J
|
ARINYAmencapai I-pod di atas meja lalu disambungkan ke home stereo itu. Kemudian, dia mencapai
pengelap mikrofiber lalu disarungkan pada tangan kanannya. Zaman sekarang ni
sudah tidak memerlukan khidmat napkin buruk kalau nak lap apa-apa permukaan.
Gunalah pengelap mikrofiber, 99.9 peratus permukaan akan bebas debu selepas
penggunaan.
Kiah
tersenyum apabila lagu kegemarannya bergema di stereo. Aku ni nampak aje jambu,tapi jiwa aku rock okay!
Lagipun, kalau layan Paul Anka semasa
buat kerja rumah, jangan harap nak cepat siaplah, makin tambah feel adalah! Makin lengahkan kerja ada
la, sebab, aku ni kan sangatlah jiwang
kalau bab lagu cintan-cintun ni.
“Khairina
Ibtisam Adam Hartigoff! Tune down the
volume! Bingit telinga mama ni.Ish budak zaman sekarang ni. Macam-macam
karenah.”
Ayat lazim seorang ibu telah berbunyi. Puan Maimunah
sudah menyeka peluhnya di hadapan kolam ikannya.
Di dalam rumah pula, Kiah membuat mimik mamanya yang
tengah membebel dari luar rumah itu.
Hari ini adalah hari gotong-royong satu rumah, sebab esok ,Kashaff nak
balik. Mommy’s pet! Namun, stereo
tetap diperlahankan. Dah tak ada umph
dah nak buat kerja, volume dah
perlahan.Orang kata apa, dah tak ada
‘kick’?
Mama ni pun satu, kalau anak teruna dia tu nak balik, dan dan dia nak kemas rumah bagi
berkilau. Mandat sangat ya anak lelaki ni? Agak-agak kena bentang karpet merah
tak depan pintu untuk sambut ketibaan Duli Maha Mulia Ahmad Kashaff Iman Adam
Hartigoff tu. Dustpan merah batang
hijau itu dicapai.
Bengkak juga hati Kiah. Apabila anak lelaki kesayangan
mama dia tu nak balik je, mesti mama dia semangat buat itu ini.Kalau Kashaff
tak ada, ada-ada saja program entah apa kebendanya mama dia buat dengan
kawan-kawan datin dia tu kat luar. Kena tinggallah Kiah ni sensorang kat rumah.
Penangan Kashaff ke atas mama sangat kuat. Bukan tak sayang abang, sayang, tapi
mama ni agak bias pun ada.Gender biased.Tapikan, secara logiknya, memang rumah ni layak dikemas, tak
perlu tunggu si Kashaff tu balik pun sebenarnya. Rumah bersepah macam baru
lepas kena lalu dek air Tsunami dah tu.
Dulu, pernah sekali Kiah bertanyakan mamanya mengenai
nama Kashaff tu, mama dia pula dengan muka selamba cakap;
“Kiah,
Kashaff tu tak ada maksud tetap, Iman tu yang ada maksud. Sedap dengar, mama
dengan ayah kau main tu letak je la.”
Kiah selalu jadikan hal nama modal untuk mengusik abangnya
itu. Nama saja kembar, tapi perangai tu macam kucing dengan rama-rama. Ada je
kucing aka ‘Kiah’ ni nak pekenakan abang dia tu. Kashaff pula redha saja, jenis
tak kisah sangat nak kena prank
dengan adik sendiri.
Bagi Kiah, dia suka, sebab nama dia ada maksud. Maksud
sedap pula tu, sebaik-baik senyuman agaknya maksud nama Kiah tu.Dia bukan
Rokiah, bukan juga Zakiah, tetapi Khairina Ibtisam Adam Hartigoff.
Tapi bila panggil nama manja, nama yang panjang berjela
hanya tinggal empat huruf sahaja;
K-I-A-H.
Kiah.
Kee-yah.
Kesian juga, nama sudah cantik, namun panggilan tetap
juga Kiah. Nama kampung glamour
katakan. Pasaipa tak letak Rokiah
binti Adam Hartigoff? Bikin susah saja mau isi ruangan dalam kad pengenalan
tu.
Akur sahaja bahawasanya nama klasik Rokiah tu tak sesuai, tak ngam, tak
masuk dengan nama matsalleh ayah Kiah
tu.
Ayah nama Adam Hartigoff, anak takkanlah nak letak Rokiah kut, anak
kenalah glamour sikit. Inilah ha, orang Melayu kita ni. Fikir nak glamour
saja.
“Adoi, penat mama. Kiah sayang, tolong ambilkan mama secateurs dalam kabinet dekat dapur tu.
Nak kena cantas daun pokok ni.”
Kiah menegakkan belakangnya. Apalah mama ni. Dah namanya
nak berkebun, lain kali keluarkanlah segala keperluan berkebun. Ini tak, satu
persatu disuruhnya. Penat tau, penat. Kakinya diheret ke dapur dengan malas.
Pintu kabinet dibuka dan dia memandang sahaja barangan di dalam kabinet itu.
Macam mana ya secateurs ni boleh ada
dekat kabinet dapur? Bukan alatan berkebun ada dalam stor belakang rumah ke?
Mama ni, sangat tak teratur.
Dia mencapai benda itu lalu menyerahkan kepada mamanya
yang sedang menunggu di tepi tingkap ruang tamu.
“Thank you
sayang. Jangan lupa vakum ya? Lepas tu, kamu tolong gantikan cadar bilik
Kashaff pun.”
Arahan diterima dengan senyap. Buat saja Kiah, dapat
pahala tolong mama tu. Kiah mencapai vacuum
cleaner lalu memulakan kerjanya yang tertangguh tadi. Sambil tangannya berjalan, dia turut merencanakan
sesuatu di dalam fikirannya.
‘Mama suruh ganti cadar bilik Kashaff, dan Kiah ada cadar
yang paling sesuai untuk kau abang.’
Kiah menarik senyuman paling nakal. Adalah tu dia nak
pekena abang dia. Selesai dia
me-vakum-kan seluruh pelusuk rumah itu, Kiah berlari ke biliknya lalu
menggeledah ruangan almari di mana
koleksi cadarnya terletak.
“Ish, mana ni? Takkan nak pasang Sleeping Beauty punya, cantik kut. Cinderella punya aku pulak sayang nak letak kat katil mamat tu. Ha!
Ada pun kau Barbie!”
Dia menarik cadar Barbie
itu lalu berlalu ke bilik Kashaff yang sudah lama tidak berpenghuni itu.
Kashaff belajar di Moscow, memang tak ada orang lah duduk dalam bilik dia. Kiah
memasang cadar dengan sepantas kilat. Kesemua sisi ditarik bagi tegang. Macam
duduk asrama pun ada. Cadar mesti tegang.
“Ouh, perfect! Padan
muka kau, bang! Jambu gitu.”
Kiah berlalu dengan muka bangga. Kashaff paling anti
warna merah jambu. Nabi Muhammad S.A.W pun suka merah jambu, Pak Mat tu pula
sesuki je nak anti. Haih.Dia kemudiannya menutup pintu bilik abangnya. Nafas
lega dilepaskan. Akhirnya, siap juga kemas rumah ni. Heaven!
Copyright: Shamien Basit / Ideakreatif
No comments:
Post a Comment