Saturday 27 February 2016

BAB 7 : INGATKAN DIA TENTNAG SETIA - EMY ROBERTO

    
  
   Bab 7
          
         P
AGI yang sedikit sejuk. Hari yang sedikit bosan dan tak tahu nak buat apa. Ni lah akibatnya ambil cuti tanpa merancang apa nak buat, nak bercuti ke mana dan sebagainya. Kalau tak mesti dia tengah sibuk tengok pesakit kat ward waktu macam ni.  Andi yang duduk di atas kerusi di luar rumah mendongak ke langit. Macam nak hujan aje. Niat nak mencuci kereta automatik terbatal. Nanti kereta dah cantik berkilat, sedap-sedap air hujan menyimbah ke bumi.

         Elly pula sengaja tak dibangunkan sebab Elly tak payah masuk pejabat, mesyuarat jam 11 pagi. Kira nak ajak Elly berjogging petang nanti. Itu pun kalau Elly nak.

         “Good morning.”

         Andi panjangkan leher mencari si empunya suara. Dia lemparkan senyuman pada Betty yang menjenguk di sebalik dinding pagar yang memisahkan rumah masing-masing.

         Morning. Sorang lagi hari ni?” Andi membalas.

         Dia bangun dari duduk dan mendekati dinding pagar. Biasanya pagi-pagi begini Prakash, suami Betty pun ada sekali untuk menemani Betty menyiram pokok bunga di halaman. Tapi kalau Betty sorang saja bermaksud Prakash outstation.

         “Yup. My husband went to Kuching yesterday,” jawab Betty.

         Andi senyum. Kan betul tekaan dia.

         “Mana Elly? Dah lama tak nampak dia. Plan to teach her how to make muruku one day.” Betty masih tekun menyiram air ke koleksi bunga kesayangan yang menghiasi laman rumah.

         Dari dulu nak buat projek muruku dengan Elly tapi balik-balik tak menjadi.  Tak ada masa. Elly balik lewat petang. Kalau tengok batang hidung Elly sekali seminggu pun dah kira cukup baik.
         Andi berdeham. Apa nak jawab?

         “Masih tidur lagi. Semalam dia balik lambat. Banyak kerja di pejabat.”
         Nak jawab Elly sedang tidur sebab ‘weng’ selepas melepak di Lust malam tadi? Hell no!

         I admire your wife. Sibuk macam mana pun, kerjaya dan rumah tangga seiring. No wonder you love her so much.”

         Betty memuji ikhlas. Dia bukanlah ‘stalker tak hengat’ sampai nak menghendap apa perkembangan jiran sebelah rumah tapi mata kasarnya tak pernah salah. Sibuk macam mana pun Elly, Andi tak pernah terabai. Makan minum Andi masih terjaga. Pakaian Andi sentiasa kemas, asal turun kerja tak pernah berkedut. Malah bunga-bunga Elly yang menghiasi hadapan rumah pun masih subur, Elly jaga dengan rapi.

         Kalau dia sibuk macam Elly, belum tentu dia dapat menguruskan masa dengan baik. Entah-entah Prakash terpaksa pergi kerja dengan baju tak bergosok. Biasalah, bab pengurusan masa memang dia fail.

         Andi tersenyum lebar. Siapa yang tak sayang bini kan? Walau macam mana teruk pun keadaan Elly, cinta Andi tak pernah berganjak walau seinci. Baik buruk Elly semuanya Andi terima. Malah tak pernah membandingkan Elly dengan mana-mana perempuan. Baginya Elly adalah yang terbaik. Biasalah, cinta dulu, kini dan selamanya katakan. Bagaimana pula dengan cinta Elly padanya?

         Dulu? Ya.
         Kini? Tak pasti.
         Selamanya? Tak pasti.

         Karl dan Elly. Elly dah Karl...argh! Prasangka buruk itu ditolak Andi jauh ke dalam gaung. Pagi-pagi begini apa cerita nak serabutkan otak dengan tanggapan  buruk tentang isteri dan adik sendiri. Dia tahu Elly takkan curang.

         Are you sure?
         Comforting mode?
         Oh how I wish!

         “Dr. Andi, kalau ayah saya tak ambil warfarin boleh tak? He’s not keen to take it though.
         Hilang segalanya yang berlegar di dalam fikiran Andi bila Betty bertanya. Andi hanya mampu mengukir senyum. Tipikal Betty, asal berbual kosong di sebalik pagar dinding begini pasti Betty meminta khidmat konsultasi percuma.

         Setengah jam kemudian, Andi meminta diri untuk berlalu. Matahari di atas kepala dah semakin terik tapi Elly masih tak bangun lagi. Rasa risau bertandang di hati. Masuk saja ke dalam rumah, langkah kaki Andi diatur menuju ke dapur. Niat nak buatkan teh panas untuk Elly sebelum mengejutkan isteri yang barangkali masih terlena di atas sana.

         Namun langkahnya terhenti di depan pintu dapur bila terpandangkan sesusuk tubuh elok duduk di atas kerusi di kaunter.

         “Good morning,” sapa Elly berserta senyuman nipis.

         Tak payahlah buat muka terkejut tengok muka dia yang masih hangover ni. Dia dah bangun siap dengan secawan teh panas di depan mata. Matanya masih setia pada Andi yang sudah mula mendekat.

         Morning. Awal bangun hari ni.”

         Kucupan dihadiahkan untuk Elly sebelum Andi mengambil tempat di hadapan. Sempat tangan kanannya naik mengelus rambut Elly yang sedikit serabai. Wajah Elly tampak masih letih macam tak cukup tidur.

         “Tak dapat tidur.”

         Ya la, macam mana nak tidur kalau anjing jiran di belakang rumah menyalak tak sudah. Ayam berkokok waktu pagi pun kalah. Mata Elly masih setia di wajah Andi. Rasa macam dah lama tak ditatap. Wajah yang dah lama tak dibelai dan dibawa bergurau senda apatah lagi bermanja.

         “Awak minum banyak sangat malam tadi. Lain kali jangan minum. You can never stand it.

         Cawan berisi teh panas Elly dicapai Andi selamba sebelum dihirup. Kasihan pula dengan Elly yang memicit dahi dari tadi. Rasa post-drink memang jauh lebih teruk daripada post-call. Dia yang dah biasa ni pun kadang-kadang tak tahan, apatah lagi yang baru mencuba macam Elly.

         “Dan kalau boleh jangan minum lagi, nanti badan awak makin tak tahan,” Andi menyambung kata.

         Look who’s talking. Elly senyum  sinis. Tangan kanannya masih memicit dahi. Jangan banyak cakap kalau dia tengah hangover macam ni, karang silap haribulan dia sembur Andi.

         I’m going to Kuching this weekend. Tapi tak lama, tiga hari aje.” Elly menukar topik.

         Malas nak panjangkan isu malam tadi. Dia tak nafikan memang itu salah sendiri, minum sampai tak ingat limit. Andi bawa balik semalam pun dia langsung tak sedar. Mula-mula tu okeylah, ayat masih teratur lagi. Tapi bila dah makin lama, kepala makin pening. Dah semakin ‘weng’ sampai tak sedar keadaan di sekeliling. Yang dia ingat, dia meluahkan perasaan tentang masalah rumah tangga dengan Linda sampai meleleh air mata.

          Laa...berani ‘bising’ di belakang-belakang tapi bila di depan Andi satu ayat pun tak terkeluar dari bibir. Betul juga apa yang Linda katakan malam tadi. Patutnya kalau ada masalah dia dan Andi duduk berbincang, bukannya sorang ke hulu sorang ke hilir macam sekarang. Masalahnya, dia tak mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan Andi dan bertanyakan soalan-soalan yang berlegar di ruang fikiran.

         Awak ada affair ke?
         Angelica tu siapa?
         Awak dah tak sayang saya lagi?

         Boleh nak tanya semua soalan tu? Bagaimana kalau jawapan Andi adalah ‘YA’...hancur berkecai hati dia siapa yang nak tolong cantumkan semula?

         Hence, sometimes it is better to live in denial, dear darling.

         Kuching? Hujung minggu ni? Lagi? Kening Andi automatik terangkat, saling berlawan pandang dengan Elly yang beriak selamba.

         “Hal kerja lagi ke?”
         Elly angguk kepala.

         Andi mengeluh. Muk diletakkan semula di hadapan Elly.

         “Hantar orang lain boleh tak?” Apa ‘la grande’ sangat ke bisnes syarikat sampaikan hampir setiap minggu Elly outstation, meninggalkan dia menjadi penunggu setia rumah mereka berdua.
         “You know Mr. Chong needs me more than Atrash, darling.” Elly senyum nipis.

         Ikutkan hati, dia pun tak nak pergi sebenarnya. Siapa yang suka pergi outstation atas urusan kerja macam ni? Buat penat badan aje. Tapi Mr. Chong beria sangat nak suruh dia pergi. Nak melawan arahan tuan bos merangkap CEO syarikat, tak berani juga.

         Andi terdiam sejenak. Terlupa seketika yang isterinya adalah antara orang kuat syarikat.

         “Pergi bila?” Suara Andi dah macam tak bersemangat. Matanya masih melekat pada wajah Elly. Baru nak cuba untuk rapat semula setelah berenggang macam satu kilometre jauh.

         “Esok. Flight malam. Then saya balik sini semula Ahad. Night flight.”
         “Hah?”

         Andi hanya tarik nafas dalam. Esok dah Jumaat ke? Esok nak pergi, hari ni baru nak bagitau. What the....? Jadi rancangan nak mengajak Elly pergi kenduri kawan esok macam mana?

         Plan A : Ajak Elly temankan sekali.
         Plan B : Angelica dah siap standby kalau Elly tak pergi.

         Serius Plan B akan menjadi pilihan terakhir yang dia ada.

         “Kenapa tak bagitau awal-awal?” Suara Andi kendur.

         Kecil hati dengan sikap Elly yang seolah-olah mengambil mudah setiap perkara. Nak keluar dari rumah bukan patut minta izin dari suami ke? Apatah lagi kalau nak pergi jauh begini. Bukan nak berfikiran negatif tak bertempat, tapi Elly dah macam membelakangi dia sebagai seorang suami. Ini bukan kali pertama Elly buat keputusan sendiri, alasan Elly sentiasa sama.

         ‘Mr. Chong needs me more than Atrash, darling’.

         Argh! I need you more than anyone else, Elly.

         “Kenapa tak bagitau awal-awal? Baru kira nak ajak awak pergi wedding kawan hujung minggu ni, tapi dah awak tak...”

          “Does it make any difference to you? Lagipun saya pergi kejap aje, tiga hari. End of story.”
         Ayat Andi dipintas Elly selamba, buat hati Andi tercalar dalam diam. Elly macam dah tak pandai berkompromi. Tak pandai dibawa berbincang. Dah tu main ‘potong line’ sebelum dia habis bercakap. Pulak tayang muka tak bersalah begitu.

         Andi bangun dari duduk dan mendekat ke arah Elly. Tubuh tingginya bersandar di meja kaunter dengan tangan yang bersilang. Nak tak nak, suka tak suka dia kena menggunakan kuasa veto sebagai suami sebelum Elly makin naik kepala.

         “Minta nombor telefon bos awak, saya nak sound sikit.” Mendatar suara Andi. Bawa isteri dia ke hulu ke hilir macam ni ingat dia masih boleh duduk diam?

         Bukan la nak cari gaduh tapi bos Elly yang nama apa entah tu rasanya patut kena ‘tiaw’ sikit bagi sedar yang Elly adalah isterinya, bukan branch manager yang fleksible nak dibawa berkepit ke mana-mana.

         Elly tergelak kecil. Dah macam perangai budak-budak pulak Andi. Muk di hadapan dipusing-pusingnya dengan tangan kiri, tangan kanan pula menongkat dagu.

         “Don’t be too childish, darling. He won’t entertain you.”

         Say what?! Perasaan marah Andi mula bertandang di hati. Dia serius macam ni Elly boleh hentam kata perangai macam budak-budak. Oh you hit the wrong button today, love!

         Then don’t go and stay with me this weekend. Saya tak nak awak pergi. Cakap aje awak sakit, tak dapat bangun dari katil.” Andi cuba mengawal amarah. Jangan sampai gunung berapi masing-masing meletup pagi ini.

         Oh tolonglah! Sejak bila Andi jadi macam budak-budak umur 10 tahun ni? Elly turut bangun dari duduk dan berdiri di hadapan Andi yang berwajah serius. Dia senyum senget.

         Apa beza kalau dia ada di rumah atau tidak? Bukannya Andi ada bersama pun. Bukan Andi nak peduli pun dia wujud ke tak. Balik kerja Andi tak ada. Kadang-kadang lewat malam baru balik. Sebab tuntutan kerja?

         Okay, fine. Kerja pun kerja juga tapi takkan la masa hujung minggu pun tak melekat di rumah. Melepak dengan 3K, meninggalkan dia keseorangan di rumah. Nak kata dia tak roger awal-awal, memang tak boleh diterima. Alasan Andi berjela dan dia dah biasa.

         Sorry, didn’t see your WhatsApp.
         Sorry, bateri dah ‘kong’.
         Sorry, power bank tak bawa.
         Sorry, saya on-call malam ni, tukar syif dengan member.

         Rasanya perkataan ‘sorry’ Andi dah tak bernilai berbanding dulu. Senanglah nak mengungkap perkataan maaf tapi untuk memaafkan? Tak mudah, babe!

         “Saya pergi Kuching sebab kerja, bukan makan angin. Lainlah cerita kalau awak nak join sekali. Tapi nak cancel last minute macam ni minta maaf, saya kerja makan gaji,” Elly membalas lembut.

           Syarikat tu bukan dia yang punya. Walau macam mana tinggi pun jawatan yang Elly pegang, hakikatnya dia tetap makan gaji. Mood Mr Chong ada pasang surut. Kalau di saat akhir dia menarik diri, mahu bos besar tu tak angin.

         “Screw your boss, obey your husband. Full stop.”

         Andi mendekat dan mencium dahi isteri sebelum melangkah keluar dari dapur. Dia tak berminat nak panjangkan isu dan bergaduh pagi-pagi dengan Elly. Setakat skip penerbangan nak pergi ke Kuching tu takkan bos besar tak nak bertolak ansur. Oh tolong jangan cakap sick leave pun bos besar tak nak terima. Mengarut!

         “Andi, office di Kuching ada problem jadi saya kena pergi. Nak harapkan orang lain bla bla bla...”

         Andi lajukan langkah keluar dari dapur. Seperti mana Elly potong ayat bila dia sedang bercakap tadi, begitulah juga dia buat tak endah dengan penerangan Elly tentang syarikat di dalam dapur sana. Lantaklah office di Kuching nak gulung tikar sekali pun, dia tak nak ambil peduli. Yang dia kisah cuma Elly.

         She will go.
         She won’t go.
         You’ll never know, not till tomorrow.

         Teringatkan pesanan WhatsApp yang dihantar Karl pada Elly semalam, langkah Andi yang menghala ke sofa di ruang rehat terhenti. Ayat Karl semalam berlegar-legar di fikiran.

         Nak tanya ke tak?
         Nak bersemuka ke tak?

         Argh! Andi melabuhkan duduk di atas sofa dan mencapai alat kawalan jauh tv. Biarlah...berdiam itu adakalanya lebih baik.


         Silence is better than bullshit.

No comments:

Post a Comment