TASYA dan Reha sudah hilang di balik rumah yang baru saja menjadi tempat kediaman mereka. Turut mengikut rapat dibelakang mereka, Iman. Cerah muka anak itu saat dipelawa Tasya. Bila Zehra angguk ketika ditanya, dia melompat-lompat suka. Seolah-olah, baru saja diberikan dengan sebakul coklat.
Kini, yang masih ada di luar pagar rumah Zehra, Raimi. Tegak cara lelaki itu berdiri. Namun tatapannya masih tajam.
“Kau apa khabar Raimi?”
“Kita pernah kenal ke sebelum ini?” Soalan Zehra, Raimi balas dengan soalan juga.
“Kau masih berdendam dengan aku lagi?”
“Kenapa aku perlu buang dendam aku pada kau?”
“Raimi...” Panjang nada suara Zehra. Terkilan
dengan tingkah Raimi yang seperti memusuhinya.
Tampang Raimi direnung. Tak banyak yang berubah pada fizikal lelaki itu. Hanya tubuh yang kurus, kini nampak lebih sasa. Air muka juga jelas matang, sesuai dengan usia yang digalas. 30 tahun.
Dan penampilan Raimi, masih kemas seperti dulu-dulu juga.
Kalau pun ada yang berubah, cara Raimi menatapnya. Nada juga berbeza kerana setiap kata yang diluahkan lelaki itu, bagaikan mahu membalas sakit hati padanya. Senyum langsung tak sudi Raimi hadiahkan padanya.
“Untuk pengetahuan kau, marah dan sakit hati aku pada kau tak terhakis walaupun sebesar hama.”
“Tak baik berdendam, Raimi.”
“Siapa yang buat aku berdendam, Zehra?” Tegas pertanyaan itu melewati bibir Raimi. Kecil saja Zehra di matanya.
“Dah tujuh tahun Raimi. Kau, aku dan Tasya. Kita masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Tak kurang dan lebih apa pun. Kau dah gembira dan bahagia hidup dengan Tasya. Tak boleh ke kalau kau lupakan aje cerita dulu? Kita dah kenal dari zaman sekolah lagi. Sampai bila nak heret dendam?”
Zehra membuang mata ke hadapan. Tak berani terus memandang Raimi bila tatapan lelaki itu bagaikan mata pisau. Dia tak rela membiarkan hatinya yang sudah tak berupa hati, semakin rosak jadinya.
Dia sudah melupakan masa lalunya. Malah, dia sudah melupakan Raimi saat Khalil sah menjadi suaminya. Namun sampai ke detik ini, dia tak pernah lupa mendoakan kegembiraan dan kebahagiaan Tasya.

“Tak boleh ke kalau kau anggap aku dah
berikan kegembiraan dan kebahagiaan pada kau?”
“Senang kau bercakap ya Zehra?”
“Kenapa nak susahkan yang mudah? Kita tak akan dapat apa-apa kalau terus-menerus bermusuhan. Kita dah dewasa, tak perlu bersikap macam anak-anak remaja.”
“Cakap macam ustazah!” sinis Raimi sambil berpeluk tubuh. Didakap tubuhnya erat-erat.
Ketika datang ke sini pertama kali untuk melihat rumah yang mahu dibeli, hatinya berkenan. Rekaannya yang moden dengan keadaan kawalan keselamatan yang agak ketat, makin menguatkan keinginannya untuk memiliki rumah itu. Taklah dia bimbang jika sesekali terpaksa meninggalkan Tasya dan Reha di rumah jika ada kerja di luar kawasan.
Manalah dia tahu, rumah di sebelah rumahnya yang ketika itu bermangga milik Zehra. Kalau dia tahu, awal-awal lagi dia akan mencari rumah lain. Menjadi jiran Zehra, dia benar-benar tidak sudi.
“Habis tu kau nak suruh aku cakap macam mana lagi supaya kau puas hati?”
“Aku nakkan alasan!” Tekan Raimi.
“Alasan apa?”
“Kau tahu apa yang aku maksudkan Zehra. Jangan beraksi macam kau tak tahu apa-apa pada aku.”

“Tak perlulah nak diungkit benda yang dah
lepas. Luka hati Tasya kalau dengar nanti.”
Kepala Raimi menggeleng kesal. Mukanya yang tadi tampak garang, berubah suram. Sebiji batu di hujung kasutnya, disepak kuat dengan hati bersalut geram dan marah. Mudah saja cara Zehra bertutur. Tenang saja air muka itu. Langsung tak kesal selepas meninggalkan luka yang sangat dalam di hatinya.
“Hati aku yang luka macam mana Zehra? Pernah kau ambil tahu?”
Zehra gigit bibir kuat-kuat. Kalau Raimi bercakap dalam nada yang sinis dan tinggi, dia akan bersabar. Resmi orang bersalah, harus rela bila dijatuhkan hukuman. Tapi bila lirih dan sarat dengan luka begitu, hatinya jadi goyah. Demi TUHAN, dia tak pernah rela melepaskan Raimi pada Tasya, ketika itu.
“Salah apa yang aku dah buat sampai kau hukum aku dengan hukuman yang sangat kejam?”
Akhirnya yang Zehra takutkan, terjadi juga. Tak mungkin Raimi dapat menerima dengan mudah. Lantaran itu, dia nekad meninggalkan Raimi dan Tasya tanpa ada sebarang jejak untuk dikesan, malam tujuh tahun lalu.
“Kita tak ada jodoh, Raimi. Kita...”
“Itu bukan apa yang aku nak dengar. Yang aku nak tahu, kenapa kau tinggalkan aku?” potong Raimi pantas.
“Sudahlah Raimi. Aku tak nak ungkit hal dulu.”

“Aku tak akan berhenti ungkit mulai hari ni.
Jangan ingat lepas tujuh tahun, aku akan lupakan
semuanya. Jangan mimpi, Zehra!”
“Aku dah kahwin Raimi.”
“Aku tak kata nak kahwin dengan kau pun sebab aku dah ada Tasya. Kau yang suruh aku pilih dia, kan?”
“Dan kau dah pilih dia, apa lagi yang kau tak puas hati pada aku?”
“Aku nak tahu kenapa kau tinggalkan aku?”
Zehra seka peluh yang merintik di dahinya. Hatinya gusar kerana tak ada tanda-tanda yang Raimi mahu meninggalkannya. Dia tak risaukan Khalil kerana selagi malam belum muncul, selagi itu suaminya itu tak akan tahu mencari jalan pulang. Yang dia gusarkan, Tasya. Tak mahu pada hari pertama hidup berjiran, Tasya sudah berprasangka bukan-bukan padanya.
Raimi itu hanya masa lalunya kerana hidupnya kini, hanya untuk Iman. Hanya Iman!
“Syukurlah kau dah bahagia dengan Tasya. Dah ada Reha. Apa lagi yang tak cukup?”
“Hati aku tak tenang. Tak pernah tenang!”
“Dah tu kau harap aku tenangkan hati kau ke?” Hilang sabar Zehra kali ini. Cara Raimi bercakap, macamlah dia sudah memporak-perandakan hidup lelaki itu dengan sangat teruk. Sedang yang dia lihat, Raimi seperti begitu sayangkan Tasya dan Reha. Matanya belum buta untuk melihat Raimi mengusap peluh di dahi Tasya sebelum Tasya meninggalkan mereka berdua tadi.
“Ya!”

“Raimi!”
“Aku cuma akan tenang kalau aku tahu kenapa hari ni kau kata cintakan aku tapi tak lama lepas tu kau pergi. Permainan apa yang kau mainkan masa tu?”
“Tak ada.”
“Itu bukan jawapan, Zehra!” Tinggi suara Raimi.
Matanya masih tak dialihkan daripada Zehra walaupun wanita itu lebih banyak memandang ke lain. Dia nampak jelas lebam yang hampir pudar di dahi dan pipi Zehra. Hatinya berkata, itu tanda dipukul. Tapi mengenangkan dia tidak tahu kehidupan Zehra saat ini, mulut terus dikunci ketat.
Tak ada keperluan untuk dia ambil tahu hal Zehra sekeluarga. Yang dia hendak tahu, hanya alasan Zehra.
Selama ini dia diam kerana Zehra tak ada di hadapannya. Bila Zehra muncul tanpa diduga, dia tak akan melepaskan Zehra dengan mudah.
“Baliklah Raimi. Tak manis macam ni.”
“Kalau aku tak nak balik kau nak buat apa pada aku?”
“Jangan macam nilah Raimi. Tak elok kalau jiran-jiran lain nampak. Aku tak nak jadi buah mulut orang.”
“Aku tak peduli!”
“Itu masalah kau. Tapi aku tak nak sebab kau hidup aku jadi kacau-bilau.”
Sabar Zehra sudah sirna. Raimi hari ini dengan Raimi yang pernah menghuni hatinya, berbeza bagaikan langit dengan bumi. Dulu, dia tak pernah dipaksa. Dia boleh melakukan apa saja dan Raimi selalu ada di belakangnya, asalkan tak ada kesalahan yang dibuat. Tapi kini, semuanya dah tak serupa.

“Dengan muka lebam biru, ini ke yang kau
kata kehidupan?” Sinis bibir Raimi mencebik.
Hatinya kuat berkata, Zehra dipukul!
“Raimi!”
“Suami kau pukul kau ya?” duga Raimi. Sakit hati macam mana pun, jauh di sudut hatinya, dia tak tergamak melihat Zehra dibalun seorang lelaki bergelar suami.
“Aku jatuh,” balas Zehra setenang mungkin.
“Siapa yang kau cuba nak tipu ni Zehra?”
“Baliklah Raimi. Aku tak nak tengok kau datang sini lagi. Baliklah...” pinta Zehra dalam nada suara tersekat-sekat.
Nada Raimi yang seperti mengejek buat air mukanya terasa bagaikan dipijak. Malu bila pekung dalam rumah tangganya begitu mudah dihidu. Tentu itu juga yang berlegar-legar di kepala Tasya tadi. Terlalu teruja dapat bertemu kembali dengan Tasya buat dia lupa yang minggu lepas dia baru saja ditampar Khalil. Sampai ke detik ini, kesannya masih bersisa.
Ya ALLAH... aku malu, desis hati kecil Zehra walang.
“Zehra...” Raimi hilang kata-kata. Entah kenapa, ada satu rasa menikam dadanya mendengar nada suara Zehra begitu.

“Balik!” halau Zehra kuat.
Hilang rasa simpati Raimi. Sakit hati dan marah kembali menderu-deru masuk ke hatinya.
“Sombong!” selarnya kuat.
“Bukan urusan kau,” balas Zehra pantas. Mencerlang matanya dengan tuduhan Raimi yang tak berasas.
“Kau jangan jumpa Tasya lagi!”
Mata, Zehra pejamkan rapat-rapat sebelum dibuka beberapa detik kemudian. Raimi masih ada di tempat yang sama. Tajam pandangan lelaki itu, masih tak berubah walaupun sesaat. Diam-diam, dia beristighfar. Pada saat Raimi sedang diulit panas amarah, dia sepatutnya bertindak menjadi air yang menyejukkan.
“Yang aku tak nak jumpa, kau. Bukan Tasya.”
“Aku tak izinkan kau jumpa Tasya.”
“Kata-kata tu patut kau berikan pada Tasya, bukannya aku sebab dia yang jadi isteri kau. Dan rasanya aku tak perlu patuh pada kata-kata kau,” tempelak Zehra sambil tersenyum sinis.
Dia lupa yang dia baru saja mahu menjadi air demi menyurutkan api di hati Raimi.
“Aku tak suka kau jumpa Tasya.”
“Aku dan Tasya dah jadi jiran. Kau suka atau tak, aku tetap akan jumpa Tasya melainkan kau angkat semula barang-barang kau dan bawa Tasya dan Reha tinggal di tempat lain. Bukan sebelah rumah aku.”
Kalau pun dia tak mahu bertemu dengan Tasya, dia tak rasa yang isteri Raimi itu mahu melakukan hal yang sama. Tahap gembira Tasya tadi, Raimi juga maklum. Bahkan, bukan sekali dua, Tasya mengajak dia ke rumah mereka. Hatinya saja dikeraskan.

“Kau...”
“Kalau kau balik nanti, pesan pada Iman yang aku suruh balik!” potong Zehra pantas.
Tanpa menunggu kata-kata Raimi, dia terus berpusing dan memasuki pagar rumahnya. Entah kenapa, dalam gembira melihat keriangan Tasya, ada sebak yang gagal diungkapkan. Lalu, setitis air matanya menitis. Tasya, jauh lebih beruntung dibandingkan dia dan Iman.
“Maafkan aku, Raimi,” bisiknya sangat perlahan.