Picture credit to Google
“Setengah juta ringgit! Setengah
juta ringgit for a wedding
ring! It doesn’t make sense. Itu
belum lagi belanja untuk majlis nikah, majlis resepsi di hotel, barang
hantaran, goodies for the
guests and the dresses for her bridesmaids. Oh, and did I mentioned about her 3
days bachelorette party at Uncle Syed private island? Do you know how much her
wedding worth? Almost 2 million ringgit, Nani! Two million! You can feed a third
world country with that amount of money! What was she’s thinking?”
Zara bersuara sekali nafas sambil berjalan mundar mandir di atas bumbung
bangunan hotel 15 tingkat milik keluarganya.
“Did you know she’s planning a shine bright
like a diamond theme for her reception? Everything have to be shining katanya! Can you
imagine that?” Dia sambung
lagi meluahkan rasa tidak puas hatinya. Ringan sedikit rasa dada selepas
berminggu-minggu dia pendam rasa tidak puas hati itu.
“Shine bright like a diamond? Eh,
kak long kau dah terkenan dengan Rihanna ke?” Nani yang sejak tadi mendiamkan diri
di hujung talian akhirnya bersuara sambil ketawa.
“Rihanna? Siapa pulak tu?” Zara buat muka
blur. Rasanya mereka tidak ada kenalan bernama Rihanna.
“Laa…Hollywood artist tu lah. Yang heboh kes
kena pukul dengan kekasih dia Chris Brown tu?”
“Hah?” Sungguh dia blur.
Chris
Brown mana pulak ni? Dia cuba mengingati nama
kawan-kawan sekuliah sewaktu belajar di Aberdeen dulu namun tak ada satu pun
yang bernama Chris Brown.
Nani
di hujung talian sudah menepuk dahi bila melihat wajah Zara yang berkerut-kerut
di skrin iPhonenya.
“Forget it, Zarr.”
Macam manalah dia boleh lupa minah seorang ini minah rock. Kalau sebut pasal
Linkin Park, Breaking Benjamin atau Three Days Grace barulah cepat otak dia itu
beri respon.
“Semua
ni membazir, Nani. Jenuh dah aku nasihat dia tapi…”
“Macam curah air atas daun keladi?”
Zara
mengangguk. Punggung dilabuhkan ke atas sebuah kerusi yang dia bawa naik khas
ke bahagian atas bumbung itu sejak kali pertama dia menjejakkan kaki ke hotel
ini.
“So why waste your time?”
“Entahlah. Mungkin sebab aku ingat dia akan
dengar cakap aku kali ni?”
Nani
juling mata ke atas. “When did
she ever listen to you?”
Zara
mengeluh perlahan. Ya. Sejak bila pula Kak Long dengar cakap dia? Cakap mama
dan babah pun kadang-kadang dia langgar, inikan pula dia yang berpangkat adik
ini.
“Just let her be, Zarr.
Lagipun belanja untuk wedding tu, your
future brother-in-law yang
akan tanggung kan? Jadi tak payah nak pening kepala fikirlah. Sekarang ni
fikirkan masalah kau yang tak selesai-selesai tu. Macam mana? Dah bincang
dengan mama dan babah kau?”
Zara
menggeleng.
“What!?”
“Tak sampai hati nak cakap. Diaorang dah cukup
pening dengan karenah Kak Long.”
“Dah tu? Kau nak ikut je?”
Zara
tarik nafas panjang. “Kalau bincang dengan ‘dia’ je, macam mana?”
Nani
angkat kening sebelah. “Duh…dari
awal itu yang aku suruh, kan?”
“I think it’s time.”
“Serious?”
Zara
mengangguk.
“So, bilanya yang kau nak bincang dengan
‘dia’?” Nani keluar soalan cepu emas.
Zara
ketap bibir. “The sooner the
better. Malam ni?”
“Dah sedia ke?”
“Nak ikutkan sampai bila-bila pun aku tak
sedia lagi nak jumpa dia. In
fact tak teringin pun nak
jumpa dia. Tapi sampai bila nak tangguhkan? Clock’s
ticking.” Makin tangguh,
makin serabut fikiran dia dibuatnya. Jadi baik selesaikan secepat mungkin.
“Ok. Nak aku temankan ke?”
Zara
menggeleng. “Let me do this
alone. Bukannya susah sangat,
kan? Jumpa, beritahu dia apa yang aku rasa, balik dah selesai masalah.”
Nani
mendengus perlahan.
“Bunyi memanglah senang tapi nak execute tu kau rasa semudah itu?”
Zara
mengeluh. Ya, dia tahu tak mudah. Kalau mudah dah lama hal ini selesai. Ini
semua ‘dia’ punya pasal. Kata belajar sampai luar negara tapi payah betul nak
faham kata orang. Inilah agaknya yang orang kata, makin pandai seseorang itu,
makin bodoh sebenarnya dia. Zara dah kata tak nak maknanya tak naklah. Kenapa
yang susah sangat nak faham?
“Nani, remember your genius plan? Kita buat ikut itu je, ok tak? Mana
tahu, untung sabut timbul.”
Nani
ketawa senada. “Yeah. Kalau untung sabut. Kalau untung batu?
Lagipun rancangan itu sangat childish
lah, Zara. Skrip drama slot Lestary sangat!”
Zara
senyum tawar. Drama slot Lestary ke, childish ke, dia dah tak peduli. Dia kena
pastikan dia untung sabut. Sebab kalau untung batu, maknanya dia pun kena shine bright like a diamond lepas majlis Kak Long!
Zara periksa
penampilan di cermin restoren:
Rambut
ikal paras bahunya dibiarkan lepas – Check!
Bahagian
depan dihighlight dengan warna biru – Check!
Cermin
mata bingkai hitam ihsan daripada Nani. – Check!
Baby-T Ed Hardy warna hitam
siap dengan imej skull and
heart. – Check!
Jeans
koyak lutut. – Check!
Kasut
Converse All Star warna pink. –Check!
Perfect!
Memang
penampilan ini masuk katergori bukan-calon-pilihan. Dan memang itu yang dia
harap-harapkan. Gila, memang gila. Tapi lebih gila kalau dia datang pertemuan
ini dengan keadaan dirinya yang sebenar.
The
sweet and lovely Zara
Harlina, macam yang semua orang cakapkan. Lagipun bukankah mama kata, mama
‘dia’ tertarik dengan Zara sebab Zara ni nampak baik? Jadi, malam ini, biar dia
tunjuk pada ‘dia’ yang Zara Harlina bukannya macam yang diperkatakan. “A childish plan!” kata Nani.
Dia
tahu. Tapi apa lagi jalan yang ada? Nak berbincang elok-elok, ‘dia’ awal-awal
dah menolak. Jadi kenalah buat gaya macam ini. Harap-harap ‘dia’ menyampah
tengok Zara dah akan lupakan terus rancangan keluarga mereka.
Zara
tarik nafas dalam lalu dihela perlahan. Kaki terus menghala ke pintu masuk
restoren sambil mata melilau mencari meja berdekatan dengan mini water fountain
seperti yang diberitahu dalam text message tadi.
You
can do this Zara. He’s only a guy. A very stubborn guy but nevertheless,
still a guy. Sudah
menjadi resmi lelaki seperti ‘dia’, mesti tertarik dengan yang cantik dan
menarik sahaja. Takkan dia tertarik dengan perempuan berpakaian macam Zara
sekarang melainkan dia pun…
Oh
my! Langkah
Zarra terhenti. Rahang rasa macam hendak jatuh ke bawah. Mulut terlopong
sedikit dan matanya membulat, pegun memandang penghuni di meja berhampiran mini
fountain. Biar betul? Salah orang, kut? Tapi ini sahajalah meja yang ada
dekat dengan water fountain. Mana ada meja lain!
Dahi
Zara mula berpeluh. ‘Dia’ yang duduk dah bangun berjalan menghampiri Zara
dengan senyuman lebar.
“Zara
Harlina Elyas?” Garau suara ‘dia’ menegur.
Zara
rasa hendak mengeleng tapi entah kenapa otak dan hati dia tak synchronize pula malam ini. Zara terus
mengangguk.
Makin
lebar senyuman ‘dia’.
“I’m Adhan
Mikhail.”
Ya. I know who you are! Bisik Zara dalam hati. Jengkel.
“Wow,
tak sangka. Kita sepadan.” Ucap Adhan teruja sambil pandang Zara dan pandang
diri sendiri silih berganti.
Zara
rasa nak menyorok dalam tanah. Cringe! Zara belek Adhan Mikhail dari atas
hingga ke bawah.
Rambut
pacak.
T-Shirt
Ed Hardy warna hitam dengan corak skull
and tiger head.
Jeans
lusuh warna biru dengan kedua belah lututnya koyak.
Kasut
Converse All Star warna hitam.
Ya.
Nampaknya memang mereka sepadan sangat. Oh
my! Why? Why???
“Well…” Adhan
senyum lagi tapi kali ini senyuman dia nampak…nakal?
“What?” Tanya
Zara takut-takut. I don’t like
that smile!
“Nampak
gaya we share the same taste. Jadi tak ada alasanlah kita tak boleh
ikut rancangan keluarga kita kan, sweetheart? We’re definitely made for each
other.” Dia ketawa gembira.
Zara
pula rasa hendak…
Menangis…
Meraung…
Meratap…
Menjerit
sekuat hati!
Apa
kata si dia tadi?
We
share the same taste?
Tak
ada maknanya!
Tak
ada alasan tak boleh ikut rancangan keluarga?
Oh…Zara
ada berpuluh alasan.
Sweetheart?
Euwww!
Cheesy!
Dan made
for each other?
In
your dreams, mister!
Huwaa…Nani! Your genius plan dah backfired! Apa nak buat ni?
Hahahaha...camne tu...
ReplyDeletehahhaa..kita tgk ape cik zara kita buat nanti :)
ReplyDelete