Tuesday 24 December 2013

Bab 5 - 6 : Dia... Mr Model


Bab 5

A pretty face gets old, a nice body will change.
But a good woman will always be a good woman.

Sejak dari tadi Tan Sri Ahmad Malik ralit memerhati kelakuan anak tunggalnya itu. Mika seperti berada di dunia lain. Tidak betah berbicara sedangkan dia seorang yang paling banyak bercerita apabila berada di samping ayahnya itu. Sekali-sekala kelihatan pemuda tampan itu berkerut dahi. Entah apa yang difikirkan Mika itu. Tidak seceria tadi, di mana mula-mula Mika melangkah masuk ke pejabatnya. Namun wajah itu mula berubah setelah berjumpa Safa!
Kini baru hati tuanya berdetak laju. Rupanya si teruna sudah merasakan ‘sesuatu’ terhadap si dara yang manis itu. Ya dia tahu, sesiapa yang memandang Safa pasti terpikat. Ramai yang telah mencuba, namun gadis itu menolak dengan baik. Dia hanya setia kepada tunang yang telah dikenali sejak sama-sama mereka masih belajar lagi.
“Ehem ehem!” Tan Sri Ahmad Malik berdehem beberapa kali. Ingin menyedarkan Mika dari terus terleka. Pemuda itu perlu ‘bangkit’.
Yes, dad?” terpinga-pinga Mika. Terkejut dengan dehaman ayahnya itu. Terkulat-kulat dia memandang.
Terasa lucu di hati Tan Sri Ahmad Malik melihat gelagat anaknya itu. Malu kalau orang tahu yang anaknya yang super hot ini gila bayang!
Tan Sri Ahmad Malik tersenyum.
Where were you, Mika?”
Di bibir Tan Sri Ahmad Malik masih lagi terukir senyuman.
“Erk… Hmm… No where, dad,” balas Mika. Cuba berselindung.
Dia tersenyum sipu. Malu ‘ditangkap’ begitu oleh ayahnya. Jatuh saham!
She’s engaged, son,” Serius suara Tan Sri Ahmad Malik memberitahu.
Terkejut bukan palang si Mika sebaik sahaja dia mendengar sebaris ayat itu daripada ayahnya. Terkejut kerana ayahnya tahu apa yang difikirkannya serta terkejut bagaimana ayahnya tahu mengenai Safa?
“Errr…”
“Ya, Mika. Dia tunangan orang. Tak elok ganggu hak orang,” Tan Sri Ahmad Malik mula menasihati. Bukan niatnya untuk menghalang atau membantah, namun dia tetap perlu berbuat demikian.
Dia tidak mahu anaknya bertindak merosak kebahagiaan orang lain. Lebih-lebih lagi merosakkan dirinya sendiri. Dia tidak ingin melihat diri anaknya kecewa. Kerana selama ini Mika sentiasa nampak kuat dan tenang. Jangan hanya kerana cintakan seorang gadis, anaknya itu akan terjatuh!
I know, dad. Tapi… Hmm…” Mika tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana dia tidak yakin dengan apa yang dirasakannya. Dia baru berjumpa dua kali dengan Safa. Semalam dan sebentar tadi. Tiada yang indahpun berlaku antara mereka.
Arghhh!!! Siapa kata tiada? Aku tertarik dengan dia sejak pertama kali bertentangan mata dengan Safa! Itu sudah cukup indah bagi diriku.
Tan Sri Ahmad Malik menunggu butir bicara Mika. Anaknya itu kelihatan sedikit terganggu. Tangan kanan Tan Sri Ahmad Malik mencapai gelas di hadapannya. Meneguk perlahan air kosong sambil tenang menunggu Mika menyambung.
Mika memandang ke arah ayahnya. Sukar untuknya meluahkan apa yang dirasakannya. Namun dia tahu, dia perlu berkongsi semua itu dengan ayahnya. Dia tidak mahu berasa serabut seorang diri sementelah selama ini dia sering share everything dengan ayahnya itu. Mana mungkin hal seberat itu akan dirahsiakan dari pengetahuan ayahnya.
I like her, dad. I don’t know why. But I do like herso much!” Akhirnya Mika mampu juga menuturkannya. Dia mahu ayahnya orang pertama yang tahu perasaannya ke atas gadis itu. Dia mahu mendengar pendapat ayahnya.
Tan Sri Ahmad Malik mengangguk perlahan. Benar seperti yang ditelahnya.
I can see that.”
Namun Tan Sri Ahmad Malik tidak mahu memberi sebarang komen lagi. Biar Mika selesai cerita dahulu. Dia mahu mendengar keseluruhannya.
“Daddy tahu? How come???” membulat mata Mika sebaik sahaja ayahnya berkata demikian.
Telus dan menonjol sangat ke perlakuannya sehingga ayahnya dapat tahu?
Tan Sri Ahmad Malik tersenyum lagi. Semakin lama semakin lebar. Pelik Mika melihat ayahnya tersenyum begitu. Dia tahu, pasti ada yang sangat mencuit hati ayahnya.
It’s too obvious, my son! Tambahan lagi Mika ni anak daddy. Daddy tahu apa yang Mika rasa. Daddy tengok sekilas je, itu dah cukup. Ha ha ha…” Tercetus ketawa besar daripada Tan Sri Ahmad Malik. Lucu melihat anaknya itu sedikit cuak. Mika! Mika! Di sebalik tegas dan tenang tersembunyi juga sikap pemalu. Macam manalah di atas pentas boleh berani sangat?
“Daddy tahu. Daddy nampak macam mana Mika pandang Safa. Daddy dapat agak dah yang Mika sudah terpikat.”
“Errr… dad…” terlopong lagi Mika. Maknanya sejak dari tadi, ayahnya nampak segala perlakuannya? Aduhhhh malu!
“Pandang anak dara orang sampai tak berkelip. Haishhh anak teruna siapa lah yang tak tahu malu ni?” Tan Sri Ahmad Malik berlelucon. Dia menggeleng-geleng kepalanya. Hanya sekadar bergurau dengan anaknya itu.
“Daddy!” panggil Mika sedikit kuat.
Kelihatan beberapa orang pengunjung di restoran itu memandang ke arahnya. Yang gadisnya mengukir senyuman menggoda manakala yang lelakinya memandangnya pelik. Dia termalu sendiri.
Hari ini sahaja dia sudah beberapa kali bertindak di luar kawalan. Langsung tidak menjaga adab dan personalitinya sebagai seorang model terkenal. Rata-rata rakyat Malaysia pasti mengenalinya. Dia gah di pentas peragaan. Wajahnya pula memenuhi isi dalaman majalah-majalah terkenal. Mukanya kerap kali keluar di iklan di televisyen. Jangan katakan yang dewasa, kanak-kanak juga pasti mengenalinya.
“Hish malulah Mika. Apa lah daddy ni?” Mika tersentap sedikit dengan ayahnya. Matanya sekali sekala masih lagi memandang sekeliling.
Dia masih terperasan yang dua orang gadis di hujung sana asyik memandangnya sejak dari mula dia melangkah ke restoran itu. Seorang memakai gaun separas paha berwarna kuning manakala seorang lagi mengenakan kemeja sendat bermotifkan flora yang dipadankan dengan legging berwarna ungu. Seksi! Tetapi maaf. You are both… Not my type!
“Perasaan Mika tu tak mampu nak sorok pun dari daddy. Daddy tahu. Tapi itu lah... Mika kena ingat yang Saf sudah bertunang. Tak eloklah ganggu tunang orang, Mika.”
“Mika tak ganggu pun, daddy. Mika cuma pandang dia je. Tak luak pun!” Mika membalas.
Tak boleh ke dia memandang suatu ciptaan Tuhan yang sempurna itu? Tak boleh ke dia mengagumi sesuatu yang indah?
“Daddy tahu tak luaknya si Saf itu kalau Mika pandang dia. Tapi tak eloklah Mika. Tak manis,” Tan Sri Ahmad Malik menasihati lagi anaknya. Dia tidak mahu anaknya terus hanyut.
“Hmm yelah, dad. Sorry!” akui Mika. “But… I just can’t help myself, dad. I really can’t!”
Terlopong Tan Sri Ahmad Malik mendengarnya. Disangkakan anaknya itu telah mengalah. Dia menggeleng perlahan. Macam-macam sungguh perangai anak teruna dia itu.

Safa, Yasmin dan Farah berjalan seiringan turun ke lobi Hotel Platinum. Rancangan mereka adalah untuk menikmati hidangan tengahari di Restoran Bonda yang terletak di hadapan hotel itu sahaja. Malas hendak menapak jauh-jauh. Waktu rehat sudahlah sejam sahaja, mana nak makan lagi, nak solat lagi. Memang sangat rushing!
Untuk keluar dari hotel tersebut, mereka perlu melalui kafe yang terletak di sudut kiri lobi Hotel Platinum. Sesekali mata memerhati ke dalam kafe yang diberi nama Zarra Café iaitu sempena nama isteri kepada pemilik hotel tersebut.
Namun Safa tidak pernah bertemu empat mata dengan wanita itu. Dia yang bekerja di bahagian kewangan sedikit agak ‘jauh’ dari bahagian lain. Mereka hanya dengan dunia ‘duit’ mereka sahaja. Itu yang pekerja lain melabel mereka di bahagian kewangan. Malah, dia tidak pernah mengikuti apa-apa perayaan, majlis atau hari keluarga yang hotel mereka anjurkan. Pasti ada yang menghalang. Oleh sebab yang demikian, dia kurang tahu dan kurang arif mengenai isteri dan cerita peribadi keluarga Tan Sri Ahmad Malik.
Pandangan mata Safa sedikit tersentak sebaik sahaja seraut wajah ‘itu’ singgah di ruangan matanya. Dia tidak menjangkakan ‘pertemuan’ lain dengan pemuda itu. Hati dia berasa tidak selesa apabila berada hampir dengan pemuda itu. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Namun dia tidak mahu berfikir lebih. Malas hendak melayan perasaan yang pasti akan menyakitinya lagi.
Mika memandang tepat ke arah Safa. Dia tidak menyangka yang mereka bakal bertemu lagi dalam tempoh tidak sampai satu jam. Gadis itu bersama-sama dengan Yasmin dan Farah, sama seperti yang dinyatakan kepada mereka sewaktu ayahnya mengajak gadis itu untuk makan bersama. Satu lagi point untuk gadis itu. Jujur!
“Saf! Cepat lah. Kenapa yang tercegat di situ? Kau tengok apa?” panggil Farah. Tangannya menarik-narik lengan Safa agak mengikutnya.
“Err... tak ada apa-apa. Jom!” Safa mempercepatkan langkahnya. Dia menggeleng beberapa kali. Cuba membuang imej pemuda itu dari benak fikirannya.




Bab 6

Life goes on. Probably not the way you wanted it to be, but always the way it’s supposed to be.

Hari ini Mika ada shooting untuk majalah di Bernard Studio, salah sebuah studio fotografi yang terkenal di Ibu Kota. Berpengalaman luas di dalam bidang fotografi, Bernard si pemilik studio itu cukup arif di dalam urusan penataan cahaya, posing dan sangat berdiplomasi dalam memberi arahan.
Mika perlu bergandingan dengan Fina, salah seorang model wanita yang terkenal di Malaysia. Sememangnya mereka seringkali bekerjasama berdua malah telah juga timbul gosip yang mereka sedang berpacaran. Tetapi... maaf! Fina yang cantik dan seksi itu bukan jenis gadis idaman Mika. Dari dahulu, kini dan selamanya.
Mika datang sedikit awal dari masa yang dijanjikan. Sememangnya dia tidak pernah terlewat untuk sebarang temujanji. Dia sentiasa menepati masa dan berdisiplin dan disebabkan itu jugalah dia sentiasa menjadi kegemaran dan disenangi ramai pengusaha agensi modelling dan penerbit.
Sambil menunggu Bernard dan teamnya membuat persediaan, Mika menilik baju-baju yang bakal dipakainya untuk sesi fotografi ini. Ada empat pasang. Kesemuanya adalah sut. Dia tiada masalah dengan itu semua. Asalkan menutup aurat. Itu syarat yang ayahnya tetapkan. Bekerja, bekerja juga. Glamour, glamour juga. Tetapi adab, batas dan syarak kena ikut.
Ya! Kedengaran sangat Islamik. Namun begitulah yang ayahnya terapkan. Jangan kerana dia kelihatan moden, dia dianggap menyimpang dari landasan.
Maaf! Mika seorang yang mementingkan itu semua. No drug! No alcohol! And no seks bebas!
Sesekali matanya mengerling jam di pergelangan kirinya. Fina sudah lewat setengah jam. Seperti biasa!
Kesemua krew sudah bersedia. Malah Mika sendiri sudah siap ditatarias. Rambutnya dilepas bebas. Kemas walaupun sedikit panjang. Sayang untuk dia mengorbankan rambutnya itu. Dia selesa sebegitu. Malah pihak agensi juga tiada masalah. Bahkan menjadi satu trend pada masa kini. Menjadi ikutan ramai!
Sorry! Sorry! I’m late,” suara gedik si Fina mula kedengaran.
Dia yang hanya mengenakan baju tee tanpa lengan berwarna shocking pink dengan skirt singkat berwarna hitam. Sangat seksi. Dengan potongan badan yang cantik, dianugerahkan lagi ketinggian yang hampir 5 kaki 7 inci, Fina memang menarik perhatian jejaka-jejaka di luar sana. Malah Harry sendiri menyukai gadis seksi itu. Namun tidak dilayannya. Baginya lelaki yang layak bergandingan dengannya adalah Azka Mikael Tan Sri Ahmad Malik sahaja!
Masing-masing hanya mengangkat kening tanda sudah naik bosan dengan telatah si Fina itu. Sudah acap kali dia datang lambat dan membuatkan semua orang menunggunya. Sedangkan masa sangat penting kepada photographer. Mereka selalunya menetapkan tempoh di dalam menyiapkan sesuatu photoshoot.
“Mika! Sorry! Dah lama you sampai?” Fina mula menghampiri Mika.
Pemuda itu yang sejak dari tadi duduk di kerusi di penjuru studio hanya berehat santai. Tidak mahu mengganggu kerja orang lain.
“Dah lama... dan yang pastinya I tak pernah lewat walau sesaat,” Dalam lembut Mika memerli gadis itu.
“You perli I, Mika?” Fina mula berasa tidak senang. Dia tahu dia salah kerana terlewat hadir. Namun bukan dia sengaja. Dia terlewat bangun. Penat sangat. Semalaman dia berhibur di Fantasia Club dan pulang hampir dinihari.
Arghhh!!! Bukan salahnya untuk dia berhibur. Dia memerlukan itu semua untuk enjoy hidupnya.
“Kalau you terasa, terpulanglah. I tak tuduh.” Mika malas hendak menjawab.
Dia segera bangun dan menuju ke cermin besar yang berada di belakang tempat duduknya tadi.
Fina memandang geram ke arah Mika. Mika tidak pernah bercakap baik dengannya. Tidak pernah tersenyum mesra dan melayaninya sama seperti dia melayan orang lain. Mika ramah dengan orang lain namun tidak dirinya.
Dia tahu dan dia faham kenapa Mika begitu. Tidak lain dan tidak bukan. Pasti kerana kes dia mencanang kepada media dan rakan sesama industri yang dia dan Mika adalah pasangan kekasih dua tahun yang lalu.
Mika cukup berang ketika itu. Walaupun reputasi dan kepopularitinya tidak terjejas walau sedikitpun namun Mika tidak suka dengan gosip-gosip murahan seperti itu.
Ya! Fina mengaku. Memang salahnya juga. Namun dia sebenarnya geram dengan Mika yang langsung tidak tergugat dengan godaannya. Dia sukakan pemuda kacukan itu dan bagi dirinya, hanya Mika yang layak bergandingan dengannya. Mereka sama kacak dan cantik, popular, kaya dan berharta. Tidak seperti Harry. Kalau setakat wajah tampan namun poket tidak tebal, buat apa? Bukannya boleh menampung hidupnya yang high maintenance itu.

“Selepas ni, you nak ke mana, Mika?” soal Fina setelah sesi fotografi mereka telah tamat untuk hari itu. Dia masih tidak menyerah kalah begitu sahaja. Dia akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati Mika.
Mika yang sedang mencuci wajahnya di sinki hanya membiarkan soalan Fina itu berlalu begitu sahaja. Bagi dirinya dia tidak perlu menjawab soalan itu. Bukan penting pun! Mereka bukan sesiapa dan hanya sekadar teman sekerja. Itu sahaja!
Fina mengekori langkah Mika. Sedikit berang kerana pemuda itu tidak menjawab soalannya.
“You dengar tak I tanya you tadi, Mika?” Fina mula menaikkan nada suaranya. Geram dengan tingkah laku Mika yang langsung tidak melayannya.
“You ni kenapa, Fina? I penatlah. I nak balik! So, tepi sikit. I nak lalu,” Mika membalas geram sambil mencapai beg sandangnya. Dia berlalu pantas dari situ. Tidak betah duduk lama dengan gadis tidak tahu malu itu.
Bukannya dia tidak tahu macam mana perangai dan cara hidup Fina. Malah dia sangat arif dengan gadis itu. Industri ini bukannya besar sangat. Apa yang berlaku pasti sampai ke telinga masing-masing.
Bekerjaya sebagai model seperti mereka tidak akan dapat elak dari terjebak dengan penyakit-penyakit sosial. Malah Mika sangat bersyukur kerana dia mampu mengawal diri. Mujurlah dengan tunjuk ajar dan didikan kedua ibubapanya, dia menjadi seorang yang mampu mengelak dari melakukan perkara-perkara negatif.
Dia bukan pengunjung kelab malam, bukan juga kaki perempuan. Tidak minum arak serta tidak ambil dadah. Dia ‘bersih’ dari semua itu. Malah merokok juga dia tidak pernah.
Fina memandang geram. Tega sungguh Mika tidak melayannya. Sampai hati membiarkan dia terkontang-kanting sendirian begitu. Hatinya mula menyumpah seranah pemuda itu. Dia akan berusaha membuat pemuda itu sembah ke kakinya.
Sombong! Dia berasa malu dengan krew yang sedang berkemas. Walaupun mereka kelihatan tidak menghiraukan gelagat dia dan Mika, namun dia sangat pasti yang mereka sedang ‘memasang’ telinga. Damn!

Safa hanya duduk termenung. Televisyen yang dipasang langsung tidak dilayannya. Entah siaran apa yang sedang ditayangkan. Dia sibuk mengingati perbualannya dengan Yasmin dan Farah semalam.
“Kak Min, tadi orang nampak anak Tan Sri datang pejabat kita. Betul ke?” tanya Farah. Dia yang sejak daripada dulu membahasakan dirinya ‘orang’, langsung tidak menghiraukan dengan siapa dia bercakap.
Safa yang mendengar, sedikit tersentak. Sememangnya sejak dari tadi lagi fikirannya tertumpu kepada pemuda itu. Jantung mula berdetak tidak keruan.
“Ya. Memang pun. Kenapa?” tanya Yasmin semula. Dia menghirup beberapa kali air teh ais miliknya.
“Tak lah. Saje je tanya. Handsome sungguh lah anak Tan Sri tu, Kak Min. Cair hati orang ni,” balas Farah sambil ketawa.
“Gatal!” Yasmin mencubit lengan gadis itu.
Safa yang melihat hanya tersenyum lucu.
“Kenapa eh Kak Min anak Tan Sri tu tak nak kerja dengan Tan Sri? Syarikat Tan Sri tu sikit punya besar. Maju pulak tu. Rugi lah,” Farah masih berbicara mengenai Mika.
Eh! Dia kerja apa ya? Dengan rambut sedikit panjang macam tu boleh ke diterima kerja di mana-mana syarikat? Habis tu hari ni dia tak kerja ke? Hish! Safa mula menyoal di dalam hati.
Takut untuk meluahkan apa yang sedang difikirkannya. Sememangnya dia tidak tahu pekerjaan sebenar anak Tan Sri Ahmad Malik. Dia tidak pernah ambil tahu perihal keluarga bosnya itu. Dia tidak mahu menjadi ‘penyibuk’. Namun dia memasang juga telinganya. Ingin mendengar cerita mengenai pemuda tampan itu. Hanya sekadar ingin tahu. Tidak lebih daripada itu.
“Mika tu seronok dengan kerja dia sekarang. Dia suka bebas dan suka mencuba sesuatu yang baru. Dia paling suka cabaran. Sebab itu dia memilih untuk jadi model. Dan dia tak sia-siakan peluang yang dia ada. Tengok dia sekarang. Hebat! Popular! Model nombor 1 di Malaysia tuuu...” Yasmin membalas dan kedua-dua mereka ketawa.
Oh! Mika seorang model. Patutlah tengok gaya dia lain macam sahaja. Tidak seperti kebanyakan lelaki yang lain. Jalannya teratur, postur badannya tegak elok, pakaiannya kemas terletak, wajahnya bersih dari sebarang cela.
Ya! Pemuda itu memang sesuai menjadi seorang model. Tapi pasti hidupnya penuh dengan aktiviti sosial. Seperti yang dilihat di kaca televisyen dan juga di media cetak, banyak menggambarkan kehidupan seorang model yang sentiasa tercemar dengan masalah sosial. Adakah pemuda itu juga salah seorang dari mereka yang hanyut dengan duniawi semata-mata? Nauzubillah minta dijauhkan.
“Saf! Saf!”
Terpinga-pinga Safa dipanggil sebegitu. Agak kuat sehingga menyentak lamunannya.
“Ya?”
“Kau termenung apa ni? Dah sampai ke mana?” Farah ketawa riang. Lucu melihat sahabatnya itu ralit termenung tidak hiraukan perbualan mereka.
“Errr… tak ke mana lah,” Safa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia sudah kantoi!
“Owh ya, Farah. Nak tahu something tak?” tiba-tiba Yasmin menyoal Farah.
Safa sudah merasa ‘lain’. Dari mimik muka Yasmin seperti ada sesuatu yang akan mengenakannya.
“Apa dia Kak Min?” tanya Farah teruja. Tangannya diletakkan di atas meja dan menongkat dagunya. Reaksi yang menandakan dia tidak sabar untuk mendengar cerita Yasmin.
“Mika tu kan… suka… kat orang tu tau…” lambat-lambat Yasmin bersuara. Matanya mengerling Safa yang berada di sisi kanannya.
Safa terlopong mendengar kata-kata Yasmin itu. Dia merasakan sesuatu yang berkaitan dengan dirinya.
“Owh ya??? Siapa Kak Min? Untungnyaaa…”
“Tanya lah, Saf!” Tolak Yasmin.
Pantas sahaja Farah memandang Safa dan memohon jawapan daripada gadis kacukan itu.
“Eh! Mana ada lah. Memandai aje Kak Min ni,” Safa menafikan hal itu. Baginya adalah mustahil lelaki tampan itu akan menyukainya.
Dia bukan jenis wanita pilihan pemuda itu. Mereka sangat berbeza. Baik dari segi latar belakang keluarga mahupun rupa. Macam pipit dengan enggang sahaja. Jauh untuk seiring! Hati kecilnya bersuara.
“Yelah tu. Ingat Kak Min tak nampak ke macam mana si Mika tu pandang Saf? Tak pernah lagi tau Mika pandang orang perempuan macam tu. Bertuah lah Saf.”
“Hish tak adalah. Perasaan Kak Min je tu. Saya tengok biasa je. Hish… sudahlah Kak Min. Tak nak cakap lagi pasal ni. Nanti dengar dek orang lain, dah jadi gosip pulak. Malu saya,” balas Safa.
Dia tidak mahu memanjangkan perbualan itu. Tidak enak kalau didengari orang lain. Dia tidak mahu digelar tamak dan tidak sedar diri. Tamak kerana semua orang masih beranggapan yang dia sudah bertunang tetapi masih ada hubungan dengan lelaki lain dan tidak sedar diri kerana taraf kedudukan dia dan Mika yang bagai langit dengan bumi.
“Kak Min tahu lah. Kak Min dah lama sangat kenal Mika and family dia tu. Dah masak sangat. Tapi kan, Saf… there’s nothing wrong with the both of you.  Sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Hmm… tapi sayang! You are not available. Poor, Mika!” Yasmin mencebik. Terasa sayang dengan apa yang mustahil berlaku.
Mika yang tampan bergandingan dengan Safa yang cantik manis. Apa masalah kalau personaliti mereka berdua berbeza? Nampak sempurna dan akan saling melengkapi antara satu sama lain.
Farah yang mendengar hanya mengangguk. Dia sangat bersetuju dengan kata-kata Yasmin. Malah dia langsung tidak cemburu. Dia sedar siapa dirinya berbanding kecantikan yang Safa miliki. Tiada cacat cela pada gadis itu. Sempurna pada pandangan matanya. Tetapi sayang, seperti kata Kak Yasmin. Gadis itu sudah tidak available!
“Safa Salena!!!”
Lamunan Safa tersentak. Terus lenyap figura Yasmin dan Farah. Yang ada di hadapannya kini adalah housemate-nya merangkap sahabat baiknya, Shira.
“Kenapa?” Safa menyoal. Dia berdehem beberapa kali. Matanya melekat pada sahabatnya yang mula melabuhkan punggungnya di kerusi malas yang diperbuat daripada rotan.
“Kau tu lah, termenung aje. Kenapa?”
“Tak ada apalah. Aku tengah tengok tv ni,” Safa mengelat. Cuba berselindung dari menceritakan hal yang sebenar.
“Memang pun kau tengah tengok tv. Sebab tu sampai tak berkelip-kelip mata kau tu. Orang tonton cerita dalam tv tu bukan duk tengok je tv tu. Apa daaaa…” Shira ketawa kuat setelah dia berjaya mengenakan sahabatnya itu.
Bukan dia tidak tahu yang Safa sedang mengelamun. Entah apa yang difikirkan oleh gadis itu. Mungkin sedang mengingati bekas tunangnya yang kolot dan tak berguna itu!
Geram Safa apabila dipermain sebegitu. Dia membaling kusyen kecil berwarna ungu yang berada di ribaannya tadi. Tepat mengena tubuh badan Shira. Gadis itu tertawa riang.


Bersambung

No comments:

Post a Comment