Sunday 22 October 2017

BAB 2 : MAMAT TISU - EZZA MYSARA


BAB 2

Hari ni terpaksalah lunch sorang-sorang. Yasmin dengan diet tak sudahnya. Mimi puasa. Hana dengan Ijah nak ke bank.
Hatinya sendiri pun terbelah belah. Kejap nak makan. Kejap nak tidur. Itulah, gatal pergi layan cerita korea sampai pukul empat pagi tu kenapa? Nasuha dah mula membebel pada diri sendiri. Aturan hidup tak stabil betul. Manalah selsema dia nak sembuh bila tidur lewat.
Kesudahannya dia mengambil keputusan untuk bungkus sahaja. Nanti nak makan cepat-cepat lepas tu nak tidur dekat surau.
Sedang dia membelek lauk yang memang sama setiap hari tu, hidungnya mula terasa gatal.
Hacum!!!
Bila selsema lepas tu terbesin, pergh disaster dia memang tahap perfect!
“Nah.”
Tisu! Entah kenapa dia macam dah alergik dengan sesuatu yang berkaitan dengan tisu.
Kepala diangkat.
Erk... Mamat ni lagi? Apa dia buat dekat kafe ofis aku nih? Asal terbesin je sebelah mamat nih. Asal ada mamat ni je dia terbesin. Hidungnya makin jadi lebih sensitif.
Zahid mengelengkan kepala. Dah tahu selsema tu, prepare lah tisu ke sapu tangan awal-awal. Ini tidak. Dah kena baru nak teraba raba.
“Apa you buat kat sini?”
“Baiki kereta.” Dengan muka tak bernada Zahid bagi jawapan.
“Apa ke tak ada sivik sangat jawapan tuh?”
“Dah tu soalan you tadi ada sivik ke?” Balas Zahid selamba.
Okay Nasuha dah selak sikit-sikit perangai mamat ni. Dia memang suka perli dengan ayat sarkastik.
“Memang berdosa ke apa kalau jawab elok-elok?” Kadang-kadang kena lastik sikit mamat yang poyo acah sarkastik nih.
Sambil mengambil makanan, Zahid senyum nipis. “I pergi ofis you. Nak jumpa bahagian auditor tapi lunch hour kan so I datanglah makan dulu. Tak nak kacau lunch hour staf audit. Amacam? Full marks tak jawapan I tu?”
Malas nak layan, bekas polistrin dicapai.
“You sorang?”
“Hmm..”
“Tak payah bungkus. Makan dengan I. I belanja. I jarang bermurah hati. Jadi, kalau nak bantu I buat pahala yang sekali sekala I buat, hope you sudi.”
Apa punya versi pelawa tu?
Nasuha berfikir sendiri. Nak ke tak nak eh? Lagipun dah cukup banyak sejarah tak enak bila jumpa Zahid minggu lepas. Kalau ikutkan, memang dia tak nak jumpa Zahid terus.
“By the way jangan fikir yang I nak mengurat you ya. Anggap je client belanja you makan. Budak zaman sekarang bukan boleh kira. Asal baik sikit kena cop buaya tembagalah, daratlah. Kasihan lelaki serba salah. Bagi ayat maki-maki kang mulalah dapat kaki!”
Nasuha ketawa pendek. “Tak kuasa I nak fikir macam tu.”
Nak tak nak pinggan nasi yang dihulur Zahid dicapai. Dicedok beberapa jenis makanan ke pinggannya.
Mereka mengambil tempat di bahagian luar. Nasuha perhatikan sahaja Zahid yang ralit mengelap sudu dan garpunya dengan tisu yang dikeluarkan dari poket seluarnya.
“Setiap kali I jumpa you mesti ada tisu. You ni taukey tisu ke macam mana?”
“Habis tu apa beza I dengan you. Setiap kali I jumpa you, you asyik buat cendol. You taukey cendol ke?”
Sigh! Aku gergaji jugak lidah dia yang tak ada sirim tuh. Satu lagi, rasanya tambah satu tahun lagi dia tak akan makan cendol. Never!
“Sakit ni kiriman tuhanlah.”
“Tapi dia suruh cari ubatnya kan? Dah tahu sakit makanlah ubat.”
Anak mata terus menjeling ke atas.
“Nasihat paling hambar bila orang sakit je, suruh makan ubat. Tak double check ke orang tu ada ubat ke tak ada ke?”
Manusia bab nasihat orang, memang tahap juara serba caring. Kalau sungguh caring, laburlah duit belikan ubat. Kalau jauh pos kan ke? Baru manis sikit si jiwa si tukang sakit ni.
“Macam kenal je ayat tu. Status twiter ke?” Giat Zahid. Mungkin karier yang membuatkan Nasuha selalu berjumpa dengan orang membuatkan Nasuha cepat mesra.
Nasuha ketawa.
“Gila tak tau. Ramai orang retweet kot!”
“Apa nama twiter?”
“Asal? Tak payah lah follow.” Ish rimaslah kalau client follow. Tak pasal nanti susah nak post status. Susah nak jaga hati nanti. Macam tak tahu laman bersawang tu bukan tempat menjaga hati pun! Cederakan hati adalah.
“Simpan sikit tahap perasan tu untuk anak cucu. Nak block. Supaya nanti you tak stalk I.”
What the... Heck?! Makin tinggi kening Nasuha. Bengang. Haih makin teruk selsema aku layan orang macam gini. Dalam meeting kemain serius lagi. Tapi sekarang macam tak ada fius!
“Lawak hambar okay. Buat jelah private. Lagipun tahu pulak I nama twiter you?” Dengan lelaki ni kena eksyen sikit. Ikut dan dia nak block orang kan? Macamlah dia nak terhegeh untuk follow.
Senyuman Zahid tak tertahan. This girl is something.
“I guna nama asal je. Kot nanti you search. Lagipun I tak buat private. Leceh.”
Ohmaiii.. Is that a clue?
Penyakit perempuan ni ialah, makin dilarang makin dia nak buat. Jadi jangan pandai-pandai letakkan sebarang garis. Fikiran Nasuha sudah nakal melencong.
“Amaran keras ya. Jangan stalk. Sebab nanti you terjumpa sesuatu yang you tak cari.” Pesan Zahid lagi.
Apakah?

BALIK dari lunch, terus mereka buat perbincangan ringkas berkenaan dengan beberapa dokumen yang perlu disediakan oleh Company Secretary.
“Macam yang dibincangkan dalam meeting lepas, I kepilkan sekali ic I untuk you prepare resolution changes of bank signatories. By the way, bila I boleh dapat minutes meeting?” Bila melibatkan soal kerja, Zahid tak buat perangai acah-acah dia tu. Dia bertukar menjadi seorang yang sangat serius.
Next week?” Kemonlah. Bagilah dia bernafas sikit. Susah handle company yang semua guna tiket 'urgent' nih.
Anything else?”
“Nope. Rasanya semua dah settle.”
“Encik Zahid, thanks for the lunch.” Rasanya bila soal kerja, lebih baik guna pangkat yang lebih formal.
“Tak payahlah berencik-encik. Call me Zahid je. Untuk lunch tu, I tunggu giliran you pulak nak buat pahala okay.”
Ceihhh... ada ubi ada batas, ada hari mintak dibalas rupanya.
Habis je perbincangan dengan Zahid, terus rakan-rakannya mengerumun di meja nasuha. Bukan dia tak tahu mata-mata derang ni kemain terbeliak menyambut kedatangan Zahid tadi. Susah kalau staf opis semua perempuan. Bila ada lelaki, dia serupa diserang jakun.
“Patutlah tak mengantuk. Lunch tadi cuci mata rupanya.” Sakat Mimi dengan kening dah terjongket irama dangdut.
“Mengarutlah. Aku masih mengantuk. Tapi agak2 lah. Tak kan nak menguap depan client kot. Senonoh aku tahap waras lagi.” Walau sebenarnya banyak kali dah kantoi tak semengah depan Zahid. Tak pernah hayat dibuat orang tersemburkan cendol kot!
“So, dialah CFO Casa Holdings yang baru ya. Pergh.. Hidangan mata yang lazat.” Yasmin buat dah antalogi dia.
“Berapa umur dia kak?”
Dikerling IC milik Zahid Iskandar.
“32 tahun. Hmm taraf gangsa.”
“Taraf gangsa?” Apa ke benda tu?
“Korang tak tahu ke? Lima puluh lebih tu dah dikira warga emas. Perak dalam lingkungan Empat puluhan. Gangsa means tiga puluhanlah. So, Zahid tu kira taraf gangsalah.”
Herot-hero rasanya otak mereka duk layan kronologi Nasuha itu. Padahal enam puluh tahun dan ke atas baru dikira warga emas.
“Habis tu kalau umur baya kita yang dua puluhan ni taraf benda pulak?”
“Taraf suasa lah kot. Tak pun budak hingusan.”
Serentak Yasmin dan Mimi ketawa. “Budak hingusan tu akak...” Usik Yasmin.
Tengok tu, ada ke patut dia sumbat tisu tergantung dalam hidung lepas tu gamble buat kerja. Tak pernah dia jumpa perempuan selamba macam gini.
Tangan Nasuha tak berhenti membelek dokumen yang berada di atas meja.
“Dari skala satu hingga sepuluh berapa akak bagi untuk taraf kekacakan dia tuh?” Tanya Yasmin dengan versi penyibuk yang tak pernah berkesudahan.
“Hmmm bolehlah. Taraf Snack plate KFC.”
“What? Snack plate?” Serentak mereka bertiga bersuara.
“Hahhh.. Macam snack plate. Ada dua ketul ayam. Ada kentang ada sayur. But not enough yet.” Simpul Nasuha sambil mencapai telefon bimbit.
“Habis tu taraf macam mana yang kenyang? Maksudnya versi yang mcm mana yang memenuhi kriteria yang mengenyangkan tuh?” Nasuha ni banyak sangatlah analogi. Agaknya sebab tu sampai sekarang tak berpunya lagi.
“Dinner plate. At least ada lebih seketul ayam.”
“Tapi... Ayam banyak sangat pun muak jugak.” Simpul mimi.
“Tahu pun. Jadi pilihlah hidangan yang kena dengan tekak. KFC ni pun bukan mengenyangkan sangat. Nasi putih dengan sambal Itang lagi menyelerakan!” Makin meledak tawa mereka.
“Kira yang makan sambal itang tu, versi mamat kampunglah eh?” Hujung kelopak Yasmin sudah berair kerana terlalu banyak ketawa.
“Manalah akak belajar analogi macam gini. Lelaki taraf gangsa lah. Kfc lah.. sambal itanglah.” Mimi menggeleng. Complicated.
“Dah dah pergi balik meja engkorang. Jangan makan gaji buta!” Budak-budak ni bukan boleh kira. Pantang lepa. Cepat je dia buat meja bulat. Kalau bos nampak kejap lagi, tak ke haru.
Bila yang lain sudah beransur pergi, cepat-cepat Nasuha belek telefon. Laman twiter ditekan. Ditaip nama penuh Zahid seperti di dalam IC ditaip. Hmm... banyak jugak nama Zahid ni. Boleh juling mata nak membelek satu-satu.
Tara!
Jumpa pun. Bravo Nurul Nasuha! Bahu sendiri ditepuk. Perempuan bab jadi stalker memang serah ke kaum dia.
Terus terpapar gambar zahid bersama.... seorang perempuan.
Matanya ralit menilik Bio. In a relationship with @ZandraHamdan.
Oh... Dah ada awek rupanya! Walaupun tak ada berpegangan tapi senyuman mesra itu memang tak mampu dilindung.
Zahid tu tak ada kena mengena dengan hidup Nasuha, tapi aci tak pegi redah twiter ZandraHamdan? Nak tengok stok macam mana yang Zahid nak buat bini.

Perempuan dan penyibuk ni memang adik beradik ke atau dia mula tertarik dengan Zahid Iskandar? Okay, statement yang last tu mintak hati kena genyeh dengan kulit durian. Terang jelas dan nyata mamat tisu tu dah awek. Tempah bala kalau ter-suka kat Zahid.

********************
Limited Stock
untuk pembelian layari www.ideakreatif,net atau Mesej kami di Facebook (Penerbitan Idea   
Kreatif) / WhatsApp ke 012 312 9793.


sila berhubung dengan salah satu channel shj .. terima kasih :)

No comments:

Post a Comment