Saturday 18 October 2014

NOVEL BULAN OKTOBER 2014


Soal hati, tiada istilah mainan.


Mulanya, sekadar main-main. Lama-lama, hati terasa lain. Memenuhi permintaan seorang sahabat untuk menundukkan player terhebat, akhirnya Shazia Thahirah terjerat.
            Kata Qalsum Annur, Raed Zayaz a.k.a sepupunya dan juga merangkap bakal pensyarah ganti mereka adalah buaya darat yang harus diajar agar lebih menghargai wanita.
Tapi persoalannya, puas Shazia cari dari mana datang perwatakan buaya darat itu pada Raed Zayaz, namun tidak ditemui. Yang dia nampak hanyalah seorang lelaki Melayu-Arab yang selalu bikin dia hilang punca.
Dr. Raed nak beli apa?”- Shazia
Beli hati you, boleh tak macam tu?” – Raed
Mengenali Raed, banyak budi yang lelaki itu hulurkan. Terasa diri  dijaga rapi bak puteri. Cumanya, Raed Zayaz itu sangat perahsia orangnya dan penuh kejutan.
Kan I tak benarkan?” - Raed
Dr. Raed bukan suami saya. Jadi, Dr. Raed tak ada hak nak arahkan saya macam tu.” - Shazia
Jadi, beri I hak tu. Boleh kan? I nak jadi suami you. Bukan sebab I nakkan hak tu aje. Tapi, sebab I nak jaga you.”- Raed
“Untuk kali ke-6, I nak lamar you jadi isteri I.” - Raed
Terlalu banyak andaian muncul di benak Shazia. Benarkah apa yang Qalsum khabarkan padanya selama ini? Kalau benar, kenapa dia rasa seperti dia yang sedang dipermainkan?
            Bila ditanya, jawapan Qalsum sangat mudah, semuanya kerana sebuah rancangan. Tapi, hati Shazia kata ada sesuatu yang aneh. Apa sebenarnya rancangan Qalsum? Dan benarkah lamarann Raed yang kononnya kali ke-6 itu bukan sekadar mainan?




 Cantik itu subjektif


Kata Nisa, dia tak cantik. Tapi kata orang, cantik tu subjektif, tak sama mengikut mata pemiliknya.
Hidupnya biasa-biasa saja, pergi kerja balik kerja naik kenderaan awam. Tapi gara-gara dia diminta oleh bosnya yang macho itu bancuh air kopi, hidupnya berubah 360 darjah. Terbalik macam kura-kura tergolek!
Semuanya dek kerana air kopi yang dibancuh dengan penuh kasih sayang dan disertakan jampi serapah itu telah tersalah ‘sasaran’. Peliknya, dia bukan jampi betul-betul pun. Jampi olok-olok saja tapi, nampak macam menjadi pula.
Sebabnya...
1.      Mamat yang terminum ‘air kopi jampinya’ itu mula mengganggu hidupnya.
2.      Nisa yang solo tiba-tiba menjadi ‘tunang’ mamat tu tanpa dia sendiri tahu.
3.      Dalam tak rela, Nisa terpaksa sign kontrak OG a.k.a ‘ kontrak orang gaji’ pada mamat tu.
Serius, dia trauma dengan mamat tu. Tapi masa yang sama, bila tak nampak mamat tu, dia jadi rindu. Mungkinkah jampi serapahnya terpantul pada diri sendiri?
Lebih parah lagi, masa yang sama juga, bosnya si Waqif yang macho kegilaan ramai tu, tiba-tiba melamar dia untuk menjadi kekasih hati.
Nisa jadi pelik. Angin tak ada, ribut pun pakar kaji cuaca tak kata nak melanda tiba-tiba ada yang tawar dia jadi awek. Jadinya, dia nak pilih siapa? Waqif tu memang dia dah lama ‘idamkan’. Tapi, hati dia asyik teringat mamat tu.
Agak-agak, Nisa akan pilih siapa?






No comments:

Post a Comment