Sunday, 22 October 2017

BAB 6 : MAMAT TISU - EZZA MYSARA


BAB 6

            Setelah ditimbang-timbang dengan akalnya yang berenang dengan rasa waras, baik jangan ditanya soalan tu. Nanti nampak sangat jadi stalker. Dah lah minah Zandra tu buat private. Kalau follow karang kantoi free je. Twiter Zahid pun banyak yang dia retweet sahaja. Tak ada pulak dia pos apa-apa status.
“Ayat macam orang frust je?” Tebak Nasuha. Berharap agar Zahid tertembak.
Zahid ketawa pendek. Langsung tak mengia atau menidakkan.
Menyambut diam Zahid, Nasuha tukar topik. Biasanya kalau orang diam dan tak jawab soalan kita, maksudnya dia tak mahu menipu tetapi tak nak jugak ceritakan benda betul. Perahsia. Lagipun logik jugak. Mereka kenal baru dalam sebulan lebih kot. Tak kanlah isi cerita dalam kelambu semua nak keluar?
“Hmm... you buat apa datang ofis tadi? Nak ngurat I eh?” Tak malu Nasuha angkat bakul sendiri.
“Perasan. Kan I suruh you simpan sikit perasan tu untuk anak cucu you.” Zahid senyum separa mengejek.
“I nak hantar dokumen auditlah. Lepas tu I nak ambik Resolution Banking Facilities yang you dah certified true copy. Esok nak arrange dengan pihak bank. Lupa ke? Kan ke you yang call I semalam?”
Nak kata perangai minah ni lepas laku, tak jugak. Tapi nak puji sopan, memang tak ah. Tapi bagus jugak versi macam gini. Stok-stok ayu sangat pun tak boleh jugak. Padan kena buli nanti. Sipi-sipi macam Zandra pun ada. Tanpa sedar, wujud perbandingan antara mereka berdua.
“Oh...” Tepu sangat otak Nasuha kali ini.  
“Hmm.. Rajinnya ke hulu ke hilir. Asal tak suruh despatch je?”
Pelayan datang meletakkan minuman. Zahid siap menempah minuman Teh O Ais untuk Nasuha.
“I ada meeting dengan yayasan tadi so ingat nak drop terus. Kalau benda yang kita boleh settle, settle je sendiri. Itu cara I.”
Hampir sebulan mereka berkerjasama. Nasuha suka cara Zahid berkerja. Ringkas. Tapi tak ambik mudah.
“Sebelum ni you kerja mana?”
“Auditor kat KL.”
“Oh... dah okay kerja kat sana asal tukar?”
Zahid terdiam seketika. “Saje. Tukar angin. Lagipun kesian my mom sorang-sorang kat sini.” Rasanya banyak benda yang dia dah kecewakan mama. Harap dengan perubahan tempat kerja, dan dia pun dah kembali ke pangkuan keluarga, akan menghilangkan stress mama pada dirinya. 
“Sebab your mom ke.... sebab orang lain?” Nasuha pasang perangkap.
“Sebab orang lain?”
“Yup. Kot nak kahwin ke kan?” Motif sangat mengusik pasal hal ni Nasuha oittt. Tapi inilah salah satu taktik untuk menggasak Zahid tentang perkahwinan.
“Eh.. cakap pasal kahwin kan, I nak mintak pendapat youlah. Tunggu kejap. Nak pergi ambik barang dalam kereta.” Tak mengambil masa yang lama, Zahid muncul kembali dihadapan Nasuha.
“Mana yang cantik?”
Tersembur minuman yang baru mejenggah anak tekak. Kejadahnya tanya pendapat dia mana yang cantik pulak?
“Kad kahwin? Siapa nak kahwin?”
“I lah....”
Kenapa Nasuha rasa tak best dengar ayat Zahid yang last tuh? Rasa hampa menyelit ruang hati. Ya. Dia suka cara Zahid. Tersendiri. Kemas. Ringkas. berkarisma. Tapi tak kan dia sukakan Zahid kot?
Serius ke dia betul-betul sukakan Zahid? Tanda soal terus berlegar di hujung kepala.
“Su... you dengar tak I tanya ni?” Mengelamun pulak minah ni.
“Erk....” Gugup pulak rasanya.
“Kenapa tanya pendapat I? Bukannya you nak kahwin dengan I pun...” Kalau kira logik, mestilah orang lelaki akan tanya bakal pengantin perempuan kan? Kad kahwin tu termasuk dalam perkara penting jugak. Tak kan nak ambik mudah. Melainkan perempuan tu kahwin terpaksa.
“Kenapa? Kalau I nak kahwin dengan you, you nak ke?”
Tak ada lagi disaster ke taraf soalan tu Zahid oit? Silap hari bulan bukan hati yang meleleh tapi air hidung yang meleleh nanti.
Persoalannya Zahid ni mencuba atau menduga?
Ha. Ha. Ha. Nasuha ketawa sepatah-sepatah. “That’s not funny Zahid Iskandar.”
Zahid ketawa. Lucu dengan respon Nasuha. “Respon you macam kena proposed betul-betul. You must learn how to be more chill and releks Suha..”
Gila nak releks? Dia baru lepas ajak kahwin kot! Buat-buat tadi dia tergelojoh bersetuju, tak ke nampak bodoh? Ish...

Dear lelaki,

kalau tak nak petik jiwa wanita, jangan sesekali gatal-gatal taruk baja. Nanti berbunga tapi tak nak petik, haru! Silap hari bulan jadi bunga api. Meletup dia kalah gempa nanti.

ikhlas, wanita.

Cepat-cepat Nasuha capai tisu. Haish, baru je selsema dia sembuh minggu lepas. Tak kan kena serang lagi kot?
“You buat hidung I kena serang selsema balik.”
“Maknanya cairlah kot!” Zahid sambung tawa tapi bila menangkap wajah Nasuha yang serius itu, dia angkat tangan.
“I usik je... Jangan ambik hati k. Eh, cepatlah yang mana yang cantik? Yang warna hitam ni lawa kan? Macam penggambaran untuk filem. Yang pink ni, euwww... pinky sangat. Yang ni hijau lawa jugak. Oh jem! Semua cantik-cantik.”
Nasuha perhatikan sahaja wajah Zahid yang teruja itu. Sepatutnya wajah itu dikongsikan bersama bakal pengantin. Kenapa Zahid nak pilih sorang-sorang pulak?
“Zahid...” Panggil Nasuha. Dia nak terokalah pasal gadis yang bernama Zandra Hamdan tuh!
Pabila lelaki itu angkat wajah, hati Nasuha terjatuh tak semena. Aduh, perasaan apa yang singgah di hati ni?
 “Kenapa?”
Baru je nak bukak mulut, telefon Nasuha dah berbunyi. Bila melihat nama di skrin. Alamak! Zamarul.
Melihatkan air muka ketat Nasuha yang macam kena bom tu, Zahid hantar sepatah dua kata. Tapi panahnya bagaikan halilintar.
“Ingat pesan saya tadi. Everyone deserve an explanation.”

***
Telinganya ditekup kemas. Adoi. Parah! Kalaulah dia boleh zip telinga dia sekarang. Lama dah dia buat.
“Apalah yang ada dalam otak oak ni Su? Oak nak yang macam mana lagi? Zamarul tu mak dah berkenan benar.”
“Mak... koi tak suka dia. Itu je.” Susahlah sebab Zamarul tu mak yang kenenkan. Anak kenalannya. Apa yang Zamarul dah rasuah emak dia entah.
“Suka tu boleh tanam. Oak tu yang bebal sangat hatinya! Tak baik buat anak orang serupa tu.”
“Habis tu mak buat anak mak macam gini boleh pulak.” Perlahan. Tapi tetap menjawab. Nak buat macam mana sabar tak cukup banyak untuk bertahan!
“Hah itulah... aku cakap sikit menjawabnya banyak!” Puan Mawar dah angin.
“Mak ni dah jatuh berkenan pada Zamarul tu. Sopan. Dengar cakap orang tua. Yang penting kerja kerajaan. Terjamin dah hidup aok.” Suaranya dikendurkan sedikit. Cuba memujuk.
Apa kaitan kes kerja kerajaan dengan hal jodoh dia pulak? Hei, kalau lelaki tu kerja kebun pun, Nasuha tak ada hal lah. Rezeki Allah bagi. Bukan Kerajaan! Bilalah mentaliti mak-mak ni nak berubah. Susahlah orang yang bukan kerajaan nak cari jodoh lepas ni.
“Rul... I’m sorry. Tapi saya tak boleh.”
Tolonglah jangan bagi dia ulang dialog ni untuk kali ketiga. Layu organ hati dia nanti. Tak berfungsi. Kalau tengok muka Zamarul sekarang, memang akan jatuh kasihan. Tapi kasihan tu tak sama adunan dengan rasa kasih. Macam Masak kicap dengan Gulai Tempoyak. Dedua boleh makan tapi rasanya lain!
“Cuba....”
“Soal hati ni kalau cuba seribu daya pun kalau hujungnya tak berjaya... nak buat macam mana kan?” Nasuha sendiri tak boleh list ‘alasan’ kenapa tak boleh terima Zamarul. Yang pasti, dia tak ada perasaan pada mamat nih.
“Kalau itu yang awak cakap.. Tapi kita boleh jadi kawan kan?” Mungkin desakan hati membuatkan Zamarul mencuba lagi.
Kawan ke lawan ke dedua pun Nasuha tak nak!
“Rul.. saya bukan nak putuskan silaturahim. Tapi ada setengah benda tu tak boleh berganjak atau berundur. Mungkin dia patut kekal di tempat sepatutnya je.” Di tempat yang ditinggalkan. Tambah Nasuha dalam hati.
Mendung di wajah Zamarul makin keruh.
“Saya doakan awak jumpa sesorang yang lebih baik dari saya. Saya pergi dulu.” Ujar Nasuha lantas angkat kaki.
Persoalannya sekarang dari mana mak tahu pasal dia reject Zamarul ni? Ish.. lelaki tu mengadu ke?
“Tengok tuh! Diam je serupa aku ni bercakap dengan dinding!” Dentuman suara Puan Mawar mengembalikan jasad Nasuha dari ingatan petang tadi.
Haish. Bila menjawab dituduh anak derhaka. Bila diam kena jugak!
 “Mak.. Su kena tidur dulu. Nanti selsema pulak kalau tidur lewat. Nite mak. Sayang mak.. Nanti esok-esok jodoh Su akan muncul jugak parking betul-betul dalam hati Su. Mak jangan risau ya.”
Nak kata dia anak yang baik, tak jugak. Sebab selalu ada kes memberontak dengan si emak. Tapi tak sangguplah nak pegang title ‘anak derhaka’ kalau mak aci redah guna kuasa veto tetap nak kahwinkan dia dengan si Zamarul si kaki mengadu tuh.
Puan Mawar faham sangat dah dengan karenah anaknya itu. Nak mengelatlah tuh. Guna alasan selsema. Dia ni risaulah kalau si Nasuha ni tak nak kahwin. Pelik betul asyik duk me‘rejek’ orang jeh. Ingat lawa sangat ke?
“Yalah tu parking. Silap hari bulan orang yang aok suka tu parking kat dalam hati orang lain. Hidup ni ada timbal balik Su. Oak buat kat orang nanti orang buat balik ke aok.”
Adoi.. pedihnya ayat si emak.
Mak, memang Su tengah rasa pun. Masalahnya ialah, Su cuba nak ambik parking yang dah memang hak orang.
Nasuha pernah cakap pada ofismate yang kebetulan tanya pendapat tentang ‘orang ketiga’ dalam sebuah perhubungan.
Dengan yakin dia gubah ayat. “Bagi akak, orang ketiga ni macam tahi kucing yang ada tepi jalan masa kita on the way nak ke kedai makan. Perlu ke kita nak kais ke tepi? Tak kan? Perlu ke kita pijak? Lagilah memang tak! Tak payahlah kotorkan diri kita sebab benda alah tuh.
“Habis tu nak buat apa?” Tanya Yasmin.
“Tutup hidung dan lalu je. Macam tu jugak kalau muncul manusia versi gitu dalam hidup kita. Tutup hidung dan buat-buat tak bau. Teruskan hidup dengan bahagia. Kita kena percayakan pasangan kita. Kan ke percaya tu duduk paling utama selepas sayang. Lainlah kalau partner kita pun dua kali lima gatal. Kalau versi tu, baling tahi kucing tu terus ke muka dedua!”
Sejurus selepas itu, meledak tawa mereka.
Tapi sekarang, Nasuha rasa macam nak tampar-tampar muka dia. Pandai sangat gelar orang macam tu kan? Sekarang padan muka sendiri! Tak ada orang mintak dijadikan watak ketiga dalam sebuah hubungan. Tak-ada!
Mata yang berat itu dipejamkan. Terkenangkan kad kahwin yang dipilih untuk Zahid siang tadi. Sengaja dia pilih warna hitam. Tanda hatinya sedang berkabung atas kehilangan sesuatu yang bukan pun menjadi miliknya.
Oh hati, kenapa perlu kau jatuh pada hati yang dah jadi milik orang? Teringat pulak satu ayat dalam quote novel Alergik Mamat Romantik. “Cinta itu memang menyakitkan bilamana kita bukanlah watak utama.”
Kelopak mata mula mengembang bila cuaca hati diserang taufan.
Hidup adalah soal keberanian untuk menghadapi tanda tanya. Dan sekarang ini hatinya tertanya-tanya sendiri. Siapa Zahid dalam hatinya?
Mungkin, dia cuma tertarik.
Bukannya suka.
Bukannya sayang.
Bukannya cinta.

Ya. Mungkin. Cuma. Sekadar. Tertarik.

**********************
Limited Stock
untuk pembelian layari www.ideakreatif,net atau Mesej kami di Facebook (Penerbitan Idea   
Kreatif) / WhatsApp ke 012 312 9793.

sila berhubung dengan salah satu channel shj .. terima kasih :)
There was an error in this gadget