S
|
enyuman itu. Lirikan
mata itu. Kata-kata sinis yang terbit dari bibir merah itu. Semuanya
terbayang-bayang di fikiran Haris hingga membuatkan hidupnya sejak kebelakangan
ini jadi serba tidak kena. Hati dia sakit!
Arghhh!
Dah kenapa dengan aku ni? Haris lurut rambut sendiri.
Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Sekejap
dia pandang komputer ribanya, selepas itu dia pandang lukisan di dinding bilik
pejabat.
Haris bangun kembali dari kerusinya, bergerak
menghala ke arah tingkap pejabatnya. Bayang-bayang itu muncul kembali dalam
fikirannya. Dia mengeleng dan mengeluh kuat. Sudahnya dia tekan butang interkom
di telefon atas mejanya untuk bercakap dengan cik setiausaha.
“Duha, awak
cancel semua appointment saya
hari ni.” Haris memberi arahan.
“Semua? Biar betul Encik Haris?”
“Ya, sejak bila saya suka bergurau?” Nadanya
sedikit bengang.
“Err… tapi, hari ini encik ada appointment penting dengan Dato’ Bakar.
Semalam encik juga pesan supaya saya ingatkan encik.”
“Saya tahu tu, tapi saya nak awak cancel kan juga appointment tu. Cari tarikh lain dua tiga hari lagi.” Haris tetap
dengan keputusannya.
“Tapi, kalau Dato’ Bakar tanya saya kenapa cancel saya nak jawab apa encik?”
“Cakap saya tak sihat.”
“Encik demam ke?”
Mmm.. demam ke dia?
Ya! demam ingatkan seseorang. Seseorang yang
tiba-tiba muncul dan mengganggu emosinya.
“Ya, saya nak ke klinik sekarang. Mungkin lepas
tu saya terus balik.” Haris berbohong.
“Okeylah, kalau macam tu. Encik balik berehat
dulu. Nanti saya cancel dan beritahu pada klien.”
Haris terus letakkan ganggang telefon. Kemudian
tangannya mencapai telefon bimbit di atas meja yang sama dan memasukkan dompet
ke dalam poket jaketnya.
Kunci kereta dicapai. Dia perlu cari ubat segera
untuk meredakan rasa sakit di hati. Dan dia tahu, di mana ‘klinik’ yang paling
sesuai untuk mendapatkan ubat tersebut.
Langkah diatur ke kereta. Ikut gerak hati. Dan
pemanduan terus terhala ke satu arah.
Ya! ke butik tersebut. Dia sendiri tidak mengerti
kenapa dia harus jadi begini. Yang pasti, dia hanya mahu melihat gadis
tersebut.
Untuk kali kedua, dia sampai ke situ. Tetapi
tidak masuk ke dalam butik. Hanya duduk di Cafe Hot Gossip betul-betul di depan
butik tersebut.
“Can I get your order, sir?” pelayan Cafe
bersedia dengan menu pesanan di tangan.
“Coffee, please,” jawab Haris dengan
pandangan matanya melurus ke depan, ke arah butik Rafflesia.
Melihat sahaja ‘objek’ yang menjadi punca
hidupnya tidak tenteram sejak kebelakangan ini, dia menghela nafas lega.
Automatik tangannya naik ke dada.
Sakit hatinya kali ini bukan sembarangan sakit.
Tak ada mana-mana hospital dapat ubatkan sakitnya itu, hanya dengan duduk di
Café Hot Gossip ini sahaja, sakit hatinya boleh berkurangan.
ADA pepatah
Inggeris yang berbunyi, be carefull what you wish for. Hari ini Anis
mulai faham maksud kata-kata itu. Dia teringat permintaannya beberapa hari
lalu. Tidak mahu lagi bertemu lagi dengan lelaki itu. Tapi hari ini? Anis gigit
bibir sendiri. Hatinya mula berteka teki sendiri. Apa mahunya lelaki itu?
Anis angkat kepala sekali lagi. Tadinya dia
buat-buat tak nampak. Tapi bila semua kerja jadi serba tak kena, dia tak dapat
nak nafikan lagi ketidak selesaan yang dia rasai.
Seram sejuk.
Takut.
Gementar.
Berdebar.
Semuanya ada. Tapi, matanya seperti tidak mahu
mendengar kata, asyik mahu melihat ke arah yang sama.
Dia pandang siapa? Takkan pandang aku? Kalau tak
pandang aku, dia pandang ke arah sini buat apa? Apa yang dia tak puas hati
dengan aku sebenarnya ni?
Anis menggeleng beberapa kali. Nafas ditarik,
dia cuba kembali fokus kepada kerja yang sedang dilakukannya. Namun tak sampai
beberapa sesaat fikirannya menerawang lagi, rasa hati tak dapat ditahan.
Serentak itu dia menoleh ke luar, memandang ke arah café Hot Gossip.
Lelaki itu masih di situ, dalam keadaan merenung
lurus ke butik Rafflesia. Atau lebih tepat lagi ke arah dirinya.
Ya! dia bukan perasan atau syok sendiri. Kalau
dah sepasang mata itu tak berkalih ke arah lain sejak tadi, apa lagi yang nak
dipandangnya.
Hati Anis mula berdetak tidak enak. Mungkin lelaki
itu ada niat jahat? Mungkin nak rompak butik ni?
Ok, agak berlebih-lebihan fikiran yang satu itu.
Nak rompak butik ternama ni? Jangan haraplah boleh berjaya! Ciri keselamatan
butik ni memang terbaik. Kalau ada yang cuba, mesti akan tertangkap dengan
mudah.
Lagi pun,
rupa lelaki tu tak ada rupa orang jahat pun. Pakaian kemas. Wajah memang tip
toplah. Memang wajah yang boleh buat hati kaum sejenisnya bergetar kalau tak
kena gaya. Spontan Anis memuji dalam hati.
Tapi, bila teringatkan siapa lelaki itu
sebenarnya, spontan kepala Anis menggeleng. Arghh…kenapa pula aku nak ingatkan
dia?
“Kau ni kenapa? Dari tadi asyik
tergeleng-geleng? Takkan kira stok pun dah boleh pening kepala? Itu aku belum
suruh buat akaun lagi tu.” Zarul yang duduk di meja berhadapan dengannya mula
memandangnya semacam.
“Bukan fasal stoklah,” jawab Anis.
“Habis tu? Mengantuk lagi?” perli Zarul.
Sejak dua menjak ni prestasi Anis semakin
menurun. Tiap-tiap hari asyik merungut mengantuk saja!
“Bukanlah. Cuba kau tengok lelaki pakai kemeja
biru dekat café depan tu,” ujar Anis berbisik. Macamlah ada orang lain dalam
butik tersebut.
Zarul mengangkat sedikit kepala, pandangan
dihala ke arah Café Hot Gossip, mencari kelibat lelaki yang disebut oleh Anis
sebentar tadi.
“Dari tadi aku perasan dia asyik pandang ke arah
butik ni aje. Kejap-kejap menoleh ke sini. Nak kata dia tunggu sesiapa, tak ada
orang pula buat appointment hari ni.”
Cerita Anis bersungguh-sungguh. Setahu dia appointment
Puan Zaitun bukan hari ini.
Wajah Zarul tiba-tiba berubah kelat. Buat apa
lelaki itu datang ke sini lagi? Hati Zarul mula rasa tidak selesa.
“Jangan layan!” tegas Zarul
“Memanglah aku tak layan. Tapi…”
“Kenapa? Tak selesa? Kau nak aku suruh pengawal
minta dia pergi dari situ?”
Anis pantas menggeleng.
“Gila! Buat kena gelak saja nanti. Tempat tu
tempat awam kut. Takkan senang-senang nak halau orang. Lagipun, dia bukannya
ada buat apa-apa.”
‘Selain daripada duduk tenung aku macam aku ada
hutang besar dengan dia,’ sambung Anis tapi, hanya dalam hati.
Err…alamak. Takkan dia tak puas hati sebab
perang mulut hari tu kut? Hati Anis berbicara sendiri.
“Habis tu kalau dah sampai menganggu kau buat
kerja, kira menganggulah tu!” Zarul dah bangun dari kerusinya, mula bergerak
mendekati pintu butik. Baru sahaja tangan hendak menolak daun pintu, Anis dah
tergesa-gesa bangun dari kerusinya.
“Eh…eh! Kau nak pergi mana?” Lengan Zarul
dipegang kuat.
“Nak pergi tanya dia apa masalah dia.”
Anis dah menggeleng laju.
“Tak payah! Tak payah. Anggap je lah aku perasan
sendiri, ok?” Tubuh Zarul ditolak ke tepi.
“Tapi…”
“Tak payah. Aku okey. Aku sambung buat kerja
dekat dalam ya?” Anis cuba memujuk Zarul. Senyuman paling manis diberikan
kepada lelaki di depannya dengan harapan hati Zarul terpujuk dengan
kata-katanya.
“Betul ni?”
“Betul!”Anis senyum tayang gigi.
“Dah…pergi masuk dalam lounge sana. Tak payah nak sengih-sengih kat sini.” Zarul
cuba cuit pipi Anis.
“Hey!” Anis mengelak
“Alaaaa… nak sentuh sikit pun kedekut,” usik
Zarul nakal.
“Jangan nak cari pasal dengan aku.” Anis menjeling
marah dan berlari ke belakang.
Zarul senyum sambil menggeleng memandang si
gadis manis yang melnggok pergi. Anis yang manis, yang sering buat hatinya
berdebar setiap kali memandang senyumannya.
Sebaik sahaja Anis hilang daripada pandangan,
Zarul kembali memandang ke luar. Kelibat lelaki itu tidak lagi kelihatan.
Dan...dia tersenyum senang hati.
Namun di luar, sementara menunggu keretanya
dihantar jockey, Haris menggenggam kuat kedua belah tangannya. Gigi diketap
geram. Apa yang dilihat tadi benar-benar menambah rasa sakit di hati. Kenapa
hati dia jadi pedih tatkala melihat kemesraan si gadis dengan lelaki di dalam
butik tadi?
God! What
is happening to me?
Haris tepuk-tepuk dada sendiri. Dia belum pernah
merasai perasaan yang sebegini dan dia sangat-sangat tidak suka dengan apa yang
dia alami saat ini.
Best ������ xsabar na baca
ReplyDelete