Sunday, 22 October 2017

BAB 1 : MAMAT TISU - EZZA MYSARA

BAB 1

Nasuha pandang mesej yang diberikan oleh bosnya itu berulang kali. Baca sepuluh kali pun mesej tu memang tak akan berubah! Sigh!

Suha, saya demam. tak dapat attnd meeting Company Casa Holdings. Awk tolong ambikkan minit mesyuarat bagi pihak saya. - BOS

Sampai hati bos demam di saat dia kena selesema teruk nih. Selenga betul rasanya masuk meeting dalam keadaan macam ni. Tapi tak kan nak marahkan bos yang demam tu?
Itulah… semalam kemain lagi mengutuk bos dalam hati kan? Cakap oh selenga jugak bila lelaki selsema. Tup tup petang tu, tuhan bayar cash!
Nak tak nak terpaksalah dia kemas barang. Dokumen-dokumen penting dan kertas kerja yang diperlukan diangkut sama. Dalam hati menyumpah seranah. Tahu tak attend meeting tu benda paling tak rajin nak buat! Dah lah meeting BOD tu lama kemain!
“Okay tak tu kak?” Soal Yasmin. Pembantunya.
“Kalau tak okay, kau nak akak bunuh diri ke?” Tisu dicapai dah dilap ke hidung. Argh, serius double selenga nih.
Yasmin ketawa. Seronok gamaknya bila tengok kerja yang paling dia mengelat sekali. Sekarang kena buat pulak.
“Good luck kak!”
“Jaga opis. Kalau client call cakap je akak tak ada.”
Kunci kereta dicapai. Ketika memandu, dilapangkan dada yang sempit tu. Kita tak akan selalu buat apa yang kita suka kan? Jadi suka jelah apa yang kita tengah buat.
Husnuzon. Manalah tahu kejap lagi terserempak dengan bakal jodoh ke kan kan kan? Okay. Kirim salam jelah. Kejadah nak berangan tinggi-tinggi entah. Macamlah tak tahu director syarikat tu semua taraf Dato yang umurnya mencecah pangkat warga emas. Kalau part usia ni, tak mahulah emas. Gangsa cukuplah.
Jam baru menunjukkan angka dua petang sewaktu Nasuha sampai di syarikat Casa Holdings sedangkan mesyuarat akan diadakan pada pukul dua setengah petang. Usai meletakkan barang-barangnya, dia membantu Kak Suhaila meletakkan kertas kerja di atas meja mesyuarat.
Suhu penghawa dingin yang tinggi memang mampu membuatkan selsemanya makin teruk. Lantas dibelek beg tangannya. Eh, mana pulak tisu dia merayap ni? Alah, janganlah cakap tertinggal. Matilah aku dalam bilik meeting ni woiii.
“Nah.”
Huluran tisu itu membuatkan Nasuha berpaling. Siapa pulak mamat ni? Tak kan Director baru kot? Dia tak ada buat sebarang preparation untuk appointment director baru pun.
“Ambiklah sebelum cendol tu meleleh dengan lebih deras?”
Ceit! Apa dia cakap? Cendol. Sah aku tak makan cendol setahun lepas ni. Persoalannya sekarang, siapa mamat ni dan apa dia buat kat si sini?
“Suha... lupa nak kenalkan, inilah pengganti Puan Latifah. Our new Chief Financial Officer. Zahid, Suha ni company secretary. Hari ni dia ganti bos dia tak sihat. Untuk bahagian com sec semua dia incharge.” Kak Suhaila yang sedang sibuk itu sempat memperkenalkan mereka.
Hampir-hampir Nasuha nak tepuk dahi. Lupa ke yang Casa Holdings ada lantik CFO baru. Adakah selsema menyebabkan tahap bengap dia makin meningkat? Aigoo.
“Hai... Zahid.” Setelah menunduk sedikit, dia tarik kerusi. Fail-fail yang berkaitan dibelek. Inilah first BOD meeting yang dia hadiri setelah masuk kerja seminggu yang lepas.
“Nasuha.”
“Hah, berbaik-baiklah. Nanti korang akan selalu keep in touch. Zahid, Suha tu single lagi. Manalah tahu ada rezeki.” Dah lama kenal dengan Nasuha sebab tu Suhaila berani bergurau versi begini. Dengan Nasuha semua kerja jadi mudah. Pernah jugak dia ajak join kerja di Casa Holdings tapi minah tu kemain setia lagi dengan encik bos dia.
Zahid berpaling ke arah Nasuha. Seakan tidak percaya. “Really? Umur berapa?”
“Dua puluh tujuh.”
Oh, kalau Nasuha cakap umur dia dua puluh dua pun Zahid akan percaya. “Tua dah... kenapa belum kahwin?” Soalan Favorite sekelian alam dah keluar.
“Hmm.. Agaknya kenapa kita belum mati eh?” Soalan berbalas soalan.
Zahid senyum nipis. Okay, dia jumpa sisi berbeza dari Nasuha. Tak macam perempuan-perempuan yang dia kenal.
“Teruk jugak selsema tu.” Zahid ubah topik. Tanda dia dapat menangkap maksud Nasuha. Bukankah jodoh, ajal, pertemuan itu di tangan tuhan?
“Memang jenis kalau selsema take time nak sembuh.”
Zahid hulurkan terus sebungkus tisu miliknya kepada Nasuha.
“Hope so cukup sampai habis meeting.”
Mamat tisu ni memang perli baik punya kan? Buat hidung dia makin gatal je. Baru je nak menjawab tapi hidung yang gatal itu terus tak bagi sebarang signal.
Hacum!!
Pet!
Alamak, tak sempat nak tutup hidung.
“Erk.. I rasa I tak order sebarang cendol.” Habis kotor seluarnya. Walaupun tak banyak tapi, terpalit lah jugak. Mujur tak terkena kemejanya. Kejap lagi nak meeting kot.
Perempuan ni memang tak senonoh ke atau sengaja tak jadi tak senonoh hari ni?
“Sorry sorry....” Ya Tuhan, sumpah dia nak ghaib sekarang jugak! Cepat-cepat dia membantu Zahid membersihkan seluarnya.
“Suha... Suha..” Tahan Zahid.
“Let me do by myself. Nanti orang lain tengok dia ingat you meraba I pulak.”
You what?!
Oh flu,

You ruined my life!

***************************
Limited Stock
untuk pembelian layari www.ideakreatif,net atau Mesej kami di Facebook (Penerbitan Idea   
Kreatif) / WhatsApp ke 012 312 9793.

sila berhubung dengan salah satu channel shj .. terima kasih :)

No comments:

Post a comment