Tuesday 24 December 2013

Bab 3 - 4 : Dia... Mr Model


Bab 3

Life is like a book. Some chapters sad, some happy and some exciting.
But if you never turn the page, you will never know what the next chapter holds.

Sejak selesai menunaikan solat Subuh sebentar tadi, dia masih diam berkurung di dalam kamar biliknya. Bukannya dia ingin meratapi kenyataan yang baru diterimanya semalam, tetapi dia masih belum kuat untuk berhadapan dengan rakan serumah merangkap teman baiknya, Shira.
Safa mengenali Shira sejak mereka belajar di kolej matrikulasi lagi. Bidang perakaunan yang diambil pada ketika itu, membolehkan mereka seringkali bertemu di dalam dewan kuliah dan juga di bilik tutorial. Shira yang berasal dari Johor suka sekali untuk mengikutnya pulang ke rumahnya di Kedah. Paling yang digemarinya adalah melihat sawah padi yang terbentang luas. Sejuk mata memandang katanya.
Setelah tamat matrikulasi, mereka terpaksa berpisah tempat belajar. Safa di Universiti Utara Malaysia manakala Shira di Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Namun bidang yang diambil tetap sama iaitu Perakaunan. Mereka saling berhubung antara satu sama lain walaupun jauh kerana mereka sayangkan perhubungan persahabatan yang dibina.
Selain mereka berdua, ada lagi tiga orang sahabat baik mereka yang sama-sama rapat ketika di kolej matrikulasi. Amy, Nad dan Tash. Amy kini bertugas di salah sebuah bank di Ibu Kota namun jarang sekali untuk bertemu. Sibuk dengan kerja yang menimbun katanya. Tash kini berada di Amerika kerana mengikut suaminya bertugas di sana dan Amy di Johor Bahru.
Walaupun jauh, namun mereka tidak lupa antara satu sama lain. Masih lagi berhubungan. Tambahan sekarang ini pelbagai kemudahan yang ada. Mudah untuk menghubungi sesama sendiri.
Tok! Tok! Tok!
Terdengar ketukan di pintu. Safa berpaling sebentar ke arah pintu itu. Nafasnya dihela dalam. Dia mencuba untuk kembalikan kekuatan diri yang runtuh sejak mendengar berita buruk itu semalam. Dia pasti yang sahabat baiknya itu akan perasan akan keadaan dirinya ketika itu. Mata yang sembab, keadaan yang serabut, lewat keluar dari bilik sedangkan dialah yang akan sibuk menyediakan sarapan untuk mereka berdua.
“Saf! Kau dah bangun ke belum?”
Suara temannya itu mula kedengaran setelah Safa langsung tidak mengendahkan ketukannya sebentar tadi.
Perlahan-lahan Safa turun dari katilnya. Serakan di atas katil langsung tidak dihiraukannya. Kaki terus melangkah menuju ke arah pintu. Dia yakin, Shira pasti sedang risaukan keadaan dirinya.
Tombol pintu dipulas dan daun pintu ditarik ke dalam. Wajah Shira yang kerisauan kelihatan di matanya.
 “Saf! Kenapa ni???” soal Shira sambil menarik tangan Safa agar menghampirinya.
Masih ada sisa air mata di tubir mata gadis manis itu. Shira mendudukkan temannya itu di atas sofa di ruang tamu apartment yang telah dua tahun dihuni mereka. Walaupun tidak mewah, namun cukup selesa bagi mereka berdua. Sesak-sesak jika ada sesiapa yang datang dan ingin bermalam di situ, muatlah untuk sepuluh orang. Tetapi bersempitlah sedikit.
“Aku dah putus tunang,” bergetar suara Safa menuturkan ayat itu dan serentak itu juga air matanya mula menitis.
Terlopong Shira mendengarnya.
What??? Kenapa???” hanya itu yang terkeluar dari mulut sahabatnya itu.
Tidak disangkanya perkara itu terjadi. Sebelum ini, bagi Shira, Safa dan Adli merupakan pasangan yang cocok dan sepadan. Sama cantik dan sama berjaya. Namun, apa yang terjadi sekarang ini?
“Dia cakap… hmm…” Safa tidak mampu menuturkan alasan ‘itu’. Terlalu remeh untuk diucapkan. Sukar diterima dek akal yang waras.
“Dia cakap apa Saf? Tell me!” soal Shira tidak sabar sambil tangannya menggoyang-goyang tangan Safa.
Dia ingin mengetahui alasan kenapa pasangan merpati dua sejoli itu putus tunang. Dia sayangkan Safa seperti keluarganya sendiri. Dia rasa bertanggungjawab ke atas gadis itu kerana dia telah berjanji kepada keluarga sang gadis yang dia akan menjaganya di sini. Temannya yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga, kadang kala membuatkan gadis itu kelihatan sangat naif.
“Adli cakap, aku tak sesuai untuk dia.”
Air mata mengalir lagi. Sayu melihat teman baiknya itu menangis begini. Safa yang dia kenali merupakan seorang yang tenang dan cukup kuat. Dia sentiasa senyum pada sesiapa yang dilintasinya. Dia seorang yang berjiwa lembut dan sentiasa menjadi kesukaan ramai. Namun Shira tidak sedikitpun merasa cemburu dengan sahabatnya itu. Malah dia kagum dengan apa yang Safa miliki.
“Eh! Eh! Kenapa tak sesuai pula? Come on lah. Korang dah couple sejak dari universiti lagi. Dah bertunang hampir dua tahun. Apa yang tak sesuai pula ni? Macam mana pula boleh timbul isu tak sesuai?” geram Shira mendengarnya.
Matanya sempat memerhati sahabatnya itu. Safa cantik, bijak, berkerjaya, baik, menutup aurat. Apa lagi yang tidak kena?
“Dia cakap sebab aku pakai tudung. Tak sesuai untuk dia. Dia malu nak bawa aku keluar jumpa client atau orang ramai nanti lepas kami dah kahwin,” terang Safa.
Tangan kanan Safa naik menyapu air mata yang berbaki. Dia perlu kuat dan perlu tenteramkan dirinya. Ini bukan pengakhiran hidupnya. Walaupun kesal dengan apa yang berlaku, namun dia perlu kuat untuk menghadapi segalanya.
Stupid man! Crazy! Eiii bodohnya! Geram aku. Nak malu apanya? Kau cantik! Nothing less. Sebab kau pakai tudung? Kau lagi cantik bila pakai tudung, Saf. Trust me! Ramai kat luar sana yang berdoa ‘How I wish I could be like her!’ Bodoh punya alasan! Aku memang tak boleh terima, Saf. Aku rasa ada something yang Adli sembunyi ni. Nanti aku nak siasat!”
“Biarlah Shira. Aku dah malas dah fikir semua tu. Biarlah. Dah orang tak nak, kita nak buat macam mana kan?” Safa cuba berjenaka dengan sahabatnya itu. Walaupun di dalam hati masih terasa sakitnya, namun dia tidak mahu risaukan Shira.
“A ah kan? Nak risau apa? Kau tu boleh dapat yang lebih baik dari si Adli bengong tu. Lagi kaya, lagi handsome, lagi macho, lagi…” belum sempat Shira membebel lebih panjang lebar, cepat sahaja Safa mengangkat kaki melarikan diri.
“Eh! Eh! Kau nak ke mana tu? Aku belum habis cakap ni,” panggil Shira sebaik sahaja dia melihat Safa mula menuju ke kamarnya semula.
Namun kemudiannya, bibir Shira menjuih sedikit. Faham dengan tingkah laku sahabat baiknya itu.
“Tak nak dengar aku bebel lah tu!”
Kedengaran suara Safa ketawa. Lega Shira mendengarnya. Sekurang-kurangnya Safa boleh ketawa dan dia tidak mahu melihat Safa sedih lagi.


Mika masih lagi tidur walaupun jam telah menunjukkan ke angka 10 pagi. Memandangkan hari ini dia tiada tugasan, rasa ingin merehatkan dirinya sepuas-puasnya. Kebiasaannya setelah selesai tugas menggayakan pakaian di pentas peragaan, Mika tidak akan menerima sebarang tugas pada keesokkan harinya.
Dia memerlukan rehat secukupnya. Dia tidak mahu tampil di khalayak ramai dengan mata yang bengkak dan merah, badan yang letih dan wajah yang tidak segar. Dia perlu menjaga penampilan diri sebagai seorang model terkenal. Malah nama baik ayah dan ibunya juga perlu dijaga. Dia tidak mahu orang melabelnya sebagai anak VVIP yang selekeh. Itu bukan Azka Mikael!
Bunyi telefon bimbit yang berada di atas meja sisi mengganggu ketenteraman tidur Mika.
“Aduh! Kenapalah aku tidak tukar ke Silent Mode ni? Siapalah yang ganggu aku pagi-pagi macam ni? Kalau agensi yang call memang cari nahas lah dengan aku. Bukannya mereka tak tahu yang aku tak suka diganggu waktu-waktu macam ini,” Mika membebel sambil mata masih terpejam rapat. Dia malas hendak menjawab panggilan itu. Dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Namun kesabarannya tergugat jua apabila telefon itu kembali berlagu kuat. Dengan mengeluh kuat, Mika menggapai jua telefon itu. Tanpa melihat nama yang tertera, dia terus melekapkan telefon di telinga kanannya.
“Hello!” jawabnya kasar.
Bukan sengaja untuk berbuat demikian, namun dia tidak mampu untuk mengawal perasaannya. Dia paling pantang orang mengganggu tidurnya.
“Assalamualaikum.”
Alamak! Daddy!
Matanya automatik terbuka luas. Suara ayahnya yang lembut memberi salam terus menghilangkan rasa mengantuk yang dirasanya tadi.
“Waalaikummussalam, dad. What’s up?” dia cuba berlagak normal. Tidak mahu ayahnya tahu yang dia sedang enak tidur di kala matahari sudah terpacak di atas kepala. Rezeki tidak masuk, kata ayahnya.
“Amboi sedapnya bahasa. Mika ingat daddy ni teman lepak Mika ke? What’s up! What’s up segala? Manis sungguh ayat,” leter ayahnya.
Mika menggaru-garu kepalanya yang tiba-tiba berasa gatal.
Dia terus mengukir senyuman.
Sorry lah, dad. Mika saja je tadi,” Mika mengalah. Silapnya juga kerana langsung tidak menjaga bahasa.
Sesungguhnya ayah dan ibunya mengajarnya sempurna bahasa dan adab sopan. Ibunya walaupun berbangsa Inggeris namun telah dterapkan dengan adab sopan dan budaya Melayu.
Malah ibunya sendiri memakai hijab. Walaupun bukan berasal dari seorang yang beragama Islam, namun ibunya telah benar-benar terbuka hatinya untuk mencari agama yang Satu. Dan setelah bertemu dengan ayahnya, ibunya tidak lagi teragak-agak untuk menukar agama.
Maka tidak hairanlah Mika memiliki rupa paras yang menawan. Hasil gabungan gen ayahnya yang ada campuran Melayu-Arab serta ibunya yang berbangsa Inggeris. What a good combination?!
“Mika tidur lagi ke? Tak solat pagi tadi?” soal Tan Sri Ahmad Malik.
“Eh tak lah, dad. Mika solat pagi tadi. Then Mika tidur semula. Mengantuk sangat, daddy. Letih. Semalam ada show,” terang Mika jujur.
Sememangnya dia bangun menunaikan solat Subuh pagi tadi. Cuma dek kerana mata yang masih berat dan penat yang masih terasa, dia terus sambung tidur semula. Tidak tunggu walau seminitpun selepas dia siap berdoa selepas solat pagi tadi.
“Bagus lah. Ingat ya Mika! Walau sibuk macam mana sekalipun kita, kita wajib solat. As I said before, a busy life makes prayer harder. But…” sebelum Tan Sri Ahmad Malik meneruskan ayatnya, Mika terlebih dahulu menyambung.
Prayer makes a busy life easier!”
Kedua-dua anak beranak itu ketawa senang hati. Sememangnya mereka cukup rapat. Tan Sri Ahmad Malik dan Puan Sri Zarra Andrew Abdullah tidak mempunyai anak lain kecuali Mika. Sepenuh perhatian dan kasih sayang dicurahkan kepada pemuda itu.
Namun, mereka juga akan sentiasa memastikan Mika sentiasa mengingati Allah Yang Maha Esa. Kerana segala kesenangan, kekacakan dan kemewahan adalah datang daripada Dia. Dia mampu menarik balik apa sahaja yang ada pada kita dengan sekelip mata. Oleh itu, sentiasalah mengingatiNya dan melakukan segala suruhanNya.
Ya! Mika sentiasa ingat itu semua. Segala pesan dan nasihat kedua ibu bapanya sentiasa terpahat kemas di dalam ingatannya. Sungguhpun Mika seorang yang moden, hidup penuh bergelumang dengan bidang glamour namun di sebalik semua itu, masih tersemat sisi Mika yang sentiasa mendengar nasihat dan pesanan kedua ibubapanya, yang sentiasa melaksanakan segala suruhanNya dan yang sentiasa ingin tampil sempurna.
Ya! Ya! Mika yang langsung tidak mahu tampil selekeh di khalayak ramai!
“Oh ya! Ada something ke yang daddy nak inform Mika ni?” soal Mika lembut. Dia membetulkan duduknya di hujung kepala katil sambil badannya enak menyandar.
“Tak lah penting sangat pun. Cuma daddy rasa macam dah lama sangat tak lunch dengan Mika. Rindu pulak daddy nak jumpa anak teruna daddy yang hot habis ni! Ha ha…” kedengaran suara Tan Sri Ahmad Malik ketawa besar di sana.
Tan Sri Ahmad Malik tiba-tiba berasa lucu dengan apa yang diucapkannya. Lucu memikirkan yang satu-satunya anaknya sanggup bersusah payah ke hulu ke hilir menggayakan pakaian di pentas peragaan daripada duduk di pejabat yang serba serbi lengkap.
Entah apalah yang diharapkan oleh Mika dengan menceburi bidang itu. Namun dia tidak mahu menghalang anaknya itu dan dia akan menunggu Mika sendiri yang menyatakan hasratnya untuk membantu dirinya di pejabat. Tan Sri Ahmad Malik percaya, the day will come! Cuma lambat atau cepat sahaja yang dia belum pasti.
“Apa lah daddy ni. Perli Mika pulak. So, nak lunch kat mana, dad?” Mika menguntumkan senyuman.
Seperti ayahnya ada di depannya sekarang dan dapat melihat senyuman manisnya itu.
“Mika datang hotel dulu. Then, kita decide sama-sama. Boleh macam tu?” usul Tan Sri Ahmad Malik.
“Okey, dad. Tapi, daddy nak suruh Mika pergi hotel yang mana satu?”
“InshaaAllah daddy akan ada di Hotel Platinum hari ini. Ada perbentangan laporan kewangan kejap lagi.”
“Okey, dad! Mika sampai around 12 tengahari nanti,” janji Mika.



Bab 4


We don’t meet people by accident.
They are meant to cross our path for a reason.

Mika bersiap seperti lipas kudung. Dia hanya punya masa dua jam untuk sampai di Hotel Platinum. Dia tahu yang ayahnya tidak suka menunggu.
Mika hanya bersiap ala kadar. Namun dia masih tetap kacak dan menawan. Hanya mengenakan sehelai kemeja berwarna putih berlengan panjang yang dilipat hingga ke siku berserta seluar jeans berwarna biru muda. Usah ditanya jenama apa kerana Mika pasti memilih yang terbaik untuk dirinya.
Tangan kiri diangkat dan jam Patek Philippe dikerling sekilas lalu. Masih lagi berbaki 30 minit. Matanya memandang sekitar basement Hotel Platinum. Kotak parkir hampir penuh. Pasti ramai lagi pengunjung di Hotel Platinum hari ini. Dengan servis yang baik, ayahnya akan sentiasa memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar dan sempurna.
“Hari-hari hotel ni lah yang aku mengadap. Semalam pun show di sini. Aduh! Boring!”
Sambil membebel sendirian, matanya terpaku pada sebuah kereta berwarna putih yang diparkir di kotak parkir yang sama dengan semalam. Otaknya mula ligat berkata-kata.
‘Kereta semalam! Memang sah dia menginap di sini. Huh! Wish I could meet her again!’
Enjin kereta dimatikan. Setelah memastikan segalanya berada di dalam keadaan yang baik, Mika melangkah keluar. Namun tidak sedikitpun matanya berpaling dari memandang kereta Myvi itu. Dia cuba mencari sesuatu di situ. Namun tidak pasti apa yang dicarinya.
Sesungguhnya ini kali pertama dia merasa berdebar-debar. Sedangkan dia sudah biasa berdiri di khalayak ramai, membuat persembahan di hadapan ratusan malah ribuan orang. Namun rasa itu tidak sama dengan apa yang dirasainya sekarang.
Mika menuju ke lif yang terletak kira-kira 20 meter dari tempat letak keretanya. Lif itu akan menuju terus ke pejabat pengurusan hotel. Tidak perlu berkongsi lif dengan pelanggan. Itu lebih mudah dan lebih pantas. Tidak perlu bersesak dengan pengunjung lain.
Tangan menekan nombor 9. Tidak sampai seminit, lif tersebut telah berhenti di tingkat 9. Mika melangkah keluar dari perut lif sambil tangannya membetulkan letak pakaiannya. Tiada apa yang tidak kena pada pakaiannya itu, hanya sekadar memastikan segalanya kemas dan cantik terletak. Tiba-tiba ada seseorang melanggarnya dari arah hadapan. Kedengaran suara lembut menyebut sesuatu.
“Ya Allah!”
Mika yang terkejut dengan perlanggaran itu terus terkaku sebaik sahaja mendengar suara itu.
Lembut dan lunak sekali.
Matanya terus memandang tuan empunya suara itu. Dia sungguh terkejut dengan apa yang dipandangnya sekarang ini. Orang yang ditunggu-tunggu berada di hadapan matanya. Dengan jarak sebegitu dekat membuatkan jantungnya berdegup pantas. Dia terpesona dengan apa yang dilihatnya. Dia sukakan aura gadis itu. Dia sukakan penampilan gadis itu. Manis, lemah lembut, bersopan santun, cantik!
“Oh my God!” Mika terus tersedar. Dia terleka dengan keadaan itu.
Dia tidak patut memandang gadis itu sebegitu rupa. Tidak elok dipandang orang sekeliling. Dia perlu menjaga nama baik ayah dan ibunya. Dia bukan seorang yang suka berpeleseran dengan sebarang wanita serta yang mempunyai kekasih keliling pinggang. Malah, dia tidak mempunyai walau seorang pun kekasih. What a pity?! Poor Mika! Hu hu!
Oh sorry, sir. It’s my fault! Sorry!” suara itu kedengaran lagi.
Gadis itu beredar setelah memohon maaf.
Mika masih terkaku di situ. Memerhati gadis itu berlalu pergi. Susun langkahnya sedikit kelam kabut namun masih menarik pada pandangan mata Mika. Mika suka apa yang dipandangnya.
“Mika! What are you doing here?”
Lamunan Mika terhenti sebaik sahaja disapa Yasmin, setiausaha ayahnya.
“Hai, Kak Min.”
Mika membetulkan kembali baju yang dipakainya. Dia mengukir senyum kepada Yasmin.
“You tak jawab pun soalan I tadi. What are you doing here? Nak mengorat staf daddy you ye?”
Mika tidak berhenti tersenyum.
“I nak mengorat you lah. Tapi you tu kahwin awal sangat. Melepas lah I” Mika berlelucon dengan wanita itu.
“Mengada sungguh ya you, Mika. You nak kena hentam kot dengan your dad? Main-main! I ni ‘kakak’ you tau!” marah Yasmin manja. Sesungguhnya Yasmin tahu yang Mika hanya berjenaka. Bukan dia tidak kenal pemuda tampan itu, malah sudah terlalu kenal. Hubungan mereka juga rapat kerana Yasmin telah lama bertugas di Hotel Platinum.
“I lawak je lah. I nak lunch dengan daddy ni. Wanna join us?” ajak Mika.
“Tak nak lah. I tak nak ganggu your date. Nanti Tan Sri hentam I pulak. Nanti dia ingat I nak goda anak teruna kesayangan dia ni pulak. Tak nak I.”
Mereka ketawa bersama-sama. Pantang bertemu, pasti ada yang mencuit hati.
“Okey lah. I nak ke bilik daddy dulu. Rasanya dia dah tunggu I. See ya, Kak Min!”
Panjang langkah Mika menuju ke arah bilik ayahnya. Tangannya mengetuk pintu bilik tersebut dan kaki mula melangkah masuk sebaik sahaja suara di dalam mengizinkannya untuk masuk.
Dari jarak tidak sampai lima meter, dia dapat melihat seorang gadis duduk di hadapan ayahnya. Dia dapat mengecam pakaian gadis itu. Dadanya kembali berdebar-debar. Terasa perlahan langkahnya. Kaki seperti tidak dapat mencecah ke lantai.
Come, Mika!” Tan Sri Ahmad Malik menggamit Mika untuk menghampirinya. Gadis itu tidak memandang ke arahnya. Matanya masih menunduk meneliti kertas-kertas di hadapannya.
Mika menuju ke sisi kanan gadis itu. Namun dia tidak melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah gadis itu yang kosong. Hanya berdiri tegak di situ sambil matanya tepat memandang gadis itu dari sisi. Sungguh kusyuk sehinggakan dirinya lagsung tidak diberi perhatian.
“Saf! Meet my son, Mika! Mika, this is Safa Salena. Our accountant,” Tan Sri Ahmad Malik memperkenalkan anaknya kepada sang akauntan.
Safa terus memanggungkan kepalanya. Dia memandang ke sisi kanannya dan matanya terus membulat sebaik sahaja matanya menangkap imej pemuda itu.
Pemuda yang dilanggarnya sebentar tadi!
Dia yang kalut hendak memberi salinan laporan kewangan kepada Tan Sri Ahmad Malik tidak langsung memandang kiri dan kanan. Dengan rupa paras yang langsung tiada rupa orang Melayu, disangkanya pemuda yang dilanggarinya tadi adalah orang Inggeris.
“Hai!” sapa Mika gentleman sedangkan di dalam hati hanya Allah yang tahu.
Safa hanya tersenyum sambil bibirnya membalas sapaan Mika itu. Dia kembali menunduk. Malu untuk bertatapan dengan pemuda itu. Tapi wajah itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Tapi, di mana ya? Arghh! Biarkan lah. Tak penting pun.
“Mika tunggu kejap ya? Daddy ada nak discuss dengan Saf sikit lagi. Then kita pergi lunch. Okey, son?” Tan Sri Ahmad Malik berkata. Tangannya menyelak kepingan kertas yang sedikit berselerak di hadapannya.
Okey, dad. Take your time!”
Mika terus melabuhkan punggungnya di sebelah gadis manis itu. Dia mendengar segala penerangan yang Safa sampaikan kepada ayahnya. Suara itu lembut namun tegas. Mendayu-dayu dan sangat membuai perasaannya sedangkan ayat yang keluar dari bibir itu hanyalah perihal berkaitan dengan kewangan syarikat. Namun Mika tidak peduli. Dia ingin mendengar apa sahaja yang keluar dari bibir gadis itu. Dia benar-benar suka.  Dia suka apa sahaja yang ada pada gadis itu. Segalanya manis dan indah di matanya.
Sempat lagi Mika berkhayal. Safa Salena! What a nice and beautiful name. Sangat manis seperti tuan empunya nama itu!
Haruman yang dipakai oleh pemuda tampan itu sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi sang gadis. Dia sedikit kekok ditambah lagi dengan keberadaan pemuda itu di sisinya. Walaupun tiada sebarang sentuhan berlaku, namun aura pemuda itu cukup kuat sehingga dirasakannya sukar untuknya menyusun ayat. Agak kelam kabut pertuturannya. Risau Tan Sri Ahmad Malik dapat menangkap kegugupannya.
“Okey, Tan Sri. Saya harap penerangan saya tadi jelas dan tiada sebarang keraguan dari Tan Sri. Saya dan team saya dah teliti sedalamnya sebelum saya bentang kepada Tan Sri hari ini. I hope everything is okey with you,” Safa menamatkan pembentangannya. Suara yang lembut tetapi kedengaran sangat berani menuturkan ayat-ayat itu.
I’m good, Saf. You’re smart. Saya tak pernah meragui kepakaran awak di dalam hal kewangan syarikat kita. Good job, Saf!” Tan Sri Ahmad Malik cukup teruja dengan apa yang gadis manis bertudung putih itu sampaikan.
Sekali-sekala terdetik di benak fikirannya. Alangkah indahnya sekiranya gadis itu dapat menjadi salah seorang ahli keluarganya. Dia cantik, manis, pintar, berkebolehan, beriman! Namun sayang, gadis itu sudah bertunang!
Mata Tan Sri Ahmad Malik beralih kepada anaknya yang berada di sebelah kanan Safa. Membulat matanya melihat Mika kusyuk memandang Safa. Sampai tidak berkelip mata pemuda itu. Dan hati tuanya cepat membuat kesimpulan yang Mika sudah terpesona dengan Safa!
Tan Sri Ahmad Malik mengulum senyuman. Pertama kali anaknya menunjukkan minat untuk memandang seorang gadis sebegitu. Sebelum ini, ada saja yang dielaknya. Semua yang diperkenalkan oleh mummynya ditolak mentah-mentah.
Rupa-rupanya ciri gadis sebegini yang Mika idamkan. Disangkakan anaknya itu lebih memilih seseorang yang moden dan seksi. Malah gadis di hadapannya kini jauh terpesong dari apa yang dia sangkakan. Tersasar dari kotak fikirannya. Syukur Alhamdulillah!
“Tan Sri, kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu ya?” Safa memohon diri.
Dia kekok berada di dalam situasi yang senyap tanpa sebarang suara. Yang seorang asyik tersenyum-senyum dan yang seorang lagi asyik memandangnya.
Dia kekok! Tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi. Dia tidak biasa dengan keadaan sebegitu. Malah perhubungannya dengan Adli juga tidak sebegitu. Mereka kenal di universiti, meneruskan perhubungan dengan ikatan pertunangan dan sesekali keluar makan bersama. Itupun jarang berlaku setelah masing-masing bekerja. Ada sahaja alasan yang diberi.
Huh! Keluh Safa. Dia menyesal! Menyesal kerana masih ingatkan orang yang dah buang dirinya. Tiada gunanya lagi.
“Oh kejap, Saf. Saya dan Mika nak pergi lunch. Wanna join us?” tiba-tiba Tan Sri Ahmad Malik menyuarakan perlawaan.
Mika yang mendengar ayahnya menyebut namanya, terus berpaling kepada ayahnya.
“Okey kan Mika if daddy ajak Saf sekali?” soalan itu pula yang ditujukan kepada Mika.
Tan Sri Ahmad Malik tahu yang anaknya tidak memberi apa-apa perhatian ke atas apa yang diucapkannya. Pemuda itu leka dengan dunianya sendiri. Hai lah Mika! Wake up, son!
“Ya! Ya sure, dad. Join us?” Mika sedikit gelabah. Entah apa-apa yang dituturkannya. Matanya berpaling ke arah Safa.
“Err... Hmm… Thanks but no thanks. Maaf ya Tan Sri, saya dah janji dengan Farah dan Yasmin untuk makan bersama. Lain kali ya Tan Sri?” gadis itu menolak lembut.
Manis sungguh. Dengan baju kurung berwarna putih berbunga mawar halus berwarna merah jambu! Damn! She’s gorgeous! This is what I need. She looks good in her white tudung. I love it!
Mika memuji di dalam hati. Walaupun hampa dengan penolakan gadis itu, namun dia tidak akan berputus asa. Ini Azka Mikael Tan Sri Ahmad Malik! I will get whatever or whoever I want!
“Okey! Saya anggap itu sebagai satu janji. Lain kali ya Cik Saf? Saya tuntut nanti!” Mika membalas. Dia tidak akan duduk diam sahaja. Dia perlu bertindak. Chaiyok!
“Err…” terkejut Safa mendengar kata-kata Mika. Membulat matanya kerana tidak sangka Mika akan menuntut sebegitu. Disangkanya akan tamat di situ sahaja. Ya Allah!
“Mika!” panggil Tan Sri Ahmad Malik lembut. Anaknya ini menjadi seorang yang tidak sabar pula. Haishhh.
Mika memandang ayahnya sebentar namun tidak dipedulikannya. Dia kembali memandang gadis itu yang telah berdiri di penjuru meja ayahnya. Tangannya sudah penuh dengan fail dan dokumen yang dibentangnya tadi.
Mika menaik-naikkan keningnya. Gaya seperti anak-anak pula. Manja! Tak kena langsung dengan title yang disandangnya.
“InshaaAllah,” hanya itu yang Safa mampu ucapkan. Dia tidak tahu apa yang perlu dibalasnya dan apa yang perlu dilakukannya. Oleh itu, apa yang terbaik adalah menyerahkan kepada Allah SWT untuk menentukan segalanya.
Good! Sweet girl!
Safa terus melangkah keluar dengan minda yang sukar menterjemah apa yang sedang berlaku. Pemuda itu ingin mengorat dia ke? Mustahillah. Tak akan lah aku ini jenis pilihan gadis idamannya? Tidak mungkin! Dengan wajah setampan itu, tiada yang mustahil bagi Mika untuk mendapatkan sesiapa sahaja yang diingininya. Mustahil aku yang kolot dan bertudung ini dipilihnya?
Safa terus menggeleng berkali-kali. Mustahil! Mustahil! Dia main-main saja tu! Wake up, Saf! Jangan biarkan hati kau terluka lagi. Sedangkan Adli yang biasa-biasa saja itu pun tinggalkan kau, inikan pula pemuda sesempurna itu.
“Hey, Saf! Yang kau asyik tergeleng-geleng ni kenapa? Kena sampuk ke?” Yasmin menerjah. Dia memandang gadis yang baru sahaja keluar dari bilik ketua mereka. Pelik dengan keadaan dan tingkah lakunya.
“He he tak ada apalah Kak Min. Saf rasa pening sikit. Tak ada apalah,” Safa menjawab. Tersengih sendiri. Risau sekiranya Yasmin tahu apa yang sebenarnya terjadi. Pasti dia akan berasa malu dan menyorok di surau sampai petang nanti. Ha ha ha.
“Pening? So, cancel lah eh lunch date kita kejap lagi?”
“Eh tak! Tak! On macam yang dijanjikan la Kak Min. Saf rasa sikit-sikit je ni. Tak serius pun. Tidur lewat kot semalam,” cepat-cepat Safa membalas.
Mana mungkin dia tidak makan tengahari nanti. Sudahlah dia terlupa bersarapan pagi tadi akibat terlewat bangun, ditambah pula Shira yang menyoal macam-macam, semua menjadi lagi kelam kabut.
“Itu lah. Akak nampak mata tu macam bengkak sikit. Hish dah tak cantik dah!”
Safa hanya tersengih. Tidak tahu untuk membalas apa. Bukan masanya untuk menceritakan hal yang sebenar kepada Yasmin. Malah dia sendiri belum dapat menerima berita itu.
“Tak apa Kak Min. Dia masih nampak cantik di mata I!” tiba-tiba ada suara lain yang membalas.
Kedua-dua wanita itu terus berpaling untuk melihat tuan empunya suara itu. Terkejut!
Mika yang baru sahaja keluar dari bilik ayahnya terdengar perbualan mereka. Sedikit sebanyak dia dapat memahami gadis bernama Safa Salena itu. Gadis itu sedaya upaya berusaha untuk menyembunyikan apa yang berlaku. Namun dia tidak tahu apa perkara ‘itu’.
Dia hanya menguntumkan senyuman menawannya kepada kedua-dua mereka. Matanya tajam memandang sang gadis. Terasa tidak puas menatap seraut wajah itu.
“Amboi, Mika! Jangan main-main. Bunga ini dah ada kumbangnya ya! Jangan nak menggatal,” Yasmin yang terlebih peramah memberitahu hal Safa kepada Mika.
Terkejut Mika mendengarnya.
Sudah berpunya? Sudah berkahwin? Oh my God!
Dia masih memandang wajah Safa. Dia dapat menangkap riak muka yang tidak seceria tadi ketika berbicara dengan Yasmin. Ada riak sendu dan sayu di situ. Sama seperti semalam.
Kenapa ya? Pelbagai persoalan yang timbul. Adakah si manis itu bergaduh dengan suaminya? Berpisah? Bercerai?
Astaghfirullah! Siapa yang sanggup memutuskan perhubungan dengan wanita itu? Sangat kejam! Sangat rugi! Sedangkan dia masih terkial-kial untuk mencuba nasib.
Wajah manis itu ditatap lagi. Tidak jemu mata memandang. Mata itu mula berkaca-kaca. Pantas dia memohon diri untuk berlalu. Terkaku Mika memandang perlakuan gadis itu.
The prettiest smiles hide the deepest secrets. The prettiest eyes have cried the most tears and the kindest hearts have felt the most pain!
Ya Allah! Please help her. Apa jua yang berlaku, Kau lindungilah dia! Sempat Mika berdoa untuk gadis yang mula mendapat tempat di hatinya itu.
“Dah kahwin?” Mika menyoal Yasmin.
Pandangannya mula tertumpu kepada Yasmin. Akan dicubanya untuk mengorek apa-apa sahaja rahsia mengenai Safa.
“Tak lah. Tapi dah bertunang. Almost 2 years dah,” terang Yasmin.
Mika sedikit lega. Baru bertunang. Sedangkan sudah beristeri pun boleh dirampas, inikan pula setakat bertunang. He he he! Tawanya di dalam hati.
Namun tegakah dia merebut hak orang lain? Inikah Mika yang sebenarnya? Kenapa perlu dikejar sesuatu kepunyaan orang? Sedangkan berpuluh malah beratus lagi wanita dan gadis yang gilakan dia. Tetapi mereka itu langsung tidak dihiraukannya. Bukan jenis yang dia inginkan. Dia mahukan gadis seperti Safa!
Arghhh! Dia berbeza! Dia sangat berbeza dengan yang berpuluh malah beratus itu! Safa sangat menarik di mataku! Mana mungkin aku melepaskan gadis sebegitu?

No comments:

Post a Comment