BAB 5
HANIA menggigit
bibir. Menjeruk rasa dia dengan sikap Shahrin yang lansung tidak mahu
berkompromi denganya. Sudah 4 hari Shahrin melancarkan ‘perang dingin’
terhadapnya selepas dia mengambil keputusan untuk berterus-terang tentang
kehilangan cincin kahwin mereka itu. Masih jelas diingatanya bagaiman
penerimaan Shahrin tentang berita tersebut. Lelaki itu hanya diam tanpa
perasaan. Sangkanya Shahrin akan melupakan kesalahnya dan memaafkan dia tetapi malangnya
telahanya jauh meleset. Shahrin lansung tidak bertegur sapa denganya. Pandang
muka dia pun macam nak tak nak saja.
Rutin
harianya tetap di teruskan seperti biasa. Menyediakan pakaian untuk ke pejabat
dan dia masih lagi di beri ‘kebenaran’ untuk memakaikan tali leher pada lelaki
itu. Bezanya sekarang, tiada lagi renungan yang menggetarkan hatinya dari
lelaki itu. Renungan yang bisa membuatkan hatinya tidak tenteram. Shahrin hanya
membeku dan membisu setiap masa.
Hania menjeling pada Shahrin yang sedang
menonton rancangan kegemaranya iaitu National Geografi di saluran Astro. Dia
yang turut ada di situ lansung tidak di hiraukan. Shahrin membiarkan dia
terkontang-kanting sendirian. Hania menghela nafas yang panjang. Tak boleh jadi
ni! Dia kena buat sesuatu. Sampai bila mereka nak bermasam muka.
“Awak..awak nak minum apa-apa tak?
Kalau nak saya buatkan.” Hania memecahkan kebisuan antara mereka.
Shahrin
menggeleng. Lansung tidak menoleh pada Hania yang duduk tidak jauh darinya.
Tumpuan sepenuhnya pada kaca tv.
Hania
sudah mengagak itulah jawapan yang akan Shahrin berikan. Dia memaniskan muka. Sabarkan
hati dengan sikap acuh tidak acuh suaminya.
“Nak makan apa-apa tak? Buah ke,
aiskrim ke?” Hania tidak berputus asa. Harapanya hanya satu, hati Shahrin akan lembut
apabila dia tunjukkan keperihatinanya terhadap lelaki itu
“Tak payah. Saya kenyang lagi,”
jawap Shahrin ringkas. Tiada kemesraan dalam nadanya. Muka pun lansung tak nak
senyum!
Hania melepaskan nafas lega.
Sekurang-kurangnya Shahrin sudi menjawap pertanyaan dengan suara. Kalau tidak
lelaki itu hanya menjawap dengan kepala saja. Nak angguk, tak nak geleng.
Senang sungguh hidupnya, kan? Tak mengapa, dia akan gunakan segala skill yang dia ada untuk melembutkan
kembali hati Shahrin. Penat jadi orang bisu dalam rumah besar ini.
“Awak, saya kan dah minta maaf
dengan awak. Bukan sekali tapi dah berpulu-puluh kali saya minta maaf. Itu tak
memadai lagi ke? Saya mengaku saya salah..”
“Saya dah maafkan,” potong Shahrin
tiba-tiba tanpa sempat Hania menghabiskan kata-katanya.
Hania
tercengang sejenak. Wajah bersahaja Shahrin ditatap dengan rasa tidak percaya.
“Kalau awak dah maafkan saya kenapa
awak layan saya macam ni? Awak membisu dan bersikap dingin dengan saya. Kalau
betul awak dah maafkan saya dah tentu awak akan layan macam biasa.” Hania
merasa sangsi.
Shahrin memandang Hania yang sedang
memintal-mintal hujung bantal sofa. Bila pandangan mereka bertemu cepat saja
gadis itu melarikan pandanganya. Tahu pulak takut!
“Macam biasa? Macam biasa yang macam
mana tu maksud awak?” Shahrin memandang Hania dengan renungan tajam. Lansung
tiada senyuman di bibirnya.
Hania sudah teragak-agak. “Er..maksud
saya kita berborak macam biasa. Sebelum ini boleh je awak senyum kat saya walaupun
nampak macam tak ikhlas tapi sekarang ni usahkan nak senyum, saya tegur pun
awak tak balas. Asyik tunjuk muka serius 24 jam kat saya. Semua ni berlaku selepas
saya berterus-terang pasal cincin yang hilang tu, kan?” Hania menundukkan
kepalanya. Nak tengok muka Shahrin pun tak berani!
Shahrin merenung lama wajah menunduk
isterinya itu.
“Jadi
awak nak cakap kat saya sekarang yang awak rindukan senyuman saya?” tanya
Shahrin masih lagi dalam nada yang sama. Serius.
“Bukan..! Bukan macam tu maksud
saya. Saya bukanya rindukan senyuman awak, saya cuma nak keadaan kita kembali seperti
sebelum ini. Awak sendiri pernah cakap dulu yang kita kena perbaiki hubungan
ni. Nak jayakan hubungan ni. Tapi macam mana nak jayakan kalau dah bermasam
muka macam ni?” luah Hania berani.
Hania
mengangkat sedikit kepalanya, mahu mengintai reaksi Ammar. Mana tahu lelaki itu
bengang dengan kata-katanya sebentar tadi. Tapi tak ada pula! Shahrin hanya
diam membisu tanpa memandang lansung padanya.
Shahrin terdiam. Tersindir mendengar
kata-kata gadis itu. Shahrin melepaskan nafas yang panjang. Televisyen
dimatikan. Tubuhnya dipusingkan mengadap Hania. Tumpuanya telah diberikan sepenuhnya
pada Hania. Jadi maknanya ‘Hania setuju untuk dengan cadanganya untuk
memperbaiki hubungan mereka ke arah yang lebih baik. Ikhlas ke Hania?’
“Terus-terang dengan saya, adakah
awak rasa terikat dengan perkahwinan ni?” soal Shahrin straight to the point. Malas nak berkias-kias bagai!
Hania tergamam. Dia sebenarnya tidak
bersedia untuk menjawap soalan yang menjurus kepada hubungan mereka dan
perasaanya terhadap perkahwinan mereka. Macam mana nak jawap kalau dia sendiri
pun tidak pasti.
Wajah
kacak Shahrin yang masih serius memandangya dikerling sekilas. Suasana sunyi
yang menyelebungi mereka semakin meresahkan Hania.
“Saya dah lama redha dengan
perkahwinan ini. Saya anggap inilah takdir hidup saya,’ jawap Hania ringkas. Jawapan yang paling selamat.
“Betul ke awak dah redha? Ataupun
redha awak tu kat mulut je hakikatnya hati awak tak rela. Betul tak apa yang
saya rasa ni?” selar Shahrin sedikit sinis. Dia bukanya buta, tak nampak air
muka serba-salah Hania apabila menjawap pertanyaanya tadi. Dia tahu Hania tidak
bercakap jujur.
Hania
rasa tersindir.
“Habis tu awak nak saya cakap apa? Kalau saya
jawap saya tak rela ataupun tak redha ia dapat mengubah apa-apa ke? Hakikatnya
kita ni dah jadi suami isteri. Tak ada apa yang boleh mengubah kenyataan ni,”
balas Hania, menahan geram.
Dia
cuba mengawal suaranya. Tidak mahu tertinggi apabila bercakap dengan Shahrin
kerana lelaki itu adalah suaminya. Tetapi Shahrin seolah-olah mahu
memprovokasinya!
Shahrin
mendengus.
“Siapa cakap ia tak akan mengubah
apa-apa? Betul cakap awak yang kita dah tak boleh ubah apa yang telah berlaku
tetapi kita boleh ubah sesuatu supaya ia berlaku. Dan saya rasa belum terlambat
lagi kalau awak betul-betul nak ubah takdir hidup awak, ” ujar Shahrin tenang
dan bersahaja.
Spontan Hania pandang wajah Shahrin
yang sudah berubah tenang itu.
“Apa
maksud awak?” Hania tidak sedap hati.
“Saya hanya mahukan kejujuran awak. Saya
tak nak seksa hidup awak. Awak masih muda lagi, dan saya tahu banyak benda yang
awak nak buat dalam hidup awak. Saya tak
nak awak rasa terikat. Kalau awak berterus-terang yang awak tak pernah bahagia
dan tak akan mungkin bahagia dengan ikatan ni, saya rela lepaskan awak,” ujar
Shahrin tenang.
Hania tergamam!
Kenapa
Shahrin tiba-tiba bercakap tentang perpisahan? Dia tidak pernah terfikir pun
untuk meminta perpisahan daripada Shahrin. Memang betul dia tidak pernah rasa
gembira, jauh sekali untuk bahagia selama menjadi isteri Shahrin tetapi
mengharapkan perpisahan dalam hubungan mereka tidak sama sekali! Kalau betul
dia mahukan perpisahan, sudah lama dia minta dari lelaki itu. Tak perlulah nak
tunggu sampai 3 tahun lebih!
“Maksud awak bercerai?” soal Hania
dengan perasaan yang semakin berdebar.
Shahrin menjungkitkan bahunya. Lelaki
itu masih bersikap tenang. Seolah-olah perkataan bercerai yang baru disebut itu
tidak memberikan kesan kepadanya.
“Kalau itu yang boleh bahagiakan awak, saya
rela lepaskan awak Nia. Walaupun berat hati saya untuk lakukanya,” balas
Shahrin menyandarkan badanya ke sofa. Wajah isterinya masih terkejut itu di
tatap lama kali ini. Dia sanggup untuk lepaskan gadis itu demi masa depanya.
Hania menggeleng kepalanya
berkali-kali. Hatinya terguris mendengar perkataan itu meluncur laju dari mulut
Shahrin.
“Kalau
betul awak berat hati awak tak akan sesekali bangkitkan pasal perpisahan ni. Saya
mengaku sampai sekarang pun saya masih tak dapat biasakan diri dengan
perkahwinan ni. Saya pernah menangisi perkahwinan ni, malah saya bencikan
Perkahwinan ini kerana ia berlaku hanya untuk menjaga reputasi keluarga awak.
Saya bencikan semua itu tetapi tidak pernah terdetik di hati saya untuk
bercerai kerana saya tahu kita kena jaga nama baik keluarga kita,” luah Hania.
Sebak.
Sudah
lama dia tak menangis. Rasanya malam ini dia akan menangis lagi. Semuanya
kerana Shahrin!
“Saya
tak akan buat sesuatu yang bakal memalukan orang tua kita. Cukuplah sekali saya
pernah kecewakan ibu bapa saya dulu. Saya tak nak lukakan hati mereka lagi,”
sambung Hania dalam sendu yang
tertahan-tahan.
Shahrin
terkelu lidah. Wajah sayu Hania ditatap tidak berkelip. Luahan hati Hani
menyentuh hatinya. Namun hatinya tertarik dengan kata-kata terakhir Hania. Apa
maksud Hania dia pernah kecewakan keluarganya? Dia ingin bertanya tetapi suaranya
tidak terkeluar.
“Kenapa awak nak fikirkan perasaan
orang lain? Perasaan awak macam mana? Saya yakin ibu bapa kita akan faham walau
apa pun keputusan yang kita ambil. Mereka kena terima yang jodoh kita tak
panjang. Jangan paksa diri untuk terima kalau hati kita tak mampu nak terima,
Nia,” tempelak Shahrin. Tidak setuju dengan tindakan gadis itu.
“Mereka akan kecewa nanti,” balas
Hania perlahan.
“Lebih baik kecewa sekarang daripada
kecewa di kemudian hari. Lambat atau cepat mereka tetap kena terima.”
Hania mendengus. Kenapa Shahrin
beria sangat? Nak sangat ke mereka berpisah?
“Kenapa dengan awak ni? Awak tak
terfikir ke apa perasaan mereka nanti kalau kita bercerai-berai? Apa kata
saudara-mara kita nanti?” Perasaan Hania hangat. Nada suaranya juga sudah naik
satu oktaf.
“Habis tu perasaan awak macam mana?” selar
Shahrin dengan suara yang sedikit meninggi. Orang fikirkan tentang diri dia,
dia sibuk nak fikirkan perasaan orang! Hati kayu ke apa isterinya ini?
“Kenapa dengan perasaan saya?
Penting ke apa yang saya rasa? Apa yang saya nak?” Bentak Hania. Wajah garang
Shahrin ditatap berani.
“Sampai
bila awak nak korbankan perasaan awak untuk orang lain, Nia? Awak muda lagi dan
awak berhak untuk mengecapi kebahagianya awak sendiri. Kita dah jalankan
tanggungjawap kita sebagai anak 3 tahun yang lepas. Tak cukup lagi ke kita jaga
perasaan mereka. Tiba masanya awak cari kebahagiaan awak sendiri. Buat
keputusan sendiri.” Shahrin mula mengendurkan suaranya. Tengok reaksi
isterinya, dia tahu Hania tidak akan terima nasihatnya bulat-bulat.
“Habis tu awak rasa saya tak akan
bahagia kalau saya terus dengan awak?” soal Hania dengan berani. Berlawan
pandang dengan suaminya itu.
Shahrin menjengilkan matanya pada Hania.
“Okey, saya nak tanya awak. Awak
bahagia ke dengan saya sekarang?” soal Shahrin dengan soalan berani matinya.
Mukanya kembali serius.
Hania terdiam.
Bahagiakah dia selama hidup dengan Shahrin?
Jawapanya yang jujur adalah dia lansung tidak rasa bahagia! Tetapi itu 3 tahun
yang lepas. Kalau ditanya perasaanya sekarang dia akan jawap sejujurnya yang
dia rasa dia boleh bahagia. Selama beberapa minggu tinggal bersama, dia mula
rasa perubahan dalam hubungan mereka. Dia mula mengenali sikap Shahrin.
Walaupun
sikap Shahrin masih lagi dingin denganya tetapi lelaki itu melayaninya dengan
baik. Dalam dingin dan seriusnya, Hania tahu Shahrin sentiasa mengambil berat
tentang dirinya. Bukanya dia tidak tahu Shahrin sentiasa mengingatkan Mak Aisha
menyediakan apa sahaja yang dia perlukan. Hania yakin mereka boleh bahagia
seperti pasangan yang lain cuma mereka memerlukan masa untuk mengenali hati
budi dengan lebih dekat.
“Awak rasa awak tak mampu ke nak
bahagiakan saya?” Pertanyaan Shahrin tidak dijawap, sebaliknya dia menyoal pula
lelaki itu.
Giliran Shahrin pula yang terdiam. Nampaknya
Hania berjaya memerangkapnya!
“Awak sanggup ke hidup dengan saya
walaupun saya lansung tak ada perasaan pada awak?” soal Shahrin kembali.
Hania terdiam seketika. Dia
terperangkap dengan pertanyaanya sendiri. Wajah Shahrin ditatap dengan berani. Mereka
berbalas renungan
“Saya
sanggup! Saya pegang kata-kata awak hari tu. Saya akan belajar untuk terima
awak dalam hidup saya. Saya akan belajar untuk sayangdan cintakan awak. Saya
akan belajar untuk menjadi seorang isteri yang baik untuk awak. Hidup dengan
orang lain pun belum tentu lagi akan bahagia jadi saya sanggup ambil risiko
untuk terus menjadi isteri awak,” ujar Hania penuh keyakinan. Kata-kata yang
terluah itu ikhlas dari hatinya.
Shahrin tergamam.
Wajah
Hania di renung lama. Mencari keikhlasan dan kesungguhan dalam kata-kata itu. Dan
dia dapat lihat semua itu dari renungan mata bening gadis itu. Shahrin bagaikan
tidak percaya kata-kata itu keluar dari mulut seorang gadis yang baru berusia
23 tahun. Gadis itu kelihatan matang dalam pertuturanya. Lansung tiada
ciri-ciri kebudakan. Setiap perkataan yang keluar dari bibir gadis itu pasti
akan menyentakkan hati lelakinya.
Shahrin tiba-tiba berdiri. Matanya
masih tidak lepas memandang Hania.
Hania
tercengang melihat tindakan spontan lelaki itu. Hania menelan liur. Renungan dalam
Shahrin mendebarkan perasaanya. Dia ada salah cakap ke?
Tanpa sepatah kata, Shahrin terus
berlalu meninggalkan Hania yang masih terping-pinga itu. Tanpa memandang Hania,
Shahrin terus mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas.
Hania terkebil-kebil seorang diri. Ruang
tamu menjadi sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi desiran penghawa
dingin. Hania menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Shahrin marahkan dia
ke? Tapi kenapa? Hania semakin bingung! Nampaknya tidak ke manalah perbincangan
mereka kali.