Saturday 15 March 2014

Bab 4 HOPELESS ROMANTIK




J
ARINYAmencapai I-pod di atas meja lalu disambungkan ke home stereo itu. Kemudian, dia mencapai pengelap mikrofiber lalu disarungkan pada tangan kanannya. Zaman sekarang ni sudah tidak memerlukan khidmat napkin buruk kalau nak lap apa-apa permukaan. Gunalah pengelap mikrofiber, 99.9 peratus permukaan akan bebas debu selepas penggunaan.
            Kiah tersenyum apabila lagu kegemarannya bergema di stereo. Aku ni nampak aje jambu,tapi jiwa aku rock okay! Lagipun, kalau layan Paul Anka semasa buat kerja rumah, jangan harap nak cepat siaplah, makin tambah feel adalah! Makin lengahkan kerja ada la, sebab, aku  ni kan sangatlah jiwang kalau bab lagu cintan-cintun ni.
            “Khairina Ibtisam Adam Hartigoff! Tune down the volume! Bingit telinga mama ni.Ish budak zaman sekarang ni. Macam-macam karenah.”
Ayat lazim seorang ibu telah berbunyi. Puan Maimunah sudah menyeka peluhnya di hadapan kolam ikannya.
Di dalam rumah pula, Kiah membuat mimik mamanya yang tengah membebel dari luar rumah itu.  Hari ini adalah hari gotong-royong satu rumah, sebab esok ,Kashaff nak balik. Mommy’s pet! Namun, stereo tetap diperlahankan. Dah tak ada umph dah nak buat kerja, volume dah perlahan.Orang kata apa, dah tak ada ‘kick’?
Mama ni pun satu, kalau anak teruna dia tu nak balik, dan dan dia nak kemas rumah bagi berkilau. Mandat sangat ya anak lelaki ni? Agak-agak kena bentang karpet merah tak depan pintu untuk sambut ketibaan Duli Maha Mulia Ahmad Kashaff Iman Adam Hartigoff tu. Dustpan merah batang hijau itu dicapai.
Bengkak juga hati Kiah. Apabila anak lelaki kesayangan mama dia tu nak balik je, mesti mama dia semangat buat itu ini.Kalau Kashaff tak ada, ada-ada saja program entah apa kebendanya mama dia buat dengan kawan-kawan datin dia tu kat luar. Kena tinggallah Kiah ni sensorang kat rumah. Penangan Kashaff ke atas mama sangat kuat. Bukan tak sayang abang, sayang, tapi mama ni agak bias pun ada.Gender biased.Tapikan, secara logiknya, memang rumah ni layak dikemas, tak perlu tunggu si Kashaff tu balik pun sebenarnya. Rumah bersepah macam baru lepas kena lalu dek air Tsunami dah tu.
Dulu, pernah sekali Kiah bertanyakan mamanya mengenai nama Kashaff tu, mama dia pula dengan muka selamba cakap;
“Kiah, Kashaff tu tak ada maksud tetap, Iman tu yang ada maksud. Sedap dengar, mama dengan ayah kau main tu letak je la.”
Kiah selalu jadikan hal nama modal untuk mengusik abangnya itu. Nama saja kembar, tapi perangai tu macam kucing dengan rama-rama. Ada je kucing aka ‘Kiah’ ni nak pekenakan abang dia tu. Kashaff pula redha saja, jenis tak kisah sangat nak kena prank dengan adik sendiri.
Bagi Kiah, dia suka, sebab nama dia ada maksud. Maksud sedap pula tu, sebaik-baik senyuman agaknya maksud nama Kiah tu.Dia bukan Rokiah, bukan juga Zakiah, tetapi Khairina Ibtisam Adam Hartigoff.
Tapi bila panggil nama manja, nama yang panjang berjela hanya tinggal empat huruf sahaja;
K-I-A-H.
Kiah.
Kee-yah.
Kesian juga, nama sudah cantik, namun panggilan tetap juga Kiah. Nama kampung glamour katakan. Pasaipa tak letak Rokiah binti Adam Hartigoff? Bikin susah saja mau isi ruangan dalam kad pengenalan tu. 
Akur sahaja bahawasanya nama klasik Rokiah tu tak sesuai, tak ngam, tak masuk dengan nama matsalleh ayah Kiah tu.
Ayah nama Adam Hartigoff, anak takkanlah nak letak Rokiah kut, anak kenalah glamour sikit. Inilah ha, orang Melayu kita ni. Fikir nak glamour saja.
“Adoi, penat mama. Kiah sayang, tolong ambilkan mama secateurs dalam kabinet dekat dapur tu. Nak kena cantas daun pokok ni.”
Kiah menegakkan belakangnya. Apalah mama ni. Dah namanya nak berkebun, lain kali keluarkanlah segala keperluan berkebun. Ini tak, satu persatu disuruhnya. Penat tau, penat. Kakinya diheret ke dapur dengan malas. Pintu kabinet dibuka dan dia memandang sahaja barangan di dalam kabinet itu. Macam mana ya secateurs ni boleh ada dekat kabinet dapur? Bukan alatan berkebun ada dalam stor belakang rumah ke? Mama ni, sangat tak teratur.
Dia mencapai benda itu lalu menyerahkan kepada mamanya yang sedang menunggu di tepi tingkap ruang tamu.
Thank you sayang. Jangan lupa vakum ya? Lepas tu, kamu tolong gantikan cadar bilik Kashaff pun.”
Arahan diterima dengan senyap. Buat saja Kiah, dapat pahala tolong mama tu. Kiah mencapai vacuum cleaner lalu memulakan kerjanya yang tertangguh tadi. Sambil  tangannya berjalan, dia turut merencanakan sesuatu di dalam fikirannya.
‘Mama suruh ganti cadar bilik Kashaff, dan Kiah ada cadar yang paling sesuai untuk kau abang.’
Kiah menarik senyuman paling nakal. Adalah tu dia nak pekena abang dia.  Selesai dia me-vakum-kan seluruh pelusuk rumah itu, Kiah berlari ke biliknya lalu menggeledah ruangan almari di mana koleksi cadarnya terletak.
“Ish, mana ni? Takkan nak pasang Sleeping Beauty punya, cantik kut. Cinderella punya aku pulak sayang nak letak kat katil mamat tu. Ha! Ada pun kau Barbie!”
Dia menarik cadar Barbie itu lalu berlalu ke bilik Kashaff yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Kashaff belajar di Moscow, memang tak ada orang lah duduk dalam bilik dia. Kiah memasang cadar dengan sepantas kilat. Kesemua sisi ditarik bagi tegang. Macam duduk asrama pun ada. Cadar mesti tegang.
“Ouh, perfect! Padan muka kau, bang! Jambu gitu.”
Kiah berlalu dengan muka bangga. Kashaff paling anti warna merah jambu. Nabi Muhammad S.A.W pun suka merah jambu, Pak Mat tu pula sesuki je nak anti. Haih.Dia kemudiannya menutup pintu bilik abangnya. Nafas lega dilepaskan. Akhirnya, siap juga kemas rumah ni. Heaven!

Copyright: Shamien Basit / Ideakreatif

No comments:

Post a Comment