Saturday 20 September 2014

Bab 6 : MUTIARA HATIKU RAFFLESIA - BILL BORA


Mata Anis terus merenung wajah Ikmal. Dari bibir yang seksi dihiasi kumis yang nipis, naik sehingga ke hidungnya yang mancung. Kemudian matanya berehat sebentar pada sepasang mata yang mengoda.
Untuk seketika hati Anis terbuai melihat keindahan ciptaan Tuhan di hadapannya. Sehingga sekarang ini Anis masih tidak percaya dengan apa yang terjadi dalam hidupnya. Dunia terasa berwarna-warni. Bangga dan teruja apabila dapat duduk semeja dengan lelaki ini.
“Mesti you hairan kenapa I beria-ia ajak you keluar, kan?” Suaranya kedengaran sungguh merdu menyapa telinga Anis.
Ya! memang dia tersangat hairan. Dicampur pula dengan rasa teruja.
“Kalau you nak tahu, kali pertama mata I nampak you, hati I dah kata... you’re the one. Jarang hati I rasa macam ni.”
Wow! you’re the one? Anis tersenyum sipu. Kulit muka terasa tebal. Apa yang istimewa sangat dia di mata lelaki ini?
“You memang istimewa dan luar biasa. Hati I boleh merasainya.”
Eh! macam tahu-tahu pula apa yang ada dalam hati dia. Ah, lelaki ni bukan saja kacak, tapi bijak membaca isi hati wanita.
“Sepanjang hidup I, tak pernah I jumpa gadis secantik you. Kalau ada pun, semua bersolek tebal.”
Wah, pujian melangit dari lelaki yang diminati. Gilalah kalau Anis tak rasa sesuatu. Tangannya mula  mengosok-gosok cawan milik sendiri.
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata nanti you menyesal. I ni bukannya cantik sangat pun.” Anis menyelit rambut ke celah telinga. Wajah terasa kebas. Mulalah diri naik terawang-awang.
“I tak akan menyesal. Apa yang I cakap ni memang datang jauh dari dasar hati. Dan I percaya dengan hati I.” Sungguh manis bicara Ikmal
“Hati you tak pernah silap?”
Ikmal menggeleng.
“Tak. Sebab I tak pernah rasa macam ini sebelum ni. Suara hati tak akan menipu.” Ikmal tersenyum, matanya terus merenung wajah Anis.
Anis melarikan pandangan, malu apabila ditenung sebegitu. Namun, sebaik saja matanya beralih ke kanan, tiba-tiba saja dia terpandang wajah seseorang yang sedang merenung tajam ke arahnya.
Anis telan liur. Lelaki itu lagi. Erkk… dia buat apa dekat sini?
Lekas-lekas Anis berpaling, beralih pada pasu bunga yang terletak di sebelah tiang. Tiba-tiba saja hatinya berdetak-detak.
Tadi sebelum terpandang lelaki itu, hatinya tidaklah huru-hara seperti sekarang. Apa lelaki tu dah buat pada dia?
Ikmal terus rancak bercerita itu ini. Sesekali Anis senyum kemudian mengangguk, sekadar menghormati si dia bercerita, sedangkan hatinya masih tidak selesa melihat wajah di meja sebelah.
Perlahan-lahan Anis mencuri pandang ke arah meja sebelah. Pandangan Anis tertangkap dengan renungan tajam si pemilik mata bening itu. Sekali lagi Anis melarikan pandangannya.
Kenapa pandangan itu penuh dengan rasa…marah?
“Kalau malam esok boleh?” soal Ikmal, menyedarkan Anis dari lamunan.
“Boleh,” jawab Anis tanpa sempat otaknya berfikir.
Eh! kejap. Apa yang boleh ni?
“Okey, pukul lapan malam I ambil you. Nanti hantar alamat rumah you kat phone I.”
“Emm… sorry? Kita... sebenarya nak ke mana?” tanya Anis tergagap.
Terkebil-kebil Ikmal pandang Anis.
“Tengok wayang, you mengelamun ke?”
“Eh, taklah. I tahu wayang, tapi tak tahu dekat mana. Dekat One Utama ke… Pavillion ke.” Anis cuba menutup silap sendiri.
“Oh! I ingat you mengelamun teringatkan teman lelaki.” Ikmal naikkan kening sebelah, sengaja mahu mengusik si gadis.
“Eh! I mana ada teman lelaki.” Anis tersipu malu.
“Serius? Macam tak percaya je perempuan cantik macam you tak ada teman lelaki.”
“Betul. Buat apa I tipu you.”
“Emm… baguslah.” Senyuman Ikmal meleret. Kemudian dia menyambung kembali cerita yang tergantung sebentar tadi.
Namun, ketika itu fikiran Anis kembali teringatkan lelaki di meja sebelah. Sekali lagi Anis melirikkan mata dan sekali lagi pandanganya bertemu dengan renungan tajam lelaki itu.
Anis jadi was-was, kemudian dia meninjau ke arah meja sebelah. Mana tahu kut-kut lelaki itu sedang merenung teman wanitanya, atau gadis idaman.
Tapi… sebaik saja melihat meja sekitar kosong tidak ada pelanggan, hati Anis kembali berdetak-detak.
Sah, lelaki itu tengah merenung dia. Tapi, kenapa macam hendak marah? Mereka bukan kenal rapat pun. Tadi pun masa mereka bertembung, lelaki itu tidak ada bercakap apa-apa pun.
Haisy, pelik!
Perlahan-lahan mata Anis melirik lagi ke arah lelaki itu. Wajah itu masih tegang seperti tadi.
Anis bulatkan matanya ke arah lelaki itu. Tiba-tiba pula si jejaka menjegil ke arahnya. Terus Anis terkedu. Tidak sangka pula dia dapat tindak balas sebegitu.
Kemudian Anis kecilkan biji matanya. Ingin melihat sama ada si dia membalas atau pun tidak.
Sekali lagi Anis terkedu apabila si dia pula menaikkan sebelah keningnya.
Sah. Sahih. Memang lelaki itu tengah renung dia. Tapi, kenapa?
“Anis, kenapa ni? You sakit kepala ke?”
Pertanyaan tersebut menyedarkan Anis bahawa dia sekarang sedang berdua dengan Ikmal.
“Emm… aha. Migrain.” Anis pegang kepala. Terpaksa berlakon.
Kalau dia beritahu tentang lelaki meja sebelah dekat Ikmal, nanti tak fasal-fasal panjang ceritanya. Sedangkan dalam hatinya sekarang, dia sudah tidak berminat nak dengar cerita Ikmal. Apa yang dia nak tahu, kenapa lelaki meja sebelah ini memandang dia semacam? Apa salah dia?
“Okey, kalau macam tu jom I hantar you balik butik.”
“Thank you. Sorry ya Ikmal, tiba-tiba pula migrain datang serang.”
“Tak apa. You bawa ubat tak?” Ikmal bingkas bangun, tolak kerusi.
“Bawa…” Anis turut bangun.
“Kalau tak ada, I boleh pergi belikan sekarang,” pelawa Ikmal dengan wajah perihatin.
“Eh… tak payah. I dah ada. Banyak.” Anis tersenyum.
“Okey, jom. Nanti mintalah izin bos berehat sekejap.”
“Okey,” Anis mengangguk.
Sambil berjalan keluar, dia sempat mengerling penghuni meja sebelah. Namun, kali ini lelaki tersebut melemparkan pandangannya ke luar.
Agaknya, aku yang syok sendiri? Bisik hati Anis.



SELEPAS mengucap selamat jalan kepada Ikmal, Anis melangkah masuk ke dalam butik dengan perasaan bercampur baur. Gembira kerana dapat keluar berdua dengan model popular dan pelik apabila memikirkan lelaki di meja sebelah tadi.
“Aik, sekejap je makan? Aku ingat petang baru masuk,” tegur Zarul.
“Tak ada mood nak makan lama-lama.” Anis berkeluh.
“Makan dengan lelaki handsome pun tak ada mood?” Sebelah kening Zarul terangkat. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
Handsome bukan jaminan selera makan terbuka,” balas Anis acuh tak acuh sambil menyimpan dompet dalam laci mejanya.
“Alah, depan aku cakap macam tu. Entah-entah depan tuan punya badan bukan main lagi tergedik. Sampai dah siap buat second date lagi.” Zarul mencebir.
“Kau intip aku, eh?” Mata Anis terus membulat. Macam mana Zarul boleh tahu?
“Oh! Jadi betullah dah ada plan second date?” Kali ni Zarul pula yang terkejut.
Anis terkedu.
“Huh! Perempuan semuanya sama.”
Wajah Zarul direnung Anis dengan mulut melopong. Apa kena dengan mamat ni? Tetiba emosional tidak tentu pasal? Period ke apa?
Anis mendengus kasar. Sudahlah tadi dia jadi mangsa renungan tajam si jejaka misteri, kali ni Zarul pula buat muka menjengkelkan. Kenapa semua lelaki dalam dunia ni saja nak cari fasal dengan dia ni?



5 comments:

  1. sy masih tercari-cari sesuatu yg 'berbeza' dlm novel ni. dah masuk bab 6 perjalanan plot dan cerita saperti tersusun gaya ABCD ... sgt mudah
    bahasa & cara penyampaian terasa sgt familiar.


    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. i pun fikir mcm tu. tak ada beza pun. myb akan ada E after D kot, but still klise, kan? so y dont u tulis novel yg berbeza dan hantar ke penerbit. mesti laku keras! i support you!

      Delete
    2. tu dia tipikal replai dr kipas * so y dont u tulis novel yg berbeza dan ... * kelakar gilos mesti u geram ngan komen ku kan???
      puan/cik Anon (tk ada nama u) u jgn susah hati cerita berkualiti & tk klise slalu TAK LAKU KERAS sbb yg betui2 pembaca berqualiti tk ramai tp cerita poyos baru laku keras sbb pembaca byk poyo & pembodik! jd tk perlu u nk sinikal keras nk replai

      Delete
    3. hihi.. serius i tak geram. btw i gelak2 je bila baca comment u ni, sungguh tak tipu. and FYI i bukan kipas sesiapa. kipas diri sendiri je. btw dear, u dah ada jawapan kepada persoalan dan kekecewaan you tu... baca balik ur komen. if u study about economic u knw the answer.
      (Alaa.. balas tiga baris je, takkan dah terasa? sorry eh, my bad. kita diskas elok2 la, can?)

      -Arah tuju-

      Delete