Sunday 11 January 2015

Bab 4 : DIA... PELENGKAP HIDUPKU - FARISYA NATASHA



BAB 4
“I nak Skype dengan Zayn,” beritahu Amanda pada Herna. Jika diikutkan kata hati, dia malas hendak berbicara dengan lelaki itu tetapi bila melihat beberapa pesanan ringkas yang Zayn titipkan untuknya agar menghubungi lelaki itu, dia akur juga.
 “Nak skodenglah tu. I sendiri dah faham sangat dengan perangai tunang you tulah,” cebik Herna. Memahami sifat tunang Amanda yang kuat cemburu itu.
 Amanda tersenyum kelat. Jika orang lain sudah memahami sikap Zayn apatah lagi dia. Dia sudah lali dengan sikap lelaki itu terhadapnya. Earpiece dipasang ke telinga. Agar kata-kata Zayn tidak didengari oleh Herna.
 “Baru sekarang nak hubungi saya? Apa yang awak buat kat sana tu sampai malam begini baru nak ingat tunang sendiri,” ucap Zayn sebaik menatap wajah Amanda.
 “Tolonglah... Saya tak ada masa nak gaduh dengan awak, Zayn,” balas Amanda kembali. Matanya beralih ke Opera House. Malas mahu menatap wajah Zayn yang penuh dengan wajah curiga itu.
 “You are not in your room?”
 “Tak. Saya kat Living Room. Nak tengok pemandangan Opera House.”
 “Awak dengan siapa kat situ?”
 “Herna.”
Ketika Amanda menyebut nama Herna, matanya jatuh memandang wanita itu, manakala Herna sudah mencebik dan membuat muka. Seperti jangkaan Herna, Zayn memang bertindak hendak ‘skodeng’ Amanda.
 “Let me look around you,” arah Zayn.
 Amanda terjeda seketika. Kepalanya tergeleng-geleng dengan arahan Zayn itu. Lelaki itu menganggap dirinya seperti budak-budak yang perlu dipantau 24 jam. Kerana tidak mahu mencetuskan pertengkaran yang lebih besar lagi, laptop itu diangkat dan dihalakan ke sekeliling.
Nasib baik rakan setugasnya yang lain sudah naik ke bilik masing-masing, jika tidak, pasti Zayn akan bertambah curiga lagi-lagi bila melihat adanya rakan setugas lelaki. Amanda juga sempat menghalakan laptopnya ke Opera House agar Zayn percaya bahawa dia benar-benar berada di Living Room berhadapan dengan Opera House.
 “Who’s that guy?” tanya Zayn pada Amanda sebaik saja laptop kembali diletakkan seperti tadi.
 Dahi Amanda berkerut. Guy? Siapa?
 “Guy? Siapa? Tak ada pun,” sejurus berkata begitu, mata Amanda melihat sekeliling. Herna juga turut sama memandang padanya. Mungkin hairan bila melihat Amanda seperti tercari-cari sesuatu.
 “He was staring at you. Dia dengan budak perem...”
 Belum sempat Zayn menghabiskan bicaranya, Amanda terpandang lelaki itu. Ya. Memang ada lelaki yang bersama dengan seorang budak perempuan. Duduk di sofa yang berhadapan dengan Amanda. Kenapa dia tidak sedar akan kewujudan lelaki itu tadi?
 “He was staring at you,” ujar Zayn lagi. Riak wajahnya mula berubah. Curiga dan cemburu mula mengusai diri.
 Not was. He’s staring at me right now, bisik hati Amanda kerana dia sedar, lelaki itu masih merenungnya. Untuk apa dan kenapa? Dia kurang pasti.
 “Orang local kat sini kut,” ujar Amanda mendatar.
 “I don’t think so. He looks like an Asian.”
 “He’s not. They talk in English.” Alasan Amanda. Malas hendak memanjangkan perkara itu lagi kerana dia yakin bahawa Zayn tak akan berpuas hati.
 “Awak balik bilik sekarang. Dah lewat ni. We should stop here. Jangan lupa, balik bilik terus,” arah Zayn dengan tegas.
 Skrin laptop kembali gelap. Zayn benar-benar mahu dia balik ke bilik dengan kadar yang segera. Sebelum Amanda ‘sign out’, Zayn sempat menitipkan pesanan buatnya.
ZaynAzfar : Don’t forget, go back to your room now!
 Amanda mengeluh. Hanya kerana lelaki yang tidak diketahui siapa orangnya, Zayn sudah mula membuat andaian.
 “Kenapa?” tanya Herna. Dia terdengar keluhan yang terbit di bibir Amanda.
 “Entahlah..,” jawab Amanda mendatar.
 “Sejak bila ada orang kat belakang you ni?” tanya Amanda sedikit berbisik. Risau jika orang yang berhadapan dengannya itu terdengar bicaranya. Memang betul tanggapan Zayn, lelaki yang di hadapannya itu memang kelihatan seperti orang timur.
 “Mereka duduk kat sebelah Raymond tadilah... I think mereka lebih awal dari kita. You mana nak sedar. Mata fokus kat skrin laptop aje. Hot daddy, huh?” usik Herna.
 Namun usikan itu tidak mengundang senyuman di bibir Amanda. Matanya kembali memandang lelaki itu yang ketika ini melayan kerenah budak perempuan yang kelihatan mengantuk. Berkali-kali juga budak kecil itu memisat-misat matanya.
 “Daddy... I want to sleep.” Rengek budak kecil itu.
 “Mommy’s studying, baby. We’ll go upstairs in a few minutes more. Alright?” Kedengaran suara si ayah memujuk si anak.
 Budak kecil yang dalam lingkungan empat ke lima tahun itu kelihatan akur. Lalu si ayah mengangkat anaknya untuk duduk di atas riba. Dengan manja budak kecil itu menyandarkan kepalanya pada dada bidang lelaki itu seraya kedua-dua tangan merangkul leher si ayah. Amanda leka merenung keprihatinan seorang ayah melayan seorang anak dan tanpa sedar, lelaki itu kembali mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah Amanda. Tepat.
 Dup! Jantung Amanda bagaikan dipalu bila sepasang mata yang redup itu memandangnya.
 “Err... Apa yang you nak cerita tadi, Herna?” Kelam-kabut Amanda bertanyakan soalan pada Herna. Malunya dia kerana ‘tertangkap’ dari merenung lelaki itu.
 “Oh yes... I almost forgot about that one. Wani... You tahu kan yang sekarang dia dah berhenti kerja?”
 Amanda mengangguk. Dia memang mengenali Wani, pramugari yang berlainan syarikat penerbangan dari mereka. Dan kini wanita itu sudah pun berhenti kerja.
 “Then what?”
 “She’s married with suami orang, okey! God. I can’t believe that. And now, dia dah jadi bini nombor dua.” Dengan teruja Herna memberitahu berita yang agak gempak itu pada Amanda.
 Amanda mengangguk perlahan. Berita itu memang mengejutkannya. Namun reaksi yang dia pamerkan pada Herna, seakan-akan kurang teruja.
 “Ni yang tak best bila bercerita dengan you. No reaction. No feedback. Nothing! Zayn tak pernah komplen ke bila you dengan dia?”
 Bebelan Herna itu membuatkan Amanda tergelak kecil. Sesungguhnya Herna sudah masak dengan sikapnya. Namun wanita itu seringkali mengeluh dan membebel kerana Amanda kurang memberi reaksi dan tindak balas setiap kali Herna bercerita padanya.
Zayn. Lelaki itu pula memang belum mengenali dirinya dengan sepenuhnya. Adakalanya pertengkaran boleh saja terjadi hanya kerana sifat Amanda itu. Amanda cuma seorang wanita yang tidak banyak kerenah. Bercakap bila perlu saja. Namun sifatnya itu mengundang ketidakselesaan pada Zayn. Dan Zayn beranggapan bahawa Amanda bosan melayan lelaki itu.
 “Okay, sorry. Then I should say, ‘What? Are you serious?’” ucap Amanda dengan mimik muka yang dibuat-buat.
 “Lame! I hate you. But whatever, I nak continue juga.”
 Sekali lagi Amanda tersenyum seraya kepalanya tergeleng-geleng geli hati.
 “Suami dia... Well you know... Masih muda tau. Early thirties, I guess. Nampak sangat tak puas bujang,” cebik Herna.
 “Penumpang dia ke?” tanya Amanda ingin tahu. Kadang-kadang masyarakat berangapan wanita seperti mereka akan mendapat suami yang selalu turun naik pesawat. Namun pandangan sebegitu adakalanya tidak sahih. Segalanya terletak pada jodoh.
 “Nope. Mereka berjumpa kat luar kawasan bekerja eh. Tak ada kena mengena cinta berputik ketika bertugas. Such a lame.”
 “Jodoh, Herna. Kita tak boleh nak halang.”
 “Tapi dia boleh elak, Amanda. Kalau dia tahu yang lelaki tu dah berkahwin.”
 Amanda terdiam. Memang kata-kata Herna itu ada benarnya.
 “Kuasa cinta.”
 “Mungkin. And one more thing. You nak tahu tak sebab apa dia berhenti kerja? Because isteri pertama lelaki tu datang jumpa dia, tau. Teruk juga I dengar. Wani kena herdik depan orang ramai. Then perempuan tu siap tampar muka Wani. Eeee... Seram!”
 Amanda tersentap mendengar berita yang disampaikan oleh Herna itu. Dia sendiri dapat membayangkan betapa huru-haranya situasi ketika itu.
 “Tapi tak boleh salahkan Wani seorang saja. Lelaki tu pun salah juga.”
 “Ni yang buat I solute kat lelaki tu, tau. Dia pertahankan Wani bersungguh-sungguh. Dia siap kata, dia yang mulakan segala-galanya. I tak sangka, ada lelaki yang macam tu lagi pada zaman sekarang ni. Yang I tak faham, kenapa isteri pertama dia tu berikan kebenaran juga akhirnya? Dah nampak sangat lelaki tu lebihkan Wani. Motif sebenar, hanya dia aje yang tahu. I don’t know what to say about that.”
 Sekali lagi Amanda mengangguk.
Well... Kalau tak nak dilabelkan sebagai perempuan gatal, lebih baik jauhkan diri dari suami orang, tunang orang atau boyfriend orang. We need to play safe then we will be safe,” nasihat Herna.
Memang betul nasihat Herna itu. Walaupun sesuatu hubungan itu dimulakan dari pihak lelaki, pasti yang buruknya datang dari pihak perempuan dulu. Seringkali dikata gatal, perampas dan sebagainya. Namun hakikatnya, ada yang terjadi disebaliknya.
Herna mengeluh. “Tapi zaman sekarang, lelaki baik memang cepat kahwin, kan? Bila hati kita dah mula suka dengan keperibadian lelaki tu, tup-tup dah kahwin. Tup-tup dah ada anak rupanya. Still remember Captain Wafri? God! Wife dia cuma kerja ticketing MAS tau. Dulu punyalah playboy mati. Tapi bila dia berubah, berubah terus. Nak layan perempuan ni pun ala kadar.”
“Nama Kapten Wafri I pernah dengar. Tapi I tak sempat bekerja dengan dialah. Dulu kan I kat Narrow Body.”
“A’ah lah... I lupa. Unfortunately, dia pun dah berhenti. Pernah juga dia kena ofer tapi dia menolak dengan cara baik. Actually, he’s a nice guy. I nak lelaki yang macam tu. Bila bercinta, mereka setia pada yang satu. Tapi masalahnya juga, dah berpunya!”
Amanda terjeda seketika. Zaman sekarang kebanyakannya berkahwin di usia yang muda. Selepas habis belajar, dapat kerja dan berkahwin. Mungkin kerana itu kebanyakan para wanita tersilap pilih. Menyangka bahawa sang lelaki masih berstatus bujang padahal sudah beristeri. Namun kata-kata Herna itu memang ada benarnya, selagi dapat dielak, elaklah dari terjatuh cinta dengan kepunyaan orang lain.
“You tak suka Kapten Aidan ke?” usik Amanda bila teringatkan kapten muda yang menjadi perbualan beberapa pramugari semenjak lelaki itu berkhidmat dengan Malaysia Airlines.
“Dia suka kat I ke?” tanya Herna kembali dengan nada usikan juga.
Amanda mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.
“Aidan tu memang hensem tapi dia lain sikitlah. I pun tak tahu nak describe macam mana.”
Amanda tersenyum kecil. Dia juga sebenarnya tidak mengenali rapat Kapten Aidan. Mereka hanya sekadar bertukar-tukar senyuman bila terjumpa. Mata Amanda kembali menatap lelaki di hadapannya itu. Kali ini lelaki itu leka memandang ke luar tingkap. Tangan mengusap lembut belakang si anak yang sudah terlelap di pangkuan si ayah. Hatinya terdetik, inilah ciri-ciri seorang ayah yang baik.
“Weh..,” tegur Herna seraya kepalanya menoleh ke belakang. Dia yakin sangat bahawa Amanda memandang lelaki yang ada di belakangnya itu.
“Suami orang tu..,” ujar Herna setelah kembali menatap wajah Amanda.
“Dia ayah yang baik.”
Yup! Hot daddy, you know. Siapa sangka, lelaki hensem macam tu dah berkahwin dan dah ada anak. He looks young. Mungkin awal tiga puluhan.”
“Pendapat I, kalau nak tengok lelaki tu baik ke tak... Tengok aje macam mana dia layan mak dia atau dia layan anak dia. Kalau kita nampak dia caring, means dia boleh jaga kita dengan baik.”
“Dah-dah... Yang penting, dia tetap suami orang. No matter what. And you pula, tunang orang. Be careful, girl. Kalau nak cari lelaki lain pun, biarlah bukan kepunyaan orang lain. Anyway jom, naik bilik. Dah nak dekat pukul sebelas ni. Living Room pun dah nak tutup.”
Amanda mengangguk. Akur. Laptop dipeluk rapat ke tubuh. Rasa sejuk pula tiba-tiba. Namun sebelum berpaling, matanya degil memandang lelaki itu lagi. Ternyata lelaki itu juga turut sama memandang ke arahnya. Sekali lagi Amanda bagaikan terpaku. Dia menelan liur. Matanya cuba dikelipkan berkali-kali agar tidak kelihatan dia memandang lelaki itu. Tapi yang hairannya, lelaki itu tersenyum seakan-akan geli hati melihat tingkahnya. Ah! Apa yang dia dah buat ni? Lantas dia terus berpaling dan kakinya laju mengorak langkah.

SENYUMAN MASIH meniti di bibir Luthfi. Dia tidak menyangka dari hanya memandang, dia boleh tersenyum dengan gelagat wanita itu. Pelik. Pada mulanya dia memang hairan bila melihat wanita itu mengangkat laptop lalu menghalakan ke sekeliling termasuk menghala padanya sekali. Itu yang menyebabkan wanita itu menarik perhatiannya. Lagi-lagi mengetahui mereka adalah wanita melayu yang berada di Sydney.
Ada juga dia terdengar-dengar butir bicara kedua-dua wanita itu memandangkan tempat mereka tidak jauh darinya. Namun isi cerita kurang jelas di telinganya. Kedua-dua wanita itu berpakat untuk berbicara secara perlahan. Yang penting, ada kedengaran suami orang yang disebut. Mungkin menjerumus kepada dirinya. Ah! Perasan pula dia tiba-tiba.
 Wajah ditundukkan untuk memandang Fea yang sudah terlena di pangkuannya. Mata juga mengerling pada jam di pergelangan tangan. Sudah pukul 11 malam. Itulah masa yang dia berikan pada Dayana untuk menelaah dan membuat persiapan untuk assigment. Dia risau jika Fea mengganggu Dayana kerana itu dia bercadang untuk membawa Fea berjalan-jalan sekitar kawasan hotel dan berakhir di Living Room.
 Pipi Fea dikucup lama. Inilah permata hatinya. Adakalanya dia kasihan dengan Fea yang kurang kasih sayang seorang ibu. Sudah setahun lebih Fea tidak mendapat kasih sayang ibu dengan sepenuhnya. Cuma pada masa-masa yang tertentu saja. Namun dia beranggapan bahawa Dayana sibuk dengan pengajian dan dia boleh menjaga Fea dengan sebaik yang mungkin. Kerana dia yakin yang dia boleh menjadi ayah dan ibu dalam satu masa.

Badan Fea diangkat dengan perlahan, tidak mahu mengganggu tidur anaknya itu. Lalu dengan perlahan, dia meneruskan langkah meninggalkan Living Room tersebut. Fea perlu tidur bersama dengan Dayana. Dia mahukan Fea berada di dalam pelukan isterinya itu dan berharap agar Fea berasa dekat dengan mommynya. Biarlah dalam beberapa hari ini, malam-malamnya sunyi tanpa Fea di sisi

No comments:

Post a Comment