Saturday 1 March 2014

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 2

Arghhh…..!!! Stereng kereta di hentak kuat. Kenapa mesti Adwan? Apa kurangnya dia. Akid meraup muka berulang kali. Rambut dikuak ke belakang. Fikiran dia kusut. Kenapa dia selalu kalah dengan lelaki itu? Kali ini lebih teruk. Stok bertutup pun dia tak dapat tawan.

Peristiwa enam bulan lepas masih terbayang di ingatan. Ketika dia sedang duduk di sebuah restoran, kelihatan sepasang kekasih melangkah masuk sambil bergelak ketawa. Dia memerhati tingkah pasangan kekasih itu dengan rasa yang bercampur baur.

Pantas dia bergerak menghampiri pasangan kekasih tersebut. Ada tangan yang cuba menghalang tetapi ditepisnya kasar.

“Kau memang tak pernah cukupkan?” templak Akid kepada si gadis.

“Wowowo… Apa ni bro? Malulah kat orang. Tempat awam ni,” si jejaka cuba menenangkan Akid.

Beberapa pelanggan yang sedang menikmati hidangan mula tertumpu ke arah mereka.

“Kau diam!” marah Akid. Suara dia naik satu oktaf. Mata dia meliar melihat sekeliling. Seolah-olah memberi isyarat jangan jaga tepi kain orang.

Sepantas kilat mata-mata yang memandang tadi beralih semula pada hidangan di atas meja.

“Akid, behave yourself,” si gadis menjawab takut-takut.

MeMust IOr should you?” sinis Akid menjawab. Mata dia mencerlung tajam ke arah si gadis.

Si jejaka hanya menjadi pemerhati.

“Akid, we had discussed ‘bout this right?” tutur si gadis lembut, cuba memujuk.

“Tapi aku tak sangka pulak kau pilih jantan lembik ni berbanding aku,” sindir Akid. Hembusan angin malam yang dingin tidak mampu mengendurkan suasana yang semakin tegang dan panas.

“Ini dah lebih, bro,” si jejaka cuba bangkit.

Si gadis pantas menarik tangan si jejaka.

Si jejaka terduduk semula.

Si gadis tahu kalau dibiarkan ada yang bermalam di hospital nanti.

“Sekurang-kurangnya Adwan bukan playboy macam you,” templak si gadis balik.

“Huh? Dia pun lebih kurang macam aku juga. Tapi sesuailah dengan kau. Pisau cukur.” Akid senyum sumbing.

Lisa memandang Adwan.

Adwan hanya menjungkitkan bahu tanda tak faham maksud Akid.

Pada masa yang sama Lisa cuak, takut Akid akan berlebih-lebih pasal “pisau cukur”.

“Kau! Aku rasa tak lama lagi nasib kau pun sama macam aku. Kau tunggu jelah bila dia dapat ikan besar nanti,” Akid menuding jari ke arah Adwan pula.

“Akid, I think you should go,” Lisa membalas dengan suara yang mendatar.

“Abang, jom kita balik.” Sepasang tangan menarik lembut tangan Akid.

Look, I’m not finished with you yetNot now.” Akid menunjukkan dua jari ke arah matanya, seolah-olah dia akan sentiasa memerhatikan Lisa. Kemudian dia berjalan keluar dari restoran itu menuju ke keretanya yang di parkir di hadapan lobi hotel.

“Sudah-sudahlah tu, bang. Abang pun tahukan Lisa tu macam mana,” pujuk Amani Raiqah lembut.

Akid hanya membisu. Mata dia lurus memandang jalan. Fikiran dia serabut. Pedal minyak ditekan kuat. Ngauman kuat Audi R8 hitam menarik perhatian pengguna jalanraya yang lain.

“Maaf, Rai. Abang tak boleh kawal tadi. Kita makan kat tempat lain, okey?”  Rasa bersalah pula pada Amani Raiqah. Baru nak meraikan Amani Raiqah sempena adik dia tamat pengajian di Uitm Shah Alam. Lain pula jadinya.

It’s okay. Rai tak kisahlah bang. Mana-mana pun boleh asalkan abang yang bayar,” balas gadis berusia dua puluh tiga tahun itu. Terus kepala dia dilentokkan di bahu Akid. Memujuk.

Akid menggosok-gosok kepala Amani Raiqah. Marah dia berkurang. Akid tersenyum.

Ketukan kuat di cermin melenyapkan bayangan peristiwa lepas. Akid membuka pintu kereta. Jejaka hitam manis yang berdiri di depannya dipandang.

“Apahal, bro? Kusut semacam je aku tengok,” tanya Danial selepas berjabat silang dan bertepuk bahu dengan kawan baiknya. Salam cara anak muda zaman sekarang.

“Macam mati bini pula kau ni.” Danial menyambung dengan tawa kecil.

“Kau kalau tak mengutuk aku memang tak sah la kan.” Akid bersandar santai di badan kereta.

“Relakslah, broChill…”

“Jom, kita pekena teh tarik dulu. Nanti aku cerita kat kau.”

Perlahan mereka berjalan ke Restoran Alif. Tempat biasa mereka melepak melepaskan tekanan. Mereka memilih meja yang terletak di sudut. Jauh sikit dari meja-meja yang lain.

“Kau kenapa sebenarnya?” soal Danial. Tak pernah pula Akid ni serabut semacam kecuali enam bulan lepas masa jumpa si Lisa dengan Adwan.

“Kau masih ingat Adwan?” soal Akid balik.

Aikkk… macam tahu pula apa yang dia tengah fikir, bisik Danial dalam hati.

“Mestilah ingat, bro. Perampas kekasih kawan aku tu,” selamba Danial menjawab.

“Mulut kau tu boleh jaga sikit tak? Tolong eh, aku bagi percuma aje kat dia,” templak Akid.

“Kau ni sikit-sikit nak angin. Serius pula tu. Apasal dengan dia? Dia ambik perempuan kau yang mana pula? Dari zaman uni sampai sekarang korang berdua ni tak habis-habis nak bersaing,” tanya Danial panjang lebar siap ayat penyata sekali.

“Bukan perempuan aku. Not yetlater maybeBut she’s a little bit different. Bila masa pula aku bersaing dengan dia? Memandai kau aje.” Akid melenting.

“Kalau bukan perempuan kau, siapa? Aku kenal ke?” Soal Danial balik.

“Tak pasti kau kenal ke tak. Tapi yang pasti aku tak pernah nampak budak ni.”

“Apa kena mengena budak tu dengan Adwan?” Berkerut dahi Danial memandang Akid.

Akid pun bercerita dari A sampai Z. Terlopong mulut Danial. Takkanlahdiaorang berdua ni dah buta. Stok tutup pula yang dikejar.

“Kau dengar tak apa aku cakap tadi?” tanya Akid bila dia tengok Danial macam endah tak endah dengan apa yang dicakapnya tadi. Tergaru sana tergaru sini. Macam tak mandi seminggu.

“Aaa… dengar, dengar… pelik,” tukas Danial.

“Apa yang peliknya?” soal Akid balik. Dia ada cakap pasal alien ke?

“Kau lah. Adwan tu pun sekali,” jawab Danial.

“Aku? Adwan?” soal Akid makin tak faham.

“Yang tutup-tutup pula korang kejar. That is so not you, bro,” tekan Danial. Geram. Buat-buat tak faham pula si Akid ni.

Akid ketawa panjang.

“Betul, bro. Kau tak rasa pelik ke? Bukannya tak ada minah stok-stok ustazah yang minat kat kau sebelum ni. Tapi semua kau cakap tak ada dalam senarai. Sekarang, apa kes?” soal Danial semula.

“Erkkk… aku ada bagi pernyataan macam tu ke?” Akid pula menggaru-garu kepala.

“Tapi ni lainlah Danial. Kau tak jumpa dia lagi,” sambung Akid.

Eleh… yang dulu-dulu pun kau cakap macam ni juga. Nak-nak si Lisa tu. Dia lain dari yang lainlah. Penyayang, manja, pandai ambik hati, berdikarilah, takpe aku melabur lebih sikit kat dia. Akhirnya dia tendang kau. Tergolek-golek…” balas Danial semula. Cuba untuk menyedarkan Akid supaya jangan mudah sangat jatuh cinta.

“Mungkin Tuhan nak sedarkan aku agaknya. Dia hantar bidadari dari syurga ni untuk aku. Putih, comel, tinggi macam model. Sejuk mata memandang. Ais yang beku pun boleh cair,” Akid mula melalut.

“Banyak kau punya bidadari.” Disekehnya kepala Akid. Akid hanya tersengih. Kepala digosok-gosok. Sakit woo… bisik Akid sendiri.

“Sudah sudahlah tu. Yang ada sekarang ni pun kau tak terjaga, nak cari bala baru, nanti aku juga yang kena tolong,” nasihat Danial sambil menggelengkan kepala.

“Bukan cari bala, bro. Tambah koleksi je. Kata player,” balas Akid.

“Huh! Kau dengan Wani macam mana?” soal Danial.

“Hmmm…” mulut Akid herot ke kanan.

“Hmmm okey ke hmmm tak okey?” soal Danial balik tak puas hati.

Bro, kau pun tahu kan dia tu stok geli-geli aje. Aku bukan serius pun dengan dia. Sah-sah kena tolak kalau tunjuk kat mummy aku. Lagi pun bukan dia sorang aje kawan perempuan aku. Belum jumpa lagi yang istimewa. Yang boleh buat jantung aku dup dap dup dap,” jawab Akid dengan muka tak bersalah sambil tangan di hala ke dada.

Bro, aku bukan nak katalah tapi Si wani ni dah canang kat kawan-kawan dia yang kau tu bakal suami dia,” balas Danial semula.

Tersembur air teh tarik yang baru separuh diminum Akid. Kelam kabut dia mencapai tisu dan mengelap mulut. Pandangan dihala ke arah Danial. Muka Danial basah dek semburan baik punya dari Akid tadi.

Sorry…” pohon Akid dengan muka menahan gelak sambil dihulurkan tisu kepada Danial.

“Kalau aku tak fikirkan yang kau ni kawan, percuma aje aku tangankan,” bebel Danial. Danial menyambut tisu yang diberi dengan muka yang kelat. Tangannya pantas mengelap muka dan baju. Baju baru tu, gumam Danial.

“Kau punya pasallah. Siapa suruh bagi ayat pedas macam tu,” balas Akid tak mahu mengalah. Ketawanya terhambur juga.

“Aku bukan apa, bro. Kau tahu kan Wani tu public figure. Kau pun sama. Mana korang pergi mesti jadi bahan punyalah. Wartawan pula suka dengan gosip panas macam ni. Kau tak ingat ke amaran papa kau dulu?” Danial cuba mengingatkan Akid.

Gulp! Akid menelan air liur. Tekak terasa perit. Terhenti terus ketawa dia yang tak hengat tu.

Bro, kau kenal aku kan. Aku tak pernah cakap kat si Wani tu nak ambik dia jadi isteri aku. Tak pernah terlintas pun, bro. Mana kau dengar semua ni?” tanya Akid menggelabah. Dia rasa macam nak tarik-tarik je rambut. Serabut.

“Nina,” pendek saja jawapan Danial.

“Siapa Nina?” Akid buat muka tanda soal.

“Siapa Nina tak penting tapi perempuan tu ada terdengar yang Wani cakap masa majlis harijadinya nanti, dia nak kenalkan bakal suami pada semua orang. Lagi satu, wartawan pun antara tetamu yang dia undang,” panjang lebar Danial menjawab.

“Aduh! Ini baru bala, bro. You gotta help meOnce the story is out, I’m dead. Lagi-lagi kalau sampai kat pengetahuan papa aku,” Akid menepuk dahi. Menggelabah.

“Patutlah dia beria-ia nak aku datang masa majlis harijadi dia nanti,” sambung Akid. Mampus aku, getus Akid dalam hati.

“Tu lah. Dah banyak kali aku ingatkan kau. Jangan layan diaorang lebih-lebih. Orang perempuan ni bukan boleh bagi muka sangat,” templak Danial.

Ladies, bro. We should treat them gently. I’m a player, remember?” balas Akid tanpa ragu-ragu.

“Tak habis-habis dengan player kau. Habis tu apa rancangan kau?” tanya Danial sambil menggeleng-gelengkan kepala.

You tell me.” Terangkat-angkat kening Akid. Tersungging senyuman nipis di bibirnya kala memandang Danial.

“Eee… apahal aku pula. Serabut ar kau ni.” Danial mendengus.

“Idea kau kan kababom. Cadangan kau kan selalunya di luar kotak,” balas Akid.

“Itu sebab kerja lah, bro. Kau ni pecah kepala otak aku macam ni.” Danial menggaru-garu kepala dia yang tak gatal.

Takpe aku bagi kau masa. Esok kat pejabat kau bagitahu aku. Aku chow dulu. Ada date malam ni.”Akid mengenyitkan mata. Kunci Audi R8 di capai dan sekeping not lima puluh ringgit diletakkan di atas meja.

Akid, Akid. Danial menggelengkan kepala. 


sumber: blog Syeena Hamdan 

No comments:

Post a Comment