Sunday 22 October 2017

BAB 5 : MAMAT TISU - EZZA MYSARA

BAB 5

Sedang Nasuha kalut menarik kakinya, tiba-tiba ada seorang lelaki yang turun ke dasar laut dan membantu mengeluarkan kakinya.Baju keselamatan milik Nasuha ditarik hingga ke dasar.
            Apabila naik ke atas, tercungap-cungap Nasuha mencuri nafas. Hidung yang perit dipicit.
            “Suha, are you okay?” Tanya Zahid dengan nafas yang tak tersusun. Mengah sewaktu turun ke dasar untuk menyelamatkan Nasuha yang terperangkap tadi.
            Hanya anggukan yang mampu Nasuha berikan.
“Leha mana?”
            “Cousin you okay. I tarik jaket you ya? You Cuma kena relekskan tubuh you.”
            Nasuha menangguk lagi. Masih tercungap-cungap mencuri nafas. Zahid terus menarik badannya hingga ke permukaan pantai. Dalam hatinya mula menyumpah Fuad dan kumpulannya. Main kotor!
            Naik ke darat, ramai dari rakan-rakan Zaleha yang mengambil berat pada mereka. Ada yang menghulurkan air. Ada yang membantu menghulurkan tuala pada mereka yang sudah menggigil. Bukannya menggigil kesejukan tapi ketakutan. 
            Zaleha pula terluka di dahi akibat hantukan.
            “Weh, aku mintak maaflah korang. Tak sangka pulak perahu korang sampai terbalik.” Fuad datang dengan permohonan maaf. Dia hanya sekadar bergurau tadi.
            “Agak-agaklah bro kalau nak menang pun. Bukan macam ni caranya.” Suara Zahid kedengaran membalas. Sedikit tegas walaupun tidak kasar. Dia yang sudah ke depan terus berpatah semula apabila melihat perahu Nasuha yang tenggelam. Makin pelik apabila Nasuha tak timbul seperti Zaleha dan Faizal.
            Sungguh kalau ikut hati Nasuha, memang nak ditumbuk muka Fuad ini. Zaleha yang berada disebelah juga disapa gamam kerana masih terkejut. Menggigil tubuhnya.
            “Aku dah mintak maaf  kan?” Fuad dah berang. Eh, dah mamat ni kenapa nak berlagak jadi hero ni? Dah lah orang luar.
            “Dah lah. Jangan bergaduh. Ini hari keluarga nak eratkan silaturahim. Tapi apa yang kau buat tu memang melampau Fuad.” Salah seorang dari staf mereka mula bersuara. Hilang nak eratkan silaturahim jadi rosakkan silaturahim pula.
            Nasuha sudah bangun. Dia ingin balik ke bilik. Malas untuk memanjangkan perbalahan . “Leha, jom masuk bilik.”
            “Suha masuk dulu ya, akak bersihkan luka Leha kejap.” Ujar Kak Siti.
            “Mari, I temankan you ke bilik.” Tawar Zahid.
            Dengan kudrat  yang bersisa, Nasuha sekadar menurut. Lambat-lambat dia berjalan ke bilik.
            “You masuk dan rehat ya. Kalau ada apa-apa, jangan lupa call I.” Pesan Zahid ketika di muka pintu. Nasuha hanya sekadar mengangguk. Masih trauma.


MALAM itu, Nasuha benar-benar tak ada mood untuk keluar menghadiri majlis BBQ. Tapi mengenangkan  yang dia perlu untuk menjaga air muka Zaleha, akhirnya dia turun juga. Melihatkan wajah Fuad, menyampah jadi berganda. Walaupun lelaki itu telah memohon maaf, namun hati Nasuha makin sakit.
            “Nah.. makan biasanya mampu menengelamkan segala masalah bagi orang perempuan.” Zahid muncul dengan sepinggan hidangan.
            “I tak laparlah.”
            “Kalau macam tu, I pun tak nak makanlah.”
            Mengecil mata Nasuha. Mengada-ngada pulak mamat ni.
            “Thank you.”
            Kening Zahid terangkat. Seakan bertanya motif ucapan itu.
            “Sebab selamatkan I tadi.” Nasuha mengingatkan.
            “Okay, sekarang turn you pulak yang selamatkan I pulak. Baru I terima ucapan terima kasih you tu.”
            “Maksud you?”
            “I tak boleh kalau makan sorang-sorang. Jadi, you kena temankan I makan. Lagipun, banyak I ambik ni.”
            Nak tak nak, Nasuha terpaksa juga menjamah makanan yang diberikan oleh Zahid itu.
            “Leha mana?”
            “Dia terlibat dengan AJK hadiah.”
            “Dia okay?”
            “Nampak macam okay.” Nasuha menjawab mengikut pemerhatiannya.
            “You pulak?” Dari mata kasar, Zahid dapat lihat senyuman Nasuha sedikit malap malam ni.
            “You rasa?” Soalan berbalas soalan.
            “Rasa macam okay jugak.” Jawab Zahid mengikut penilaian matanya.          
            “Rasa macam nak mati tadi.” Ngeri bila membayangkan insiden petang tadi.
            “Once ago, I pun pernah rasa macam tu. Rasa macam nak mati.” Tutur Zahid perlahan. Mungkin situasinya tidak sama, tapi kesannya sama.
            “Apa yang jadi?”
            “Pahit untuk diingati. Lagi perit untuk diceritakan.” Zahid memilih untuk berahsia. Dan Nasuha memilih untuk tidak terus mendesak.
            “You kenapa duduk dengan I? Pergilah dekat parents you.”
            “Alah, dia orang pun berbual dengan lain. Kat rumah pun boleh jumpa mak ayah I.  Lagipun, mak I yang suruh teman you.”
            “Kenapa pulak mak you suruh teman I?” Hati mula dipanyungi debar. Sejak Zahid menyelamatkannya, hatinya rasa lain. Rasa yang tak mampu ditebak. 
            “Mungkin dia dah berkenan nak jadikan you menantulah kot.” Ada tawa di hujung katanya. Namun apabila menyedari yang lawaknya tak bersambut, Zahid hulur kata lagi.
            “I gurau je. Jangan ambik serius ya.”
            Lama Nasuha pandang muka Zahid. Beruntung betul si dia yang jadi suri hati Zahid. Tak semena, organ hatinya diselimuti cemburu.
            “Dah lah makan cepat. Tengok I tak akan kenyang. I tahulah I handsome. Tapi bahaya kalau tengok sangat. Nanti tidur tak lena, makan tak kenyang.”
            “Perasan!” Hish, macam mana boleh kantoi pulak ni? Semua salah cik mata. Siapa suruh tengok sampai berkelip?

JAM dah menunjukkan angka satu tengah hari. Hari ni mereka dah berjanji nak makan di Taman Gelora. Lama dah tak perkena Rojak Ayam. Asyik mengadap juadah makanan kat kafe je boleh mengundang mogok selera. Sekali sekala layan tekak demand.
“Akak kejap… Yas nak dapatkan sign bos kejap. Bos ada tertinggal sign. Kejap lagi nak submit dokumen kat SSM.”
“Aish… bagi notis sikit kat bos tu. Asyik tertinggal sign je. Akak tunggu kat bawah ya.” Ujar Nasuha.
Yasmin hanya mengangguk sebelum berlari ke bilik bos.
Nasuha turun dari ofis sementara menunggu yang lain-lain. Ada yang nak ke tandas. Ada yang nak bela tudung. Ada yang nak touch up make up. Fuh, perempuan dengan seribu drama yang tak akan pernah habis.
Sedang Nasuha menanti, matanya tertangkap kelibat seorang lelaki dengan sejambak bunga di tangan. Okay. Ini-memang-disaster.
Sebelah kakinya hendak naik ke ofis semula. Tapi niatnya ditarik balik. Kalau naik ofis balik memang terperangkap terus dengan lelaki tu. Nak lari ke mana ni? Haih otak, tolong fikir kejap. Jangan buat lembab waktu genting macam ni.
Dan tiba-tiba sebuah kereta yang dikenalinya berhenti di hadapannya. Tak fikir lama, terus Nasuha masuk ke dalam perut kereta sehingga mengejutkan pemandu kereta yang baru nak keluar.
“You…. bawak kereta sekarang. Tekan minyak!”
Janganlah Zamarul gatal pergi ketuk cermin kereta Zahid pulak. Tak kan lepas tu nak tayang drama yang Zahid ni pakwe Nasuha. Tak mau. Tak mau. Bersepah dah scene macam gitu dalam novel dan drama. Klise. Klise. Kalau ya pun akan ada drama, Nasuha suka adengan yang unpredictable. Okay. Berangan sangat.
“Hah?” Zahid dah tayang muka blergh. Dah apahal ni? Dia baru je tarik central lock. Tup-tup minah selsema ni serang kereta dia.
“Now Zahid Now. Go!” Rosak plan dia nak makan rojak. Sekarang otak dia yang dah macam rojak.
Melihatkan kegelabahan Nasuha, cepat-cepat dia tukar gear dan tekan minyak. Sekadar melirik dari cermin pandang belakang, Zahid perasan ada seorang lelaki yang ralit memerhatikan keretanya dari arah luar. Adakah Nasuha sedang melarikan diri dari lelaki itu?
“Setiap kali kita jumpa, mesti ada accidental case kan?” Mental kena rugged kalau nak jumpa Nasuha lepas nih.
Diam Nasuha memaksa Zahid untuk terus bukak mulut. Jangan aci redah buat dia macam driver tak berbayar. Banyak senonoh perangai?
“I need an explanation.”
“None of your business but thanks for your help.”
“Amboi menyombong… Menyesal tolong tadi. You nak I patah balik ke?” Sempat lagi nak buat pusingan U-turn nih.
“Okay. Okay.” Bencinya layan mamat nih. Suka guna hantar notis ugut.
“...I cuma nak mengelak dari jumpa mamat tadi.”
“Oh.. mamat yang pakai kemeja biru dengan sejambak bunga tu? Hmm.. muka boleh tahan apa.” Komen Zahid ringkas.
Aiseh, cepat jugak mamat ni buat analisa. Mata helang betul.
“Rupa tahan ke tak tahan ke, I don’t care. I cuma… tak nak lukakan dia. Dia baik. Tapi I tak ada perasaan pada dia.”
Memanglah ramai orang cop dia bodoh sebab menolak lelaki sebaik Zamarul. Tapi soal hati, susah nak cerita. Payah nak jangka dah sukar untuk diteka.
“Oh.. so sekarang you lari-lari macam ni akan happykan dia ke?” Pemanduan Zahid berhenti di sebuah restoran.
“You perli I?”
“Nope. I’m asking.”
“I dah pernah tolak dia. I cuma tak nak tolak dia untuk kesekian kalinya. Itu akan melukakan dia tahap berganda.”
“Hmm.. mungkin dia sekadar nak berkawan.” Zahid bagi andaian sendiri.
“Tak wujud istilah kawan untuk sebuah perhubungan yang tak pasti. Apatah lagi bila kita tahu dia sukakan kita. Lagipun I tak nak lastik luka dia yang dah sedia parah kalau I layan dia dengan baik nanti. I tak nak tanamkan sebarang harapan. Harapan tu racun yang membunuh dalam diam.”
Kali ini Zahid terdiam. Stereng kereta digengam kemas.
“Jom lah lunch.”
“Alamak! I dah janji dengan opismate I nak makan Taman Gelora. Nak Rojak Ayam.” Alah, frust betullah rasa. Nak tak nak dia capai telefon. Whatsapp group dicari. Updated lokasi. Mintak tolong tapaukan sahaja.
“I dah tempah dengan derang so I temankan you makan jelah.” Ujar Nasuha sewaktu mengambil tempat di hadapan Zahid.
“Hmm.. nak nasihat percuma tak?”
Kening Nasuha bertaut. Oh, lelaki ni diam tadi sebab tengah draf nasihat percuma ke?
“You have the right to leave someone. Tapi jelaskan sebabnya pada dia. Sebab tak ada apa yang lebih menyakitkan dari menyedari yang….” Zahid tarik nafas.
“… you’re not worth an explanation.”
Dang! Sedas perluru macam merobek jantung Nasuha. Kenapa dia tengok air muka Zahid kelabu semacam. Ada sesuatukah yang terjadi?
“Trust me. Perpisahan tanpa ucapan selamat tinggal itu terlalu menyakitkan. Terlalu.” Tambah Zahid lagi dengan suara yang….berintikan sebak.
“You cakap berdasarkan pengalaman ke?”
“Pengalaman orang sekeliling.”
Ringan je mulut Nasuha untuk bertanya. Ini ada kena mengena dengan gadis yang dia ‘in a relationship’ dalam twitter tu ke?

Tapi beranikah tayang perangai kaki sibuk?

**************************************
Limited Stock
untuk pembelian layari www.ideakreatif,net atau Mesej kami di Facebook (Penerbitan Idea   
Kreatif) / WhatsApp ke 012 312 9793.

sila berhubung dengan salah satu channel shj .. terima kasih :)

No comments:

Post a Comment