Sunday 9 November 2014

KUPIKAT JANDAKU oleh ANA SOFIYA



Prolog


Ralit dia memerhati lelaki yang seorang itu berkemas. Laju sahaja tangan kekar  menyusun itu ini. Sekejap sahaja meja yang tadi bersepah berubah kemas. Segala kertas yang sudah dikepal-kepal tadi elok diterbangkan masuk ke dalam bakul sampah yang tidak jauh daripada meja kerja lelaki itu. 
“Semua dokumen dah siap?” tanya dia. 
Lelaki itu mengangguk. “Ada semua dah aku bubuh dalam briefcase aku ni.”
“Okey. Baju, seluar, boxers...”
“Oh, shut up! Kau tak nampak tu?” Lelaki itu memuncungkan bibir ke arah tepi pintu. Sebuah beg troli sedang berdiri di situ. 
Mohd Ikram mengekek. Wajah merah sahabatnya ditatap dengan perasaan geli hati. Dalam tegas dan garang Raif Sufyan Hadi, ada juga menyimpan rasa malu apabila dia menyentuh bab-bab ‘dalaman’. Pantang sebut sikit dah nak menyinga. 
“Mana Mac Pro kau? Aku tak nampak pun?” Dia bertanya lagi. Apa nak buat? Dia dah terbiasa dengan tugasannya sebagai pembantu peribadi lelaki itu. Sebab itu dia sentiasa peka dengan apa sahaja yang ingin dilakukan oleh Raif. Walaupun sejak bertahun-tahun bekerja bersama dan dia tahu Raif sangat teliti orangnya, setiap pertanyaan ini perlu sebagai checklist. Lagipun Raif nak pergi jauh. Kalau tertinggal barang ingat senang ke nak patah balik?
  Raif menepuk dahi. Matanya liar mencari sesuatu. 
“Cari apa?” tanya Ikram. 
“Beg galas aku.”
Buntang mata Ikram buat seketika sebelum tawanya meletus. 
“Apa?” Raif dah kerut kening. 
“Kau ni kenapa, bro? Gabra sangat sampai beg sandang yang kau tengah galas kat bahu tu pun kau tak sedar?” tanya Ikram.
Raif terpisat malu. Beg galas itu diletakkan di atas meja. Zip ditarik untuk melihat isinya. Dia berasa lega kerana di dalam beg itu sudah pun terisi dengan Mac Pro dan Ipadnya. Tangan kemudian menggagau poket seluar. Ada Iphone 5nya di situ. Lega. Dia yakin, semua sudah lengkap kini. Tinggal hendak memulakan perjalanan sahaja lagi. 
“Kau memang nak buat benda ni, Raif?” Ikram inginkan kepastian. 
Lelaki itu tersenyum lalu mengangguk mendengar soalan itu. 
“Berapa lama kau nak ke sana?” 
Dia angkat bahu. 
“Depends. Kalau cepat aku berjaya dalam misi aku ni, cepatlah aku balik. Kalau lambat...”
“Kau nak harapkan akulah untuk pikul semua beban kat sini?” 
Bahu orang yang bertanya itu ditepuk perlahan. 
“Aku yakin dan percaya pada kau. Kau boleh uruskan hal di sini sementara aku tak ada. Lagipun apa nak disusahkan? Internet kan on dua puluh empat jam? Bila-bila masa aje kau boleh hubungi aku. Kan?” Dia memujuk. 
Ikram mendengus. Dengan Raif ni, dia memang kalah kalau nak berlawan cakap. 
“Lagipun, aku up gaji kau bukan sikit, okey. Dekat empat ribu ringgit tu! Takkan kau tak boleh nak berdikari sekejap?” Raif berkata lagi.
Lelaki yang memakai kemeja berwarna hijau lumut itu mendengus. 
“Kadang-kadang, aku tertanya-tanya jugak. Aku, Mohd Ikram ni personal assistant engkau ke atau rakan kongsi kau? Kau terlalu percaya pada aku, bro.” 
Raif tersenyum. 
“Sebab itu kau kena ingat pesanan aku ni. Jangan sesekali kau khianat dengan aku. Jangan punahkan kepercayaan yang aku dah bagi.” 
Langkah diayun untuk keluar dari ruang pejabatnya. 
“Aku pergi dulu. Jangan beritahu sesiapa ke mana aku pergi, Ikram. Ini rahsia antara kita berdua saja. Ingat tu!” 
Sebaik sahaja dia melihat Ikram mengangguk, salam diberi dan dia berlalu pergi.
“Good luck, buddy!” jerit Ikram.
Tangan kanannya Raif angkat tinggi. 
“Yes, good luck to me!” 

Dia memberi kata semangat untuk diri sendiri.


No comments:

Post a Comment