Sunday 9 November 2014

Bab 3 : DIA SEBELUM AKU - CIK D


"Abang Nazim!" Panggil Ainan sebaik kelibat lelaki itu keluar dari bilik doktor. Muram wajahnya, cengkung pipinya jelas menampakkan dirinya sedang serabut ketika itu.
"Ainan. Baru sampai?" Tegur Nazim, berjalan menghampiri Ainan. Tersenyum separuh manis, masih memikirkan kata-kata isterinya dua hari lepas.
Mana mungkin aku akan buat begitu, terlalu berat permintaan Wiya. Tak, tidak sama sekali. Bicaranya sendiri.
"Baru sampai, mana Kak Wiya?" Menyambut senyum Nazim, juga dengan senyum. Kalau boleh mahu tahu perkembangan Adawiyah kerana sejak awal pagi lagi fikirannya tidak lepas dari memikirkan tentang wanita itu.
"Dalam bilik pemantauan depan tu. Tidur, letih sangat abang tengok. Kita duduk dulu Ainan?" Ajaknya ke arah deretan kerusi panjang di sisi wad. Dan Ainan hanya menurut.
"Semuanya okey ke abang? Kenapa sampai masuk CCU." Sugul di wajah Nazim sudah menceritakan segalanya. Jambang yang mula tumbuh, dengan pakaiannya yang tidak terurus.
Macam manalah nak terurus, kalau dah dekat hospital duduknya. Hrmm. Simpatinya tak terluah.
"Abang tak berani nak cakap apa-apa." Terhenti bicaranya, hanya lantai yang menjadi tatapannya waktu itu.
"Keadaan kakak semakin lemah Ainan. Berkali-kali dia paksa abang hentikan semua rawatan. Sakit. Sangat sakit katanya. Abang tahu tu, tapi apa perasaan Ainankalau Ainan berada di tempat abang? Takkan abang nak biarkan dia terbiar menanggung sakit di rumah. Nak atau tak dia terpaksa buat rawatan. Abang tak sampai hati tengok dia menderita sakit. Tanpa dirawat."
Perit untuk dia meluah, tapi demi meringankan apa yang ada di hati, dia terpaksa.
"Saya turut simpati. Nak tolong pun tak tahu macam mana. Sakit semua tu, walaupun bukan saya yang merasa. Tapisaya faham macam mana perasaan akak waktu ni." Berdiam lama. Masing-masing hilang kata untuk dirangkai. Membiarkan jururawat bertugas lalu lalang di hadapan mereka.
“Ainan tak kerja hari ni?” Tanya Nazim memecah sunyi, dan gadis itu tersenyum mamandangnya.
“Tak, sabtu memang tak kerja. Abang okey ke?” Entah kenapa terlintas soalan itu dari bibirnya.
Tak apalah, mungkin dengan soalan aku tu, mampu buat Abang Nazim tersenyum. Walaupun aku sedar waktu begini bukan masanya untuk dia tersenyum.
Terbit senyum di bibir Nazim. Sedikit bersemangat bila ada yang sudi bertanya tentang keadaannya waktu itu.
"Abang okey. Ainan.” Bersuara perlahan, dengan nada suaranya yang seakan mahukan sesuatu dari gadis itu.
“Kenapa abang?” Dengan memeluk tubuh dia memandang Nazim. Terasa sukar untuk lelaki itu meluah, namun dia tetap sabar menunggu.
“Abang ada perkara nak bincang dengan Ainan." Berhati-hati Nazim menyusun ayat, tidak mahu sampai Ainan terkesan dengan katanya nanti.
"Apa dia abang?”
"Atas permintaan doktor, dan keinginan kakak.." Menarik nafas panjang, sebelum pandangannya kembali terhala ke wajah Ainan yang masih menunggu bicaranya yang seterusnya.
"Kakak nak Ainan tinggal dengan kami. Tolong jaga dia, teman dia menghabiskan sisa-sisa.." Tak sampai hati mahu meneruskan bicaranya.
"Doktor ada beritahu abang, jangan tinggalkan kakak. Tunaikan apa yang dia nak. Abang pun tak pasti, kenapa dia nak Ainan ada dengan kami. Serba salah sebenarnya nak cakap dengan Ainan, tapi demi kakak abang terpaksa."
Ainan masih diam. Terpaku seketika dengan permintaan Adawiyah yang disampaikan melalui suaminya Nazim. Tapi, kalau ikutkan mimpi aku tadi. Adakah ini yang Kak Adawiyah cuba sampaikan? Nak aku jaga dia?
"Abang faham kalau apa yang yang terluah dari mulut abang tadi tu kedengaran mengarut, tapi kalau Ainan nak tahu sejak beberapa hari ni itulah yang kakak minta. Abang tak mampu untuk berkata tidak. Walaupun abang tahu, berat untuk Ainan terima permintaan kakak tu." Tak betah untuk terus meluah, bila melihat wajah Ainan yang tidak beriak.
Belum ada tanda gadis itu akan membalas setiap ucapannya.
"Abang ke dalam dulu, mungkin kakak dah sedar. Takut dia tercari abang nanti." Berlalu Nazim dengan perasaan yang tak mampu untuk digambarkan. Terasa bodoh bila apa yang diucapnya tadi tidak mendapat apa-apa balasan dari gadis itu.
Mungkin juga dia terkejut. Iyalah, mengarut sangat permintaan Wiya tu. Baru jumpa sekali, dan Wiya dah buat permintaan bukan-bukan macam tu. Manalah budak tu tak terkejut. Fikir Nazim, terus mengatur langkah mendekati wad isterinya.
Pang! Ainan menampar pipi sendiri.
Mimpi ke apa aku ni? Kenapa biarkan Abang Nazim pergi dan tak jawab apa yang dia tanya tadi. Jaga Kak Adawiyah dan tinggal bersama mereka? Cuba untuk memproses setiap kata-kata Nazim tadi.
Hrmm.. Dengan keadaan aku yang terumbang ambing, kerja yang bertimbun tak pernah habis. Mak dekat kampung yang tak sudah-sudah minta aku kirimkan duit.
Nak terima ke? Atau ini peluang untuk aku berhijrah. Tinggalkan semua kesempitan, hidup baru bersama Kak Adawiyah sekeluarga? Bercabang-cabang hala tuju hidupnya, tak pasti apa yang patut dilakukannya saat ini.
Berat kaki menyusuri lorong menuju ke wad persendirian Adawiyah. Saat pintu terkuak, terlihat Nazim mengelus lembut umbun-umbun isterinya yang dalam keadaan separuh sedar. Tuala kecil di tangan kiri lelaki itu dibawa ke pipi wanita itu, sebelum kelihatan lelaki itu menyapu air matanya sendiri.
Sedihnya. Kenapa mesti aku yang perlu menjadi saksi pada semua cerita sedih ni? Pintu wad kembali ditutup. Rasanya, tak patut aku ganggu mereka. Fikir Ainan, kembali melabuhkan punggung. Berfikir jalan terbaik untuk menerima atau menolak pelawaan Nazim sebentar tadi.
Tolong Kak Adawiyah kalau betul itu yang dia nak. Tapi, kenapa mesti aku yang terpilih? Dan semakin dekat aku dengan mereka, kenapa semakin aku dapat rasa penderitaan Kak Adawiyah tu? Dicekalkan hati, kembali berdiri dan dengan nafas berat dia berdepan dengan pasangan yang baru seminggu dikenalinya itu.

“Assalamualaikum semua.” Cerianya pagi itu. Cuba sembunyikan apa yang difikirkannya sebentar tadi.
"Ainan?" Adawiyah bersuara perlahan, berusaha membuka kelopak matanya. Fikirnya tadi Nazim menipu, rupanya betul gadis itu ada datang melawatnya pagi itu.
"Dik." Cuba untuk bangkit untuk bersalam, namun ditahan Nazim.
"Kak Adawiyah." Laju sahaja air mata Ainan mahu mengalir, namun sempat ditahan emosinya ketika itu, tidak mahu sampai Adawiyah terkesan dengan tangisannya nanti.
Beratnya dugaan dia ya Allah. Tapi dia masih mampu tersenyum menyambut kehadiran aku. Walaupun aku tahu, bukan mudah untuk dia berbuat begitu.
Cepat bahu wanita itu dirangkul. Kemas Adawiyah di dalam dakapanya. Semampunya tidak menangis, walaupun tersentap hatinya melihat Adawiyah dalam keadaan begitu.
Semingu yang lepasaku tak nampak kepala dia yang botak. Dan aku tak nampak semua wayar yang berselirat ni. Aku sangkakan dia cuma demamdan mendapatkan rawatan di klinik sebagai pesakit biasa. Rupanya.. Semakin terhimpit dadanya. Terfikir bagaimana caranya untuk tidak menunjukkan rasa sedihnya di hadapan wanita itu.
"Ainan datang nak lawat akak?" Sayunya menyoal lagi. Membiarkan Nazim sendiri di atas sofa.
"Saya datang lawat kakak. Nak tahu keadaan kakak." Ada sebak di hujung kata-kata Ainan. Belum kuat untuk berdepan dengan kenyataan yang baru terhidang di depan matanya waktu itu.
"Eh, tak naklah sedih macam ni. Akak okeylah Ainan. Duduk dik, akak tak mampu nak duduk, baring ni pun terasa bisa satu badan." Adunya dengan wajah yang sukar digambarkan.
"Tak apa, akak baringlah. Saya tahu akak tak sihat. Saya mimpi akak malam tadi, itu yang saya cari akak dekat sini." Terus terang Ainan, mula mesra sejak perkenalan mereka dulu.
"Rindukan akak?" Adawiyah semampunya mahu tersenyum dan bila Ainan mengangguk, semakin melebar bibirnya menguntum senyum. Baginya, biarlah dia menanggung semua sakit itu sendiri, asalkan orang yang disayang hidup bahagia.
“Ainan tahu tak, selepas abang. Hanya Ainan sorang saja yang sudi nak lawat akak. Terima kasih ya dik sudi lawat akak di hospital.”
Bergenang-genang air mata Ainan, menunggu masa untuk luruh bila mendengar ucapan sedih Adawiyah. Kak Adawiyah.. Kenapa setiap kata-kata dia, menyentap hati aku. Masakan tiada orang yang sudi melawat dia. Apa dosa dia, sampai orang tak datang melawat.
Wajah Ainan dan suaminya dipandang silih berganti. Hasrat yang disuarakan pada suaminya beberapa hari yang lepas, kembali bermain di dalam fikiran. Bukan sahaja mahu Ainan menjaganya, tetapi mahu gadis itu turut sama menjaga suaminya. Dalam erti kata lain, mahu Nazim bernikah bersama gadis itu.
"Ainan,boleh akak tanya sikit?"
"Apa dia kak?"
"Ainan dah ada yang punya ke?"  Terus terang Adawiyah, dia tak boleh berlengah lagi. Tak berapa lama lagi hayatnya, dan dia tak mahu Nazim hidup tak berteman. Dan yang paling penting, dia mahu pastikan jodoh yang bakal dipilih suaminya nanti biarlah dari kalangan orang yang dia kenali hati budinya.
"Kenapa kak?"
"Akak ada hajat.."
"Sayang." Potong Nazim, tidak mahu Adawiyah meneruskan katanya. Masih terkesan dengan sikap dingin gadis itu diluar wad tadi.
"Abang marah akak sebab dia kata akak minta permintaan yang mengarut untuk dia tunaikan, kata dia." Cuba untuk berlagak ceria, walhal sakit yang datang tak tertanggung rasanya.
"Dia cakap akak takkan apa-apa. Akak akan selamat. Kembali hidup sihat macam dulu. Tapi akak yang menanggung semua ni dik, akak tahu akak takkan hidup lama. Ainan nampak sendirikan macam mana keadaan akak sekarang ni?" Adawiyah mengangkat lengannya yang semakin kurus meruncing.
"Hilang dah semua seri dik. Tinggal kulit dengan tulang." Selorohnya, mahu Ainan tersenyum.
"Terus terang saya nak cakap, saya masih menanggung mak dan adik-adik. Bukan saya tak nak terima perlawaan akak dan abang, tapi saya.."
"Soal duit?" Celah Adawiyah. Memandang gadis itu yang mula terangguk. "Ainan tak perlu risau dik, akak akan bayar gaji Ainan, dua kali ganda dengan gaji Ainan sekarang. Macam mana dik?" Mengaharap lagi. Cuba mencapai jemari halus Ainan yang nyata terkejut dengan tawaran wanita itu.
"Akak perlukan seseorangyang boleh teman akak, hiburkan akak dan akak tahuAinan boleh jadi seseorang tu." Penuh makna sahaja ucapannya, sementara Nazim semakin gelisah. 
"Terima Ainan?" Sudah tidak mampu mengelak. Anggukannya mengiringi pertanyaan Adawiyah tadi. Bukan terburu-buru, tapi tawaran gaji itu yang lebih difikirkannya.
"Ainan dah habis fikir?" Nazim mendekati gadis itu yang masih termenung di cafe hospital. Memutar penyedut minuman, dengan pandangannya terhala ke satu tempat.
Kalau dah panjang menung, mesti ada sesuatu yang di fikirkan. Dan tak ada lain, tentu permintaan Wiya tadi yang dia sedang fikirkan. Keluh Nazim tak diluah.
"Kalau rasa permintaan kakak ni berat, Ainan masih boleh tarik diri. Abang tak nak sampai Ainan terpaksa buat semua ni, sebab simpati dengan keadaan kami." Tambah Nazim lagi, setia menunggu jawapan dari gadis yang elok berbaju kurung dan membiarkan rambut lurusnya lepas pagi itu.
Lama Ainan berfikir, menimbang dan menilai apa yang termampu dinilai. Tak salah menggembirakan hati seseorang yang kita kenal, walaupun perkenalan ni tidaklah terlalu lama bermula. Tolong Adawiyah dan pada masa yang samadapat meringankan beban keuwangan aku. Itu kata hati yang terlintas di benaknya kini.
"Saya ikhlas Abang Nazim. Saya rela berhenti kerja demi Kak Adawiyah." Putusnya muktamad!
"Sungguh?"
"Sungguh, dengan syarat." Menarik nafas pendek.
"Syarat?" Bertanya Nazim, sementara Ainan mula terangguk.
"Saya nak abang dan akak anggap saya sebagai adik, bukan orang gaji." Pintanya, mengharap jawapan positif dari Nazim.
"Oh, terkejut abang. Fikir apa tadi. Jadi, sekarang ni Ainan betul terimalah?"
"Demi kakak. Saya sanggup korbankan kerja saya. Saya nak kakak gembira kalau apa yang saya buat ni mampu untuk buat dia kembali gembira."
"Hrmmm." Terdengar Nazim mengeluh perlahan. Apabila cadangan isterinya itu diterima gadis ini, bermaknaada lagi masalah lain yang bakal timbul. Dia tahu isterinya itu bukan sahaja mahukan Ainan sekadar menjadi temannya. Tapi teman untuk dia sama.
"Kenapa abang?"
"Tak ada apalah Ainan. Abang harap, Ainan boleh uruskan perletakan jawatan Ainan secepat mungkin. Doktor ada cakap nak discharge kakak esok. Abang pun dah dekat seminggu tak masuk pejabat. Harap lepas ni bila Ainan ada, abang taklah risau sangat nak tinggalkan kakak sendiri."
"Baiklah, abang bagi saya masa seminggu. Apa-apa nanti saya call abang."
"Soal upah. Abang akan beri Ainan 4ksebulan. Cukup?"
4k? Lebih dari cukup pada Ainan.
"Atau kurang?"
"Tak, cukup. Terlebih cukup. Saya rasa syukur sangat abang. Terima kasih, sebab bagi saya peluang kerja ni."
"Kenapa Ainan? Sepatutnya abang yang ucap terima kasih."
"Tak, saya yang perlu ucapsebab abang dah tolong saya. Tawarkan kerja dengan gaji yang lumayan."
"Okeylah. Terima kasih juga untuk Ainan. Sanggup buat semua ni demi.."
"Demi kakak." Potongnya.
"Ya, demi kakak." Tak tahu apa yang patut dibincangkan lagi, sudahnya masing-masing mengambil keputusan untuk membatukan diri

No comments:

Post a Comment