Saturday 26 March 2016

Bab 4 : YANG AKU INGINKAN - NANI YUHANNA


BAB 4

HANIA menggaru-garu kepalanya yang tidak. Dari duduk bercangkung, dia sudah duduk bersila di depan laci almari. Pelbagai jenis, corak, warna dan material kain yang berada di depan matanya namun satu pun dia tidak terpilih. Entah mimpi apa malam tadi agaknya Shahrin tiba-tiba memintanya menyediakan pakaianya untuk ke pejabat. Menggelabah dia mencari baju kemeja, seluar sleck dan coat untuk lelaki itu.
Dan sekarang dia kena pilih tali leher pula. Memanglah tidak susah pilih tali leher tapi akan jadi payah kerana Shahrin seorang yang sangat cerewet dalam bab pemilihan pakaian untuk ke pejabat. Hampir setengah jam dia tenung koleksi tali leher itu tetapi satu pun dia tidak jumpa. Nanti kalau dia tersalah pilih Shahrin bising pula.
            Ketika Hania mengetuk dagu dengan jari, telinganya menangkap bunyi pintu bilik air dibuka. Spontan Hania menoleh pada pintu bilik air. Namun tidak sampai beberapa saat dia menoleh ke situ, sepantas kilat jugalah dia mengalihkan mukanya ke arah lain dengan muka yang membahang. Apa tidaknya, Shahrin keluar dari bilik air hanya berbalut sehelai tuala di pinggangnya! Hania menelan liur. Debaran di dadanya semakin kuat melantun. Masih terbayang lagi titisan air membasahi tubuh Shahrin tanpa baju! Hampir terjelopok ke lantai jantungnya.
            “Hai, tak siap-siap lagi carikan tali leher saya? Awak ni pilih ke awak main-main?” soal Shahrin selamba sambil menjeling muka Hania sepintas lalu.
            Hania menggigit bibir. Ini kira nasib baik dia nak tolong tau. Kalau Shahrin banyak cakap lagi pandailah lelaki itu cari sendiri!
            “Saya tak tahu nak pilih yang mana. Saya bukanya pandai sangat pun pasal tali leher ni.” Hania berterus terang. Tiada gunanya dia berpura-pura pandai pilih tali leher untuk lelaki itu.
            Shahrin melonggo. Dia yang baru nak capai baju atas katil terbantut.
 “Awak ni biar betul? Tak akanlah pilih tali leher pun awak tak pandai? Awak tak pernah belikan untuk bekas pakwe atau untuk abah awak dulu?”
            Hania menjengilkan matanya pada Shahrin. Lelaki itu dilihat sedang mengerutkan dahi sambil memandangnya dengan muka tidak percaya.
            “Tak akanlah abah saya nak pergi berkebun pakai tali leher. Buang tebiat apa.” Bibirnya di ketap geram.
            “Tak semestinya seorang pekebun tak boleh pakai kemeja, tali leher. Kalau dia nak deal dengan pihak Agro bank ke dengan pembekal ke boleh je pakai pakaian formal. Tak salah pun,” balas Shahrin. Tak mahu kalah.
            ‘Eleh, bertahun abah usaha kebun kat tanah belakang tu selalunya pergi bank atau jumpa pembeli pakai baju tshirt je. Paling kemas tahap dewa pun abah hanya pakai baju  polo t-shirt je. Tak pernahlah pula sampai pakai kemeja dan tali leher bagai,’ gumam Hania perlahan.
            “Awak cakap apa?” soal Shahrin apabila dia perasan mulut Hania terkumat-kamit.
            “Ahh..? Err..tak ada apa-apa. Saya cakap tali leher ni semua cantik-cantik sampai saya tak tahu nak pilih yang mana satu,” dalih Hania sedikit kalut.
Cepat-cepat dia larikan matanya dari membalas renungan Shahrin.
            Shahrin menggelengkan kepalanya. Perlahan-lahan dia mendekati Hania yang sedang bersila di depan laci koleksi tali lehernya. Dengan selamba dia bercangkung di sebelah Hania yang lansung tidak memandangnya.
            Hania terkedu apabila Shahrin dengan selamba bercangkung di sebelahnya. Kedudukan mereka yang begitu rapat dan tanpa sedar degupan jantung Hania semakin tidak menentu. Apa tidak berdebarnya apabila hidungnya di sajikan dengan bau mandian yang masih melekat di tubuh Shahrin yang tidak berbaju itu. Kalau dia bergerak ke kanan sikit mesti tubuhnya akan bersentuhan dengan tubuh ‘separuh bogel’ suaminya itu.
            “Apalah yang susah sangat. Ni berlambak-lambak, pilih je yang mana satu. Baju kemeja saya itukan warna biru cair dan jenis plain. Jadi bila bajunya plain tali leher kenalah kontra. Padankan dengan tali leher yang bercorak ataupun yang stripe. Tapi warnanya pun kenalah seakan-akan. Jangan pulak mentang-mentang baju tu plain awak taram tali leher bercorak warna macam pelangi pula!” Shahrin menurunkan ilmunya, namun sempat juga menyelitkan sindiran.
            Hania jeling Shahrin di sebelah. Shahrin ingat teruk sangat ke pengetahuan dia dalam bidang  fesyen  ni? Cehh..
            “Dengar tak?” tekan Shahrin yang menyangka gadis itu sedang berangan.
            “Dengar..” jawap Hania acuh tidak acuh. Tumpuanya terganggu dengan bauan yang datangnya dari tubuh lelaki itu. Ya Allah… makin lama Shahrin ‘menepek’ di sebelahnya semakin sesak pula nafas dia. Ini saja nak menggoda ke apa? Tolonglahh..Iman dia ni bukanya kuat sangat!
            “Nah, ambik ni. Kejap lagi pakaikan untuk saya.” Shahrin menghulurkan satu tali leher jenis stripe gabungan warna biru terang dan hitam pada Hania sebelum dia bangun dan menapak semula ke katil.
Hania tersentak. Sedar-sedar sudah ada tali lehar di tanganya. Cantik! Pandai lelaki itu pilih. Puji Hania dalam hati. Jari Hania menggosok lembut tali leher tersebut.
            “Dah..apa lagi yang awak mengelamun kat situ? Saya dah lewat nak pergi kerja ni,” tegur Shahrin pada Hania yang terpinga-pinga memandangnya.
            “Aaa..pergilah,” jawap Hania tergagap-gagap. Malu apabila di tegur kerana mengelamun lagi.
            “Tali leher tu.”
            Hania baru perasan tali leher lelaki itu masih denganya. Dia bangun dan terus berjalan mendekati Shahrin yang sedang membutangkan lengan bajunya di depan cermin.
 “Nah..” Hania hulurkan tali leher tersebut pada Shahrin.
            “Pakaikan,” arah Shahrin tanpa memandang wajahnya.
            “Hahh? Saya pakaikan?” Hania terkejut beruk. Bulat matanya memandang Shahrin yang masih bersikap selamba itu.
            “Iyalah, awak yang kena pakaikan. Apa guna ada isteri kalau tak boleh nak siapkan suami pergi kerja? Ini saya baru mintak awak pakaikan tali leher untuk saya, belum lagi saya mintak awak carikan seluar kecil saya,” tempelak Shahrin bersahaja. Muka Hania yang sudah memerah itu lansung dia tak pandang.
            “Ta..tapi saya tak pandai pakaikan tali leher ni,” balas Hania teragak-agak. Matanya jatuh pada tali leher di tangan. Diramas-ramas lembut.
            Shahrin pandang Hania yang kelihatan muram. Dia baru mintak pakaikan tali leher Hania dah tunjuk muka sendu. Belum lagi dia minta benda lain!
            “Bak sini.” Shahrin meminta tali leher di tangan isterinya.
 Hania akur. Dia menghulur tali leher tersebut pada Shahrin.
            Shahrin mengambil tali leher di tangan Hania. Dililit ke lehernya. Silang ke kiri kanan, ditarik hujungnya masuk ke dalam dan tarik keluar semula. Tidak sampai beberapa saat sudah siap ikatan tali lehernya.
            Hania kagum. Sekelip mata sudah siap simpulan tali leher tersebut
            “Okey, sekarang kemaskan,” suruh Shahrin berbaur arahan.
            Dengan teragak-agak Hania mendekat. Dengan tangan yang sedikit menggeletar Hania menyentuh tali leher yang berjuntai di dada Shahrin. Dia mengemaskan ikatan tali leher tersebut. Dadanya semakin bergetar hebat apabila wajahnya disapa helaan nafas Shahrin. Bau wangian Black Dunhill dari tubuh Shahrin menyucuk-nyucuk hidung Hania. Sekali lagi dia terpaku.
            Jari Hania seakan terkaku di dada bidang Shahrin. Longgar kepala lututnya. Tidak pernah dia serapat ini dengan mana-mana lelaki! Silap hari bulan dia boleh pengsan sebab jantung dia mengepam terlalu laju. Liur ditelan berkali-kali. Tak boleh jadi ni! Dia kena hentikan perasaan yang karut-marut dalam fikiran nakalnya itu.
            Hania mengangkat kepalanya. Mahu memberitahu ‘tugasnya’ sudah selesai. Tetapi tanpa diduga ketika dia memandang Shahrin, lelaki itu turut berbuat pekara yang sama. Pandangan berbalas. Dekat. Hania kaku. Renungan itu begitu menikam. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Takut terleka.
            Shahrin tergamam.
 Walaupun hanya sedetik pandangan mereka bertembung namun ia sempat menghantar sedikit getaran di dadanya. Bibirnya terhias senyuman kecil. Pandangan matanya jatuh pada jemari Hania yang masih melekat di dadanya. Terasa hangat sentuhan itu. Shahrin merenung jemari putih yang montok itu penuh minat. Perasaanya seperti diasak untuk menyentuh jemari lembut itu. Tak salah pun kalau dia nak sentuh. Halal kot.
            Namun senyuman yang tadinya bergayut di bibirnya termati. Tanpa berfikir panjang tanganya mencapai jari isterinya. Sedikit kasar.
Hania tersentak apabila jarinya sudah berada dalam genggaman Shahrin. Liurnya ditelan kesat. Kenapa pula ni?
            “Mana cincin?” soal Shahrin serius.
            Hania terpinga-pinga. Masih tidak memahami apa yang cuba disampaikan lelaki itu.
            “Cincin? Cincin apa?”
            Shahrin mendengus kasar. Tangan Hania masih tidak di lepaskan.
            “Cincin apa awak tanya? Cincin yang sepatutnya tersarung kat jari manis awak sekarang ni,” jawap Shahrin sambil mengangkat tangan Hania yang masih berada dalam peganganya .
            Hania baru faham. Cincin perkahwinan mereka tiada di jarinya! Hania serba-salah. Wajah garang Shahrin menakutkan dia.
            “Mana cincin tu? Kenapa awak tak pakai? Atau awak dah buang cincin tu?” soal Shahrin kesekian kalinya lagi. Tangan Hania sudah dilepaskan. Kasar. Panas betul hatinya apabila cincin perkahwinan mereka tiada di jari gadis itu. Dia yakin Hania sudah buang cincin itu.
            Walaupun ikatan mereka yang terjalin itu bukan kehendak mereka tetapi itu tidak bermakna Hania boleh buat apa saja yang disukai tanpa memikirkan status mereka. Dia sendiri, walaupun tidak pernah menyukai perkahwinan ini tapi dia tetap memakai dan menjaga cincin perkahwinan mereka sebaik yang mungkin. Tidak terfikir untuk tanggalkan dari jarinya.
            “Se..sebenarnya cincin tu ada dalam simpanan saya,” jawap Hania tergagap-gagap. Wajah tegang Shahrin dipandang takut-takut.
            “Huh..” Shahrin bergerak ke arah pintu gelongsor balkoni. Tanganya sudah dicekak di pinggang. Tidak menghiraukan pandangan bersalah Hania.
            “Awak dah buangkan cincin tu?”
            “Tak! Saya tak buang pun cincin tu,” balas Hania pantas.
Shahrin yang sedang membelakanginya dipandang sayu. Dia tidak faham kenapa Shahrin begitu mengambil berat tentang cincin kahwin itu. Mereka sendiri pun tahu bagaimana perkahwinan mereka terjadi.
            “Kalau awak tak suka sekalipun perkahwinan tu, sekurang-kurangnya hormatilah hubungan kita ni. Cincin tu adalah simbol kepada sesebuah ikatan perkahwinan. Kalau awak tak sudi pakai cincin tu awak boleh pulangkan. Tak perlulah awak buang atau sepahkan merata-rata,” selar Shahrin sambil memandang jauh ke luar balkoni.
            Hania semakin rasa bersalah. Lebih-lebih lagi apabila dia terpandang sebentuk cincin tersarung di jari manis lelaki itu.
            “Awak, saya tak buang cincin tu. Saya..”
            “Dahlah, saya dah lewat nak pergi kerja, “ pintas Shahrin tanpa memberi Hania peluang untuk membela dirinya.
Hania terkedu lagi. Tidak berani untuk menahan Shahrin dari berlalu. Lantas dia hanya memandang susuk tubuh Shahrin hilang di sebalik pintu bilik.

            Hania terduduk lemah di penjuru katil. Muka diraup dengan kedua-dua belah telapak tanganya. Menghalang air mata yang bertakung di kelopak mata dari berjurai ke pipi. Kesal dengan kecuaianya sendiri. Kenapa dia boleh pandang remeh pada  cincin tersebut. Dia benar-benar terlupa di mana dia letakkan cincin itu. Maafkan saya Shah…

No comments:

Post a Comment