Sunday 9 March 2014

Bab 1 HANYA DIA....CINTA

Picture credit to Google

“Setengah juta ringgit! Setengah juta ringgit for a wedding ring! It doesn’t make sense. Itu belum lagi belanja untuk majlis nikah, majlis resepsi di hotel, barang hantaran, goodies for the guests and the dresses for her bridesmaids. Oh, and did I mentioned about her 3 days bachelorette party at Uncle Syed private island? Do you know how much her wedding worth? Almost 2 million ringgit, Nani! Two million! You can feed a third world country with that amount of money! What was she’s thinking?”  Zara bersuara sekali nafas sambil berjalan mundar mandir di atas bumbung bangunan hotel 15 tingkat milik keluarganya.
 “Did you know she’s planning a shine bright like a diamond theme for her reception? Everything have to be shining katanya! Can you imagine that?” Dia sambung lagi meluahkan rasa tidak puas hatinya. Ringan sedikit rasa dada selepas berminggu-minggu dia pendam rasa tidak puas hati itu.
 “Shine bright like a diamond? Eh, kak long kau dah terkenan dengan Rihanna ke?” Nani yang sejak tadi mendiamkan diri di hujung talian akhirnya bersuara sambil ketawa.
 “Rihanna? Siapa pulak tu?” Zara buat muka blur. Rasanya mereka tidak ada kenalan bernama Rihanna.
 “Laa…Hollywood artist tu lah. Yang heboh kes kena pukul dengan kekasih dia Chris Brown tu?”
 “Hah?” Sungguh dia blur.
Chris Brown mana pulak ni? Dia cuba mengingati nama kawan-kawan sekuliah sewaktu belajar di Aberdeen dulu namun tak ada satu pun yang bernama Chris Brown.
Nani di hujung talian sudah menepuk dahi bila melihat wajah Zara yang berkerut-kerut di skrin iPhonenya.
 “Forget it, Zarr.” Macam manalah dia boleh lupa minah seorang ini minah rock. Kalau sebut pasal Linkin Park, Breaking Benjamin atau Three Days Grace barulah cepat otak dia itu beri respon.
“Semua ni membazir, Nani. Jenuh dah aku nasihat dia tapi…”
 “Macam curah air atas daun keladi?”
Zara mengangguk. Punggung dilabuhkan ke atas sebuah kerusi yang dia bawa naik khas ke bahagian atas bumbung itu sejak kali pertama dia menjejakkan kaki ke hotel ini.
 “So why waste your time?”
 “Entahlah. Mungkin sebab aku ingat dia akan dengar cakap aku kali ni?”
Nani juling mata ke atas. “When did she ever listen to you?”
Zara mengeluh perlahan. Ya. Sejak bila pula Kak Long dengar cakap dia? Cakap mama dan babah pun kadang-kadang dia langgar, inikan pula dia yang berpangkat adik ini.
 “Just let her be, Zarr. Lagipun belanja untuk wedding tu, your future brother-in-law yang akan tanggung kan? Jadi tak payah nak pening kepala fikirlah. Sekarang ni fikirkan masalah kau yang tak selesai-selesai tu. Macam mana? Dah bincang dengan mama dan babah kau?”
Zara menggeleng.
 “What!?
 “Tak sampai hati nak cakap. Diaorang dah cukup pening dengan karenah Kak Long.”
 “Dah tu? Kau nak ikut je?”
Zara tarik nafas panjang. “Kalau bincang dengan ‘dia’ je, macam mana?”
Nani angkat kening sebelah. Duh…dari awal itu yang aku suruh, kan?
 “I think it’s time.”
 “Serious?”
Zara mengangguk.
 “So, bilanya yang kau nak bincang dengan ‘dia’?” Nani keluar soalan cepu emas.
Zara ketap bibir. “The sooner the better. Malam ni?”
 “Dah sedia ke?”
 “Nak ikutkan sampai bila-bila pun aku tak sedia lagi nak jumpa dia. In fact tak teringin pun nak jumpa dia. Tapi sampai bila nak tangguhkan? Clock’s ticking.” Makin tangguh, makin serabut fikiran dia dibuatnya. Jadi baik selesaikan secepat mungkin.
 “Ok. Nak aku temankan ke?”
Zara menggeleng. “Let me do this alone. Bukannya susah sangat, kan? Jumpa, beritahu dia apa yang aku rasa, balik dah selesai masalah.
Nani mendengus perlahan.
 “Bunyi memanglah senang tapi nak execute tu kau rasa semudah itu?”
Zara mengeluh. Ya, dia tahu tak mudah. Kalau mudah dah lama hal ini selesai. Ini semua ‘dia’ punya pasal. Kata belajar sampai luar negara tapi payah betul nak faham kata orang. Inilah agaknya yang orang kata, makin pandai seseorang itu, makin bodoh sebenarnya dia. Zara dah kata tak nak maknanya tak naklah. Kenapa yang susah sangat nak faham?
Nani, remember your genius plan? Kita buat ikut itu je, ok tak? Mana tahu, untung sabut timbul.”
Nani ketawa senada. “Yeah. Kalau untung sabut. Kalau untung batu? Lagipun rancangan itu sangat childish lah, Zara. Skrip drama slot Lestary sangat!”
Zara senyum tawar. Drama slot Lestary ke, childish ke, dia dah tak peduli. Dia kena pastikan dia untung sabut. Sebab kalau untung batu, maknanya dia pun kena shine bright like a diamond lepas majlis Kak Long!

Zara periksa penampilan di cermin restoren:
Rambut ikal paras bahunya dibiarkan lepas – Check!
Bahagian depan dihighlight dengan warna biru – Check!
Cermin mata bingkai hitam ihsan daripada Nani. – Check!
Baby-T Ed Hardy warna hitam siap dengan imej skull and heart. – Check!
Jeans koyak lutut. – Check!
Kasut Converse All Star warna pink. –Check!
Perfect! 
Memang penampilan ini masuk katergori bukan-calon-pilihan. Dan memang itu yang dia harap-harapkan. Gila, memang gila. Tapi lebih gila kalau dia datang pertemuan ini dengan keadaan dirinya yang sebenar. 
The sweet and lovely Zara Harlina, macam yang semua orang cakapkan. Lagipun bukankah mama kata, mama ‘dia’ tertarik dengan Zara sebab Zara ni nampak baik? Jadi, malam ini, biar dia tunjuk pada ‘dia’ yang Zara Harlina bukannya macam yang diperkatakan. “A childish plan!” kata Nani.
Dia tahu. Tapi apa lagi jalan yang ada? Nak berbincang elok-elok, ‘dia’ awal-awal dah menolak. Jadi kenalah buat gaya macam ini. Harap-harap ‘dia’ menyampah tengok Zara dah akan lupakan terus rancangan keluarga mereka.
Zara tarik nafas dalam lalu dihela perlahan. Kaki terus menghala ke pintu masuk restoren sambil mata melilau mencari meja berdekatan dengan mini water fountain seperti yang diberitahu dalam text message tadi.
 You can do this Zara. He’s only a guy.  A very stubborn guy but nevertheless, still a guy. Sudah menjadi resmi lelaki seperti ‘dia’, mesti tertarik dengan yang cantik dan menarik sahaja. Takkan dia tertarik dengan perempuan berpakaian macam Zara sekarang melainkan dia pun…
Oh my! Langkah Zarra terhenti. Rahang rasa macam hendak jatuh ke bawah. Mulut terlopong sedikit dan matanya membulat, pegun memandang penghuni di meja berhampiran mini fountain. Biar betul? Salah orang, kut? Tapi ini sahajalah meja yang ada dekat dengan water fountain. Mana ada meja lain!
Dahi Zara mula berpeluh. ‘Dia’ yang duduk dah bangun berjalan menghampiri Zara dengan senyuman lebar.
“Zara Harlina Elyas?” Garau suara ‘dia’ menegur.
Zara rasa hendak mengeleng tapi entah kenapa otak dan hati dia tak synchronize pula malam ini. Zara terus mengangguk.
Makin lebar senyuman ‘dia’.
“I’m Adhan Mikhail.”
Ya. I know who you are! Bisik Zara dalam hati. Jengkel.
“Wow, tak sangka. Kita sepadan.” Ucap Adhan teruja sambil pandang Zara dan pandang diri sendiri silih berganti.
Zara rasa nak menyorok dalam tanah. Cringe! Zara belek Adhan Mikhail dari atas hingga ke bawah.
Rambut pacak.
T-Shirt Ed Hardy warna hitam dengan corak skull and tiger head.
Jeans lusuh warna biru dengan kedua belah lututnya koyak.
Kasut Converse All Star warna hitam.
Ya. Nampaknya memang mereka sepadan sangat. Oh my! Why? Why???
“Well…” Adhan senyum lagi tapi kali ini senyuman dia nampak…nakal?
“What?” Tanya Zara takut-takut. I don’t like that smile!
“Nampak gaya we share the same taste. Jadi tak ada alasanlah kita tak boleh ikut rancangan keluarga kita kan, sweetheart? We’re definitely made for each other.” Dia ketawa gembira.
Zara pula rasa hendak…
Menangis…
Meraung…
Meratap…
Menjerit sekuat hati!
Apa kata si dia tadi?
We share the same taste?
Tak ada maknanya!
Tak ada alasan tak boleh ikut rancangan keluarga?
Oh…Zara ada berpuluh alasan.
Sweetheart?
Euwww! Cheesy!
Dan made for each other?
In your dreams, mister!

Huwaa…Nani! Your genius plan dah backfired! Apa nak buat ni?

2 comments: