Tuesday 24 December 2013

Bab 9 & 10 : Cinta Kita


Bab 9

True love doesn’t come to you, it has to be inside you – Julia Roberts

Not even a ‘Thank You’ call? – Aidil”
Qistina membaca kad kecil itu untuk kesekian kalinya.  Dia memandang kepada  jambangan bunga yang baru diterima. Sejambak lagi bunga dari Aidil. Bunga matahari. Sama seperti yang diterimanya pada dua minggu lepas. Memang dia sengaja untuk tidak mahu menghubungi Aidil. Dia malas.  Semenjak Aidil kahwin, Aidil memang tidak pernah langsung menghubunginya. Seakan persahabatan mereka dulu tidak pernah wujud. Qistina memang sakit hati apabila dia terkenangkan sikap Aidil itu. Dulu setiap hari Aidil akan menghubunginya. Kadang-kadang lebih dari sekali dan mereka akan berbual lama. Aidil akan bercerita serta berkongsi apa saja dengan dia.
Mengingatkan itu, kadang-kadang Qistina terasa betapa dia bagai telah dipergunakan oleh lelaki itu. Dan dia geram pada dirinya sendiri. Tembok yang selama ini dia dirikan disekeliling hatinya, begitu mudah dirempuh oleh Aidil.  Entah kenapa dari hari pertama dia kenal Aidil, mereka terus ‘click’ dan menjadi kawan. Tapi dia redha atas segala aturan Allah. Hadirnya Aidil dan perginya Aidil dari hidupnya adalah untuk memberi pengajaran kepadanya. Aturan Allah tidak pernah salah cuma sebagai manusia, adakalanya kita gagal untuk memahaminya.
“Cantik bunga tu, Cik Qis.” Sapa Shaza dari luar pintu pejabatnya.
“Masuk Shaza” Pelawa Qistina.
Shaza melangkah masuk sambil tersenyum dan matanya tertumpu kepada jambangan bunga matahari di meja majikannya.
         “Aura bunga terasa sungguh kat bilik ni. Cuma tak ada bau saja. Kalau bunga ros ataupun tuber roses, mesti dah wangi bilik ni. Err.. boss ni ada peminat ke? Ni dah masuk dua kali ni dapat bunga ni. Hehehe…” Shaza tersengih. Di tangannya ada satu mug Hazelnut Coffee untuk Qistina.
“Bukan peminat Sha. Dari kawan lama.” Qistina mengaku jujur.
“Oo... baiknya kawan Cik Qis sampai hantar bunga walaupun tak ada special occasion.” Shaza sebenarnya merasa pelik.  Tapi memang seronoklah kalau ada kawan biasa yang menghantar bunga pada kita saja-saja jer, hati Shaza sudah berbisik.
“Awak ambil bunga ni. Buka bungkusannya dan susunkan ke dalam pasu. Awak letak atas kaunter kafe. Biar aura dia terasa kat sana pula.” Qistina menghulurkan jambangan bunga itu kepada Shaza. Kad kecil masih dipegang.
“Oh! Dah pulak.. Erm… baik,” Shaza teragak-agak mengambil jambangan itu dari Qistina.
“Saya keluar dulu Cik Qis.” Sapanya sebelum melangkah keluar.
Qistina sekadar mengangguk dan matanya kembali membaca kad kecil di tangannya. Selepas membaca, dia membuka laci untuk menyimpan kad tersebut dan dia kembali meneliti dokumen- dokumen yang memerlukan perhatiannya.
Sebentar kemudian iPhonenya berbunyi. Nama AIDIL tertera di skrin. Dia mengeluh. Patutkah dia menjawab? Nak dia biarkan, tak sampai hati pula. Lambat-lambat dia menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum Qis.” Kedengaran suara Aidil yang sudah sekian lama tidak didengarinya.
“Waalaikumsalam.” Qistina menjawab pendek.
“Lama tak dengar cerita. Awak apa khabar?”
“Saya sihat, Alhamdulillah.” Terasa canggung sebab memang dah lama benar Aidil tidak menghubunginya.
“Dah lama kita tak berbualkan? As a matter of fact, kita pun dah lama tak jumpa. Gosh it must have been two years, right?”
“Kenapa tiba-tiba?”
Terdengar Aidil tergelak kecil kemudian diam. Hanya bunyi nafas Aidil kedengaran.
“Awak marah ke?
“Patut ke saya marah?”
Sekali lagi lelaki itu ketawa.
"How come I don't get any Thank You for the flowers I sent? Awak terimakan?" Soal Aidil.
"Kenapa tiba-tiba?" Qistina mengutarakan soalan yang sama.
Dia tak ada masa untuk bermain kata-kata dengan Aidil.
“Entahlah awak. Tiba-tiba saya rasa saya tak lengkap. Saya rasa macam something is missing in my life. Lama saya cuba mencari apa yang missing dan saya rasa sekarang saya dah tahu. I think I miss us.” Ada keluhan di hujung ayat itu.
Qistina sekadar mendengar. Dia juga rindu kepada persahabatan mereka tetapi sekarang sudah ada jurang yang besar di antara mereka. Status mereka sudah berbeza. Tidak lagi seperti dulu dan dia tidak mahu membuka ruang kepada fitnah. Dia tidak mahu ada salah faham nanti.
“Awak?” Aidil memanggilnya.
“Ya. Saya dengar.” Jawab Qistina.
“Kita jumpa nak? Banyak cerita saya nak update kat awak ni.” Suara Aidil berbunyi riang.
“Saya rasa tak payahlah awak.”
“Kenapa?”
“Kedudukan kita sudah berbeza.”
“Maksud awak?”
“Awak sudah berkeluarga. Awak perlu menjaga hati isteri awak. Saya tak mahu timbulkan sebarang salah faham. Saya tak mahu buka ruang fitnah.” Qistina mengharap supaya Aidil faham.
“Kita kan kawan, Qis?” Soal Aidil lemah.
“Ya. Kita memang kawan. Tetapi, tak manis seorang wanita dilihat bersama dengan suami orang. Walaupun kita hanya berkawan tetapi itu boleh menimbulkan fitnah dan saya tak mahu ada hati yang terluka nanti.” Sekali lagi Qistina menekankan mengharapkan untuk Aidil faham.
Aidil diam. Lama.
But I miss you. I miss talking to you. I miss sharing things with you. Can we please meet?”
Qistina mengeluh. Aidil dah merengek macam budak kecil. Guys can be so childish sometimes. Qistina kena kuat.
“Aidil, these feelings will soon pass. Dah dua tahun awak tak hubungi saya dan saya rasa awak ok kan selama itu? Lagipun awak dah beristeri. You should make her your best friend. The one you talk to and share your problems and emotions with.”
It’s not the same, Qis” Keluh Aidil lagi.
Qistina diam sebentar. Dia harus menghentikan perbualan ini.
“Aidil. I have to go. Kena attend to customer. You take care, ok? Assalamualaikum.” Dan dia menamatkan panggilan itu tanpa menanti response dari Aidil.
         Baru sahaja lepas dia ingin menutup matanya, telefonnya berbunyi lagi. Matanya melihat skrin dan terus terbit senyuman di bibirnya.
“Assalamualaikum Ummi.”
“Waalaikumsalam warrahmatullahi.  Qis sihat?”
“Qis Alhamdulillah sihat. Ummi?
“Ummi pun sihat. Alhamdulillah.  Qis tengah sibuk ke tu?”
“Tak ada lah Ummi. Boleh saja kalau nak borak.”
“Hmm.. Ummi nak bagi tahu ni. Pak Long kamu mengajak kita untuk pergi umrah dengan dia sekeluarga. Kamu nak tak?”
“Bila Ummi?”
“Ramadan ni.”
“Hmm.. Ummi nak pergi ke?”
“InsyaAllah, Ummi nak ikut. Kalau boleh, Ummi nak Qis ikut sekali. Dah ada Pak Long ni, senang. Dia boleh jadi mahram untuk Qis. Kalau tidak, Qis kena tunggu sampai Qis bersuamilah baru boleh pergi.” Terang Puan Maryam.
Qistina diam sebentar. Dia memang ada berhasrat untuk membawa Ummi pergi mengerjakan umrah, cuma sejak pihak Arab Saudi memperketatkan syarat-syarat untuk visa umrah, rancangannya terbantut.
“InsyaAllah Ummi. Kita pergi sama. Nanti Qis tanyakan pada Pak Long bila tarikhnya sebab Qis kena cari orang untuk tolong tengokkan Soleil. Berapa lama ya, Ummi?”
“Dalam dua minggu.”
“Oh! Hmm… ok Ummi. InsyaAllah.”
“Err.. Qis?”
“Ya Ummi?”
“Dah ada ke lelaki di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya?” Soalan mengusik Puan Maryam disertai dengan ketawa kecilnya.
“Hish Ummi ni!”
Pecah ketawa mereka dua beranak.

“Papa…”
Khalish menoleh.
“Bila kita nak pergi jumpa Auntie Qis? Dah seminggu Husna tak jumpa dia. I have so many stories to tell her.”
Why don’t you share them with me instead?” Khalish tersenyum.
“Tak best lah dengan Papa. Husna nak bagi tahu pada Auntie Qis saja. Papa kalau dengar nanti Papa kata boring, tapi Auntie Qis tu dia senyum saja bila dengar cerita Husna.”
“Dulu ok saja Husna cerita dengan Papa.”
“Dulu tak ada Auntie Qis, Husna hanya ada Papa, jadi Husna ceritalah dekat Papa. Nak cerita kat Nek Jah, dia asyik sibuk.”
Khalish pecah ketawa. Ada-ada saja Husna ni. Petah menjawab!
“Hmm.. maybe kita boleh ajak Auntie Qis dinner dengan kita. Hah, cuba Papa call dia?” Bersinar terus mata Husna. Tiba-tiba dapat idea bernas!
“Tak baiklah kacau Auntie Qis. Mana tahu dia sibuk ke? She has a shop to take care of, remember?”
“Ala Papa ni. Kan Auntie Qis ada pekerja-pekerja dia. Call la dia Papa.” Husna dah merengek. Tangan Khalish ditarik-tarik. Khalish mengeluh. Dia rasa tersepit. Antara melayan kerenah si anak dan rasa segannya pada Qistina. Terasa bagai dia menyusahkan Qistina. Dia tak mahu meletakkan Qistina dalam keadaan serba salah. Dia tak tahu bagaimana dia harus terangkan supaya Husna dapat faham.
“Papa!” Husna menepuk lengannya.
“Ya. Papa dengar.”
Then? Papa tak call pun” Husna sudah mencebik.
“Ok. Papa sms saje ya?”

[Salam. Husna would like to invite you for dinner tonight. Are you free? – Khalish]
[Salam. Sure. What time & where shall I meet you both? – Qistina]
[Selepas Maghrib. Saya datang jemput di Soleil? - Khalish]
[Oh ok.. see you then. – Qistina]
[Thank you. – Khalish]


Bab 10

Love has reasons which reason cannot understand – Blaise Pascal

“Lambat balik?” Ira menegurnya sebaik saja dia melangkah masuk.
“Assalamualaikum Tuan Rumah.” Qistina memberi salam. Dia melangkah menuju ke sofa di sebelah Ira. Terasa letih badannya.
“Waalaikumsalam Puan Tanah.” Ira tersengih.
“Kau dari mana ni? Dah dekat pukul sebelas ? Jarang kau balik lambat macam ni.”
“Aku pergi dinner.”
“Dengan siapa?”
“Dengan Husna dan Khalish”
“WAH! Dengan Husna dan Khalish? Kat mana? Best tak? Khalish ada cakap apa-apa tak? Details-details! Cepat!” Mode nenek kebayan dia dah ON.

“Assalamualaikum Auntie.” Kepala Husna menjengah dari luar pejabatnya. Senyuman manis terukir di bibir.
“Waalaikumsalam Husna.”
“Auntie dah siap?”
“Siap? Siap nak pergi mana?” Usik Qistina.
“Kita kan nak pergi dinner.  Kan Papa dah bagi tahu tadi?”
“Ya ke? Auntie tak tahu pun?” Qistina buat muka terperanjat.
“La, Papa tak sms ke tadi?” Husna sudah mula memusingkan badannya.
“PA…..”
“Eh! Eh! Husna! Auntie tahulah. Papa dah sms tadi. Auntie saja kacau Husna.” Qistina cepat-cepat memotong panggilan Husna kepada Khalish.
“Ah… Auntie naughty!” Husna melangkah masuk ke arah meja Qistina dan dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Qistina. Selepas bersalam, Husna terus memeluk Qistina erat. Sekali lagi Qistina terkejut.
“Husna rindu kat Auntie! Hmm..Auntie ni wangilah.”
Qistina membalas pelukan anak itu. Dalam dia mengusap rambut Husna, matanya terpandang Khalish yang sedang menyandar di pintu pejabatnya dan sedang memandang tepat kepadanya.  Dalam sungguh pandangan itu. Sarat dengan emosi. Tiada senyuman. Hanya renungan. Mata mereka berpaut lama, selama pautan Husna di bahunya. Qistina cuba meneka apa yang bermain di fikiran Khalish.
“Jom Auntie.” Pelukan dilepaskan dan tangan Qistina diraih. Pandangan dua mata juga terlerai.
Qistina tersenyum memandang Husna. Begnya dicapai.
“Jom!”
         Di dalam kereta, Khalish hanya berdiam diri. Hanya Husna sahaja yang riuh bercerita. Dalam Qistina melayan Husna berbual dia sebenarnya sedikit tidak selesa dengan sifat diam Khalish malam itu. Marahkah Khalish kepadanya? Dia takut kalau-kalau Khalish merasa yang dia sedang menggunakan Husna untuk mendekatinya. Sungguh dia takut.
Namun apabila mereka sampai di restoran, Qistina sedar mood Khalish sudah berubah. Lega rasa hatinya.
“Husna nak makan apa atau nak Papa orderkan?” Kedengaran suara Khalish lembut menyoal Husna.
Husna dan Qistina sedang asyik meneliti menu di tangan. Kali pertama mereka di situ maka haruslah meneliti apa yang ada.
“Qis? How about you? Western or local?” Soal Khalish kepada Qistina pula.
Qistina sedikit tergamam apabila Khalish memendekkan panggilan namanya sebegitu.
“Hmm.. Husna nak spaghetti meatballs lah Papa.” Husna sudah memilih.
“Ok. Qis?”
“Hmm.. I will go for fish and chips, please.”
“Ok. Drinks? Husna?”
Carrot susu, Papa.”
Qistina tersenyum. Husna tahu apa yang dia mahu. Dia tidak teragak-agak dalam pilihannya. Satu sikap yang jauh matang dari usianya.
Khalish beralih pandang kepada Qistina.
“Sama. Carrot susu.”
Yeay. Kita sama!” Husna senyum lebar.
“Ok – let’s order then.” Khalish memanggil pelayan.
Selesai makan, Husna mengajak mereka untuk makan aiskrim pula.  Khalish memutuskan untuk mereka membeli dari 7-Eleven saja dan kemudian mereka melangkah ke taman berhampiran untuk menikmati aiskrim itu.
“Husna, make sure you are sitting down when you are eating.”
Yes, Papa.” Jawab Husna sambil berjalan menuju ke buaian yang di tengah padang dengan ais-krim di tangan.
Thank you for having dinner with us.” Khalish berkata perlahan. Matanya tidak lepas memandang anaknya. Nasib baik cahaya di taman itu terang. Mereka berdua sedang duduk di kerusi batu di tepi taman. Ada beberapa keluarga juga kelihatan membawa anak-anak mereka keluar bermain. Mungkin di malam hari, cuaca sedikit sejuk berbanding dengan terik matahari di sebelah petang. Ada juga beberapa pemuda yang sedang berjogging disekeliling taman.
There’s no need to thank me, Khalish. I enjoyed the dinner and especially the company. And now I am enjoying this ice cream.” Qistina tersenyum sambil menunjukkan aiskrim di tangan.
Khalish memandangnya sekilas namun tiada senyuman di bibirnya. Khalish yang serius sudah kembali nampaknya.
“Qis.”
Yes?
I must thank you for your time. I hope that we are not imposing on you. If we are, dan awak rasa terpaksa, saya minta maaf .Saya risau sangat kalau kami menggangu kehidupan awak. Saya rasa segan dengan awak sebenarnya. Tapi kadang-kadang saya kalah dengan Husna. Dia beriya-iya sangat nak jumpa dengan awak. She seems to be so smitten by you. This is the first time for her to be so attached to someone. Saya cuba untuk buat dia faham tapi she is only seven so it is not easy.” Panjang kata-kata Khalish dengan matanya yang masih tertumpu kepada Husna. Satu nafas panjang dilepaskan.  Lega rasanya apabila dia sudah meluahkan apa yang dia rasa di dalam hati. Perkara yang bermain di kepalanya sepanjang malam itu.
Qistina diam sambil cuba memproses apa yang baru Khalish luahkan. Berat sungguh bunyi suara lelaki itu. Rupanya inilah yang bermain di fikirannya. Yang membuatkan Khalish diam semasa mereka di dalam kereta menuju ke restoran tadi.
Qistina cuba menyusun ayat. Matanya juga tertumpu kepada Husna yang ketika ini kelihatan sedang seronok bercerita dengan kawan disebelah buaiannya.
“Khalish. Pertamanya, percayalah yang saya tak pernah rasa terpaksa. Jadi, tak payahlah awak nak rasa risau, segan atau susah hati. And you guys are not imposing anything on me.
Percayalah. Saya ikhlas. I don’t mind spending time with Husna. I love children and I love being around them. Besides, Husna is an angel. She lights up a room when she walks in. You are lucky to have her and I thank Allah for the opportunity to know her. Jujurnya, saya pun rasa attached dengan dia. She has a special place in my heart. I even miss her chattiness when I don’t see her.” Qistina juga berhujah panjang.  Dia mahu Khalish faham hatinya dan tidak mahu ada rasa bersalah atau pun sebarang salah faham. Dia berpaling memandang Khalish dan mata mereka bertentang sebentar.
Khalish tersenyum manis.
Hati Qistina bergetar tiba-tiba.
Thank you, Qis. Lega saya.” Kedengaran Khalish menghela nafas panjang.
But please don’t tell her that I miss her chattiness,ok?” Qistina membuat lawak untuk menutup gugup di hatinya.
Khalish tertawa kecil. Angguk dua kali.
Pinky swear!” Kata Khalish selamba.
Giliran Qistina pula untuk ketawa.
And you know what, Khalish? If she wants to come by the shop on weekends, you can just drop her off and I will take care of her. I can send her home after. It will not be a problem at all.”
“Qis, awak tak risau ke kalau Husna asyik mengekori awak nanti, ‘saham’ awak jatuh? Saya risau tau. Nanti orang ingat Husna tu anak awak. Nanti lari jodoh awak.”
Qistina ketawa lagi. Pandai juga Khalish buat lawak.
“Saya percaya kepada aturan Allah, Khalish. Kalau jodoh saya tu lari semata-mata kerana saya bersama Husna, maknanya dia bukan jodoh saya.”
Khalish sekadar mengangguk perlahan. Dia merenung Husna. Memikirkan bagaimana reaksi Husna nanti kalau Qistina sudah bersuami. Semestinya bila Qistina sudah bersuami nanti, dia tidak akan ada banyak masa seperti sekarang untuk Husna. Suami Qistina mungkin tidak akan senang dengan Husna. Bila tiba masa itu, bagaimana Khalish nak kawal emosi Husna? Mukanya diraup. Nafasnya berat. Sempit dadanya bila memikirkan hal itu. Pantas dia bangun menuju ke Husna.
“Jom kita balik, Husna.”
“Ok Papa.”

Bersambung dalam Novel CINTA KITA, terbitan Idea Kreatif Januari 2014.

No comments:

Post a Comment