Sunday 9 March 2014

Bab 2 HOPELESS ROMANTIK oleh Shamien Basit

Picture credit to Google


K
AY tersenyum hambar apabila semua jemputan tahlil mengucapkan takziah kepada keluarganya. Belakang  Luth yang terlena didadanya ditepuk perlahan. Dia mengucup lembut kepala Luth. Dah jadi yatim piatu anak saudara dia ni.
Pesanan main-main adiknya semalam kembali ditayang di layar mindanya.
            ‘Anak kau jugak ni long! Kalau aku tak ada, kau yang jadi bapak dia tau. Aku memang dah cakap siap-siap ni. Memang aku dah namakan kau penjaga dia.’
            Keluhan yang berat dilepaskan. Luth sudah menjadi tanggungjawab dia sekarang. Luth adalah anaknya sekarang.
            “Kay...minum sikit?”
            Kay mengangkat pandangannya ke arah Jaz yang berselendang itu. Jaz menghulurkan segelas air kepadanya.
            Kay menolak perlahan.
            “Tak apa sayang, I nak pergi letak Luth dalam bilik sekejap.” Kay berkata perlahan.
            Jaz mengangguk. Bahu Kay diusap perlahan lalu dia melabuhkan punggung di atas sofa, bersebelahan dengan Kay.
            “Stay strong ya, Kay?” Jaz berpesan.
            Kay mengangguk tanda faham.
            “Saya memang kena kuat untuk mama, papa, dan juga Luth. Luth dah jadi tanggungjawab saya. Saya kena mainkan peranan daddy untuk dia. Dalam masa beberapa aja Jaz, semuanya berubah. Saya rasa macam tak percaya, saya masih tak boleh percaya. Separuh dari hati saya kata semua ini hanyalah mimpi, manakala separuh lagi kata ini kenyataan,” sayu Kay meluahkan perasaannya.
            Jaz mengelus tangan Kay lalu memandang Kay sambil tersenyum.
            “Hey,Kay...awak kuat. Redhakan yang dah pergi. Dah, mari saya angkatkan Luth. Awak minum air dulu. Dari tadi awak tak makan apa-apa. Nanti awak pula yang sakit.”
             Kay mengangguk lalu menyerahkan Luth kepada Jaz.
             Jaz membawa Luth ke kamar Kay di tingkat atas. Kakinya melangkah memanjat anak-anak tangga. Namun, langkah kakinya terhenti apabila melihat susuk tubuh yang sedang merenung jauh di anak tangga teratas itu. Jantung Jaz terhenti berdetak. Mata sembab tersebut memandangnya tajam.
            “ Jaz?” Tegur suara itu. Jaz menelan liur.
            “Benjamin? Awak buat apa sini?” Tanya Jaz, dia sudah memandang ke arah bawah. Tiba-tiba dia terasa cuak.
            Benji tergelak sinis.
            “Kakak saya yang meninggal tu. Saya tak sangka pula kita jumpa balik macam ni. Tahniah awak dah bertunang.” Jaz menunduk. Matanya tidak mampu memandang kisah silamnya itu.
            “Can’t even look me in the eyes now huh Jezamine? Tak ada ucapan takziah untuk bekas teman lelaki awak ni?” Sinis kata-kata Benji.
            Jaz sudah pucat mukanya. Benjamin ni saudara dengan Kay? Oh tidak...oh hati...tidak!
            “Maaf, saya tak cam awak dengan rambut panjang tu, takziah atas pemergian kakak awak.” Balas Jaz mendatar.
“Jaz, aku masih tak dapat terima apa kau buat pada aku dulu...tahu? Kau permainkan aku, lepas tu kau tinggalkan aku macam tu aja bila kau dah bosan. Kau ingat hati aku ni kertas?” Benji berkata tegas.
Jaz sudah menggelengkan kepalanya.
“Balik rumah, kau layan lagu total eclipse of the heart ya, Ben? Aku dah jadi tunang Kay. Setahun lagi kitorang kahwin.”
“Ben...kau kenapa duduk kat tangga tu?”
Jaz sudah membulatkan matanya apabila mendengar suara Kay menegur dari bawah itu.
Benji tergelak kecil apabila matanya memandang Kay di anak tangga paling bawah.
“Kau nak aku beritahu Kay apa yang kau dah buat dekat aku semata-mata kau nak dapatkan dia?”  
  Jaz menjeling tajam ke arah  Ben.
‘Jaz, you’re my...could’ve been; should’ve been. But you never was, and never will be mine...kenapa Jaz? Kenapa kau buat aku macam tu dulu?’ ujar Benji di dalam hatinya.
“Tu, Kay dah nak naik tu. Aku boleh aja beritahu dia...Jaz. Yang kau hancurkan hati aku, yang kau permainkan perasaan aku selama ini, dan Kay juga berkemungkinan untuk dipermainkan kau juga nanti. Tapi Jaz, aku tak seteruk kau, aku nak tengok kau bahagia walaupun kau dah hancurkan hati perasaan aku. Aku harap kau tak buat macam tu ya pada Kay?” Benji memandang sepi ke arah Jaz lalu dia bangkit turun. Dia tarik senyuman hambar ke arah Kay.
“Saja je Kay. Duduk merenung atas tangga sekejap. Tahniah ye kau dah tunang. Jaga Luth baik-baik ya.” Benji berpesan.
Kay pula sudah memandang Jaz semacam. Kenapa Jaz berbisik dengan Ben tadi? Apa yang mereka bualkan?
            “Kay...nasib baik you naik. Bukakan pintu bilik, please?” Jaz membuat suara manjanya.   
Kay mengangguk lalu laju menapak ke tingkat atas. Pintu biliknya dibuka lalu Jaz berlalu ke dalam untuk membaringkan Luth.
Kemudian, dia mendapatkan pula Kay yang sudah menarik muka beku itu. Aish? Kenapa Kay nak buat muka beku macam tu?
“Jaz...masa kita mula-mula couple dulu, you ada kata yang ex-you tinggalkan you kan?” Kay bertanya. Otaknya sedang giat mencerna sesuatu.
 Jaz sudah menelan liur. Dia terlupa pula apa yang dia cakap pada Kay dua tahun yang lepas. Kalau sudah menipu, memang susahlah nak ingat balik apa yang dia tipu dahulu. Nak tak nak, dia mengangguk saja.
Kay memandang Jaz tepat.
“Benjamin tu your ex,kan?” Kay menyelesaikan teka teki di mindanya itu.
Jaz terus membulatkan matanya. Nak cakap apa ni?
“Kay...kita lupakan aja ya? I tak tahu yang dia tu keluarga isteri arwah adik you. Barang dah lepas , sayang. I pun dah ada you sekarang ni. Hati I dah tak terluka, sebab you dah rawat luka yang Benjamin tinggalkan tu.” Jaz mula mengarang penipuannya lagi sekali.
 Kay tersenyum kecil.
“Tak...saya nak pastikan aja. Sebab ni kali pertama awak jumpa dia, saya pun naik hairan dia boleh bercakap dengan awak. Saya pun teringat yang awak pernah sebut nama Benjamin tu, saya main tanya aja,” gumam Kay lagi.
Jaz tarik senyuman tawar.Lengan Kay dipeluknya erat.
“Dah makan? Makan sikit ya? Saya tak suka tengok sayang saya sedih-sedih macam ni,”
pujuk Jaz, manja.
 Kay menggelengkan kepalanya.
“Saya nak baring sekejap tepi Luth. Semalam memang tak dapat pejam mata pun.”
Jaz mengangguk lalu membiarkan Kay membuat apa yang dia mahu. Dia kembali ke tingkat bawah dan mengeluh panjang. Patutkah dia runsingkan Benjamin tika ini? Kalau Benjamin cakap dekat Kay apa yang dia pernah buat dahulu, agak-agak Kay percayakan siapa nanti?
            Benji pula yang sudah duduk di atas sofa itu merenung tajam apabila terlihat susuk tubuh Jaz muncul di hadapannya
“Ben...” Tegur Jaz nak tak nak.
Benji mencarikkan senyuman sinisnya ke arah wanita yang pernah menjadi ratu hatinya suatu tika dahulu. Sekelip mata sahaja, semua itu berubah. Urusan hati dan perasaan, semuanya tidak menentu, hari ni kata cinta, esok kata benci. Entahlah...
“Jaz...aku tahu apa kau nak cakap. Aku tak akan rosakkan hubungan kau dengan Kay. Aku tak akan bongkarkan perangai sebenar perempuan yang pernah aku sayang dulu,” kata Benji sebelum Jaz sempat berkata apa-apa.
Jaz  sudah mampu tersenyum lega mendengar penjelasan Benji itu tadi. Ya, dia tidak perlu runsingkan apa-apa lagi. Dia boleh berbahagia dengan Kay tika ini.
Benji bangun dari sofa itu lalu berlalu ke luar rumah. Dia tidak lagi sanggup melihat Jaz yang bahagia itu.  Peritnya hati bila orang yang pernah menjadi cinta hati pada suatu masa dahulu, membuat tak tahu dengan kewujudan kita. Perit sungguh hati apabila melihat dari tadi Kay yang mendapat belas kasihan dari Jaz, bukannya dia.
“Setahun lagi kau nak kahwin Jezamine? Kalau hati kau berubah lagi macam mana, Jaz? Kalau Kay pun bukan apa yang kau mahukan, apa kau nak buat? Batalkan majlis kau sendiri?”
Kalau dua tahun lalu, mungkin dia yang berada di tempat Kay itu tadi, mungkin Jaz yang akan melayannya dengan penuh kasih sayang. Namun, segalanya sudah berakhir. Orang sering jatuh cinta, namun orang juga sering terluka sebab cinta. Bilalah hati dia ni nak gantikan nama Jezamine tu dengan nama perempuan lain? Dia sudah tidak sanggup melihat kebahagiaan Jaz bersama lelaki lain. Dia juga inginkan kebahagiaannya kembali. Hatinya terluka kerana Jaz, namun kenapa dia masih membiarkan hatinya terluka?


No comments:

Post a Comment