie! Auntie!”
Suara itu bagaikan pernah didengar lalu dia mengangkat muka dari bacaannya. Qistina terus tersenyum apabila dia melihat tuan punya suara yang sedang berenang dengan pelampung di dalam kolam renang. Husna sedang berenang menuju ke tebing tepi kolam yang paling hampir dengan tempat duduknya. Qistina melambai Husna dan lambaian itu dibalas penuh teruja oleh si comel.
“Assalamualaikum and good morning Husna.” Ucap Qistina bila Husna sudah tiba di tebing.
“Waalaikumsalam. Good morning Auntie.”  Husna sudah menompangkan kedua tangannya di tepi kolam mandi.
“Auntie tak mandi?” Soal Husna.
Qistina menggeleng.
“Kenapa? Best pool ni. Jomlah Auntie.”
Qistina menggeleng lagi.
“Auntie nak membaca. Husna enjoy yourself ya?” Novel di tangan dinaikkan sedikit supaya Husna nampak.
“Auntie baca buku apa tu? Buku semalam ya?”
“Ya. Buku yang sama.” Buku yang terbantut bacaannya akibat pertemuannya dengan Husna semalam.
“Ooo…. Hmm.. Auntie dah pernah mandi pool tak? Best tau Auntie”
Sekali lagi Qistina terpaksa menutup buku di tangan. Buku itu diletakkan di atas meja.
“Mana lagi seronok, mandi pantai or mandi kat pool?” Soalnya kepada Husna.
“Hmm….”
Rupa Husna yang sedang berfikir itu mengalahkan muka tuan hakim ketika menjatuhkan hukuman. Qistina menahan gelak.
“Hmm… dua-dua best kot!” Husna menjawab dengan sengihan lebar.
‘Ya Allah, comel sungguh budak ni’ detik hati Qistina.
“Kalau kena pilih? Yang mana Husna pilih?” Saja dia mengusik Husna.
“Emm… kalau kena pilih…. Hmm…. Husna pilih pool.”
“Kenapa?” Soal Qistina lagi. Sengaja mahu menguji Husna.
“Sebab air dalam pool biru. Nampak bersih tapi air laut selalu warna coklat. Macam tak bersih!”
Qistina sudah tertawa kecil apabila mendengar jawapan Husna. Dia menggeleng kepalanya. Husna bukan saja petah bercakap tapi pandai juga berfikir. Cara dia berfikir tak serupa dengan kebanyakkan kanak-kanak yang sebaya dengannya.
“Hmm.. Husna datang seorang ke?”
Dia tak nampak orang lain di dalam pool.
“Tak. Dengan Papa. Tadi Husna berenang dengan Papa tapi dia baru saja naik. Tu dia kat kerusi tu.”
Mata Qistina mengikut jari telunjuk Husna. Papa Husna yang tidak berbaju dan berseluar paras lutut itu rupanya sedang memerhati mereka. Entah sejak bila, Qistina tak pasti. Yang pasti, pipinya sudah merasa panas apabila melihat apa yang disajikan di seberang kolam itu!

Kali ketiga Qistina berjumpa Husna adalah apabila mereka sama-sama menguruskan daftar keluar. Dia yang ketika itu sedang membuat pembayaran, tiba-tiba terasa bajunya ditarik dari tepi.
“Auntie!”
“Oh, hi Husna”
“Auntie pun nak balik?”
“Ar ar. Husna pun?”
Husna mengangguk laju.
“Auntie, Husna harap sangat yang Husna akan dapat jumpa Auntie lagi.”
Sebak sekejap hati Qistina mendengarkannya. Qistina memang lemah kalau masuk bab saying goodbyes  ni. Jangan dia pula yang menangis sudah. Dia merendahkan diri untuk memeluk si kecil. Sungguh anak ini dirasakan sangat istimewa walaupun baru beberapa kali saja mereka bertemu. 
“Husna” Terdengar suara Papa Husna.
“Yes, Papa?”
Shall we?”
“Ok. Hmm.. Auntie, Husna balik dulu ya?”
Qistina mengangguk dan berdiri kembali. Pandangannya beralih kepada Papa Husna.
“Balik KL?” Soal Papa Husna kepadanya.
“Ya tapi saya nak singgah Pekan dulu.” Jawabnya.
Ok then. Drive safe.
You too.” Sama-sama mengangguk dan sama-sama bertukar senyuman.


Bab 2
A woman has got to love a bad man once or twice in her life to be thankful for a good one - Mae West

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, Qistina singgah ke kampung untuk melawat Umminya.  Sudah beberapa bulan rasanya dia tidak berpeluang untuk pulang ke kampung kerana dia sibuk dengan urusannya di Café Soleil.

“Qis termenung fikirkan apa tu?” Soal Puan Maryam sambil memandang Qistina yang sedang berdiri di tepi tingkap. Renungan anaknya itu jauh seolah tidak bertepi.

“Tak ada apa-apalah Ummi.  Lama tak balik. Lama tak melihat bendang yang luas menghijau ni. Rindu pula.” Jawab Qistina sambil tersenyum.

“Itu lah, siapa suruh kamu jarang balik? Sibuk benar ke kat Cafe tu sampai berbulan dah  kamu tak menjenguk Ummi kat sini? Kesian kita duduk sorang sorang kat sini tau.” Usik Puan Maryam. 
Perkataan ‘kesian’ tu ditekankan sedikit. Saja ingin mengusik anaknya.

Qistina menoleh memandang Umminya yang sedang menarik muka ala-ala merajuk.  Dia terus melangkah ke arah sofa untuk duduk di sebelah Umminya.

“Minta maaf Ummi. Qis memang sibuk sikit kebelakangan ini. Tak menang tangan kadang-kadang. Soleil perlukan footing yang kukuh supaya dia dapat bertahan lama. Jadi kami kena buat branding, marketing campaigns and promotions.  Tapi sebelum boleh buat semua itu, kami perlu buat market research dan faham market conditions dulu. Kami kena tahu apa yang pelanggan mahu supaya menjadi kempen-kempen kami nanti. Lepas tu, Qis kena pastikan juga kebajikan budak-budak yang berkerja kat Café itu terjaga. Bukan senang nak jaga budak-budak muda sekarang ni, Ummi. Boleh migraine Qis dibuatnya.” Panjang lebar keterangan Qistina.

 Harapannya semoga Ummi faham keadaannya. Bukan dia sengaja untuk tidak pulang. Hari-harinya di Soleil memang panjang.

“Hmm.. banyak juga rupanya kamu kena buat untuk kedai kamu itu ya? Kesian anak Ummi sorang ni. Mesti penat kamu kan?” Puan Maryam memegang sambil membelai perlahan tangan anak tunggalnya.
Qistina melentokkan kepala ke bahu Umminya. Kerana lelahlah dia mengambil keputusan untuk bercuti. Rasanya sudah enam bulan dia bekerja tanpa henti.

“Ummi tolong doakan semoga Allah murahkan rezeki kami, ya?”

“Hari-hari Ummi doakan untuk anak Ummi yang satu ni.” Ujar Puan Maryam. Sejak suaminya meninggal lima belas tahun lalu, hanya Qistina tempat dia bergantung kasih. Alhamdulillah anaknya itu sentiasa dekat dengannya. Walaupun mereka tidak tinggal bersama, Qistina akan menelefonnya setiap hari. Itu amalan Qistina sejak dari zaman dia di universiti. Biar pun hanya untuk seminit, dia pasti akan menelefon untuk bertanya khabar.

“Terima kasih Ummi,” Tangan Umminya dicium.

“Jomlah Ummi duduk dengan kita kat KL.” Entah berapa kali Qistina sudah memancing Umminya untuk tinggal bersamanya.

Puan Maryam sekadar tersenyum.

“Kalau Ummi ada, sekurang-kurangnya ada orang teman Qis kat sana.” Qistina membuat nada kesian.
“Ummi sibuk.” Jawab Puan Maryam sambil tersengih.
“Ya lah kan? Ummi Qis ni sibuklah selalu.  Sentiasa sibuk dengan geng suraulah, geng marhabanlah, geng drama minggu inilah, geng novellah, geng ahli mesyuarat tingkaplah. Sibuk mengalahkan isteri Perdana Menteri. Dengan Qis pun kalah rasanya.” Usik Qistina.
“Eh, kamu balik ni, ada bawa novel-novel terbaru untuk Ummi tak?”

“Mestilah ada. Kalau tak bawa, mahu kena leter sampai esok dengan Puan Maryam.”
Mengekek Puan Maryam ketawa.

“Qis, kita ni bila tinggal seorang diri, kita kenalah pandai menyibukkan diri untuk hilangkan rasa sunyi.”

Qistina terdiam. Dia merenung sebentar wajah Umminya. Arwah ayahnya sudah lima belas tahun pergi meninggalkan mereka dan selama itulah Umminya duduk sendirian di rumah ini. Dia pasti Ummi tidak mahu mengikutnya kerana sayangkan rumah yang banyak menyimpan kenangan manis mereka suami isteri. Sejak Qistina membeli rumahnya sendiri di Kuala Lumpur, puas sudah dia mengajak Umminya untuk tinggal bersama. Namun Umminya tetap enggan dan dia tidak mahu memaksa.

Tapi Qistina bersetuju dengan apa yang baru dikatakan oleh Umminya tadi. Dia pun begitu. Menyibukkan dirinya supaya kesepian yang sering dia rasai kebelakangan ini tidak terlalu menyempitkan fikirannya. Entah kenapa, dia merasakan seperti dirinya tidak lengkap. Tiba-tiba dia rasakan bagaikan dia keseorangan walaupun ketika dia sentiasa dikelilingi oleh sahabat-sahabat serta pekerja-pekerjanya.

“Dah.. dia termenung lagi!” Puan Maryam menepuk paha Qistina yang dilihatnya sudah ‘tiada’ di sisinya.

Qistina tersenyum lagi.  Dia segera menukar posisi.  Dia baring dan meletakkan kepala ke peha Puan Maryam.

Puan Maryam hanya menggeleng melihat gelagat anak daranya itu.

“Hmm.. Minggu lepas Makcik Leha bertanyakan pasal Qis lagi.  Si Akmal tu masih menunggu kamu agaknya.  Selang beberapa bulan, pasti soalan yang sama diutarakannya. Kadang-kadang kesian pula Ummi tengok Akmal tu. Menunggu kamu dari dulu lagi.”  Puan Maryam mengelus lembut rambut Qistina.

“Ummi ni bukan apa. Ummi risau. Kamu tu bukan muda lagi. Ummi ni pun sudah merangkak senja. Sebelah kaki dah masuk dalam, kata orang. Ummi nak jugalah tengok anak Ummi ni berkeluarga. Bahagia dengan suami tercinta sebelum Ummi ‘pergi’.” Sambung Puan Maryam lagi. Ada nada sayu dihujung ayatnya.

Qistina mengeluh perlahan. Lelah rasanya Qistina mendengar kata-kata Ummi itu. Sudah acap kali persoalan itu ditimbulkan. Namun apakan daya, urusan jodoh hanya DIA yang tahu.

“Ummi..” Tangan Ummi digenggamnya.
“Pertamanya, Akmal tu bukan jodoh Qis. Bukan Qis tak cuba tapi chemistry antara kami tak kena. Arah dan tujuan hidup kami tak sama dan tak sehaluan. Ummi pun tahukan yang Qis pernah beberapa kali keluar dengan Akmal?,” Qistina mendongak memandang Umminya.
Puan Maryam mengangguk.
“Kami sudah pun berbincang mengenai perkara ni dan Akmal juga sedar dan dia boleh menerima hakikat ini. Kami dah besar Ummi. Kami tahu perasaan kasih dan cinta itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Qis rasa cuma Makcik Leha tu saja yang masih mengharap bukan Akmal.”  Qistina terus memandang Umminya sambil memanjatkan doa semoga Umminya itu memahami situasinya.
“Habis hati kamu masih pada Aidil?” Soal Puan Maryam pula.

Qistina melepaskan nafas yang panjang. Dia kembali duduk sambil membetulkan rambutnya.

“Sampai bila? Dia tu dah berkeluarga pun sekarangkan? Qis masih mengharapkan dia ke? Kalau selama lima tahun dia tidak pernah berkata apa-apa kepada Qis, apa lagi yang Qis nak harapkan? Qis sendiri kata tadi yang kasih dan cinta tidak boleh dipaksakan?” Bertubi-tubi soalan Puan Maryam. 

Sungguh dia kadang-kadang buntu memikirkan Qistina yang seakan menaikkan satu tembok yang besar di hatinya untuk menolak semua orang dari mendekati hatinya kecuali Aidil.

Qistina menunduk diam. Fikirannya melayang mengenangkan Aidil. Sudah lama nama itu tidak terbit di mindanya. Dia sendiri sebenarnya sudah redha dengan ketentuan dan aturan Allah. Dia berpegang kepada kata-kata Allah di surah Al Baqarah ayat 216 yang membawa maksud “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

  Ayat ini menjadikan dia kuat dan melepaskan segala perasaan yang selama ini dia tatang untuk seorang lelaki bernama Aidil.  Ya, lima tahun dia menunggu kata-kata kasih dari lelaki itu. Satu-satunya lelaki yang dia biarkan lepas bebas di hatinya. Namun lelaki itu jugalah yang membuat hatinya hancur luluh.  Tidak mungkin Aidil tidak dapat membaca hatinya selama mereka berkawan. Tapi biarlah semua itu berlalu. Ternyata Aidil bukan jodohnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.

“Qis?”

Panggilan lembut Puan Maryam menghentikan lamunannya.

“Qis ok, Ummi. Dah lama Qis tak terfikir pun pasal Aidil. Dia bukan jodoh Qis. Qis dah boleh terima hakikat itu.”

“Habis tu kenapa Ummi rasa macam Qis menutup hati Qis untuk lelaki lain?”
“Lelaki mana pula ni, Ummi?,” Qistina membulatkan matanya.

“Mana ada lelaki dalam hidup Qis sekarang ni, Ummi. Tiada satu pun yang berada di dalam kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Kalau ada pun salesman yang selalu hantar buku ataupun delivery-man yang hantar pastries ke Soleil.” Jawab Qistina sambil tersengih. 

Puan Maryam memukul lengan Qistina dengan lembut.
Dua beranak itu tertawa kecil.

“Buat lawak pulak dia. Dah, jom bangun. Tolong Ummi kat dapur. Masa untuk bermanja dah tamat.”  Puan Maryam bangun sambil menarik tangan anaknya.

Dengan ketawa yang masih bersisa, Qistina mengikut langkah Umminya ke dapur.

 “Assalamualaikum.” Kedengaran orang memberi salam dari luar.

“Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.” Jawab Puan Maryam sambil menjenguk keluar pintu dapurnya.

“Oh, kau Aisyah. Mari masuk. Pergi kedai ke tadi tu?” Ramah Puan Maryam bertanya.  Qistina hanya memerhati sambil tangannya laju mengupas bawang.

‘Kak Aisyah ni ahli mesyuarat tingkap kot?’ tekanya di dalam hati.

“Ya, Kak Yam. Chah pergi kedai tadi. Pak Ali kirim kelapa parut ni untuk akak. Dia kata akak ada pesan semalam.”

“Oh, SubhanAllah, bagus betul Pak Ali kamu ni. Ingat dia ya? Alhamdulillah sangat-sangat. Si Qis pun ada ni. Boleh la masak rendang ayam, ya Qis?”  Tersenyum lebar Puan Maryam. 

Selamat satu trip ke kedai. Qistina memang suka rendang ayam.

“ON jer Ummi.” Balas Qistina.

Dia bangun untuk bersalam dengan Kak Aishah.

“Amboi makin cantik akak tengok kau ni Qis.  Apa petua ni? Kongsi lah dengan kakak kamu ni?” Riuh bunyi suara Kak Aishah.

“Mana ada Kak Chah. Saya ni dah tua. Tak ada mana cantiknya.” Qis menjawab selamba.
Kak Aisyah terdiam sebentar. Mungkin mencongak umur Qis yang hanya beberapa tahun muda daripada dia.

“Hmm.. tapi kamu memang tak nampak macam orang yang masuk tiga puluh lima tahunlah, Qis. Macam dua puluhan gitu.” Jawab Kak Aishah.

“Ya Kak Chah? Alhamdulillah. Kalau macam tu, bolehlah Qis fly solo untuk beberapa tahun lagi.” Balas Qistina sambil menjeling ke arah Umminya.

Mata Puan Maryam sudah terbeliak. Geram mendengar penyataan anaknya.

Fly solo? Apa tu Qis? Kamu nak terbang ke mana lagi? Tak cukup ke dulu dah terbang empat tahun ke Australia untuk belajar?  Janganlah fly fly lagi dah. Kesian kat Ummi kamu ni.” Panjang pula celoteh Kak Aishah ni. Sah ahli mesyuarat tingkap!

“Dah la Chah. Kamu tak usah nak melayan si Qis ni. Tak jadi kerja karang.  Ni, kamu ke kedai, anak siapa jaga? Dah-dah, pergilah balik. Karang terbalik rumah kau dibuat si Hafiz tu.”  Puan Maryam mengingatkan.

“Ya lah, Kak Yam. Hafiz tu kalau saya ada pun, dibuatnya sepah macam saya tak ada. Kalau saya tak ada, alamatnya jadi tongkang pecahlah rumah saya tu. Oklah, Chah balik dulu, Kak Yam. Assalamualaikum!” Qistina tersenyum melihat gelagat Kak Aishah yang kelam kabut itu.

“Ummi masak lebih sikit ya rendang tu? Qis nak bawa balik untuk Ira. Dia mesti suka sangat kalau dapat rendang ayam dari Puan Maryam.” Qistina membuat permintaan sambil tersenyum lebar.

1 comment: