ADRA
memusingkan badan ke kiri dan ke kanan. Puas bergolek dia mengerakkan kaki ke
atas. Tilam yang digunakan hampir dua tahun itu bagaikan ada pepijat. Dia
langsung tidak selesa. Kepalanya diangkat dan dijatuhkan berkali-kali ke atas
bantal.
Fikirannya benar-benar runsing.
Perkhabaran yang dibawa oleh abahnya memeningkan kepalanya. Abahnya tidak
memaksa, tetapi nada lelaki itu bagaikan menaruh harapan agar dia menerima. Dia
tahu abahnya pasti tersepit dengan keadaan. Hutang budi yang ditaburkan oleh
Tan Sri Hamzah terlalu banyak untuk keluarga mereka. Abangnya dapat sambung
belajar di luar negara juga kerana lelaki itu. Malahan pelajaran adik-adiknya
sekarang turut dibantu.
Mampu ke dia menjadi isteri yang
baik untuk suami jika usianya sendiri masih terlalu muda? Baru minggu lepas dia
menyambut hari jadinya yang ke sembilan belas tahun. Dia ingin menolak tetapi
takut menguris perasaan Tan Sri Hamzah.
Lelaki
itu terlalu baik melayaninya. Ingin diterima dia sendiri gerun memikirkan alam
rumahtangga yang bagaimana akan di laluinya selepas berkahwin nanti. Akan
bahagiakah dia dengan lelaki yang langsung tidak dia kenali? Seperti apakah sikap
lelaki itu? Baik seperti Tan Sri Hamzah ataupun jahat seperti mak tiri si
Bawang Merah? Arghh…runsing.
“Budak tu setuju jugak ke nak kawin
dengan aku? Berapa umur dia? Ada tak handsome
macam Godfrey Gao?” seketika kemudia dia tersengih sendiri. Ceh! Gatal benar nak berlaki. Dia
mengutuk diri sendiri. Kalau di dengar dek abah, mahu dijelingnya setahun.
“Weh..tak
reti nak tidur ke?”
Adra hampir melompat. Jantungnya
kuat berdegup kerana terperanjat. Wajah sahabatnya direnung tajam. Bagaimana
dia boleh terlupa kewujudan makhluk ‘seekor’ itu? Zuhana, teman serumah
merangkap teman sekerjanya.
“Kau ni tak reti bagi salam
langsung. Kalau aku ada heart attack
terus aku jalan. Dah la aku ni tak kawin lagi.” Terus disembur Zuhana yang
tersengeh seperti kerang expired yang
tunggu masa untuk dilupus. Kacau daun betul!
“Amboi, gatalnya. Aku ingat kau yang
macam stonecold ni tak ada perasaan
nak kahwin.” Selamba Zuhana mengenakan Adra. Mulut pantas ditutup bila dia
menguap. Rasa kantuk yang masih bersisa membuatkan matanya kembali kuyu.
“Amboi mulut kau... Tak sayang
langsung. Suka hati je nak kata aku stonecold.” Adra menjegilkan mata kepada
Zuhana yang nampak comel memuncungkan bibir. Mula-mula dia bertemu Zuhana,
disangkakan gadis itu berbangsa cina, kerana berkulit agak cerah dengan mata
yang sedikit sepet. Setelah dia menjadi ‘ejen risikan’ barulah dia tahu yang
gadis itu sebenarnya anak kacukan Melayu dan Thailand.
“Ala,
setakat mata kecil semut, nak beliak dekat aku, baik tak usah.” Zuhana
memejamkan mata kembali. Takut panjang pula bebelan Adra.
“Mata kau tu yang kecil. Isy..buat lupa daratan pulak.” Adra ketawa
perlahan bila melihat Zuhana menarik kain selimut menutupi wajah.
“Aku nak sambung tidur. Kau jangan
nak kacau pulak.” Sempat Zuhana memberi pesan kepada Adra yang sibuk menarik
kain selimutnya.
Adra kembali menelentang.
Jari-jemarinya digenggam dan diketuk-ketuk ke atas dahi apabila dia kembali
memikirkan masalah yang bakal timbul. Kenapalah dalam banyak-banyak perempuan
di dalam dunia, dia yang terpilih untuk menjadi menantu kepada Tan Sri Hamzah?
Kusut betul!
“Nak tolak ke nak terima? Tolak… terima…
tolak… terima… tolak… terima.” Berkali-kali dia mengulangi ayat yang sama. Dia
gelisah bila memikirkan ‘coretan’ perjalanan kehidupannya yang mungkin akan
berubah seratus peratus jika dia menerima lamaran Tan Sri Hamzah.
Jika ditolak hidupnya tidak akan
berubah, tetapi dia tahu walaupun hidupnya tidak berubah, mungkin kemesraannya
dengan lelaki yang sudah dianggap seperti ayah sendiri itu akan menjadi
‘pelik.’ Tidak mungkin lelaki itu dapat melayaninya dengan penuh mesra jika
permintaannya tidak dipersetujui.
“Weh..Kau
merepek apa lagi? Tidur la. Esok kita nak pergi kerja pulak.” Dalam pejam
Zuhana masih sempat menegur. Gila bising. Macam mana dia nak tidur?
“Beb
aku ada benda nak cerita ni.” Adra berkata lembut. Rasanya dia memerlukan
seseorang untuk dia meluahkan perasaan yang semakin berserabut. Badannya
mengiring mengadap Zuhana. Tangan pula dibawa menongkat kepala.
“Esok-esok la cerita. Aku mengantuk
dah ni. Tadi mata aku sihat kau tak nak cerita.” Zuhana memusingkan badan
membelakangi Adra. Tidak mahu melayan kerenah sahabat baiknya itu.
“Aku nak kawin.” Perlahan kata-kata
itu meluncur dari bibirnya.
Zuhana yang mendengar terus
terbangun. Matanya terbeliak tanda tidak percaya. Tiada angin tiada ribut
tiba-tiba sahaja Adra memberitahunya mahu berkahwin. Tanganya dibawa ke dahi
Adra. Mulutnya terkumit-kumit seperti membaca sesuatu.
“Sihat. Tak ada tanda macam orang
nak demam. Nak kata kena sampuk, aku tengok elok aje. Ke, kau memang hantu?”
Terus badan Adra dipegang dan digoncang kuat.
Adra yang mendengar bicara Zuhana
ketawa mengekek. Sahabatnya seorang itu ada sahaja modal untuk berkata-kata.
Tangan Zuhana yang masih rajin mengoncang tubuhnya ditepis perlahan.
“Aku tak tipu. Betul aku nak
kahwin.” Dalam tidak sedar Adra bagaikan sudah memberi persetujuan.
NAFIZ
menarik nafas panjang. Kemudian dihembus perlahan-lahan. Terasa lega peparu
setelah tadi nafasnya hampir semput akibat berlari. Rasanya sudah hampir
sebulan dia tidak berlari sejauh hari ini.
Setelah
berasa lega, dia menapak perlahan mendekati susuk tubuh yang keras kaku
disebuah bangku yang disediakan. Entah apa mimpi Zafry mengajaknya berjoging
pada tengah malam buta. Tapi sudahnya, hanya dia sahaja yang yang berpeluh.
Lelaki itu pulak beriaksi bagai tugu peringatan. Duduk di atas kerusi tak
bergerak-gerak!
“Kau ni apasal? Muka masam dari tadi
lagi. Macam orang mati bini dah aku tengok.” Nafiz hampir tergelak bila wajah
itu bertambah teruk masamnya. Memang besar punya masalah ini. Mahu bertanya
berlebihan, takut dia pula yang disembur nanti.
“Aku tengah geram ni. Kau jangan nak
buat lawak bodoh dekat sini pulak.” Suaranya sedikit meninggi. Sensetif
telinganya menangkap perkataan ‘bini.’ Semak dikepala terasa semakin menimbun.
Wajah ‘bakal bini’ terus terbayang dimatanya. Benci betul!
“Isk..
Gurau sikit pun nak marah. Datang bulan ke apa?” Nafiz berkata perlahan
bagaikan berbisik pada diri sendiri. Sedikit panas bila Zafry naik angin. Ingat
dia punya angin saja ada!
“Mahunya aku tak marah. Kau tu sebut
bini segala. Ingat best ke?” Suaranya
merendah sedikit. Bukannya Nafiz tidak tahu ‘ceritera cinta’ yang bakal terjadi
beberapa minggu lagi. Ayahnya dalam mencari jodoh memang patut diberi tepukkan
gemuruh. Gila buruk punya citarasa!
Nak
suruh dia kahwin pun carilah gadis cun-melecun sikit. Seleralah jugak dia nak
seret naik ke katil. Sedikit sengihan nakal tersunging dibibirnya. Tapi sekejap
sahaja bila wajah si ‘bini’ itu kembali terlayar pada ruangan matanya. Dengan
fesyen rambut yang ntah apa-apa,
memang out nak jadi isteri pilihan.
“Apa susahnya, kahwin sajalah. Nanti
kalau kau dah rasa bosan, kau ceraikan dia. Lagipun bagus jugak kau kahwin
awal, terselamat kau dari dosa. Lepas ni tak payahlah kau nak angkut perempuan
sana-sini. Kau pakai jelah isteri kau tu. Dosa hilang pahala pun dapat.” Nafiz
tersengih nakal.
“Kau jangan buat lawak boleh tak?
Sejak bila kau fikir dosa pahala ni? Kau pun dua kali lima macam aku jer.” Tawanya hampir meletus. Rasa
kelakar pulak bila Nafiz bercakap tentang hal dosa dan pahala. Kawannya itu pun rosak macam dia
jugak. Ada hati nak nasihat konon. Boleh blah
la…
“Aku cakap jelah. Kau ingat aku tak
nak bertaubat ke? Seru je belum
panggil aku.” Sedikit sengihan dihadiahkan buat Zafry. Sungguh, bila difikirkan
tentang dosa, pahala, syurga, dan neraka, dia memang takut. Malangnya dia tidak
cukup kuat untuk meninggalkan segala keseronokkan yang dinikmatinya sekarang.
Hendak harapkan mama dan papanya
bagi nasihat? Kirim salam sajalah. Bapak borek anak rintik. Diorang pun sama
sahaja seperti dia. Mana pernah kira hukum hakam. Main belasah semua benda.
Kawan nak bagi tazkirah? Selamat
segala. Bagi tazkirah untuk ‘menjahanamkan’ lagi dia bolehlah. Ada kawan pun
semuanya sama spesis. Nak harapkan Zafry? Dia rasa dia lagi baik sekali ganda
daripada lelaki itu.
“Cakap macam kau dah nak bertaubat.
Gila geli. Bertambah sakit hati aku.”
“Alah kau kenal-kenal la dengan dia dulu. Mana tahu nanti kau
tersangkut.” Tuala kecil dicapai. Dikesat peluh yang merinik di atas dahinya.
“Tak payah nak harap sangatlah lah.
Nak tengok pun aku tak ada selera.” Sedikit angkuh suara itu kedengaran.
Copyright : Cempaka Rembulan / Idea Kreatif
No comments:
Post a Comment