Thursday 25 February 2016

Bab 3 : INGATKAN DIA TENTANG SETIA - EMY ROBERTO

        
Bab 3
          
         A
NDI bangun terkejut bila bunyi langsir ditarik kasar. Saat membuka matanya, sinaran matahari memancar terik terus ke dalam bilik.  Duh! Ni mesti Elly sengaja nak tunjuk protes dengan cara halus.
         “Good morning, Andi.”
         Kan dah agak! Elly berdiri di tepi katil sambil bercekak pinggang dan melemparkan senyuman nipis.
         Good morning. Pukul berapa sekarang?”
         Andi menarik comforter hingga separuh daripada wajahnya saja yang kelihatan. Sakit siot mata menahan pancaran terik sang matahari.
         “Almost eight.”
         “Awak tak pergi kerja ke?” Suara Andi serak.
         Skirt hitam dipadankan dengan blaus berwarna biru tua. Pakaian Elly macam nak pergi bekerja tapi takkan dah nak dekat pukul lapan pun masih di sini lagi.
         “I have a meeting at 9.30,” jawab Elly.
         Bos besar kan, mesyuarat pula di pejabat klien jadi tak payahlah masuk pejabat sendiri pagi ini. Kira memang nak ajak Andi pergi berjoging awal pagi tadi, tapi dah Andi pun masih tak berapa sober malas Elly nak bangunkan.
         “Where’s my morning kiss?”
         Elly senyum nipis. Dalam mamai pun jangan ingat Andi lupa rutin wajib setiap pagi itu. Dia tunduk mencium bibir suami sekilas.
         Urgh! Inilah sebab kenapa dia tak suka Andi minum. Bau nafas post-drink tu dia paling tak tahan.
         “Awak pergi mana malam tadi?”
         “Lepak dengan 3K.”
         Rolling eyes. Dah ku agak sang suami tumbuh tanduk setiap kali melepak dengan 3K. 3K adalah gelaran teman-teman baik Andi yang Elly memang tak berapa berkenan.
         K= Kiran
         K=Khalid
         K=Kong
         Memang pilihan satu Malaysia. Tapi kalau perangai tak ‘secantik’ mana tu yang dia susah nak terima. Tak sah kalau tak sober setiap kali selepas balik melepak dengan 3K.
         “I thought they aren’t married yet?” Terangkat sebelah kening Elly.
         Itu soalan sarkastik untuk Andi yang tak sedar diri dah beristeri. 3K lain kes lah. Buat apa, ke mana, balik pukul berapa  tak ada siapa yang kisah. Hidup solo kan umpama burung helang yang terbang bebas.
         Lebih-lebih lagi dengan gaya hidup 3K yang tak berapa sihat tak menarik minat Elly. Asal free melepak. Asal free minum. Asal free jadi ‘hang’. Serius dia tak suka. Perangai begitulah yang buat Andi kadang-kadang terlupa status sendiri.
         Laaa..jangan menilai orang Elly. Diri sendiri pun macam tu jugak. Suara kecil di hati mengejek dirinya yang dua kali lima.
         Andi senyum nipis.
         “I can’t simply ditch them, darling.”
         Bukan Andi tak tahu Elly teringin sangat nak pegang sepanduk yang bertulis ‘Saya sangat tak suka 3K’. Prinsip Elly lain. Kalau pasangan suami isteri yang lain pasti ‘kawanmu kawanku jua’. Tapi bagi Elly adalah ‘kawanmu lain, kawanku lain’.
         Elly senyum sinis.
         “But you can ditch your own wife, is that right darling?”
         Pagi-pagi dah kena ‘goreng’ dengan Elly. Andi bangun dan bersandar di kepala katil. Dipandang sekilas wajah Elly, ada riak kecewa tergambar di wajah cantik itu.
         Sorry darling, bateri iPhone dah habis semalam.”
         “Power bank?”
         “Lupa caj.”
         Andi bukan sekadar memberi alasan, hati ikhlas meminta maaf. Sangkanya semalam Elly memang tak nak makan malam bersama. Dia tunggu sampai pukul 7 malam tapi batang hidung Elly masih tak kelihatan. Dah nama pun bosan duduk seorang di rumah, sedap dia melepak sampai tengah malam. Telefon bimbit mati. Power bank habis bateri. Pulang ke rumah baru tersedar Elly ada menghubunginya.
         Andi, wait for me. Saya balik awal hari ni. Dinner sama-sama kan?
         Betul-betul Andi rasa macam nak lemparkan telefon bimbit ke dinding saat membaca WhatsApp dari isteri. Memang patutlah Elly ‘panas’ pagi-pagi begini.
         Elly masih dengan senyuman sinis. Dia berpaling ke pintu mahu menapak keluar. Kalau isu ini dipanjangkan, memang rosaklah pagi Selasa Elly.
         “Like I care, Andi.” Kecil saja suara Elly. Buat gaya macam tak terasa hati.
         Urgh! I do care!
         Dum!
         Andi merebahkan semula badannya di atas katil bila tubuh Elly menghilang di sebalik pintu yang sudah dihempas kasar. Nak memujuk Elly dah tak semudah dulu. Ayat-ayat cinta dan manis bergula bukan citarasa Elly lagi, jadi jangan berangan nak bermadah ala-ala Sonnet 18. 
         Elly dah tak semesra dulu.
         Elly dah tak semanja dulu.
         Elly dah tak ringan mulut macam dulu.
         Mungkinkah cinta Elly padanya juga sudah tak sekuat dulu? Susah nak diagak jika ia melibatkan soal hati dan perasaan seorang Elly Abdullah.
         Andi mengeluh berat. Macam mana nak selesaikan masalah rumah tangga mereka berdua yang dah semakin pudar kemesraannya? Takkan nak tanya daddy dan mommy, buat malulah dah besar panjang pun nak minta pertolongan orang tua.
         “Andi.”
         Elly muncul semula di sebalik pintu.
         “Hmm?”
         “Alihkan kereta awak.” Pendek saja ayat Elly.
         Porch besar sampai boleh muat beberapa buah kereta, nak jugak Andi parker di belakang keretanya.
         “Pakai kereta saya dulu. Malas nak alihkan.”
         “Tak nak. Nanti famili awak bising.”
         “Elly.”
         Elly angkat kedua-dua belah tangan. Kalah bila Andi memandangnya tajam.
         Sorry, maksud saya… saya tak biasa pakai kereta awak,” Elly membetulkan salah sendiri.
         Betul apa yang dia cakapkan. Mulut keluarga mertua boleh tahan hebat. Telinga yang kalis ‘bunyi’ pun belum tentu boleh tahan. Kalau dia jenis yang cepat ambil hati, dah lama dia tinggalkan Andi. Tapi kerana cinta pada sang suami, dia tetap bertahan di sisi.
         Cinta?
         Cinta yang berbentuk hati tu ke?
         Love exists if we admit it is there.
         Elly terdiam bila bibirnya menjadi sasaran suami yang sudah berdiri di hadapannya.
         “Pakai aje kereta saya. Hak saya adalah hak awak juga. And never mentioned about family matters.” Pinggang Elly dipeluk  dan dibawa rapat ke tubuhnya, dipeluk tubuh itu buat beberapa ketika, melepaskan rindunya pada si isteri.
         “Ada breakfast tak?” Mata coklat Elly direnung.
         Elly angguk kepala.
         “Good girl. Never skip your breakfast. Those who skip their breakfast are 27% more likely to develop heart disease,” sambung Andi.
         Elly tersenyum nipis dan angguk kepala. Tahulah, dah beratus kali Andi ulang ayat yang sama sejak mereka berdua berkahwin.
         “Jangan lupa yang berdiri kat depan awak ni adalah isteri awak, bukan pesakit awak,” Elly mengingatkan. Kadang-kadang pandai terkeluar ceramah pendek Andi mengenai kesihatan.
         “You’re a doctor to your patients but a husband to me.”
         Andi tergelak dan menjungkitkan bahu. Dia membuntuti Elly yang sudah menuruni anak tangga. Ikut hati dia nak rajinkan diri menghantar Elly untuk menghadiri mesyuarat tapi dengan muka basi yang baru bangun tidur ni baik tak payah.
         “Oh ya!” Andi tepuk dahi sendiri.
         “Semalam mommy ada telefon, kata hari ni ada makan-makan di rumah. Balik awal, okey.”
         Langkah kaki Elly terhenti di tengah-tengah tangga. Dia berpaling dan mendongak memandang Andi.
         “Makan-makan sempena apa?”
         Biasanya weekdays yang orang tengah sibuk dengan kerja sampai ke malam mana pernah ada makan-makan. Selalunya hujung minggu aje mommy sibuk nak menjemput ke rumah. Itu pun menantu macam dia ni mana mommy nak layan sangat. Dia kan pilihan Andi. Memanglah mommy tak berkenan.
         Andi jungkit bahu. Yang dia tahu mommy suruh datang malam ini. Bawa perut kosong, Tak payah potluck macam biasa.
         “Balik awal, okey. Kita pergi sama-sama.” Tangan kanan Andi naik mengelus pipi  Elly perlahan.
         Kasihan pula melihat riak wajah Elly yang jadi blur dan seolah tak terkata. Dia tahu Elly terpaksa dan hanya menurut. Dalam Elly yang hidupnya bengkang-bengkok macam dia, Elly tak pernah membantah kata-katanya yang bergelar suami.
         Dia pun sebenarnya tak sampai hati melihat Elly asyik ‘terkena’ dengan mommy tapi takkan nak ditegurnya mommy yang melayan Elly macam orang luar. Jangan tak ingat dengan ayat mommy padanya tahun lepas.
         ‘Berani Andi tegur mommy hanya sebab isteri yang tak baik mana macam Elly tu? Jangan lupa syurga di telapak kaki mommy, bukan Elly.’
         Cukuplah dah kena sekali dengan mommy. Nanti kalau dia tegur lagi takut dia bertukar menjadi batu keras di tengah lautan macam kisah si Tanggang.
         Elly angguk kepala. Habislah malam nanti. Kalau boleh dia tak nak pergi. Tapi kalau dia tak pergi lagi teruk dia kena dengan mommy. Kut kena telefon dan disindir sampai telinga jadi ‘haus’.
         “Jangan risau, Elly. Saya ada.”
         “Okey.”
         “Senyum untuk saya.”
         Beberapa saat Andi menunggu namun reaksi Elly masih sama macam tadi. Shocked. Tahu sangat ‘okey’ Elly hanya di bibir tapi bukan di hati.
         “Kalau awak tak nak pergi, saya boleh bagitau...”
         No. Saya nak pergi. Kita akan pergi. Full stop. Andi, saya dah lambat.”
         Elly memotong ayat Andi dan mengerling jam di tangan. Sangatlah dia tak bersetuju dengan idea Andi. Kalau cakap dia tak datang, mommy akan meletup dua kali ganda. Baik jangan menggali lubang kalau dah tahu diri sendiri yang  akan terjatuh ke dalam.
         Andi, kunci kereta awak.” Elly hulurkan tangan.
         Biar sampai di sini saja topik mereka berdua. Malas Elly nak minta kesian pada sang suami kata mak mertua jahat tak pernah melayannya dengan baik. Maaf, pembetulan. Mak mertua tak jahat, cuma tak berapa baik dengan dia.
         “Jap, saya ambil.”
         Andi belari naik semula ke dalam bilik. Pandai dia suruh Elly pakai kereta miliknya, tapi boleh pula terlupa nak bagi Elly kunci kereta.
         Dapat saja kunci kereta, bergegas Elly keluar dan masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan. Konon tadi nak sampai awal, bla bla dengan Andi sampai terlepas pandang dengan timing sendiri. Ni kalau tak pecut memang takkan sampai tepat pada waktunya di Wangsa Maju.
         Tag nama Andi yang tergantung di cermin pandang belakang kereta dialihkan Elly dan diletakkan di ruang kosong bersebelahan handbreak. Mana selesa kalau sedang dia syok memandu ada pula benda yang bergerak ke kiri dan kanan di hadapan cermin.
         Saat mata Ely berkalih pada handbreak, matanya tertacap pada tag nama yang lagi satu. Aik! Sejak bila pula Andi ada dua tag nama?
         DR. ANGELICA CASANDRA.
         Elly terkedu. Lama pandangannya melekat pada tag nama itu. Otaknya ligat berfikir. Haruman yang melekat di baju Andi sejak kebelakangan ini...
         Damn!
         Tok! Tok!
         Elly terkejut. Matanya berkalih pada Andi yang melambaikan tangan di luar tingkap kereta. Siap flying kiss lagi.
         Argh! Rasa macam nak bagi flying kick pada Andi!

          

No comments:

Post a Comment