Friday 21 March 2014

Bab 5 HOPELESS ROMANTIK - Shamien A.Basit


           
“K
IAH...” Puan Maimunah memanggil nama anaknya yang sedang memandu kereta itu. Hari ini anak teruna kesayangan dia balik, jadi, dia suruh lah Kiah teman dia menjemput Kashaff dari lapangan terbang. Bila lagi anak dia ni nak berbakti kepadanya. Kalau duduk di rumah tu, asyik layan novel aja, kenalah juga keluar tengok dunia sekali-sekala.
            “Apa Mama?” Kiah bertanya sambil mata tidak lepas dari memandang ke hadapan. Mau mati ke tak pandang depan masa bawa kereta? Mama ni pun, cara dia panggil nama aku tadi macam nak tanya benda saja.
“Mama nak tanya boleh?” 
Tengok tu, kan dah kata tadi. Dah agak mama nak tanya benda ni. Jangan dia tanya soalan luar alam sudah lah.Signal di beri lalu dia memotong sebuah herbie yang berwarna ungu itu. Ada lagi orang bawa herbie  aka kereta kura-kura yang comel tu ya  zaman ni?  Antik tu.
“Bila nak bawa balik menantu lelaki mama ni? Mama dengki tengok anak-anak kawan mama tu, semua dah kahwin, dah ada cucu. Anak mama ni bila lagi?”
Puan Maimunah terus menembak soalannya.
 Kiah bagai mati katak di tempat duduk pemandu tika  itu. Masa ni juga nak lampu isyarat jalan ni nak merah pun! Totally bad timing! Mama pula dah mula dah dengan soalan luar alam dia ni. Tak ada soalan lain ke? Kalau tanya soalan Addmaths pun lagi mudah berbanding dengan soalan ni.
Kiah tarik senyum tawar. Jangan kata mama dia ni nak kenenkan dia dengan mana-mana anak datin. Minta maaf sikit. Anak datin-datin yang terang lagi bersuluh spesies  buaya tembaga itu memang dia takkan  masukkan dalam senarai walaupun muka tu kalah pelakon Hollywood. Never.Tidak sama sekali!
Kalau jumpa jodoh, kahwin lah anak mama ni.”
Jawab Kiah selamba. Gear ditolak ke mode Drive apabila lampu isyarat sudah bertukar ke warna hijau. Kiah bersorak di dalam hati apabila mamanya mengeluh kecil. Maaf ma, anak mama ni dah serik dengan pengalaman lampau. Sekarang tak ada mood lagi nak cari boyfriend baru.  Tunggu mood datang, baru kita pergi mengail mangsa-mangsa cinta Kiah yang seterusnya.
Kiah, Kiah. Kalau kau nak yang macam watak hero Aa+Bb tu memanglah tak akan ada atas dunia ni. Kalau wujud pun mesti dah kahwin. Kiah ni, dari zaman dia sekolah dia taksub nak cari versi sebenar Benz Aliff Sulaiman dia tu. Dia nak perasan jadi Addin lah tu. Lagipun, watak fantasi Hlovate tu kan hampir sempurna. Bukan watak novel itu sahaja, kesemua lelaki dalam novel mempunyai watak yang sempurna apa?
Hero ala-ala Badboy, kacak, boleh tahan bijak, supercool, maskulin, romantis. Tapi juga beriman, soleh, yadayada. Wujudkah seseorang yang sebegitu lengkap pakejnya dalam kehidupan sebenar ni? Kuat sangat baca novel budak ni sorang.
“ Mama carikan nak?”
Tiba-tiba kaki Kiah menekan brek. Mama says what!
Oh no-no-no. Kiah nak cari sendiri .” Tegas Kiah. Mama ni tak boleh cakap atas angin, nanti dia salah faham, aku juga yang kena kahwin paksa nanti. Kawasan bahaya angat-angat tu! Dilarang masuk!
“Mama tak tahulah macam mana nak buat dengan kamu ni. Benz tu dalam novel je Kiah. Kau tengok balik semua teman lelaki kau yang lepas tu, semua jenis yang tak berguna. Kau tolong diorang, tapi tengok, kamu juga yang mereka tinggalkan. You should think twice about searching for your Benz. Mama tak nak kamu  kahwin  dengan jantan bermasalah.”
Dia dah mula dah ceramah percuma dia.
 Kiah buat muka tak ada perasaan. Suka hatilah nak cari prince charming ke, Michelangelo’s David ke, Benz Aliff Sulaiman versi badboy ke, apa ke, ini hidup dia. Kalau dia buat salah pun dia yang dapat pengajaran. Kan orang sendiri kata, the best teacher is past experiences. It teaches you skills that no one can teach you, other than yourselves.
Janganlah kecoh Ma. Kiah tengah dalam fasa single sekarang ni. Just, let it be, okay. Biarkan saja. Que sera, sera. Apa nak jadi, jadi. Kiah pun baru aja putus itu hari. Nak kena balut-balut dulu luka dalam hati ni, kena jahit-jahit sikit, letak iodin sikit...lagi dua tiga hari barulah Kiah cari calon pengganti.”
Kiah menjawab tenang. Syukur, dah nak sampai KLIA.
“Tak ada maknanya que sera sera kamu tu Kiah oi.Nak dapat jodoh kena ada usaha juga tahu?!Mama bagi Kiah dalam tempoh setahun. Cari lelaki yang baik-baik, decent, lepastu cepat-cepat kahwin kalau Kiah tak nak jadi anak derhaka. Mama tak nak tengok lagi Kiah cari calon yang serabai tu. Badboy sangat! Tak mampu jadi ketua keluarga nanti, kamu juga yang seksa merana.”
Dan, debat perdana ini dimenangi oleh Puan Maimunah.
Kiah yang tadinya tampil tenang sudah mencerlung ke arah mamanya. Say that again!! Aku, kahwin dalam tahun ni, to a decent guy? Kalau tak aku dikira derhaka? My God! Holy Quran, mama ni memanglah gagal bab-bab buat lawak komersial ni! Hish!
Mana mau cekup lelaki macam tu? Baru je nak cari lelaki yang teramat romantis, nakal,  perangai tak badboy tak apa, tapi sekurang-kurangnya adalah juga gaya macam badboy tu. Macam Chris Pine ke, Josh Bowman pun okay juga.Setahun tu mana cukup nak cari lelaki macam tu!  Lelaki baik ada gaya yang polos, bukan gaya badboy!! Tak minatlah speseis polos-polos, baik-baik ni. Tak thrill!
“Mana cukup setahun ma,”dalih Kiah.
Stering digenggam kemas. Geram ni, geram.
“Tak jumpa senang je. Mama dah ada calon. Banyak pula tu. Datin Ros, Datin Sue, Datin Mastura, semua tengah cari calon untuk anak teruna dorang.”
Kiah mengetap gigi. Perlu ke ada reverse psychology waktu-waktu cenggini? Tak perlu! Mama ni, gian nak menantu, kan aku carikan dia boyfriend seorang, baru dia tahu tinggi rendah langit tu. Hish.
“Ala, Mama ni. Suruhlah abang kahwin dulu. Mana aci Kiah langkah bendul.”
Cari lagi alasan munasabah, Kiah. Butang escape ada tak dalam kereta ni? Tersangatlah perlu melarikan diri pada waktu ini.
“Takde takde. Kashaff kahwin lambat tak apa, dia lelaki. Kamu tu ha, nanti tak laku, jadi andartu. Runsing tau mama ni. Nanti apa orang cakap?”
Puan Maimunah bersuara. Windshield ditarik lalu dia memakai gincu berwarna ros itu. Kemudian, cermin mata gedabak mata lalat itu disarungkan kembali ke wajahnya. Sekali pandang macam pesakit yang baru lepas laser mata dah.
Mommy Vogue.
Handbreak ditarik Kiah. Keluhan dilepaskan.
Inilah nasib dilahirkan dalam sistem patriarki. Lelaki boleh buat sesuka hati, perempuan semuanya ada pantang larang. Walaupun zaman sudah berubah, namun masih payah untuk kita mengubah cara pemikiran para wanita yang dibesarkan dalam sistem patriarki ini.
Cewah Kiah, ayat kau bajet macam kau ni Menteri Kebajikan, Wanita dan Keluarga dah. Cool babe, cool.
Orang kata nak tahan nafsu amarah kena banyak-banyak beristighfar.
Astaghfirullah-al Azim, Astaghfirullah-al Azim, Astaghfirullah-al Azim.
Puan Maimunah memandang pelik perilaku Kiah.
Apo he ni tetibo dok istighfar ni. Sejuk perut aku mengandung kau dulu Kiah, nak parking kereta pun duk beristghfar, boleh hancurkan dosa-dosa kecil. Syukur.
“Haih. Mama turun dulu, Kiah pergi parking underground. Senang sikit abang nanti.”
Ye ke Kiah? Padahal kau tu dah nak meletup  tu kan? Suruh mama keluar cepat-cepat sebab takut kau tertinggi suara nanti.
Sabar Kiah, sabar.
Kiah menghantar mamanya keluar dengan ekor mata. Setelah itu dia cepat-cepat mencari parkir. Selepas jumpa tempat kosong, dia menurunkan suhu air-cond ke tahap paling sejuk dengan harapan dapat menyejukkan darahnya yang tengah mendidih ini.
‘Mama...mama. A decent guy? Sekarang ni yang rambut belah tengah ala-ala pekerja kerajaan tu pun belum tentu polos. Oh, my Benz, my real punya real sehabis real Benz yang awesome, yang romantik dan yang ada gaya Badboy tapi hati baik, bila kau nak muncul ni? Muncul la cepat, wahai prince charming ku, this Cinderella is really in distress now! Poof!! Muncul la cepat!’
Kepalanya dihantuk perlahan ke stering kereta. Adoilah, kahwin? Tak nak kahwin selagi tak ada Benz versi manusia sebenar tu boleh tak mama?

copyright: Shamien A.Basit / Ideakreatif

No comments:

Post a Comment