Friday, 3 January 2014

Awek Pisang Goreng : Bab 3 & 4

Bab 3.

“Cepat sikitlah kemas tools tu! Terhegeh-hegeh!”
Aku dah merengus kuat. Gigi kuketap-ketap rapat. Memang menyirap betul. Dalam nak cepat ni, budak-budak ni buat lambat-lambat pulak. Bukan aku tak pernah pesan, lepas guna terus masuk dalam kotak, jangan tangguh-tangguh, jangan letak sepah-sepah. Sekarang dah jadi satu hal nak pergi trace semula kat mana diorang tinggalkan tools. Apa selama nih aku bercakap dalam meeting tu, aku bercakap dengan dinding ke apa? Pesan sekali tak cukup ke? Bukan budak-budak kecik lagi pun nak kena ulang-ulang benda sama macam tape rosak. Memang bikin panas betul diorang ni.
Sebatang spanar atas lantai aku kutip dan baling masuk dalam toolbox. Apa saja yang dapat aku kutip atas lantai, aku baling sahaja ke dalam toolbox. Sungguh tak ada kuasa dah nak pergi letak elok-elok. Aku tahu diorang tahu aku dah mula marah. Aku bukan selalu tinggi suara macam ni.
Biasanya aku bagi body language je. Kalau nampak aku buat kerja mula hentak-hentak, kasar-kasar, main baling-baling tu, insyaAllah, automatik semua jadi pekerja yang baik. Macam sekarang, masing-masing dah macamkan lipas kudung tak menang tangan mengemas semula peralatan yang berteraburan atas lantai.
“Relaxlah Daus. Kau nak marah-marah ni apasal?” Saiful pegang bahu aku.
Aku tarik nafas panjang lalu menggeleng. Beristighfar berulangkali dalam hati, menghalau amarah yang datang bertandang.  Sedikit lega walau tidak sepenuhnya.
“Kemas tools, angkat masuk lori. Aku tunggu kat kereta.”
Kaki pantas aku hayunkan keluar dari kawasan kilang ke tempat parkir dengan toolbox kecil milik aku. Remote kutekan dan pintu kubuka. Enjin kuhidupkan kemudian memasang pendingin hawa. Safety helmet putih aku letakkan di kerusi belakang. Tubuh aku sandarkan pada dinding kereta setelah memasukkan toolbox ke dalam but. Aku mendongak memandang ke langit yang cerah. Terik sungguh matahari memancar hari ini. Macam tak terkesan je hujan yang turun di awal pagi tadi.
Butang jaket keselamatan aku tanggalkan satu persatu. Kemudian poket kiri seluar kargo kuseluk, mengeluarkan sekotak rokok yang dah kemek-kemek kotaknya. Sebatang rokok kuselit ke celah bibir dan menyimpan semula kotak ke dalam poket.
Selepas itu meraba-raba mencari pemetik api. Jumpa, dan rokok aku nyalakan. Asap racun penawar jiwa itu aku sedut dalam-dalam dan menghembus kembali perlahan. Dalam proses berhenti sejak-sejak keluar fatwa merokok tu haram. Ingat senang nak berhenti? Dah bertahun-tahun dari zaman sekolah dulu menghisap, bukan senang nak tinggalkan terus macam tu je. Mau mati terkejut sistem badan aku nanti. Pelan-pelan. Ustaz kata yang penting usaha, pelan-pelan pun tak apa. Janji ada usaha tu.
Jam di pergelangan tangan kukilas. Dah pukul lima suku. Memang sahih sangat tak sempat nak sampai sebelum jam enam. Walau aku drive Civic macam nak terbang sekalipun, memang tetap tak sempat. Aku geleng kepala dan mengeluh. Tak apalah, esok masih ada. Senah, sila tunggu ye? Rokok yang masih tinggal suku aku buang ke tanah.
“Dah siap, jom.” Saiful terus masuk ke  sebelah kiri.
Aku ikut masuk dan menutup pintu. Brek tangan kuturunkan.
“Diorang dah keluar ke?”
“Tuuu... baru keluar.”
Sebuah lori dua tan melintas  di depan. Aviator kukenakan, masuk gear dan tekan minyak. Civic hitam kupandu beredar.
“Esok cuti, kan?” Saiful yang memecah sunyi setelah lima minit berada atas jalanraya. Aku angguk.
“Cutilah. Tak kuasa dah aku nak kerja esok. Penat gila kot dah berapa minggu tak cuti-cuti hari Ahad. Dahlah masuk pagi, balik tengah malam. Hari-hari pulak tu. Lembu pun balik kandang pukul tujuh,” rungut aku. Saiful gelak.
“Aku ingat hang tak reti penat,” kata dia sebelum menyambung gelak.
“Apahal pulak tak reti? Kau ingat aku mesin? Mesin pun ada operating time dia jugak apa. Ada cooling off time,” balas aku tak puas hati. Sesuka hati je mamat ni. ada jugak yang aku tinggal kat tepi jalan ni karang. Menapaklah kau dari PJ ni nak balik Shah Alam. Heh.
“Yelah. Kau siap buat jadual untuk semua, gilir-gilir cuti hari Ahad. Tapi kau pergi pulun datang jugak tiap-tiap minggu tu apahal?” tempelak dia.
Aku diam sekejap. Otak pantas bekerja mencari alasan terbaik nak bidas cakap dia.
“Aku takpe, bujang lagi. Aku kesian kat orang macam kau laa. Kesian anak-anak kau kang tak kenal pulak ayah dia lama sangat tak jumpa,” jawab aku.
“Budak-budak bujang tu kau boleh bagi cuti jugak, apasal kau tak cuti sekali?”
Argh! Tak habis lagi rupanya dia nih!
“Aku kesian dol kat budak-budak tu. Kang ada yang kena cerai dengan awek kang, asyik kerja je. Tak pasal kang mandom je datang kerja, takleh perform. Lagi semak kepala aku tengokkan.” Alasan sekonkrit batu bata aku bagi sebelum ketawa. Saiful ikut ketawa.
“Dahtu, kau duk kerja tiap-tiap hari, awek kau tak marah?”
“Takpe, stok aku ramai. Sorang pergi, sepuluh mari.” Aku sambung gelak lagi.
Memanglah ramai kawan perempuan, tapi itu zaman belajar dulu, sebelum aku start kerja sini. Sekarang aku tak taulah kemana semua dah pergi. Memang tak ada masa nak hang out lepak-lepak sangat. Asyik kerja, tapi tak kaya-kaya. Hahahahah!
“Sepuluh mari konon. Satu pun tak ada, cakap besar,” tempelak dia lagi.
“Kau jangan banyak bunyi, aku tinggal kau tepi jalan kang. Kau jalan laa kaki balik rumah.”
Dia masih sakan gelak. Memang nak kena betul mamat ni.
Aku kilas cermin pandang belakang. Jalan agak clear. Ada sebuah bas selang tiga biji kereta di belakang aku. Di depan ada sebuah hentian bas, dengan seorang perempuan sedang mengangkat tangan menahan bas. Aku bagi signal ke kiri. Saiful terus terdiam. Dia pandang aku dengan muka cuak.
“Oi, relaxlah oi. Gurau-gurau aje kot,” katanya dengan nada cemas.
Aku sekadar senyum senget. Civic aku hentikan depan hentian bas itu. Betul-betul depan perempuan yang menahan bas tu. Muka dia pun dalam kategori boleh tahan. Boleh buat cuci mata sekejap. Haha
“Ok, ok, sorry. Aku tarik balik.” Memang muka dia dah cuak habis. Tingkap disebelahnya aku turunkan dan aku tunduk sedikit ke arahnya.
“Hai! Nak tumpang ke?”
Saiful ikut pandang ke luar. Perempuan tu menunduk tengok ke dalam kereta. Aku tarik senyum sebelum menanggalkan Aviator. Berkerut-kerut kening dia.
“Apadia?” tanyanya dengan nada marah. Aku sengih.
“Nak tumpang ke? Hop in.” Aku masih tayang sengih. Saiful di sebelah diam tak terkata apa-apa.
“Awak gila ke?” marah perempuan tu lagi. Aku ketawa kecil.
“Mana ada. Awak tahan kereta saya tadi kan?” Membuntang mata dia pandang aku. Aku sedekahkan senyuman paling manis bergula berlori-lori padanya.
“Mana ada... Orang tahan bas kat belakang sana tu lah.” Nada suara dia dah sedikit kendur. Aku buat-buat terkejut.
“Eh? Bukan awak tahan saya ke?” Dia geleng-geleng.
Saiful dah cuit-cuit bahu aku, tapi aku buat dia macam tak wujud. Tawa aku kunci kemas-kemas. Hanya senyuman yang terukir di bibir.
“Tak adalah,” nafi perempuan tu lagi.
Aku buat muka kecewa.
“Jadi tak nak tumpang lah ni?” Aku buat-buat tanya lagi.
“Tak, tak. Saya naik bas.” Serentak tu hon panjang berbunyi dari bas di belakang. Aviator aku kenakan semula sebelum menekan minyak meninggalkan hentian bas itu. Saiful naikkan semula tingkapnya.
“Cilakak lu bang chor! Buat aku cuak je!” Marah Saiful. Aku dah ketawa terbahak-bahak. Dia ikut ketawa kemudiannya.
“Aku takdelah kejam sangat nak tinggal lu kat situ. Aku kan baik hati.” Kataku dalam tawa yang masih tak henti.
“Blah laa lu. Baik hati konon, puihh!” Saiful dah gelak sambil tekan-tekan perut. Melampau ni. Aku buat betul-betul kang, tau laa kau langit tu tinggi ke rendah.
“Kau jangan lebih-lebih bai. Kang aku tinggal betul kat tepi jalan kang. Meraunglaa lu sorang-sorang kat situ.” Ugut aku dengan riak yang sengaja aku seriuskan.
“Aku tak percaya laa bai... Kau kan baik hati, sopan santun, budi pekerti tinggi... Lelaki melayu terakhir katakan...” Ayat trademark yang selalu aku gunakan Saiful ulang.
“Tau takpe.” Balas aku selamba. Saiful sengih.
“Kau lain kali nak buat kerja gila macam tu bagi aku warning dulu boleh tak? Tak adalah aku jadi bodoh je macam tadi. Boleh jugak tumpang sekaki.”
“Tak boleh. Kang sian Kak Yan. Aku takpe, muka telus, boleh dipercayai.” Macam biasa, masuk lif dan tekan button tingkat paling tinggi. Aku dah mula terbahak-bahak.
“Pigiraaahhhh!! Perasaaaannn!!” Bahu aku ditumbuk sebelum dia ikut menghamburkan tawa.
  

Bab 4.

Aku padamkan televisyen. Tak ada rancangan yang menarik malam minggu macam ni. Sudahlah tinggal sorang-sorang je kat rumah. Budak-budak lain semua dah keluar meronggeng. Aku malas nak ikut. Badan rasa sangat penat. Aku rasa ada dekat dua bulan kot aku tak cuti hujung minggu. Dah dapat can ni, haruslah aku gunakan sebaik yang mungkin.
Aku bangkit dari sofa PVC. Mug yang sudah kosong kubawa ke dapur untuk dibasuh sebelum mengurung diri di dalam bilik. Suis stand fan aku petik dan menghalakannya ke arah meja kerja. Punggung kulabuhkan atas kerusi. Earpiece aku sumbat ke dalam telinga dan Ipod aku hidupkan. Lagu Holiday yang berkumandang serta merta buat aku teringatkan seseorang.
Aku pandang pada diari kepunyaannya yang masih aku simpan. Dah dua hari aku simpan. Tak sempat nak pergi bagi, tak sempat nak balas dendam lagi. Esok ajelah. Diari kuambil.
Buku berkulit tebal itu aku buka lagi untuk ke sekian kalinya. Masih pada mukasurat yang pertama. ‘Senah Punya’ masih tertera di muka hadapan sekali. Aku tahu berdosa kalau aku selak lagi membaca kisah hatinya, tapi perasaan ingin nak tahu tu terlalu membuak-buak. Aku nak tahu jugak ada tak dia catatkan kisah tentang aku. Tentang pertemuan pertama aku dan dia. nak tahu apa pandangan dia terhadap aku. Apa perasaan dia pada aku. Uber curious to find out!
Teragak-agak aku menyelak helaian pertama. Biodata diri. Wah, ini sudah bagus! Free info! Laju mata aku menatap maklumat yang tertulis.
“Ting tong punya budak!” Aku gelak. Memang tak boleh blah langsung. Satu maklumat pun tak boleh pakai. Semua main-main punya jawapan. Tak ada yang serius. Well, kalau jawapan tu serius pun, separa sahaja. Memang kepala ting tong punya orang ni.
Galaxy Ace yang tergeletak di hujung meja mengalunkan lagu tema Super Mario Brothers tiba-tiba. Diari aku letakkan atas meja dan mencapai telefon. Nama pemanggil yang tertera buat aku mengeluh berat. Apa pulaklah pesanan penaja kali ini? Ipod aku matikan dan earpiece aku tanggalkan. Lambat-lambat aku tekan juga punat hijau. Telefon kutekap ke telinga.
“Assalamualaikum mak.”
“Waalaikumussalam. Achik duk buatpa tu?” Aku bangkit dari kerusi, halakan stand fan ke katil dan melabuh duduk di atas katil. Belakang badan kusandarkan pada dinding.
“Takdak buatpa. Nak tidoq dah ni.”
“Awai tidoq, baru pukui sepuluh. Esok gheja ka?” Aku geleng.
“Dak aih, cuti.”
“Cuti awat tak balik kampung?” Adeh.
“Achik tak dapat cuti lama mak. Gheja duk tengah banyak laa ni. Ni pun baru nak meghasa cuti. Kot dak straight Ahad sampai Ahad Achik duk gheja.”
Terdengar mak mengeluh di hujung talian. Aiseh, bersalah betul rasa.
“Mak mai sini laa. Achik memang tak dapat nak cuti lama nak balik SP. Kalau mak mai sini, boleh jugak Achik lari-lari sat pi jumpak mak, bawak mak pi jalan ka, pi pusing-pusing ka. Mak ajaklaa Acaq mai.”
Mak mengeluh lagi di hujung talian. Aku garu kepala. Nak pusing cakap kut mana lagi pun tak berapa nak tau dah ni.
“Tengoklah lagu mana. Sat ni mak habaq kat Acaq. Ni, mak ada hal nak habaq ni.”
“Err... Habaq apa mak?” Janganlah mak habaq kata mak dah ada calon untuk aku. Sesungguhnya Achik belum ready lagi, mak.
“Ni, duit Achik ni mak pakai beli barang sekolah adik-adik na?” Fuuuhhhh~~ lega tak tau nak habaq laa cheq dengaq...
“Laa mak nih. Memang Achik duk bagi untuk mak pakai. Mak guna pi lah, nak habaq kat Achik buatpa? Kalau habaq tak cukup tu lainlah, laa ni jugak Achik pi masuk duit.”
“Manalaa tau kot Achik nak pakai buat kahwin.”
Aiseh, dah start naik bunga-bunga dah tu. Harus. Cantas. Segera.
“Lambat lagi mak. Mak pakai dululah nak buat apa pun, tak payah habaq. Nanti esok Achik tambah lagi.” Dah siap cantas. Harap tak melata lagi.
“Eh, takpalah. Hat yang duk bagi tiap-tiap bulan tu pun melambak lagi. Mak bukan guna banyak sangat pun. Kot Achik nak pakai buat apa-apa nanti.”
Kenapa aku rasa macam cantasan tadi tak berjaya aje? Mak ni, liat betul laaa... Haiiissshhhh....
“Takpa mak, Achik ada simpan lain. Bulan-bulan Achik duk bagi tu, memang untuk mak guna. Mak pakailah macam mana mak nak pakai. Tak payah habaq. Kalau tak cukup ja baru habaq kat Achik. Ok?”
Mak mengeluh lagi buat kesekian kalinya.
“Adik-adik apa habaq? Mak sihat?” Tukar topik. Dah lama cakap baru nak tanya khabar, bengong. Tapi takpe, ada jugak topik lain nak dibangkitkan sekurang-kurangnya. Bab-bab duit ni aku malas sikit. Eh, bukan sikit. Tapi malas banyak.
“Alhamdulillah, sihat. Achik kat sana apa habaq? Sibuk-sibuk gheja tu, solat buat dak?”
Haish mak nih.
“Solatlah mak. Apa punya soalan laa mak bagi nih.”
“Manalaa nak tau. Dulu hang liat nak solat.”
“Tu dulu, masa kecik-kecik. Sejak baligh Achik tak tinggai dah. Lambat dengan cepat jaa. Mak ni... Saja nak bagi jatuh saham Achik ni...”
Mak gelak di hujung talian. Aku tarik sengih. Bingo!
“Lain kali solat tu awal-awal waktu. Jangan lewat-lewat, tak bek.” Mak dah mula bagi tazkirah. Aku redha je tadah telinga, terangguk-angguk mengiyakan kata-katanya.
“Yelah mak, Achik ingat,” jawabku setelah tazkirah ringkas mak tamat.
“Haa, Achik ni bila nak bawak balik calon menantu kat mak? Mak nak tengok.”
Aik? Tukar balik? Tak cantas habis lagi ke tadi? Aduh!
“Achik tak dak masa laa mak. Tak sampai seru lagi. Ada nanti, adalah. Mak sabaq sajalah,” jawabku acuh tak acuh.
“Mak nak sabaq sampai bila Achik? Mak bukan muda lagi dah pun. Achik pun umuq dah berapa. Nak tunggu sampai bila lagi Chik?” Mak dah buat suara sedih.
Adui... tak menahan betullah.
“Belum sampai masa dia lagi laa mak. Adik-adik pun duk tak habih mengaji lagi.” Nada aku dah sedikit tegas.
“Allah, nak tunggu adik-adik hang semua pakat habih mengaji, pakat mati kempunan laa mak.”
“Mak ni, cakap lagu tu pulak. Lagipun Achik duk sibuk gheja laa mak. Mana sempat.” Ni yang mula nak datang kepala angin aku ni. Tak suka betul laa mak cakap macam tu.
“Susah-susah sangat mak carik laa sorang kat Achik. Nak? Anak Cikgu Derus duk hujung kampung tu anak dara dia baru habih mengaji. Kot dak, tu, anak makcik Aton tu. Dia gheja kat KL jugak. Senang Achik nanti. Lawa pulak tu budak dia. Mak tengok pun berkenan.”
Apa?
“Hah? Tak mau laa mak! Achik carik sendiri!”
Anak Cikgu Derus? Siapa? Anak makcik Aton? Mintak simpang! Bukan aku tak kenal minah tu. Balik kampung je cantik bertutup, dekat sini? Fuuuhhhh~~ Malas nak bagitau laa.
“Bila Achik nak carik?”
“Nanti Achik carikla. Achik duk banyak gheja laa nih. Tak sempat.”
“Duk nanti, nanti. Ka memang Achik macam Haziq duk habaq kat mak hari tu? Apa tu? Gay?”
Tersedak air liur sendiri terus aku.
“Mak percaya sangatlah cakap dia tu.”
Mak ketawa. Aku rasa macam nak tarik muncung panjang-panjang.
“Dahtu, sampai laa ni susah sangat nak bawak calon menantu tunjuk kat mak. Awat?”
Haiihhh... Berapa kali mau cakap daa...
“Achik sibuk, mak. Tak dak masa.”
“Mak tak percaya lah. Ka Achik sorok bakal menantu mak ni?”
“Ha, mak mai sinilah. Nanti Achik tunjuk macam mana, senang. Duk tak percaya sangat,” sinis aku.
“Betui ka? Hujung minggu depan jugak mak ajak Acaq mai!” Suara mak dah kedengaran teruja gila.
Eh, apasal pulak teruja tiba-tiba?
“Err... mak, Achik-“
“Mak nak pi habaq kat Acaq na? Nak bawak apa-apa ka? Cincin ka? Apa ka?”
Haa? Bawak cincin? Eh, Mak cakap apa pulak ni?
“Mak, Achik-“
“Minggu depan mak mai na? Jumaat mak mai, hari Sabtu ka, Ahad ka, kita pi tengok bakal menantu mak na?”
What? Mak! Achik cakap nak tunjuk berapa punya busy kerja Achik lah! Bukan tunjuk bakal menantu! Aduh! Mati aku!
“Mak! Achik tak-“
“Ok, mak nak telefon Acaq nak habaq sat. Assalamualaikum.” Dan mak terus matikan talian.
Maaaakkkkkkkkkkkk! Achik cakap lain laaaa!! Telefon aku campakkan atas katil. Dua-dua belah tangan dah menggaru-garu kepala. Aku bangkit dari katil, alihkan stand fan dan duduk di meja kerja semula.
“Mampus aku macam ni. Aduh, mak ni... Nak explain balik macam mana ni? Masak aku, masak!”
Aku tarik nafas panjang-panjang dan menghembusnya perlahan. Relax Daus, jangan gabra. Hal kecik je. Sekarang memang tak boleh nak reasoning lagi dengan mak, dia tengah teruja lebih, cakap apa pun nanti dia tak dengar.
Komputer yang dah masuk mode standby aku aktifkan semula. Aku duk tension-tension pun tak boleh nak fikir alasan yang waras, tahu nak naik angin je nanti. Kasi main game dulu seround-dua, baru boleh fikir semula. Tetikus aku gerakkan untuk klik pada portal game online. Tangan aku berlaga dengan diari Senah.
Senah? Senah? Hmmm... Senah... Haaa!! Senah!! Ting! Ting! Ting! Ting! Ting! Bingo!! Calon dah dapat!!


BERSAMBUNG 

No comments:

Post a Comment