Sunday 11 January 2015

Bab 2 : DIA ... PELENGKAP HIDUPKU - FARISYA NATASHA



BAB 2
Luthfi Irsyad memandang ke luar tingkap. Hatinya berbunga-bunga hendak menatap wajah isteri kesayangannya itu. Hampir empat bulan tidak menatap wajah Dayana secara berhadapan, rindunya menggunung-gunung. Mata beralih memandang Fea yang masih terlena di atas ribanya. Dia tersenyum kembali. Kerana terlalu teruja, Fea sanggup tidak tidur di dalam pesawat dan kini anak yang berusia lima tahun itu sudah tidak dapat mengawal rasa kantuknya lagi.
 Kini teksi menuju ke Lennox Street Richmond, di mana rumah sewa Dayana berada. Rumah sewa yang amat dekat dengan University of Western Sydney, di sanalah tempat Dayana menyambung pengajian Masters.
 Perjalanan yang hampir memakan masa sejam itu seakan-akan lama benar untuk sampai ke destinasi. Luthfi menegah keras bila Dayana mengatakan hendak menjemputnya di airport. Dia tidak mahu menyusahkan si isteri. Lagipula, dia risau jika Dayana memandu dari Lennox Street Richmond ke Sydney Kingsford Smith International Airport semata-mata hanya hendak menjemputnya dan Fea.
Disebabkan itu, dia bercadang agar dia sendiri yang akan menjemput Dayana sebaik saja mereka tiba di Sydney. Bukan susah sangat pun hendak menjemput isterinya itu. Letih yang ditanggungnya tidak terlawan dengan rasa sayangnya pada Dayana.
 Rumah banglo yang berwarna putih itu sudah kelihatan. Lebar senyuman Luthfi. Tangan sebelah kanan mencari telefon bimbit di kocek seluar. Lalu, dia menitipkan pesanan ringkas buat si isteri.

-Syg... We’re here. In front of your house.-

 Semakin lebar senyumannya bila wajah Dayana sudah kelihatan. Namun begitu, senyuman seakan sirna bila melihat Dayana mendekati teksi dengan hanya membawa beg tangan.
“Yana... Kenapa tak bawa beg? Maksud abang, your luggage?” tanya Luthfi sebaik saja Dayana hendak masuk ke dalam perut teksi.
Fea yang masih terlena itu diangkat lalu Luthfi beralih ke hujung sudut agar Dayana duduk di sebelahnya. Kepala Fea diletakkan semula di atas riba. Ternyata tidur anaknya itu tidak terganggu dek pergerakkannya.
“Yana balik sini malam nanti,” jawab Dayana tanpa rasa bersalah. Tangan Luthfi dicapai dan wanita itu tunduk mencium.
Sebaik saja Dayana mengangkat wajah, Luthfi menarik kepala isterinya dengan lembut lalu pipi Dayana dikucup lama. Rindu!
We’re going to Park Hyatt Sydney, Hickson Road. Thank you,” beritahu Luthfi pada pemandu teksi. Kerana terlalu rindukan Dayana, dia terlupa akan kewujudan pemandu teksi itu.
Sure, sir.”
Tiba-tiba kereta Jeep berhenti di hadapan rumah Dayana dan seorang lelaki yang kelihatan seperti lelaki tempatan Sydney keluar dari perut kereta itu. Dahi Luthfi berkerut. Lantas pandangannya beralih pada si isteri.
“Siapa tu?”
Dayana menoleh ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh Luthfi itu. Dia hanya kelihatan selamba. “Boyfriend Risa.”
“Dia selalu datang ke rumah Yana ke?”
“Setiap kali nak jemput Risa, dia datanglah.”
“Pernah masuk ke dalam rumah?”
“Adalah sekali-sekala. Tak lama mana pun.”
“Abang tak suka, Yana. Sepatutnya tak ada istilah lelaki yang tak ada kaitan dengan Yana masuk ke dalam rumah.”
Dayana mengeluh. Lalu memandang ke luar tingkap. “Risa yang ajak dia, bang. Tak kan Yana pula yang nak halang?”
“Rumah tu, abang yang bayar sepenuhnya, Yana. Dan itu bermakna, Yana berhak menghalang Risa dari menjemput boyfriend dia masuk ke dalam rumah. Jangan hanya kerana dia kawan baik kita, hukum diabaikan. Yana tu isteri abang. Abang sediakan rumah untuk Yana di sini sebab nak Yana berada dalam keadaan selesa.”
Sekali lagi, Luthfi kecewa dengan langkah yang Dayana ambil. Dia bukan mahu mengongkong si isteri tetapi dia mahu Dayana menghormatinya sebagai suami dan tidak mengajak lelaki yang tidak ada ikatan kekeluargaan masuk ke dalam rumah sesuka hati. Tidak kiralah jika lelaki itu ada kaitan dengan Arisa; teman baik Dayana.
Okay, I’m sorry.”
Luthfi kembali memandang beg tangan yang ada di atas riba Dayana itu. Bermacam-macam persoalan yang bermain di mindanya tatkala melihat Dayana hanya membawa beg tangan. Bukan bagasi.
“Malam nanti, Risa tidur kat mana?” tanya Luthfi. Dia beranggapan mungkin Dayana mahu dia dan Fea tinggal di rumah sewa wanita itu kerana itu Dayana tidak membawa bagasi bersama.
“Kat rumah sewa tulah. Kat mana lagi?”
“Macam mana dengan kami? Dia tak segan ke nanti?”
“Abang... Kan kita dah bincang perkara ni sebelum abang datang sini lagi. Abang kata nak tinggal kat hotel, kan?”
“Memang betul tapi macam mana dengan Yana? Kalau dah tahu abang tinggal kat hotel, kenapa Yana tak bawa beg, spare baju Yana sementara abang kat sini?” ujar Luthfi bersama keluhan.
Perasaan rindu yang menggunung pada Dayana bagaikan terhapus saat wanita itu bersikap dingin terhadapnya. Lagi-lagi bila dia ternampak lelaki yang tidak dikenalinya datang ke rumah sewa isterinya.
“Yana tak kata pun yang Yana nak tinggal kat hotel. Abang tahu kan yang tahun ni tahun akhir Yana? Dah final semester  pun. Yana ada tesis yang perlu disiapkan.”
“Yana kan cuti... Tak salah kalau Yana spend masa dengan keluarga. Fea needs you more than ever. I need you. We need you, sayang. So badly.”
I can’t. Yana dah bagitahu Risa yang Yana nak balik malam nanti juga.”
“Yana lebih pentingkan kawan dari suami dan anak? Who am I to you, Yana?”
Dayana terdiam. Kelu untuk menjawab pertanyaan Luthfi itu.
“Untuk tiga malam ni, Yana tinggal kat hotel dengan abang. Fea needs her mommy. Kalau risau tentang baju, kita beli aje kat mall berdekatan.” putus Luthfi.
Dia harus bertegas dengan Dayana. Kalaupun Dayana memikirkan tentang tesis, wanita itu juga harus memikirkan tentang keluarga. Keluarga yang datang dari jauh. Dari Malaysia ke Sydney, semata-mata hendak melawat Dayana.

HATI LUTHFI kembali tenang bila melihat Fea teruja bersama dengan Dayana. Ke mana saja Dayana pergi, Fea pasti akan mengekori. Adakalanya Luthfi tertawa sendiri. Rindu anaknya pada Dayana sama seperti rindunya pada isterinya itu.
 “Time to sleep!” ujar Dayana penuh teruja bila selesai mengenakan baju tidur di badan Fea.
 “Yes! Yes!” Terlompat-lompat Fea bila diberitahu sebegitu. Mungkin teruja hendak tidur bersama dengan Dayana.
 “Jom, sayang. Kita tidur sama-sama,” ajak Dayana seraya naik ke atas katil yang bersaiz king itu.
 “How about daddy?” tanya Fea seraya memandang Luthfi.
 “Daddy pun nak tidur juga. Dah lewat ni, esok lagi kita jalan-jalan ya. But before that, daddy should take a shower first.
 Tuala yang tersidai di lengan kerusi itu dicapai dan Luthfi masuk ke dalam bilik mandi. Dalam pada masa yang sama dia hendak memberi ruang kepada Dayana agar berdua-duaan bersama dengan Fea.
 Usai membersihkan diri, Luthfi hanya mengenakan seluar longgar tanpa baju. Dia tidak kisah jika tidak berbaju kerana ketika ini musim bunga di Sydney. Lainlah kalau musim sejuk. Kesejukan itu pasti akan terasa walaupun menggunakan heater.
 Dia melihat Fea sudah senyap. Terlena di dalam pelukan Dayana. Dia mendekati katil lalu merebahkan badan di sebelah Dayana yang membelakanginya. Pinggang isterinya itu dipeluk erat. Rambut Dayana dikucup berkali-kali.
 “Abang...” seru Dayana dengan nada perlahan. Mungkin tidak mahu Fea terdengar butir bicaranya walaupun dia yakin, anaknya itu sudah pun terlena.
 “Yes?” ucap Luthfi dengan lembut. Tangannya kini mengulas lembut perut isterinya yang nipis itu. Rindu saat-saat Dayana mengandung. Perut Dayana besar dan dia suka mengusap lembut perut itu.
 “Yana nak tidur.”
 “Tidurlah, sayang,” balas Luthfi.
 “Abang buat Yana tak selesa.”
 “What do you mean by that?” Pergerakan Luthfi terhenti apatah lagi bila dia sedar badan Dayana seakan-akan mengeras. Kaku.
 “For the time being... Yana tak nak kita bersama dulu. Yana tak nak mengandung buat masa yang terdekat ni.”
 Tangan yang berada di perut Dayana dikalihkan. Terkejut Luthfi dengan kata-kata isterinya itu. Tidak menyangka Dayana sanggup berkata begitu padanya.
 “Hanya itu ke yang Yana fikir tentang abang? Selama ni, hanya itu ke yang abang nak dari Yana? Tell me, Yana?”
 “Yana cuma nak bagitahu abang. Sebab Yana tahu, dah lama kita tak bersama.”
 “Please, stop it!” Keras suara Luthfi walaupun dengan nada yang perlahan. Hatinya terluka mendengar jawapan dari Dayana itu.
 Dengan pantas Luthfi bangkit dari berbaring. Dia mengambil baju yang tersangkut di almari lalu mengenakannya.
 “I’m so disappointed in you, Yana. Bukan sebab tak dapat bersama dengan Yana. Tapi disebabkan kata-kata Yana pada abang. And for your information, tak terlintas di fikiran abang untuk bersama dengan Yana malam ni sebab abang tahu kita masing-masing letih. Abang bukan tak berhati perut, Yana. Antara kita bukan nafsu semata-mata. Niat abang cuma nak dekat dengan Yana. I miss my wife. That’s it,” luah Luthfi. Dia meraup wajahnya seraya melurutkan rambut ke belakang. Hatinya bagaikan disiat-siat dengan kata-kata Dayana itu.
 Dayana terdiam. Kini wanita itu duduk bersandar di kepala katil. Namun wajah Dayana hanya tunduk. Tidak memandang Luthfi.
 “Abang keluar sekejap,” beritahu Luthfi seraya mengambil dompet di atas meja.
 “Abang...” seru Dayana.
 Langkah Luthfi terhenti lalu berpaling menghadap Dayana.
 “Abang pergi mana? Dah lewat ni.”
 “Nak sewa satu bilik lagi. Abang tak nak Yana fikir yang abang nak kita bersama setiap kali abang dekat dengan Yana,” bidas Luthfi lalu keluar dari City Harbour Deluxe Room itu.
 Langkah Luthfi longlai saat keluar dari bilik tersebut. Dia kecewa. Kekecewaan yang tidak tertanggung rasanya. Cinta yang pada dulunya bersinar bak pelangi kini menjadi hambar. Bukan dia tetapi Dayana. Dayana seakan lupa cinta mereka selama ini. Pernah sekali dia mengatakan pada isterinya itu, mungkin Dayana sudah ada orang lain tetapi wanita itu sanggup menjunjung Quran bahawasanya tidak ada orang ketiga di antara mereka. Dia lega dan beranggapan bahawa mungkin Dayana tertekan dengan pengajian wanita itu.

 Tetapi kini? Benarkah Dayana tertekan hanya disebabkan pengajian wanita itu? Atau mungkin disebabkan ‘situasi’ yang melanda mereka ketika dua tahun yang lepas itu masih berterusan sehingga kini? Luthfi mengeluh namun cepat saja dia menggelengkan kepala. Dia tidak mahu berfikir yang bukan-bukan. Sepanjang berada di Sydney itu nanti, dia akan tidur di bilik berasingan dengan Dayana. Tak kisahlah jika dia hanya mendapat standard room janji Dayana ada dekat dengannya dan Fea.

No comments:

Post a Comment