Soal hati, tiada istilah mainan.
Mulanya,
sekadar main-main. Lama-lama, hati terasa lain. Memenuhi permintaan seorang
sahabat untuk menundukkan player
terhebat, akhirnya Shazia Thahirah terjerat.
Kata Qalsum Annur, Raed Zayaz a.k.a
sepupunya dan juga merangkap bakal pensyarah ganti mereka adalah buaya darat
yang harus diajar agar lebih menghargai wanita.
Tapi
persoalannya, puas Shazia cari dari mana datang perwatakan buaya darat itu pada
Raed Zayaz, namun tidak ditemui. Yang dia nampak hanyalah seorang lelaki
Melayu-Arab yang selalu bikin dia hilang punca.
“Dr. Raed nak beli apa?”- Shazia
“Beli hati you, boleh tak macam tu?” – Raed
Mengenali
Raed, banyak budi yang lelaki itu hulurkan. Terasa diri dijaga rapi bak puteri. Cumanya, Raed Zayaz
itu sangat perahsia orangnya dan penuh kejutan.
“Kan I
tak benarkan?” - Raed
“Dr.
Raed bukan suami saya. Jadi, Dr. Raed tak ada hak nak arahkan saya macam tu.” -
Shazia
“Jadi,
beri I hak tu. Boleh kan? I nak jadi suami you. Bukan sebab I nakkan hak tu aje. Tapi, sebab I nak jaga you.”- Raed
“Untuk kali ke-6, I
nak lamar you jadi isteri I.” - Raed
Terlalu
banyak andaian muncul di benak Shazia. Benarkah apa yang Qalsum khabarkan
padanya selama ini? Kalau benar, kenapa dia rasa seperti dia yang sedang
dipermainkan?
Bila
ditanya, jawapan Qalsum sangat mudah, semuanya kerana sebuah rancangan. Tapi,
hati Shazia kata ada sesuatu yang aneh. Apa sebenarnya rancangan Qalsum? Dan
benarkah lamarann Raed yang kononnya kali ke-6 itu bukan sekadar mainan?
Cantik itu subjektif
Kata
Nisa, dia tak cantik. Tapi kata orang, cantik tu subjektif, tak sama mengikut
mata pemiliknya.
Hidupnya
biasa-biasa saja, pergi kerja balik kerja naik kenderaan awam. Tapi gara-gara
dia diminta oleh bosnya yang macho itu bancuh air kopi, hidupnya berubah 360
darjah. Terbalik macam kura-kura tergolek!
Semuanya
dek kerana air kopi yang dibancuh dengan penuh kasih sayang dan disertakan jampi
serapah itu telah tersalah ‘sasaran’. Peliknya, dia bukan jampi betul-betul
pun. Jampi olok-olok saja tapi, nampak macam menjadi pula.
Sebabnya...
1.
Mamat yang terminum ‘air kopi jampinya’
itu mula mengganggu hidupnya.
2.
Nisa yang solo tiba-tiba menjadi
‘tunang’ mamat tu tanpa dia sendiri tahu.
3.
Dalam tak rela, Nisa terpaksa sign kontrak OG a.k.a ‘ kontrak orang
gaji’ pada mamat tu.
Serius,
dia trauma dengan mamat tu. Tapi masa yang sama, bila tak nampak mamat tu, dia
jadi rindu. Mungkinkah jampi serapahnya terpantul pada diri sendiri?
Lebih
parah lagi, masa yang sama juga, bosnya si Waqif yang macho kegilaan ramai tu,
tiba-tiba melamar dia untuk menjadi kekasih hati.
Nisa
jadi pelik. Angin tak ada, ribut pun pakar kaji cuaca tak kata nak melanda
tiba-tiba ada yang tawar dia jadi awek. Jadinya, dia nak pilih siapa? Waqif tu
memang dia dah lama ‘idamkan’. Tapi, hati dia asyik teringat mamat tu.
Agak-agak,
Nisa akan pilih siapa?
No comments:
Post a Comment