Tuesday 24 December 2013

Bab 3 & 4 : Cinta Kita


Bab 3


Be in love with your life. Every minute of it – Jack Kerouac

Apabila Qistina melangkah masuk ke Cafe Soleil, kelihatan ada sekumpulan kanak-kanak sedang leka membaca di Junior Zone Corner. Sudut khas untuk kanak-kanak dibawah dua belas tahun itu dicat dengan warna-warna cerah untuk menceriakan dan menarik minat kanak-kanak untuk duduk lama disitu.  Di satu sudut dinding, terdapat satu lukisan pokok yang rendang. Kerusi-kerusi yang diatur ditepi dinding itu memberi gambaraan seolah-olah mereka sedang membaca di bawah pokok yang rendang.  Sticker-sticker berbagai jenis binatang dan bunga-bunga juga ditampal untuk menghiasi dinding. Satu papan notis gabus disediakan untuk mereka melekatkan apa saja nota atau lukisan yang mereka mahukan. Qistina suka singgah di board itu untuk melihat lukisan atau membaca messages yang dilekatkan. Ini merupakan sudut kegemaran Qistina.
Dia menoleh ke sudut Café pula. Setting cafénya ala-ala café-café kecil di kota Paris. Set meja kecil & kerusi putih memenuhi kawasan itu yang dipagari oleh white picket fences. Kelihatan ramai juga. Hampir penuh. Café itu boleh memuatkan 20 orang dalam satu masa. Semuanya leka dengan buku ditangan. Ada yang kelihatan seperti tengah buat group study. Ada yang keseorangan macam tengah buat case study. Dia tersenyum sendiri.
Sofa-sofa wing chair yang diletakkan di serata di sudut bacaan dewasa juga kelihatan berpenghuni semuanya. 
Alhamdulillah, inilah pemandangan yang selalu diidamkan oleh Qistina.  Masing-masing ‘hilang’ dalam dunia buku yang sedang mereka baca. Books are definitely an escapism for some.
Sedari masa dia di Australia lagi, dia sangat tertarik dengan konsep kedai buku dengan mini Café sebegini. Zaman universitinya sendiri, banyak dihabiskan ditempat begini. Lalu sebaik sahaja dia mula berkerja, dia tanamkan cita-cita untuk membuka satu book cafe. Dia membuat business plan dan dia bentangkan sendiri kepada pihak bank untuk mendapatkan dana. Mulanya dia tidak berapa yakin yang pihak bank akan menerima business plannya namun selepas seminggu pihak bank telah memberikannya jawapan yang positif.
Qistina mereka sendiri rekaan dalaman di Soleil. Dia memang hands-on dalam projek ini. Setiap perincian diteliti dengan rapi. Café Soleil ibarat ‘anak’nya dan dia akan sedaya upaya memastikan ‘anak’nya ini berkembang maju dari hari ke hari.
“Oit, bila sampai?” Ira menyapanya dari belakang.
“Waalaikumsalam. Just.” Qistina menjawab sempat lagi mengusik Ira.
“Hehe.. Assalamualaikum. Just??”
“Ar ar.. Tak sampai 5 minit. Tau-tau jer kau keluar dari pejabat aku ya? Macam ahli nujum.” Qistina tersenyum lebar.
So, amacam? Are you ok?” Soal Ira sambil memandang sahabatnya itu.
I am good, Alhamdulillah.  I feel refreshed. Thank you, babe. ” Sungguh Qistina bersyukur dia ada seorang sahabat sebaik Ira. Yang sentiasa bersedia untuk membantunya. Ira meninggalkan kerjayanya di sebuah bank demi untuk menyertai Qistina di Soleil setelah umur Soleil genap setahun.
“Alhamdulillah.  That is good to hear. This baby needs you. This place is so lifeless without you.” Ira mengenyit mata kepada Qistina.
Is that right?Aku tengok macam buzzing bee saja ni. Penuh di semua sudut.” Balas Qistina sambil matanya memandang ke sekeliling kedai.
“Rezeki you.” Ira menjawab pendek.
“Rezeki kita.” Qistina membuat pembetulan dan Ira mengangguk.
“Hehe.. Oklah.. aku nak pergi check on the children. Nanti kita story-story ya?” Ira mula melangkah ke arah Junior’s Zone.
‘Ok. Nanti kita sambung.” Mata Qistina mengikut Ira yang berlalu pergi.
“Cik Qis nak minum?” Shaza, pekerja kafenya bertanya.
Qistina menoleh kepada tuan punya suara itu.
“Boleh juga. Biasa ya?” Jawab Qis sambil melangkah ke pejabat kecil di bahagian belakang kedai.
Dia meneliti segala invoices, delivery notes dan inventory reports yang berada di atas mejanya. Alhamdulillah walaupun Soleil masih dalam tempoh merangkak, namun rezeki mereka tetap ada dan cukup untuk dia bernafas dan meneruskan impiannya.
“Cik Qis, your drink,” Shaza melangkah masuk bersama minuman ditangan. Mug yang berasap itu diletakkan di atas meja Qistina.
Thanks, Shaza. You are the best!”
Shaza tersenyum sambil berlalu kembali ke work stationnya di kafe.
Qis mengambil bau Hazelnut Lattenya.. Hmmm.... matanya tertutup..dia terbayangkan ketenangan yang dirasainya di pantai Cherating. Tiba-tiba ingatannya teringat pula kepada Husna, si kecil comel yang petah bercakap. Matanya dibuka dan ada senyuman dibibirnya. Sungguh, Husna sangat comel.

“Malam ini, kita nak masak apa?” Soal Ira sebaik saja mereka melabuhkan diri di sofa masing-masing.
         Qistina mencapai dan meneliti sampul-sampul surat yang berada di atas meja kopi di hadapan mereka.
“Oh, kita masak nasi saja sebab Puan Maryam ada bekalkan lauk-pauk untuk kita.”
“Alhamdulillah! Wah.. ini sudah bagus. Kira makan besar lah kita. Yes! I like!” Ira sudah meloncat kegirangan. Maklumlah boring asyik makan lauk yang dimasak sendiri. Tapi orang bujang macam mereka senang. Kalau malas masak, makan saja kat luar. Kalau malas keluar, order delivery. Kan senang?
So how was Cherating? Anything interesting happened? Met anyone interesting?” Sarjan Ira mula menyoal dikala mereka mengadap makan malam.
“Hmm.. ada.”
“Ada? Wahs.. ini sudah bagus. Apa lagi, ceritalah!” Ira dah terlebih excited pula!
Qistina dah tergelak.
“Hmm.. ada lah satu pakcik jual aiskrim tapi dia handsome! Hari-hari aku beli aiskrim dia.” Pecah ketawa Qistina.
“Chis, saja nak kenakan aku la tu!” Cebik si Ira.
“Alaaa.. nenek kebayan dah mencebik. Sungguh tak sesuai, tau!” Usik Qistina lagi.
Lagi memuncung mulut si Ira.
“Hmm.. actually tak ada apa yang exciting pun. Cuma biasalah since it is cuti sekolah jadi budak-budak ramailah...biasa-biasa ajer. Nothing out of the ordinary,” Jawab Qistina. Tiba-tiba teringat kepada pertemuan singkatnya dengan Husna.
“Adeh.. apalah boring kawan aku ni..hehe..”  Ira tertawa kecil.
“Habis nak buat macam mana?  Inilah kisah hidupku.” Qistina buat muka sedih.
“Kau pula macam mana? Ada apa-apa perkembangan terbaru yang boleh dikongsi? Haikal sihat? Dia dah bawa kau jumpa bakal mak mertua? Kau dah jumpa tak bakal kakak ipar kau yang famous tu? ” Giliran Inspektor Qistina pula menyoal.
“Amboi, banyaknya soalan.,” tergelak Ira mendengar das-das soalan Qistina.
“Hmm.. Haikal sihat. Tapi Haikal being Haikal lah kan? Bila dia nak cari aku, dia datang. Bila dia sibuk, dia hilang. Cuma sms saja buat ganti diri. Entahlah Qis. Rasanya kami dah dalam comfort zone yang teramatlah selesa sampai masing-masing seakan tidak mahu berganjak.. hehe..” Jawab Ira panjang.
Qis menghentikan suapannya dan memberi satu renungan tajam pada sahabatnya itu.
“Ya aku tahu. Tak payah kau kasi aku tenungan maut kau tu. We did talk about marriage, ok? InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, the plan is to get married next year. Puas? Suka hati?” Soal Ira sambil menjengkit kening sebelah.
Qistina terus memeluk Ira! Lama! Sungguh dia gembira mendengar berita ini. Perhubungan Ira dan Haikal sudah menjangkau tiga tahun maka haruslah mereka melangkah ke satu tahap yang baru. Syukur Alhamdulillah.
“Huish.. habis kotor baju aku wei.. kena rendang ni bagai” Dengus Ira apabila tangan Qis memegang bahunya. 
“Ala.. sikit jer.. pakai dynamo hilanglah!”
“Banyak la kau punya dynamo. Kalau tak hilang, kau ganti baju aku!”
Mengekek mereka ketawa.
“Puan Maryam apa khabar?” Soal Ira setelah ketawa mereka reda.
“Ummi sihat tapi dia masih tak mahu tinggal dengan aku. Tak seronok katanya tinggal di KL ni.,” keluh Qistina.
“Aku risaulah dia duduk sorang-sorang kat sana. Walaupun Mak Long aku tinggal berdekatan, namun risau aku tetap ada. Ummi tu bukan muda lagi. Kalau jadi apa-apa, bukannya sekejap aku nak sampai ke rumah tu. Kalau dia depan mata aku, legalah sikit hati aku ni.”
Ira mendengar sambil mengangguk. Dia faham akan niat Qistina.
“Sama-samalah kita berdoa supaya Allah lembutkan hati Ummi kau tu untuk datang tinggal bersama kita. Kalau Ummi ada, mesti hari-hari kita makan sedap! Wei, kita tak payah masak! Wah... seronoknya!” Terlebih pula si Ira ni.




Bab 4

We don’t meet people by accident. They are meant to cross our paths for a reason

BAMMMM!!
“Allahu Akbar!” Qistina terkejut. Keretanya dilanggar dari belakang. Siapa pula yang langgar dia ni?
Qistina melangkah keluar dari kereta dan terus menuju ke arah belakang kereta untuk memeriksa kerosakan.  Dari ekor matanya, dia dapat melihat pemandu kereta yang melanggarnya juga keluar dan sedang menuju ke arah dimana dia sedang berdiri.
I am sorry, Cik.  Saya tak sengaja. Terleka sebentar tadi.” Terang lelaki itu jujur.
‘At least he is not giving excuses,’ bisik hati Qistina.
“Kalau sengaja taklah kita panggil accident kan?” Soal Qistina. Matanya masih tertumpu pada bumper Viosnya yang kemek.
“Hmm.. Ini kad saya. Why don’t we move our cars to the side of the road and discuss this? Kita tak nak punca kesesakan lalu lintas kan?” Ujar lelaki itu sambil memandang ke arah pemandu-pemandu yang sedang sibuk menjengah dan menjeling ke arah mereka dari dalam kereta masing-masing.  Pemandu Malaysia memang sangat prihatin.
Qistina mengangkat kepala dan mengalih pandangan matanya dari bumper kereta kepada wajah pemandu yang melanggarnya.  Bila mata mereka bertentang, kedua-duanya nyata terkejut. Ini Papa Husna! Sekilas dia memandang ke arah kereta lelaki itu dan jelas kelihatan Husna yang sedang tersengih sambil melambai-lambai ke arahnya dari tempat duduk sebelah pemandu.
“Err.. awak Papa Husna.” Qistina berkata sambil menoleh sekilas memandang Husna sekali lagi.
“Err... awak?,”
Mungkin Papa Husna juga ingat kepadanya. Terasa kecil dunia.
Let’s move our cars first and we will talk after, ok?” Pinta lelaki itu sekali lagi.
Qistina mengangguk dan mereka berjalan ke arah kereta masing-masing.
Selepas meletakkan keretanya di tepi bahu jalan, Qistina membaca sekilas kad yang dihulurkan oleh Papa Husna tadi.  Muhammad Khalish Zafuan Bin Tan Sri Hamid.  Seorang Perunding Arkitek.
‘Oh, Datuk Husna seorang Tan Sri rupanya.’ Terus ada segaris senyuman di wajah Qistina bila teringatkan Husna.
Tiba-tiba cermin tingkapnya diketuk. Terkejut Qistina dibuatnya.
Sorry.” Ujarnya sambil menapak keluar. Kad Khalish sudah diletakkan di atas dashboard.
Husna wants to speak to you.” Papa Husna berkata sambil tersenyum. Dua lesung pipit yang dalam jelas kelihatan. Sesuatu yang Qistina tidak perasan ketika mereka di Cherating.
Pandangan mereka bertaut untuk sesaat dua. Qistina membalas senyuman itu sebelum dia berjalan menuju kereta di belakangnya. Khalish pula menuju ke belakang kereta Qistina untuk memeriksa kerosakkan pada kereta itu.
“Hi Auntie!”   
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam..hehe.. Auntie, ingat Husna tak?”
“Hmm....” Qistina menjawab sambil menggaru dagunya.
“Macam pernah jumpa. Tapi di mana ya?” Saja dia ingin mengusik si comel.
“Alaaaa... Auntie ni.. kita kan jumpa kat Pantai Cherating hari tu. Takkan Auntie dah lupa? Baru dua minggu lepas tau. Husna tertolak Auntie masa Husna tengah kejar butterfly. Auntie ingat tak?” Beria-ia Husna nak mencuba mengingatkan Qistina.
“Oh ya.  Baru Auntie teringat. Husna sihat?” Soal Qistina.
“Husna sihat. Auntie sihat? Sorry Papa terlanggar kereta Auntie. Mesti Auntie terkejutkan? Kesian Auntie. Tulah tadi Papa dia tengah sibuk marahkan Husna sampai dia leka.” Petah sungguh Husna ni.
“Husna, let me speak to Auntie sekejap ya?” Tiba-tiba kedengaran suara Papa Husna di belakang mereka.
“Ok Papa. Thank you for allowing me to speak to Auntie.” Alahai sopannya budak.
“So, Cik? Err.. Can I get your name?” Tanya Papa Husna.
“Qistina.”
“Oh ok. Call me Khalish. So Cik Qistina, how do you want to settle this? Nak buat laporan polis atau nak settle just between us?,” Khalish memandang tepat ke mata Qistina sebelum pandangannya dialih semula ke kereta Qistina.
“Saya tengok your car tu it’s just the bumper. If you don’t mind, I can get it fixed for you. I will get my workshop guys to contact you and it shall be fixed in no time. Tapi kalau nak buat laporan polis, jom kita cari balai yang terdekat.,” Khalish memerhati Qistina yang sedang memandang bumper keretanya itu.
But involving the police is going to be messy. Saya tak berapa suka birokrasi. But who does, right? So can we settle this just between us? I will pay for everything, of course. It’s my fault and saya janji saya tak lari. Lagipun you kenal Husna kan?” Panjang lebar Khalish menerangkan.  Dan ada senyuman dihujung kata-katanya.
“Hmm..” Ligat otak Qistina memproses kata-kata Khalish. Dia juga tersenyum tatkala nama Husna disebut.
“Saya rasa it will be less messy kalau kita tak involve the police. Sebab ni sikit saja.” Sekali lagi Khalish mengulang fakta tersebut.
“Ok then. No police report. Where is this workshop of yours? Saya perlu tahu berapa lama kereta ni akan masuk bengkel supaya saya dapat mengatur jadual kerja saya. Di KL ni, memang patah kaki kalau tak ada kereta sendiri.” Keluh Qistina.
“Papa, Husna lapar lah. Lama lagi ke?” Kedengaran suara Husna dari celah cermin tingkap kereta yang diturunkan.
Mendengar pertanyaan Husna itu, Qistina merasa kesian. Yalah, budak-budak mana tahan lapar.
“Ermm.. apa kata kalau Encik Khalish ikut ke Cafe saya? We can discuss this further and Husna boleh makan?” Qistina memandang lelaki dihadapannya itu. Tampan juga orangnya. Tinggi lampai dan berbadan tegap. Kulit putih kemerah-merahan macam Husna. Tidak bermisai tetapi berjanggut sedikit. Berlekuk di dagu.   
Is it far from here?” Soalan Khalish membuat Qistina terkejut sebentar dan cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.
“Oh no, err.. it’s just after this exit. About five kilometres from here.”  Tergagap sebentar Qistina. Malu pula kalau Encik Khalish ni perasan pandangannya yang jatuh lama tadi.
Ok then. You lead the way.” Khalish sudah melangkah semula ke arah keretanya.
Tak sampai sepuluh minit, mereka sudah tiba ke Café Soleil. Di waktu senja begini memang kedai itu selalunya agak lengang.  Yang ada cuma beberapa pelanggan yang sedang menikmati kopi petang mereka. Selalunya mereka ini singgah ke Café dari pejabat sebelum pulang ke rumah.
“Wah! Cantiknya kedai Auntie.” Puji Husna sambil matanya memandang ke seluruh sudut kedai itu.  Badannya sudah berpusing-pusing. Senyumnya melebar.
“Jom. Husna laparkan? Kita makan dulu. Lepas makan, Auntie bawa Husna pusing kedai, nak?” Pelawa Qistina.
“Nak! Okay, jom!” Husna sudah melangkah laju ke sudut kafe. Qistina dan Khalish mengikut berjalan dibelakang.
“Ok. So saya akan minta Ben datang ke sini esok untuk dia tengok kereta awak. Kalau makan masa dan awak memerlukan kereta, saya boleh pinjamkan kereta saya. You can come pick it up at my office. You have my card, kan?” Soal Khalish menyambung semula perbincangan mereka selepas selesai memilih makanan untuk Husna.
Yes, I do have your card. Tapi rasanya, tak payahlah sampai nak pinjam kereta Encik Khalish. Saya boleh pinjam kereta kawan saya.”  Agak pelik kalau dia meminjam kereta lelaki yang dia tidak kenali itu.
“Kawan awak ada berapa kereta?”
“Err.. satu.”
“So, kalau awak pinjam kereta dia, dia nak guna apa?”
“Err..”
That will inconvenience him or her. So why don’t you just take my car. Lagipun saya yang sebabkan kereta awak masuk bengkel. Jadi memang patutlah saya yang meringankan beban awak.”
“Hrmm...”
“Ya lah Auntie. Pinjam saja kereta Papa. Papa tu ada tiga kereta!” Husna menyampuk walaupun mulut dia penuh.
“Husna, please eat your dinner quietly. A lady does not speak with her mouth full.” Tegas suara Khalish.
Qistina tersenyum memandang Husna yang sudah mencebik.
“Encik Khalish, saya ... ”
Just call me Khalish, please.”
“Err.. ok.. hrmm.. Khalish. Let’s just see what Ben has to say tomorrow, ok? Kalau setakat dua, tiga hari, InsyaAllah I can survive without my car. But if it is more than that, then I will let you know, ok?”
“Ok. Agreed.”
“Ok. Great. So, why don’t you have your dinner here too? Husna is already having hers and it looks like she’s enjoying it very much.
“Auntie, this spaghetti is so yummy!” Alahai. Comot dah mulut Husna.

No comments:

Post a Comment