Saturday 7 February 2015

NOVEL KELUARAN FEBRUARI 2015 (SPECIAL EDITION)

Special Edition pembuka tirai 2015. 
Hanya untuk pembelian ONLINE sebanyak seribu naskah sahaja.


Tajuk : WASILAH CINTA WEERA
Penulis : ROSE HARISSA
Harga : RM26 + RM6(pos laju) - Semenanjung
RM29 + RM10(pos laju) - Sabah/Sarawak


Sinopsis :

Sebuah karya yang diterbitkan semula menggunakan bahasa asal penulisnya, disusun semula mengikut keadaan semasa.
Kisah yang sarat dengan cinta dan kasih sayang. Karya bermutu yang mengajak kita untuk memahami cinta yang luas dari sudut berbeza.
Weera dan Sari Ayu, mereka ditemukan kerana takdir yang mencoret. Kahwin tanpa cinta, hanya kerana rasa belas dan tanggungjawab sesama manusia. Kata Weera, dia ikut gerak hati. Kenapa? Itu antara dia dengan Tuhan. Cuma Sari Ayu yang tak pernah faham.
“Memang aku tak boleh lupakan Firdaus sebab dia tunang aku. So what?”- Sari Ayu.
“Walaupun antara kita tak ada rasa cinta, tapi kau harus tahu dan sedar, mengingati lelaki lain saat kau dah bergelar isteri orang, adalah satu dosa!” -Weera

Weera dan Ray, hubungan rapat mereka disalah erti hanya kerana jantina mereka sama. Dituduh lelaki gay sehingga Sari Ayu sendiri percaya.
“Pertama sekali, aku nak tanya, kau tengok aku ni ada ciri gay ke? Tak cukup macho ke aku dan Weera untuk kau pandang sebagai lelaki tulen?” - Ray
Fitnah tidak malu-malu menghambur. Namun, Weera tetap teguh kerana dia percaya, ujian mendatangkan kebahagiaan untuk sesiapa yang mengertikannya.
*********
* Tiada diskaun dan kos pos akan dikenakan.
*PM FB Idea Kreatif untuk pembelian




No comments:

Post a Comment