Bab
5
Cherish every moment and every person
in your life, because you never know when it will be the last time you see them
“Khalish. Promise me that we will be as happy as we
are today till the day I die.” Dahlia mengenggam erat tangan Khalish yang
telah bertukar status menjadi suaminya itu.
Apabila
teringatkan kata-kata Dahlia itu, Khalish memanjatkan doa penuh syukur kepada
Allah kerana Dia mengizinkan dirinya untuk mengotakan janji itu kepada
Dahlia. Semenjak perkenalannya
dengan Dahlia yang bermula sejak dari bangku sekolah menengah, mereka tidak
pernah ada sebarang masalah yang besar. Perhubungan mereka sarat dengan
kenangan-kenangan yang indah. Walaupun terpisah seketika semasa masing-masing
melanjutkan pelajaran ke luar negara, namun jarak hati mereka tidak pernah
jauh. Apa yang bermula dari satu
permusuhan bersatu menjadi satu hubungan suci disisi Allah yang kini dipisahkan
oleh satu kematian.
Dahlia
pergi selepas mengalami komplikasi selepas melahirkan tanda cinta mereka. Satu hari
yang sepatutnya membawa seribu keindahan kepada mereka bertukar menjadi satu
peristiwa yang sangat menyakitkan.
Hari itu
adalah hari yang paling panjang dalam hidupnya. Bermula selepas Subuh apabila
Dahlia mengalami kontraksi pertama. Pantas mereka berkejar ke hospital. Belum
sempat dia menarik nafas lega apabila Dahlia selamat melahirkan bayi perempuan
mereka tepat pada pukul enam petang, dia dikejutkan pula apabila diberitahu keadaan
Dahlia yang sedang mengalami “eclampsia”.
Dia yang ketika itu baru mengiqamatkan puterinya, bergegas masuk semula ke
dalam bilik untuk melihat keadaan Dahlia.
Dia
bersama Dahlia sepanjang dua hari arwah bertarung nyawa, namun akhirnya dia
mengalah kepada ketentuan Allah. Dahlia menghembuskan nafas terakhirnya.
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah. Dahlia yang manis…yang manja…sahabatnya…kekasihnya…
telah pergi menyahut panggilan Ilahi dan meninggalkan dia seorang diri. Dahlia.
Khalish
redha dengan ketentuan Allah dan dia mengumpulkan segala semangat serta tenaga
yang ada untuk menguruskan urusan terakhir isterinya.
Selepas
itu, Khalish menumpukan pula sepenuh perhatiannya kepada puterinya. Kesedihan
di hati perlahan-lahan terubat apabila dia melihat si kecil yang comel. Nama
yang mereka telah pilih untuk tanda cinta mereka ialah Adriana Husna yang
bermaksud Nisbah Yang Baik dan Yang Cantik. Dan Demi Allah Yang Maha Berkuasa,
sungguh anak itu menepati maksud nama yang diberi.
Husna
seorang anak yang sangat baik. Sangat mudah untuk menjaganya. Husna mewarisi
wajah Dahlia yang manis dan sifat Dahlia yang manja. Atas permintaan kedua orang tuanya, Khalish tinggal bersama mereka
semasa Husna masih bayi. Namun setelah umur Husna genap empat tahun, Khalish
memutuskan bahawa mereka sudah boleh duduk sendiri. Kini bersama seorang
pembantu, Alhamdulillah hidup mereka semakin teratur.
“Papa,” Sapa si manja.
“Yes, Baby,” Jawab si Papa sambil menoleh
kepada arah suara itu.
“Papa
buat apa tu?” Kelihatan Husna sedang menuju ke arahnya sambil memeluk Mr. Teddy di lengannya.
“Reading.” Khalish mengangkat buku di
tangan.
“But you were not looking at the book,
pun? Husna tengok Papa macam termenung saja.” Soal Husna petah.
“Husna
dah mandi? Kerja sekolah dah siap? Barang-barang untuk sekolah esok dah siap?”
Soalan bertemu soalan.
“Yes to all, Papa.”
“Bagus.
Macam tulah anak Papa. So sekarang
nak buat apa?”
“Hmm..
nak duduk dengan Papalah. Nek Jah belum siap masak jadi kita belum boleh
makan.” Jawab Husna sambil tergelak kecil. Dia memang suka makan. Apa lagi
kalau Nek Jah yang masak. Hari ini Nek Jah kata dia masak lauk kegemaran Husna.
Ayam masak kicap! Yeay!
“Ok. Come. Let’s have a chat. What shall we talk
about? Husna nak cerita apa dengan Papa?” Khalish menepuk sofa disebelahnya
sambil mengarah Husna untuk duduk dengan matanya.
“Emm..Papa,
Auntie Qis tu cantik kan?” Soalan pertama Husna.
“Hmm..”
Khalish terkejut apabila mendengar nama itu tiba-tiba keluar dari mulut Husna.
Kali terakhir Husna bertemu Qistina ialah seminggu yang lalu, hari dia
terlanggar kereta Qistina.
“Auntie
Qis tu baik kan?” Soalan kedua Husna.
“Baik
ke?” Khalish memandang Husna sambil membuat muka tak percaya.
“Ya
lah. Apalah Papa ni. Itu pun tak tahu.. hehehe” Husna tergelak kecil. Tangannya
masih sedap memeluk Mr. Teddy sambil
matanya bersinar memandang ke arah Papanya.
“Ye lah
agaknya. If you say so, baby.” Petah
sungguh. Tak padan dengan usia yang baru saja masuk darjah dua itu.
Kata
Mak Jah, Husna ni jadi petah bercakap sebab teman berbualnya orang dewasa.
Hanya Khalish dan Nek Jah serta kedua datuk dan neneknya.
“Hmm Papa,
bila kita nak pergi kedai Auntie Qis lagi? Husna nak pergi beli buku-buku Auntie yang banyak tu. Hari
tu masa Auntie bawa Husna tengok buku-buku tu, Husna tak sempat nak baca satu
pun sebab dah petang kan? Husna rasa Husna nak duduk dan baca buku kat Junior’s Zone yang cantik tulah.”
“Aik?
Sejak bila Husna suka baca buku ni? Bukan ke Husna selalu cakap Papa boring sebab suka membaca?” Ternaik satu
kening Papa Husna sambil memandang anaknya.
“Alaaa..
itu dulu. Itu sebelum Husna kenal Auntie
Qis. Sebelum kita ke Cafe Soleil tu.
Cantikkan
kedai tu, Papa? Husna suka sangat!”
Muka Husna teruja!
Khalish
hanya memandang Husna sambil tersenyum. Memandang Husna amat menenangkan
jiwanya. Alhamdulillah, anak ini adalah penyejuk mata dan penyenang jiwa
buatnya. Kurnian terbesar dari Allah kepadanya.
Dia teringat
kepada satu doa yang pernah diajar oleh ibunya. Ayat 74 dari surah Al Furqan
yang berbunyi. “Robbanaa hablanaa min
azwajinaa wadzurriyaatinaa qurrota a’yunin waj alnaa lil muttaqiina imaamaa. Yang
membawa maksud: “Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami isteri-isteri
kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami
pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”. Doa ini selalu dititipkan semasa Dahlia
mengandungkan Husna.
“Papa,
bila kita boleh pergi ke kedai Auntie Qis lagi?” Terbit soalan ketiga dari Husna.
“Tak
payah lah pergi selalu. Nanti kita macam menganggu Auntie Qis pula. Dia kan
kerja kat situ. Nanti kalau Husna datang, dia tak boleh buat kerja sebab asyik
kena layan anak Papa yang seorang ni sahaja.” Usik Khalish sambil mencubit pipi
Husna.
Husna
sudah menarik muncung. Lama dia merenung Khalish. Menunggu Papanya memujuk. Khalish hanya membalas renungan
anaknya itu. Tiba-tiba mata comel itu seakan berkaca. Panik Khalish sekejap.
Tak kan sampai nak menangis?
“Pa..pa...”
Suara Husna sudah bergetar.
Khalish
panik. Jarang Husna begini.
“Betul
Husna nak pergi?”
Angguk
dua kali.
“Ok.
Nanti kita pergi.” Khalish
mengalah. Dia sebenarnya tak mahu menyusahkan Qistina. Segan pun ada.
“Bila?”
Suara Husna sudah sedikit ceria.
“Kita
pergi this weekend, ok? Boleh Husna
duduk lama sikit kat kedai Auntie Qis.” Putus Khalish.
“Thanks, Papa. I love you!” Husna bangkit
memeluk Papanya.
Khalish
tersenyum. Dia memerhatikan Husna yang sedang melangkah menuju ke sudut mini library di tepi ruang tamu
rumahnya. Kelihatan seperti dia sedang mencari buku untuk dibaca. Pelik sungguh sebab sebelum ini memang
Husna jarang meninjau ke sudut itu. Apapun Khalish memanjat syukur jika sifatnya
yang suka membaca diwarisi Husna.
Bercakap
mengenai Qistina, Khalish teringat kepada perbualannya dengan Qistina dua hari
lepas.
“Assalamualaikum
Encik Khalish.” Kedengaran suara di hujung talian. Nombor yang tertera tidak
ada di dalam senarai contactnya.
“Waalaikumsalam.
Ya saya.”
“This is Qistina. Hmm..I am calling about
your offer to use your car.”
“Oh, hi Qistina. Yes, sure. But please, just call me Khalish.”
“Err..
ok. So Khalish, nampaknya kereta saya
tu kena masuk bengkel lebih dari tiga hari. Ben kata at least seminggu sebab dia tengah ada banyak kereta di bengkel. Hence
I think I need to take you up on your offer sebab lusa saya ada urusan di
Melaka.” Terang Qistina di hujung talian.
“I see. Ok. Tak ada masalah. You
still have my card, right?” Manalah tahu kalau Qistina dah terbuang atau
tercicir kad yang diberi.
“Yes.”
“In that
case, can we meet at my office tomorrow morning? Say at eleven?”
“Sure. I will see you then.”
“Ok, InsyaAllah.”
“Hmm..
Khalish?”
“Yes?”
“Terima
kasih.”
“Sama-sama.”
Teringat
juga pertemuannya dengan Qistina semalam.
“Err.. this is your other car?” Qistina
berkerut memandang kepada kereta hitam berkilat di hadapannya itu.
“Yes. Kenapa?” Khalish memandang Qistina.
Sedikit hairan melihat riak muka Qistina.
“Ermm..
This is a bit too fancy for me to drive.”
Jawab Qistina sambil tertawa kecil.
“It is just a car, Qistina.” Balas
Khalish sambil memberi kunci kereta kepada Qistina.
Bab 6
One of the most beautiful qualities of true friendship
is to understand and to be understood – Lucius Annaeus Seneca
“Mak ai..
Kereta siapa kau curi ni?” Soal Ira sebaik saja dia melangkah turun dari kereta
pinjamnya itu.
“Kereta
mamat yang langgar aku hari tu.”
“Mak
ai.. kaya mamat tu ya?”
“Agaknya
lah.”
“Mak
ai. Percaya dia kat kau ya?”
“Eh..
berapa banyak ‘mak ai’ lah kau ni, nenek kebayan?” Qistina dah tertawa kecil.
Ira
menggaru kepalanya yang sedikit gatal.
Jarang atau hampir tak pernah dia mendengar tentang orang yang
meminjamkan kereta mewah mereka kepada seseorang yang baru mereka jumpa dua tiga
kali. Pelik sungguh!
“Audi
Q5 ni babe. Bak sini kunci, aku nak test
drive satu round.”
“Banyak
lah kau punya satu round. Tak payah.
Aku pun risau nak ambil tadi sebenarnya. Yalah kalau apa-apa jadi, mahu kita kena
jual Soleil agaknya kalau disuruh bayar
kan? Tapi mamat tu, selamba kasi. Jadi aku pun malaslah nak cakap banyak lagi.
Lelaki bukan suka kalau kita banyak songeh, right?
So aku ambil saja la. Nama pun pinjam.
Bukan dapat terus.” Qistina tersengih.
“Eh, mamat
ni bujang ke? Handsome tak? Ada tak
ciri-ciri untuk kau buat suami? Kalau dia single
and available, aku memang sokong kau seratus peratus kalau kau nak cuba
pikat dia.”
“Amboi
banyaknya soalan kau ya, nenek kebayan.”
Ira
menyengih sampai ke telinga sambil berdoa di dalam hati untuk kebahagiaan sahabatnya
itu.
“Tak
menjawab soalan nampaknya?” Kening diangkat dua kali.
Qistina
menyandarkan dirinya ke kereta hitam yang berkilat itu.
“Hmm..
Yang aku tahu, dia bukan bujang sebab dia ada anak perempuan yang sangat comel.
Kami dah berjumpa dua kali tapi kedua-dua kalinya tanpa isterinya. Handsome?
Handsomelah juga. Sedaplah mata
memandang. Pikat? Kau demam ke
apa? Kena dia suami orang, teruk nanti aku kena serang wife dia wei. Tak adanya aku nak ambil hak orang.”
“Hehehe..
aku faham. Aku pun tak bagi kau ambil hak orang. Kalau dia solo and
available jer baru aku sokong kau.
Tapikan, aku harap-harap dia solo.”
“Macam-macam
lah kau ni, nenek kebayan. Dahlah jom masuk.”
“Bismillah. Subhanallazi sakhorolana ha
zha wama kunna lahu mukriniin. Wainna ila rabbina lamungqolibuun.. Maha Suci Tuhan yang
memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan sebelum ini kami tidak
menguasainya, dan kepada Allah kami kembali.”
Doa
naik kenderaan dibaca perlahan.
Qistina
memulakan perjalanannya ke Melaka selepas solat Subuh tadi. Rancangannya biar
cepat sampai, cepat berjumpa Uncle Rahim untuk mengambil beberapa buku ‘antik’
dan cepat dia boleh pulang semula ke Kuala Lumpur sebelum rush-hour traffic bermula.
Tadi sebelum
dia bertolak, dia menghantar satu sms kepada tuan punya kereta. Terasa seperti satu obligation pula memandangkan dia sedang
memandu kereta Khalish.
[Assalamualaikum.
Saya nak bertolak ke Melaka ni. Doakan ‘kami’ selamat. – Qistina]
Beberapa
minit kemudian, sms dari Khalish diterima.
[Waalaikumsalam.
InsyaAllah selamat. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. – Khalish]
[Husna says Hi
Auntie! – Khalish]
Qistina
tersenyum membaca sms kedua itu.
Awal budak comel tu dah bangun rupanya.
Setibanya di
Bandar Melaka, sudah pukul lapan pagi. Dia terus menuju ke kedai Uncle Rahim di
Pekan Klebang. Tiba sahaja di hadapan kedai buku tersebut, kelihatan lelaki itu
sudah menantinya.
“Assalamualaikum
Qis.”
“Waalaikumsalam.
La Uncle ni, patutnya Qis yang bagi salam. Laju saja.” Usik Qistina sambil
menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Qis dah
sarapan? Kalau belum, jom kita pergi kedai sebelah. Uncle lapar ni. Kita pekena
roti canai ke, lontong ke, nasi lemak ke?”
“Boleh juga
Uncle. Qis pun lapar. Tadi lepas Subuh terus bertolak.”
“Molek
lah tu.. Jom kita.” Uncle Rahim sudah memulakan langkahnya.
“So,
Qis rasa ada pasaran ke untuk buku-buku antik Uncle ni di KL?” Soal Uncle Rahim
sambil meniup air kopi O nya. Dia memang dah lama terlibat dalam pengumpulan
buku-buku lama. Koleksinya yang paling lama adalah koleksi Peranakan Melayu
yang dicetak pada tahun 1892.
“InsyaAllah
ada Uncle. Qis dah buat survey kat Facebook page kedai Qis tu. Ada beberapa
ardent readers yang berminat. Tu yang
Qis cari Uncle ni. You are my trusted
supplier when it comes to these kind of books. Kita cuba bawa sedikit dulu
untuk test the market. Kalau ada yang berminat, Qis akan mulakan
satu sudut khas untuk ‘Classic or Antique
Books” dan kita boleh tambah stok.”
“Bertambah
maju nampaknya kedai Qis ya? Alhamdulillah. Dah masuk dua tahunkan kedai tu?”
“Alhamdulillah.
Ya, tahun ni tahun kedua. Tapi kedai kecil macam kami perlu kreatif dalam membuat
marketing, Uncle. Kami perlu kerja
lebih kuat berbanding kedai-kedai buku yang berkonsep chain stores. Apatah
lagi, sekarang ni pun semakin banyak local
publishing house yang sudah mula menjual buku-buku terbitan mereka online secara terus kepada pelanggan.
Bertambahlah saingan buat kami yang sekecil ikan bilis ini. Tapi Alhamdulillah
sebab kami banyak aturkan events di Soleil, maka pelanggan kami semakin ramai
dan ramai juga yang dah jadi loyal
customers.“
“Baguslah
kalau kamu pandai ‘diversify’kan
cara-cara untuk memajukan kedai kamu tu. Uncle doakan semoga kamu success selalu.”
“Terima
kasih, Uncle.”
“Tapi
Qis, success kedai satu. Itu belum
cukup lengkap. Qis ni bila nak tamatkan zaman bujang dan mulakan fasa baru
dalam hidup? Uncle tengok kamu ni semua dah ada. Dah lengkap kecuali yang satu tu.”
“Yang
itu, di luar kawalan Qis la Uncle. Itu rancangan Dia. Qis ikut ajer.” Jawab
Qistina sambil tersenyum dan kembali menikmati sarapan nasi lemaknya.
[‘Kami’ – dah
selamat sampai – Qistina]
SMS
dihantar kepada Khalish sebaik dia tiba di hadapan Soleil. Saja dia memberi laporan mana tahu lelaki itu risaukan
keretanya.
[Alhamdulillah. Laporan diterima. – Khalish]
‘Hmm..
terasa macam polis pula’ bisik hati Qistina.
Qistina
melangkah masuk ke kedainya. Diperhatikan sekeliling. Kelihatan seperti ada
satu Book Club Circle sedang
bersidang. Sebenarnya ada beberapa
Book Club Circle yang menjadikan Soleil sebagai ‘markas’ mereka. Mungin
sebab ada satu bilik khas di Soleil
yang disediakan khas untuk tujuan itu. Hari untuk mereka bersidang pun sudah
ada jadualnya. Sengaja diatur
begitu supaya semua kumpulan akan dapat menggunakan kemudahan yang
disediakan.
Ramai
juga ahli Book Club yang satu ni.
Diperhatikan sambil dia mengira.
‘Hmm..
ada dalam lima belas orang.’ Agaknya semua suri rumahtangga. Dia tersenyum
sendiri. Seronok juga kalau dapat duduk-duduk sambil minum kopi, makan pastri
dan berbincang mengenai sesebuah buku.
Dia
melangkah menuju ke pejabat kecilnya. Namun langkah Qistina terhenti di pintu
apabila melihat ada sejambak bunga di atas mejanya. Jambangan itu ditenung
lama.
‘Siapa
punya?’ Hari itu bukan hari jadinya. Dia mengangkat jambangan bunga itu dan membelek
untuk mencari jika ada kad yang terselit di situ.
“Thinking of you today. Hope all is well.
– Aidil”
Berderau
darahnya membaca nama itu. Kenapa tiba-tiba Aidil menghantar bunga kepadanya?
Selama mereka berkawan tak pernah sekali dia diberi bunga. Berkerut dahi Qistina memerhatikan
jambangan bunga matahari itu. Perlukah dia menelefon Aidil untuk mengucapkan terima kasih?
‘When was the last time we spoke?’ soal
Qistina di dalam hati. Walaupun dia tidak berapa ingat bila kali terakhir
mereka berbual, namun isi perbualan itu masih terpahat di fikirannya.
“I am getting married.” Aidil
dengan ceria memulakan bicara.
Sungguh
Qistina terkejut mendengar berita itu. Nasib baik perbualan mereka melalui
telefon. Maka Aidil tidak dapat
melihat riak terperanjatnya.
“You are the first amongst our friends to
know.”
Patutkah
Qistina berbangga dengan penyataan itu?
“Will you come to my nikah?”
Qistina
diam lama. Dia cuba mencari kata-kata. Mengumpul semangat. Memperlahankan
degupan jantungnya. Menahan kesakitan di hatinya. Aidil dihujung talian kedengaran
sangat gembira. Maka dia juga harus tumpang gembira.
“Qis?”
“Congratulations! I am so happy for you.
Where and when is the nikah?”
“Kota
Bahru. 27 Disember.”
“Mak
ai, jauhnya awak.”
“Hehe.. dah jodoh saya, awak.” Suara lelaki itu
kedengaran sangat bahagia.
“Kenapa
selama ni awak tak pernah cerita pun?”
Soal Qistina.
Yang
Qistina sedar ialah sejak beberapa bulan yang lepas, Aidil sudah jarang
menghubunginya. Tiada lagi panggilan harian diterima dari lelaki itu. Mungkin
ketika itu Aidil sudah punya teman untuk mendengar celotehnya dan dia sudah
tidak lagi diperlukan.
“Ala..
saya segan lah awak. Selagi tak official,
I don’t want to jinx it,” alasan yang
diberi.
“Awak datang
ya?” Pujuk Aidil.
“Hmm..
tak kot. Jauhlah awak.”
“Sampai
hati.” Ada kecewa di sebalik suara itu.
Sampai
hati? Maaf Aidil. Hatinya sudah cukup sebak. Qistina tahu dia tak kuat untuk menjadi
saksi di kala Aidil bernikah. Sungguh dia tak kuat. Namun dia tetap akan menitipkan
doa kepada Yang Maha Esa semoga Aidil berbahagia selalu dan perkahwinan itu
akan kekal sehingga ke Jannah. Tetapi untuk berada di situ, dia tidak kuat.
“Wah.. ada
bunga. It’s not your birthday kan,
Cik Qis?” Soal Ady, salah seorang pekerjanya.
“Hmm.. Nope,” Qistina duduk sambil membuat stretching leher. Tiba-tiba terasa
lenguh.
“Boyfriend kasi ke Cik Qis? Kalau ya,
kenalkanlah dengan kami.” Ady tersengih.
“Banyak
lah hal kamu ni Ady. Ni ada apa cari saya petang-petang ni? Kerja ok? Ada unhappy customers tak today?”
“Hmm.. Alhamdulillah
hari ni tak ada, Cik Qis. Semua ok. Ni, saya nak bagi senarai online orders kita minggu ini untuk Cik
Qis semak. Esok saya akan proses semua.” Memang job scope Ady untuk
menjaga semua online orders Soleil.
“Oh,
ok. Terima kasih, Ady.”
“Sama-sama.
Saya keluar dulu.”
Qistina
mengangguk sambil matanya kembali merenung jambangan bunga matahari di atas
mejanya.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment