Sunday 22 October 2017

BAB 5 : MAMAT TISU - EZZA MYSARA


BAB 4

            Membulat mata Nasuha apabila tangan Zahid di mulutnya. Dan keadaan mereka berdua kali agak rapat. Terus Nasuha tolak tangan Zahid itu. Dah apahal nak tutup mulut dia pulak?
            “You buat apa kat sini?” Kalut Nasuha lontar soalan.
            “You tu buat apa dalam tandas lelaki ni?”
            “Hah? Tandas lelaki?” Mata terus buat kerja. Barulah dia perasan akan mangkuk tandas lelaki yang elok berada di dalam tandas ini.
            “Ya Allah…” Dengan muka yang ditutup, cepat sahaja Nasuha berlari keluar dari tandas. Di luar pintu bilik air, barulah dia perasan akan simbol yang menunjukkan tandas lelaki itu.
            “Sue… hidup ni tak lama. Tapi bodoh jangan selamanya. Dah apahal kau buta sangat tak perasan sampai masuk tandas lelaki ni? Dan… kenapa lelaki tu Zahid?” Dinding mana dinding? Macam nak hantukkan kepala sendiri yang biul.
            “You dah tukar jantina ke macam mana?” Tegur Zahid apabila dia tengok Nasuha masih lagi tercegat di hadapan bilik bilik air itu.
            Alamak? Mamat tisu ni lagi. Cepat sahaja Nasuha ingin menapak pergi. Malu gila tahap nak sembunyikan muka ni dalam mangkuk tandas pun ada.
            “Hmm, kalau you tak tukar jantina, mesti you rabun kan? Nak tak I belanja spec?” Tanpa sedar, lelaki itu sudah berjalan seiringan dengan Nasuha.
            “Boleh diam tak?”
            Lepas tawa Zahid. Tak sangka sebenarnya berjumpa dengan Nasuha di luar waktu kerja.
            “You buat apa kat sini?” Zahid buat peramah.
            “You sibuk kenapa?” Jangan cakap yang Zahid bercuti di resort ini sudahlah. Lebih haru kalau dia terlibat sama dalam hari keluarga anjuran bank tempat Zaleha berkerja. Mana nak letak muka ni oit!
            “Mestilah sibuk. You  dah masuk tandas lelaki tadi. Entah-entah you dah tengok apa yang tak sepatutnya you tengok? Aduh, macam mana ni? You kena bertanggungjawab pada I!” Zahid terus-menerus menekan. Siap tayang muka panik lagi.
            Eeeeii.. Nasuha ketap bibir. Geramnya dia tengok Zahid sekarang ni.
            “You jangan nak merepek, ya.” Amaran keras diberi.
            “Nasib baik tak ada orang lain dalam tandas tadi. Kalau tak, dia kena jadi saksi pernikahan kita tau.” Sakat Zahid lagi.
            “I salah masuk toilet tadi. I’m sorry okay. Dan you tak payah nak over boleh tak? Dan you jangan risau. I tak tengok apa-apa pun…” Seram sejuk sewaktu mengungkapkan ayat tersebut. Ya. Nasib baik betul dia Cuma bertembung dengan Zahid di hadapan pintu bilik air Kalau tak, sungguh tak dapat Nasuha nak bayang.
            “Ya ke?” Mata dikecilkan. Menduga dengan sengaja.
            “Betullah. Boleh tak berhenti provoke I?”
            Zahid ketawa kecil. Seronok tengok muka Nasuha merah macam tu. “Lain kali hati-hati. Nasib baik you terserempak dengan I. Kalau dengan lelaki lain yang ada niat jahat, macam mana?”
            Risau juga dengan perangai lepas laku Nasuha ni.
            Kata-kata Zahid itu memang ada benarnya. Tapi sungguh, dia langsung tak perasan yang dia tersalah masuk tandas bila nak cepat sangat.
            “Yalah. Lepas ni I akan lebih berhati-hati. You pulak buat apa kat sini?”
            “Ada family day.”
            “Family day Casa Holdings ke?” Sekadar bertanya untuk kepastian. Tak kan hotel ni ambil banyak sangat event?
            “Tak lah. Ayah I kerja bank. Bank dialah ada buat family day hari ni. Dah banyak tahun I miss event ni so kali ni I join jelah sebab I dah duduk Kuantan kan.”
Penjelasan Zahid itu buat otak Nasuha rasa sesak nafas sungguh. Maknanya selama dua hari ini, dia akan tengok muka Zahidlah ya? Dan tragedi dia tersalah masuk tandas itu pasti akan tragedi terburuk dalam hidupnya.
“Jangan cakap yang….” Seolah memahami air muka Nasuha, Zahid meneka sendiri.
“I teman sepupu I. Malang betul nasib I hari ni.” Dahi sendiri ditepuk. Harapnya, episode malang ini akan berakhir di sini sahaja. No more tragedy, please!
“Suha-Suha. Kadang-kadang you ni cute jugak ya?” Ujar Zahid tak semena. Tersenyum sendiri melihat Nasuha yang seakan menyalahkan diri sendiri.
“Jugak? I memang selalu cute ya.” Pantang dipuji, mesti nak melebih. Itulah perangai Nurul Nasuha.
“Ya. Paling cute bila masa you tersalah masuk tandas tadi.” Sengaja Zahid menyakat. Makin merah muka Nasuha, makin comel dia rasa.
“Eeeii.. perlu ke you nak ungkit benda tu?” Makin orang nak lupa, makin dia nak ingatkan. Nampaknya, benda ni memang akan jadi bahan usikan Zahid sahaja.


BEBERAPA aktiviti telah bermula. Sebagai orang luar, Nasuha cuba untuk menyesuaikan diri dengan rakan sekerja Zaleha yang lain. Acapkali juga dia bertembung dengan Zahid walaupun sudah cuba dielak.
            “Lepas ni ada pertandingan kayak. You join tak?”
            Geleng. Tak pernah main kayak jadi tak kuasalah nak masuk bertanding.
            “Cammon… jom lah kita lawan. Tengok siapa menang atau you nak satu team dengan I?”
            Nasuha buat muka.
“Tak ingin! Nasib malang dengan I dah cukup banyak hari ni. Kalau satu team dengan you, lagi haru.”
            Tiba-tiba mereka boleh jadi sebegini baik. Macam dah terlampau kenal pun ada. Lagipula, sikap Zahid yang senang bergaul itu memang memudahkan urusan.
            Lepas tawa Zahid.
“Kalau you tak satu team dengan I, lagi malang tau. Betul ni tak nak join team I?”
            Nasuha geleng.
            “Okay. I tak boleh paksa you.” Tutur Zahid sebelum meninggalkan Nasuha sendiri. Sepeninggalan Zahid, Nasuha tiba-tiba rasa menyesal.
            “Babe, siapa tu? Dari tadi aku tengok kau berbual dengan dia. Terserempak dengan jodoh ke?” Kening Zaleha sedikit terangkat. Diam-diam ubi berisi nampaknya sepupu ini.
            “Jangan nak jodoh sangatlah. Dia tu client aku. Kebetulan dia join sebab ayah dia.”
            “Oh.. ayah dia siapa?”
            “Mana aku tahu. Taklah aku tanya.”
            “Dia dah kahwin?”
            Eh, banyak pulak soalan cik kak sorang je. Kepala digeleng.
“Tapi dah ada awek. Jadi, kau jangan nak fikir yang bukan-bukan ya.”
            “Oh ya ke? Baru nak gosipkan dengan kau. Eh, petang ni kau join team aku masuk kayak ya. Sebab sepatutnya aku, Kak Sal dengan Faizal tapi end up kak Sal tak dapat join. Lengan dia terseliuh waktu main tarik tali tadi.”
            “Kayak? Tak naklah. Bukannya aku reti.” Kalau dia reti, dah lama dia terima pelawaan Zahid tadi.
            “Alah, kejap lagi dia ajarlah macam mana nak main. Petik jari je. Lagipun, nama pun hari keluarga. Tak kan satu game pun kau tak nak join.” Bebel Zaleha lagi.
            “Yalah-yalah. Tapi aku memang tak reti ya. Kalau kalah jangan salahkan aku.” Akhirnya, dengan berat hati Nasuha bersetuju.


SETELAH mendengar penjelasan lanjut untuk pertandingan kayak, para peserta mula memakai jaket keselamatan. Setiap kumpulan akan diwakili seramai tiga orang.
            “Leha, bersiap sedialah untuk kalah ya?” Ujar seorang lelaki yang berada disebelah Zaleha.
            “Kau jangan nak yakin sangatlah Fuad.” Berang pula dengan Fuad ini. Suka benar cari gaduh dengannya.
            “Kau tak risau ke tenggelam dalam air tu Leha? Sebab badan kau boleh tahan gempal. Silap hari bulan boleh kering air laut ni.” Fuad menambahkan lagi bara dalam hati Zaleha.
            Nasuha yang mendengar sudah naik berang. Pantang betul dia kalau lelaki suka merendah-rendahkan kaum hawa. Baru je Nasuha hendak bersuara, suara seorang lelaki menahan perbuatannya.
            “Good luck.”  Ucap Zahid tersenyum.
            “You too.” Entah apalah yang Zahid fikir. Tadi bila diajak, jual mahal. Ni boleh pulak join team orang lain.
            “Eh.. jaket you tak kemas.” Tanpa persetujan Nasuha,  tali yang berada di jaket Nasuha diperkemaskan. Penting untuk memakainya dengan betul supaya bila satu kemalangan berlaku, jaket itu boleh menyelamatkan si pemakai.
            Entah kenapa, bantuan Zahid menjentik hati Nasuha. Bagai ada sesuatu yang singgah dengan sikap prihatin Zahid ini. Namun cepat-cepat diusir pergi. Zahid ini milik orang lain.
            “Thanks.”
            Apabila Zahid berlalu pergi, Zaleha terus merapati. “Alalalala.. sweetnya.”
            “Siapa lelaki yang tak ada sivik yang doakan kita tenggelam tengah laut tadi?” Rasa ingin tahu mula menebal.
            “Oh, itu Fuad. Dia memang suka cari pasal dengan aku.”
            “Bila dengar dia cakap macam tu, aku terus rasa nak menang weh. Jadi, jom buat elok-elok!” Tutur Nasuha semangat.
            “Yeah! Buat yang terbaik. Chaiyok!”
            Usai mengambil posisi masing-masing dengan pendayung, wisel pun berbunyi menandakan pertandingan telah bermula.
            Sebanyak sepuluh pasukan bertungkus lumus untuk sampai ke penamat dengan cepat. Kumpulan mereka juga tak terkecuali. Mulut menyebut kiri dan kanan agar pendayung mereka seiringan dan kayuhan mereka sama.
Namun kumpulan Fuad yang tiba-tiba memintas mereka cuba untuk mensabotaj dengan memercikkan air dengan kuat kearah pasukan Nasuha hingga menyebabkan Faizal terlepaskan pendayung. Sedang dia cuba mencapai pendayung miliknya, Faizal jadi hilang imbangan hingga menyebabkan perahu yang dinaiki mereka terbalik ke dasar laut.
            Cepat-cepat Nasuha ingin naik ke dasar namun kakinya tersepit  membuatkan dia masih terperangkap di dalam air. Air laut sudah masuk ke dalam mulut dan hidungnya.  Panik!

            Dia cuba untuk menarik kakinya tapi keadaan yang kalut itu membuatkan otaknya gagal untuk berfikir. Ya Allah, tolong aku!

No comments:

Post a Comment