Thursday 13 March 2014

Bab 3 HOPELESS ROMANTIK - Shamien Basit


Setahun kemudian...


M
EJA di hadapannya diketuk berkali-kali dengan jari tengah serta jari telunjuknya, mengeluarkan irama yang entahapapa itu. Sekali lagi jam di pergelangan tangan dibelek. Termasuk kali ini, sudah hampir lima kali si dia mengelak.
“Kalau tahu dah lewat tu , tolonglah ada inisiatif untuk maklumkan dulu. Ingat masa aku tu tak berharga ke? Payah betul manusia ni kadang-kadang. Nasib baik aku sayangkan kau, kalau tak memang aku dah tinggalkan kau dah.” Kiah merungut geram. Jarinya tadi mencapai gelas kopi lalu menghirup minuman tersebut sepuas hati. Ah, lega sikit rasa geram ni!
Baru sahaja dia meletakkan kopinya kembali ke atas meja, manusia yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul jua. Kiah memandang sekilas ke arah susuk tubuh tinggi lampai tersebut. ‘Aik? Mana pergi rambut panjang dia? Mana pergi cincin dia banyak-banyak tu? Kena samun ke? Mana pergi telinga dia yang selalu kena tindik tu?’ Hati Kiah sudah pelik apabila melihat si dia yang selama ini bukan main lagi muka macam penyangak yang suka pecah rumah orang sudah bertukar menjadi insan yang sangatlah...innocent looking! Sekali pandang macam budak baru keluar maktab tahfiz pun ada.
“Maaf, saya lewat awak.” Si dia bersuara.
Kiah masih lagi terdiam, mencerna apa yang telah berlaku kepada badboy  dia di hadapan ini.
“Awak? Ni...kenapa nampak macam baik aja ni?” Kiah bertanya terus tanpa memberi respon kepada kata-kata maaf tadi.
Sekarang, giliran si lelaki itu pula untuk menjadi hairan. Bukankah sepatutnya Kiah suka ke kalau dia berubah jadi baik? Selama ni memang dia dah baik pun, cuma cara berpakaian itu aja macam budak nakal sikit.
“Khairina...sebenarnya... saya suruh awak datang sini hari ni, saya nak cakap sesuatu sama awak,” kata lelaki tadi sambil tersenyum manis.
Kiah juga ikut tersenyum lebar. Nak kata sesuatu ye? Kata apa?
“Iya? Katalah cepat!” Kiah sudah tidak sabar mendengar tiga perkataan yang dia tunggu-tunggu seumur hidup tu. Cepatlah cakap saya cintakan awak tu!! Tak sabar nak dengar ni!
Si lelaki itu sudah menggaru-garu keningnya.
 Tadi bukan main tersenyum, sekarang riak macam kena buasir tu kenapa?
“Saya...” ayatnya tergantung di situ.
 Wajah Kiah sudah semakin ceria.
‘Cepat, cepat...saya...cintakan awak. Cepatlah cakap!!! Aku nak dengar ni...,’ getus hati Kiah, teruja.
“Awak...”
 Kiah membuat muka tertanya-tanyanya. ‘Apakes main cakap separuh jalan ni?’ Soal Kiah di dalam hatinya lagi. ‘Awak...awak apa? Ish dia ni, cakap tu tak? Saspen betul!’
Lelaki itu berdehem dan memandang ke bawah sejenak. Kemudian dia menarik nafas panjang lalu kembali memandang ke arah Kiah.
“Okay...saya nak...”
Alahai! Tergantung lagi? Saya nak apa? Saya nak awak? Boleh, tapi kena kahwin dulu! Hish mamat ni...nak cakap saya cintakan awak pun berjanggut aku kena tunggu!
“Saya nak break!” Kiah dapat merasakan beberapa jenis kaca di dalam mindanya retak dan hancur apabila mendengar pernyataan tersebut. Dia ternganga. ‘Dia cakap apa tadi???Oh tidak!!! Break???’
           

            MATANYA memandang kosong ke arah lelaki yang kini tersenyum hambar di hadapannya. Dia sudah dapat mengagak, bahawa lelaki ini pun bukan jodohnya. Seperti lelaki-lelaki lain sebelum ini, yang ini juga tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Akhirnya, dia juga yang ditinggalkan. Di manakan silapnya? Bilakah dia akan ditemukan ‘The One and Only’ yang akan mencintainya sepenuh hati dan menghabiskan sisa-sisa hidup bersamanya apabila dia sudah tua kelak?
            Nafas berat dilepaskan. Air di dalam gelas dihadapannya dihirup rakus.
            “Saya minta maaf, awak. Awak dah banyak mengajar saya erti cinta, erti kemaafan. Saya rasa, sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk kita teruskan hubungan kita, awak. Awak dah sedarkan saya, saya perlu cari balik mama saya. Saya kena perbaiki balik hubungan saya dengan keluarga saya. Kalau saya tak kenal awak, saya tak akan sedar akan semua benda ini. Terima kasih, awak. You are such a great...friend. Saya minta maaf ya, kalau saya tak ada dalam situasi ni, mungkin kita ada peluang untuk bersama, tapi, saya rasa tak lengkap hubungan kita tu kalau keluarga saya sendiri berpecah belah,” kata lelaki tadi dengan tulus.
             Kiah sekadar tersenyum hambar dan menganggukkan kepalanya. Oh hati...kau bersabarlah. Termasuk kali ini, sudah enam kali kau kena toreh!
            Tak ada apa yang berbeza, dia ni bukan yang pertama yang cakap Kiah hanyalah sekadar seorang kawan yang baik. Tapi sampai bila dia nak jadi kawan yang baik? Apa yang dia inginkan adalah cintanya berbalas. Itu sahaja. Dia tidak ingin menjadi sekadar kawan, she wants love, marriage ,babies and a neverending confession of love! Tak banyak pun.
            Dia nak bina keluarga dengan lelaki yang dicintainya, namun, bagaimanakah impiannya akan tercapai kalau lelaki yang ini pun tak cintakan dia? Berapa banyak lagi lelaki yang perlu dia kenal dan jatuh cinta namun akhirnya dihampakan kembali?
            “Saya harap, awak akan jumpa lelaki yang mampu balas cinta awak. Awak sangat optimis, saya yakin awak mampu mencari lelaki tersebut nanti. Saya pergi dulu.” Lelaki tadi mengundur diri.
            Kiah memejamkan matanya dan menarik nafas panjang-panjang. ‘Jangan menangis Kiah, jangan menangis. Ini bukan kali pertama kan kau hancur hati? Kau kuat Kiah. Dia tak layak untuk tangisan kau.’
            Kiah melepaskan keluhan berat  apabila susuk tubuh lelaki tadi hilang dicelah orang ramai. Mukanya diletakkan ke meja sambil mata memandang kosong ke hadapan.
            ‘Orang kata kuasa magis tu tak wujud, impan tidak akan menjadi nyata, and that Prince Charming itu tak ada di mana-mana pun...mungkin sudah tiba masanya aku berhenti mengharapkan  for my own real life Benz Aliff Sulaiman tu? Hidup aku ni bukan novel Aa+Bb, this is real life Kiah. Cinta tu mampu buat hati kau hancur dan ditusuk-tusuk sembilu, Kiah, and there is no happy ever after at all!’
            Dia menggumam kepada dirinya sendiri. Patutkah dia kambus impiannya untuk hidup bersama orang yang turut mencintainya dalam-dalam? Patutkah dia berputus asa sekarang?
            Kiah kemudiannya mengangkat kepalanya dan duduk dengan tegak di kerusi tersebut.
            “Apa akan jadi kalau Cinderella tak berusaha memunculkan diri semasa putera raja tu datang bawa sebelah lagi kasutnya? Apa akan jadi kalau aku tak berusaha mendapatkan apa yang aku nak? Alang-alang hati aku dah banyak kali hancur, tak salah kan kalau dia hancur lagi?   Asalkan aku berjaya ketemukan si dia yang mampu merawat semua luka, aku rasa cukup berbaloi segala luka di hati aku ini. Aku akan cari putera raja aku tu! Aku akan tunggu sampai dia muncul.’
            ‘I am that hopelessly hopeful, bahawa ada lelaki di Malaysia ni yang akan cintakan aku balik. Suatu hari nanti, pasti aku akan jumpa lelaki misteri itu; dan aku akan pastikan dia jatuh cinta pada aku, dan dia ucapkan apa yang lelaki-lelaki sebelum ni tak mampu ucapkan.Yosh Kiah! Cari lelaki tu sampai dapat, dia wujud Kiah. Kau kena yakin yang dia wujud. Cuma Allah yang tak bagi kau berjumpa dengan dia lagi.” Kiah memasang azam yang baharu. Senyuman manis kembali tersungging pada wajahnya tika itu. Yosh!





No comments:

Post a Comment