Monday 14 April 2014

TERBARU KELUARAN MEI & BONUS PBAKL


Salah satu novel keluaran Mei 2014 dari Idea Kreatif yang akan menemui anda di PBAKL April nanti.
Dari penulis best seller Dia Random Guy... 

Tajuk : HANYA DIA... CINTA
Penulis : FARAH HUSAIN
Harga : RM23/RM26(Sabah Sarawak)
Muka surat : 500

Sinopsis :

Kali pertama melihat si gadis, dia sudah terpaut. Kalau dah namanya Adhan Mikhail, apa yang dia hendak, itulah yang akan dia dapatkan. Langkah paling agresif dibuat. Hantar saja keluarganya merisik si gadis.

Tapi, kalau dah namanya Zara Harlina, apa yang orang nak, itulah yang dia tak akan beri.

"I. Nak. You."~ Adhan.
"Tapi… I.Tak.Nak.You!" ~ Zara

Adhan mengejar, Zara berlari. Bila si jejaka berhenti mengejar, Zara mula tercari-cari. Dia akhirnya mengakui, lelaki itu sudah mula menguasai hati.
Tapi bila dah berumah tangga, tak semuanya kekal indah macam waktu bercinta. Bibir yang selalu mengucapkan kata manis bergula dah mula bertukar nada.

“Kadang-kadang rasa penat bercakap dengan Zara ni. Abang tak tahulah, Zara dengar atau tidak.” ~ Adhan.

Hidup berumah tangga tak semudah yang disangka rupanya. Ujian demi ujian melanda hingga sampai ke satu tahap, Zara hampir berputus asa. Kata dua diberi pada si suami.

“Zara akan pergi. And I won’t be coming back too,” ~ Zara

Apakah yang akan dilakukan Adhan? Menyerah pada keadaan atau bangkit mempertahankan hubungan mereka? Mampukah kedua-duanya mengharungi ujian yang sedang diberi?





Tajuk asal yang telah ditukar...

LELAKI SEDINGIN DIA - Syah Shah 

Harga : RM 23(Semenanjung)
RM26(Sabah Sarawak)
Muka Surat : 508

Sinopsis :

Kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan. Itu yang Andria dengar tentang Fawwaz Hakim. Memang benar... bagi Fawwaz, perempuan untuk dia hanya teman berhibur.

Mereka ditemukan di bumi Cameron ketika masing-masing melarikan diri dari ‘perkahwinan paksa’. Saling tidak kenal tetapi ada sejarah yang tercipta.

“Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!” - Andria
Kata-kata Andria tatkala segalanya terbongkar buat Fawwaz rasa tercabar. Tunggulah, dia akan buat Andria tunduk di kakinya.

“Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak? Masa kau peluk cium aku hari tu, tak rasa pulak tak layak?” - Fawwaz.
“Jangan nak buat cerita lah!” - Andria.
“Buat cerita? I’m telling the truth, babe. Nak aku cakap dekat mana tahi lalat kau? Ada berapa? Nak?”- Fawwaz.
Putar belit Fawwaz berjaya mengaburi mata semua orang. Dan.. kerana bimbang kemungkinan yang satu itu, Andria terpaksa mengalah, menjadi isteri pada lelaki itu.

“Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku. Bezanya cuma sekarang, katil aku tu sentiasa ada pemanasnya.” - Fawwaz

Sampai bila hati kering seorang Fawwaz boleh bertahan dengan pesona yang ada pada Andria? Mampukah Andria mengubah Fawwaz menjadi ‘manusia’?


BONUS PBAKL KALI KE-33

YANG DIA PILIH - Hani Fazuha 

Harga : RM 24 (semenanjung)
RM 27 (Sabah Sarawak)

Sinopsis:

Kata orang, cinta itu manis. Kata Hareez, mana ada manisnya kalau orang yang dia cinta harus menjadi adik ipar sendiri. Cinta tidak kesampaiannya pada Lya buat dia hampir tersungkur.

Pertemuan yang tiba-tiba dengan Fatia buat Hareez kembali ‘hidup’. Tanpa sedar, skill kasanova yang telah menjadi khazanah kembali muncul.

“Kalau nak tahu, cubalah.” Hareez senyum senget.
“Cuba apa?” Fatia tiba-tiba jadi blur.
“Tak pakai baju depan saya, tengok awak selamat ke tidak.” Mata dikenyit nakal.
“Awak ni gatal kan?” Terus membulat mata Fatia.
“Nak tahu gatal ke tak, kahwin dengan saya dulu.”

Melamar Fatia bukan kerana cinta tetapi kerana dia suka. Bukankah suka itu juga salah satu dari akar cinta? Persoalannya… bolehkah bahagia tanpa cinta?

Dan…apabila dugaan datang melanda dengan tawaran untuk Hareez mendapatkan cinta pertamanya bersama Lya, ada banyak hati yang terpaksa dikorbankan.
Kerana bahagia itu banyak jalan yang bersimpang, mereka harus membuat pilihan.

‘Setia tidak menjanjikan balasan kesetiannya juga.’
Persoalannya, siapa yang tidak setia diantara mereka?

Kesinambungan HATI KALA CINTA ini membawa kita mengenal siapa sebenarnya Hareez Daniel yang pernah ditolak Lya kerana memilih adiknya, Zhafran.



1 comment: