Bab 9
True love doesn’t come to you, it has to be inside
you – Julia Roberts
“Not
even a ‘Thank You’ call? – Aidil”
Qistina
membaca kad kecil itu untuk kesekian kalinya. Dia memandang kepada
jambangan bunga yang baru diterima. Sejambak lagi bunga dari Aidil. Bunga
matahari. Sama seperti yang diterimanya pada dua minggu lepas. Memang dia sengaja
untuk tidak mahu menghubungi Aidil. Dia malas. Semenjak Aidil kahwin, Aidil memang tidak pernah langsung
menghubunginya. Seakan persahabatan mereka dulu tidak pernah wujud. Qistina
memang sakit hati apabila dia terkenangkan sikap Aidil itu. Dulu setiap hari
Aidil akan menghubunginya. Kadang-kadang lebih dari sekali dan mereka akan
berbual lama. Aidil akan bercerita serta berkongsi apa saja dengan dia.
Mengingatkan
itu, kadang-kadang Qistina terasa betapa dia bagai telah dipergunakan oleh
lelaki itu. Dan dia geram pada dirinya sendiri. Tembok yang selama ini dia
dirikan disekeliling hatinya, begitu mudah dirempuh oleh Aidil. Entah kenapa dari hari pertama dia kenal
Aidil, mereka terus ‘click’ dan
menjadi kawan. Tapi dia redha atas segala aturan Allah. Hadirnya Aidil dan
perginya Aidil dari hidupnya adalah untuk memberi pengajaran kepadanya. Aturan
Allah tidak pernah salah cuma sebagai manusia, adakalanya kita gagal untuk
memahaminya.
“Cantik
bunga tu, Cik Qis.” Sapa Shaza dari luar pintu pejabatnya.
“Masuk Shaza”
Pelawa Qistina.
Shaza
melangkah masuk sambil tersenyum dan matanya tertumpu kepada jambangan bunga
matahari di meja majikannya.
“Aura
bunga terasa sungguh kat bilik ni. Cuma tak ada bau saja. Kalau bunga ros ataupun
tuber roses, mesti dah wangi bilik
ni. Err.. boss ni ada peminat ke? Ni
dah masuk dua kali ni dapat bunga ni. Hehehe…” Shaza tersengih. Di tangannya
ada satu mug Hazelnut Coffee untuk Qistina.
“Bukan
peminat Sha. Dari kawan lama.” Qistina mengaku jujur.
“Oo...
baiknya kawan Cik Qis sampai hantar bunga walaupun tak ada special occasion.” Shaza sebenarnya merasa pelik. Tapi memang seronoklah kalau ada kawan
biasa yang menghantar bunga pada kita saja-saja jer, hati Shaza sudah berbisik.
“Awak ambil
bunga ni. Buka bungkusannya dan susunkan ke dalam pasu. Awak letak atas kaunter kafe. Biar aura dia terasa kat sana pula.”
Qistina menghulurkan jambangan bunga itu kepada Shaza. Kad kecil masih dipegang.
“Oh!
Dah pulak.. Erm… baik,” Shaza teragak-agak mengambil jambangan itu dari
Qistina.
“Saya
keluar dulu Cik Qis.” Sapanya sebelum melangkah keluar.
Qistina
sekadar mengangguk dan matanya kembali membaca kad kecil di tangannya. Selepas
membaca, dia membuka laci untuk menyimpan kad tersebut dan dia kembali meneliti
dokumen- dokumen yang memerlukan perhatiannya.
Sebentar
kemudian iPhonenya berbunyi. Nama AIDIL tertera di skrin. Dia mengeluh.
Patutkah dia menjawab? Nak dia biarkan, tak sampai hati pula. Lambat-lambat dia
menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum
Qis.” Kedengaran suara Aidil yang sudah sekian lama tidak didengarinya.
“Waalaikumsalam.”
Qistina menjawab pendek.
“Lama
tak dengar cerita. Awak apa khabar?”
“Saya sihat,
Alhamdulillah.” Terasa canggung sebab memang dah lama benar Aidil tidak
menghubunginya.
“Dah
lama kita tak berbualkan? As a matter of
fact, kita pun dah lama tak jumpa. Gosh
it must have been two years, right?”
“Kenapa
tiba-tiba?”
Terdengar
Aidil tergelak kecil kemudian diam. Hanya bunyi nafas Aidil kedengaran.
“Awak
marah ke?
“Patut
ke saya marah?”
Sekali
lagi lelaki itu ketawa.
"How come I don't get any Thank You for the
flowers I sent? Awak terimakan?" Soal
Aidil.
"Kenapa
tiba-tiba?" Qistina mengutarakan soalan yang sama.
Dia tak
ada masa untuk bermain kata-kata dengan Aidil.
“Entahlah
awak. Tiba-tiba saya rasa saya tak lengkap. Saya rasa macam something is missing in my life. Lama saya cuba mencari apa
yang missing dan saya rasa sekarang saya
dah tahu. I think I miss us.” Ada
keluhan di hujung ayat itu.
Qistina
sekadar mendengar. Dia juga rindu kepada persahabatan mereka tetapi sekarang sudah
ada jurang yang besar di antara mereka. Status mereka sudah berbeza. Tidak lagi
seperti dulu dan dia tidak mahu membuka ruang kepada fitnah. Dia tidak mahu ada
salah faham nanti.
“Awak?”
Aidil memanggilnya.
“Ya.
Saya dengar.” Jawab Qistina.
“Kita
jumpa nak? Banyak cerita saya nak update
kat awak ni.” Suara Aidil berbunyi riang.
“Saya
rasa tak payahlah awak.”
“Kenapa?”
“Kedudukan
kita sudah berbeza.”
“Maksud
awak?”
“Awak
sudah berkeluarga. Awak perlu menjaga hati isteri awak. Saya tak mahu timbulkan
sebarang salah faham. Saya tak mahu buka ruang fitnah.” Qistina mengharap
supaya Aidil faham.
“Kita
kan kawan, Qis?” Soal Aidil lemah.
“Ya.
Kita memang kawan. Tetapi, tak manis seorang wanita dilihat bersama dengan
suami orang. Walaupun kita hanya berkawan tetapi itu boleh menimbulkan fitnah
dan saya tak mahu ada hati yang terluka nanti.” Sekali lagi Qistina menekankan mengharapkan
untuk Aidil faham.
Aidil
diam. Lama.
“But I miss you. I miss talking to you. I
miss sharing things with you. Can we please meet?”
Qistina
mengeluh. Aidil dah merengek macam budak kecil. Guys can be so childish sometimes. Qistina kena kuat.
“Aidil,
these feelings will soon pass. Dah dua
tahun awak tak hubungi saya dan saya rasa awak ok kan selama itu? Lagipun awak
dah beristeri. You should make her your
best friend. The one you talk to and share your problems and emotions with.”
“It’s not the same, Qis” Keluh Aidil
lagi.
Qistina
diam sebentar. Dia harus menghentikan perbualan ini.
“Aidil.
I have to go. Kena attend to customer. You take care, ok?
Assalamualaikum.” Dan dia menamatkan panggilan itu tanpa menanti response dari Aidil.
Baru
sahaja lepas dia ingin menutup matanya, telefonnya berbunyi lagi. Matanya melihat
skrin dan terus terbit senyuman di bibirnya.
“Assalamualaikum
Ummi.”
“Waalaikumsalam
warrahmatullahi. Qis sihat?”
“Qis Alhamdulillah
sihat. Ummi?
“Ummi
pun sihat. Alhamdulillah. Qis
tengah sibuk ke tu?”
“Tak
ada lah Ummi. Boleh saja kalau nak borak.”
“Hmm.. Ummi
nak bagi tahu ni. Pak Long kamu mengajak kita untuk pergi umrah dengan dia
sekeluarga. Kamu nak tak?”
“Bila Ummi?”
“Ramadan
ni.”
“Hmm.. Ummi
nak pergi ke?”
“InsyaAllah,
Ummi nak ikut. Kalau boleh, Ummi nak Qis ikut sekali. Dah ada Pak Long ni,
senang. Dia boleh jadi mahram untuk Qis. Kalau tidak, Qis kena tunggu sampai
Qis bersuamilah baru boleh pergi.” Terang Puan Maryam.
Qistina
diam sebentar. Dia memang ada berhasrat untuk membawa Ummi pergi mengerjakan
umrah, cuma sejak pihak Arab Saudi memperketatkan syarat-syarat untuk visa
umrah, rancangannya terbantut.
“InsyaAllah
Ummi. Kita pergi sama. Nanti Qis tanyakan pada Pak Long bila tarikhnya sebab
Qis kena cari orang untuk tolong tengokkan Soleil.
Berapa lama ya, Ummi?”
“Dalam
dua minggu.”
“Oh!
Hmm… ok Ummi. InsyaAllah.”
“Err..
Qis?”
“Ya Ummi?”
“Dah
ada ke lelaki di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya?” Soalan mengusik Puan
Maryam disertai dengan ketawa kecilnya.
“Hish Ummi
ni!”
Pecah
ketawa mereka dua beranak.
“Papa…”
Khalish
menoleh.
“Bila
kita nak pergi jumpa Auntie Qis? Dah seminggu Husna tak jumpa dia. I have so many stories to tell her.”
“Why don’t you share them with me instead?”
Khalish tersenyum.
“Tak best lah dengan Papa. Husna nak bagi tahu
pada Auntie Qis saja. Papa kalau dengar nanti Papa kata boring, tapi Auntie Qis
tu dia senyum saja bila dengar cerita Husna.”
“Dulu
ok saja Husna cerita dengan Papa.”
“Dulu
tak ada Auntie Qis, Husna hanya ada Papa, jadi Husna ceritalah dekat Papa. Nak
cerita kat Nek Jah, dia asyik sibuk.”
Khalish
pecah ketawa. Ada-ada saja Husna ni. Petah menjawab!
“Hmm.. maybe kita boleh ajak Auntie Qis dinner dengan kita. Hah, cuba Papa call dia?” Bersinar terus mata Husna.
Tiba-tiba dapat idea bernas!
“Tak
baiklah kacau Auntie Qis. Mana tahu dia sibuk ke? She has a shop to take care of, remember?”
“Ala Papa
ni. Kan Auntie Qis ada pekerja-pekerja dia. Call
la dia Papa.” Husna dah merengek. Tangan Khalish ditarik-tarik. Khalish mengeluh.
Dia rasa tersepit. Antara melayan kerenah si anak dan rasa segannya pada
Qistina. Terasa bagai dia menyusahkan Qistina. Dia tak mahu meletakkan Qistina
dalam keadaan serba salah. Dia tak tahu bagaimana dia harus terangkan supaya
Husna dapat faham.
“Papa!”
Husna menepuk lengannya.
“Ya. Papa
dengar.”
“Then? Papa tak call pun” Husna sudah mencebik.
“Ok. Papa
sms saje ya?”
[Salam.
Husna would like to invite you for dinner
tonight. Are you free? – Khalish]
[Salam.
Sure. What time & where shall I meet you both? – Qistina]
[Selepas
Maghrib. Saya datang jemput di Soleil?
- Khalish]
[Oh
ok.. see you then. – Qistina]
[Thank you. – Khalish]
Bab 10
Love has reasons which reason cannot understand –
Blaise Pascal
“Lambat
balik?” Ira menegurnya sebaik saja dia melangkah masuk.
“Assalamualaikum
Tuan Rumah.” Qistina memberi salam. Dia melangkah menuju ke sofa di sebelah
Ira. Terasa letih badannya.
“Waalaikumsalam
Puan Tanah.” Ira tersengih.
“Kau
dari mana ni? Dah dekat pukul sebelas ? Jarang kau balik lambat macam ni.”
“Aku
pergi dinner.”
“Dengan
siapa?”
“Dengan
Husna dan Khalish”
“WAH!
Dengan Husna dan Khalish? Kat mana? Best
tak? Khalish ada cakap apa-apa tak? Details-details!
Cepat!” Mode nenek kebayan dia dah ON.
“Assalamualaikum Auntie.”
Kepala Husna menjengah dari luar pejabatnya. Senyuman manis terukir di bibir.
“Waalaikumsalam
Husna.”
“Auntie
dah siap?”
“Siap? Siap
nak pergi mana?” Usik Qistina.
“Kita
kan nak pergi dinner. Kan Papa dah bagi tahu tadi?”
“Ya ke?
Auntie tak tahu pun?” Qistina buat muka terperanjat.
“La, Papa
tak sms ke tadi?” Husna sudah mula memusingkan badannya.
“PA…..”
“Eh!
Eh! Husna! Auntie tahulah. Papa dah sms tadi. Auntie saja kacau Husna.” Qistina
cepat-cepat memotong panggilan Husna kepada Khalish.
“Ah… Auntie
naughty!” Husna melangkah masuk ke
arah meja Qistina dan dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Qistina.
Selepas bersalam, Husna terus memeluk Qistina erat. Sekali lagi Qistina
terkejut.
“Husna
rindu kat Auntie! Hmm..Auntie ni wangilah.”
Qistina
membalas pelukan anak itu. Dalam dia mengusap rambut Husna, matanya terpandang
Khalish yang sedang menyandar di pintu pejabatnya dan sedang memandang tepat
kepadanya. Dalam sungguh pandangan
itu. Sarat dengan emosi. Tiada senyuman. Hanya renungan. Mata mereka berpaut
lama, selama pautan Husna di bahunya. Qistina cuba meneka apa yang bermain di fikiran
Khalish.
“Jom Auntie.”
Pelukan dilepaskan dan tangan Qistina diraih. Pandangan dua mata juga terlerai.
Qistina
tersenyum memandang Husna. Begnya dicapai.
“Jom!”
Di
dalam kereta, Khalish hanya berdiam diri. Hanya Husna sahaja yang riuh
bercerita. Dalam Qistina melayan Husna berbual dia sebenarnya sedikit tidak
selesa dengan sifat diam Khalish malam itu. Marahkah Khalish kepadanya? Dia
takut kalau-kalau Khalish merasa yang dia sedang menggunakan Husna untuk
mendekatinya. Sungguh dia takut.
Namun
apabila mereka sampai di restoran, Qistina sedar mood Khalish sudah berubah.
Lega rasa hatinya.
“Husna
nak makan apa atau nak Papa orderkan?”
Kedengaran suara Khalish lembut menyoal Husna.
Husna dan
Qistina sedang asyik meneliti menu di tangan. Kali pertama mereka di situ maka
haruslah meneliti apa yang ada.
“Qis? How about you? Western or local?” Soal Khalish kepada Qistina pula.
Qistina
sedikit tergamam apabila Khalish memendekkan panggilan namanya sebegitu.
“Hmm..
Husna nak spaghetti meatballs lah Papa.”
Husna sudah memilih.
“Ok.
Qis?”
“Hmm.. I will go for fish and chips, please.”
“Ok. Drinks? Husna?”
“Carrot susu, Papa.”
Qistina
tersenyum. Husna tahu apa yang dia mahu. Dia tidak teragak-agak dalam
pilihannya. Satu sikap yang jauh matang dari usianya.
Khalish
beralih pandang kepada Qistina.
“Sama. Carrot susu.”
“Yeay. Kita sama!” Husna senyum lebar.
“Ok – let’s order then.” Khalish memanggil
pelayan.
Selesai
makan, Husna mengajak mereka untuk makan aiskrim pula. Khalish memutuskan untuk mereka membeli
dari 7-Eleven saja dan kemudian mereka melangkah ke taman berhampiran untuk
menikmati aiskrim itu.
“Husna,
make sure you are sitting down when you are
eating.”
“Yes, Papa.” Jawab Husna sambil berjalan
menuju ke buaian yang di tengah padang dengan ais-krim di tangan.
“Thank you for having dinner with us.” Khalish
berkata perlahan. Matanya tidak lepas memandang anaknya. Nasib baik cahaya di
taman itu terang. Mereka berdua sedang duduk di kerusi batu di tepi taman. Ada
beberapa keluarga juga kelihatan membawa anak-anak mereka keluar bermain.
Mungkin di malam hari, cuaca sedikit sejuk berbanding dengan terik matahari di sebelah
petang. Ada juga beberapa pemuda yang sedang berjogging disekeliling taman.
‘There’s no need to thank me, Khalish. I enjoyed the dinner and especially the company. And now I am enjoying this ice cream.”
Qistina tersenyum sambil menunjukkan aiskrim di tangan.
Khalish
memandangnya sekilas namun tiada senyuman di bibirnya. Khalish yang serius
sudah kembali nampaknya.
“Qis.”
“Yes?”
“I must thank you for your time. I hope that
we are not imposing on you. If we are,
dan awak rasa terpaksa, saya minta maaf .Saya risau sangat kalau kami
menggangu kehidupan awak. Saya rasa segan dengan awak sebenarnya. Tapi
kadang-kadang saya kalah dengan Husna. Dia beriya-iya sangat nak jumpa dengan
awak. She seems to be so smitten by you.
This is the first time for her to be so attached to someone. Saya cuba
untuk buat dia faham tapi she is only
seven so it is not easy.” Panjang kata-kata Khalish dengan matanya yang masih
tertumpu kepada Husna. Satu nafas panjang dilepaskan. Lega rasanya apabila dia sudah meluahkan apa yang dia rasa
di dalam hati. Perkara yang bermain di kepalanya sepanjang malam itu.
Qistina
diam sambil cuba memproses apa yang baru Khalish luahkan. Berat sungguh bunyi
suara lelaki itu. Rupanya inilah yang bermain di fikirannya. Yang membuatkan Khalish
diam semasa mereka di dalam kereta menuju ke restoran tadi.
Qistina
cuba menyusun ayat. Matanya juga tertumpu kepada Husna yang ketika ini kelihatan
sedang seronok bercerita dengan kawan disebelah buaiannya.
“Khalish.
Pertamanya, percayalah yang saya tak pernah rasa terpaksa. Jadi, tak payahlah
awak nak rasa risau, segan atau susah hati. And
you guys are not imposing anything on me.
Percayalah.
Saya ikhlas. I don’t mind spending time
with Husna. I love children and I love being around them. Besides, Husna is an
angel. She lights up a room when she walks in. You are lucky to have her and I thank
Allah for the opportunity to know her. Jujurnya, saya pun rasa attached dengan dia. She has a special place in my heart. I even
miss her chattiness when I don’t see her.” Qistina juga berhujah panjang. Dia mahu Khalish faham hatinya dan tidak
mahu ada rasa bersalah atau pun sebarang salah faham. Dia berpaling memandang
Khalish dan mata mereka bertentang sebentar.
Khalish
tersenyum manis.
Hati
Qistina bergetar tiba-tiba.
“Thank you, Qis. Lega saya.” Kedengaran
Khalish menghela nafas panjang.
“But please don’t tell her that I miss her chattiness,ok?”
Qistina membuat lawak untuk menutup gugup di hatinya.
Khalish
tertawa kecil. Angguk dua kali.
“Pinky swear!” Kata Khalish selamba.
Giliran
Qistina pula untuk ketawa.
“And you know what, Khalish? If she wants to
come by the shop on weekends, you can just drop her off and I will take care of
her. I can send her home after. It will not be a problem at all.”
“Qis, awak
tak risau ke kalau Husna asyik mengekori awak nanti, ‘saham’ awak jatuh? Saya
risau tau. Nanti orang ingat Husna tu anak awak. Nanti lari jodoh awak.”
Qistina
ketawa lagi. Pandai juga Khalish buat lawak.
“Saya
percaya kepada aturan Allah, Khalish. Kalau jodoh saya tu lari semata-mata
kerana saya bersama Husna, maknanya dia bukan jodoh saya.”
Khalish
sekadar mengangguk perlahan. Dia merenung Husna. Memikirkan bagaimana reaksi
Husna nanti kalau Qistina sudah bersuami. Semestinya bila Qistina sudah
bersuami nanti, dia tidak akan ada banyak masa seperti sekarang untuk Husna.
Suami Qistina mungkin tidak akan senang dengan Husna. Bila tiba masa itu,
bagaimana Khalish nak kawal emosi Husna? Mukanya diraup. Nafasnya berat. Sempit
dadanya bila memikirkan hal itu. Pantas dia bangun menuju ke Husna.
“Jom
kita balik, Husna.”
“Ok Papa.”
No comments:
Post a Comment