"Duit lagi?" Bingung Ainan
membaca pesanan ringkas yang diberi si adik sebentar tadi. Berkerut dahinya
sebaik pintu kereta dibuka. Menunggu beberapa ketika, dengan pandangan
masih tertumpu pada skrin telefon lama yang tak diganti dengan yang baru.
Nak makan pun berkira, apatah lagi
nak bermewah-mewah dengan telefon bimbit. Kereta inipun kalau tak kerana susah
nak ke sana sini, tak adanya dia mampu beli.
Baru nak makan tengah hari. Pagi
tadi pun tak sarapan sebab nak jimat. Sekarang, mak dah nak minta duit lagi.
Mak ni pun satu, tak boleh ke tunggu dua hari lagi. Bukan ke dua hari lagi gaji
masuk, takkan itu pun tak boleh nak tunggu. Mengeluh sendiri. Sedih bila
mengenangkan Mak biah di kampung.
Tapi tak apalah demi mak, bagi
sajalah duit yang ada ni, siapa tahu ada rezeki lain yang datang. Tak apalah
mak, biar Ainan tak makan asal mak dan adik-adik kenyang. Bicaranya sendiri,
sebelum pintu Vivanya ditutup rapat.
Jangan nak buat muka sangat Ainan.
Tak mati pun kalau tak makan tengah hari, balik kerja nanti boleh makan. Cuba
menyedapkan hati sendiri. Terus berjalan menuju ke premis bank, mahu segera
menghantar wang kepada Mak Biah di kampung.
Berkeriuk sahaja perut sejak keluar
dari perut kereta, melangkah perlahan dengan duit dua ratus ringgit di tangan
mahu dihantar ke kampung. Kalau tak silap, dalam simpanan masih ada lagi
seratus ringgit.
Rasanya cukuplah duit tu nak tampung
hidup untuk dua hari ni. Lagipun berapa sangatlah aku makan. Okey! Apapun
masukkan duit mak, dan lepas ni baru withdraw duit! Nekadnya, terus berjalan
laju. Masuk ke perut bank tanpa sedar dirinya sedang diperhatikan.
“Bakitinggal ringgit malaysia 22.50 sen?” Ini
kalau nak buat mas kahwin pun cukup-cukup aje ni. Terkekeh sendiri. Sudah Ainan!
Kau jangan nak mengarut sangat! Marah dengan diri sendiri.
“Bukan ada baki lagi seratus ringgit ke? Duit
tadi pun? Aduhai! Semua dah selamat masuk dalam akaun mak! Habislah. Nak makan
apa dengan duit sebanyak ni? Gaji dua hari lagi, ini kalau nasib baik dapatlah
keluarkan sepuluh ringgit. Kalau tak, menapaklah nak masuk ofis esok! Sebab minyak
kereta tinggal dua bar!”
Membebel sendiri di hadapan ATM machine. Tak
hirau orang sebelah-menyebelah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Kotak ‘teruskan’ pada paparan mesin ATM ditekan
perlahan, sebelum terdengar duit sepuluh ringgit yang dikeluarkan tadi diproses.
Krrrrrr.
Yes! Alhamdulillah. Ada, cukuplah sepuluh
ringgit. Dapatlah tampung duit minyak Viva aku tu untuk dua hari ni.
Alhamdulillah. Tak sia-sia aku ke bank tengah hari ni. Senyum puas terpancar.
Mahu segera pulang semula ke pejabat.
Wang baki sepuluh ringgit tadi diselit pada
poket kecil beg sandang. Senang, nanti nak keluarkan masa nak isi minyak.
Makan tengah hari ni kena postpone ke malamlah
jawabnya. Kita makan mee segera di rumah nanti ya. Perut, jangan nak meragam sangat
ya. Diusap perut yang sudah mula berkeroncong. Adatlah duduk sendiri, hidup pun
sendiri. Makan atau tak pun kenalah tanggung sendiri.
Tersenyum lebar, keluar dari bank serupa baru keluarkan
duit satu ribu ringgit. Melirik kiri dan kanan, sebelum melangkah yakin menuju
ke Viva putih kesayangannya.
Ini, kalau aku cakap dengan mak duit kat bank
tinggal sepuluh ringgit, mahunya sekarang juga dia minta aku balik kampung, tak
bagi dah aku duduk sini lagi. Belum lama kaki melangkah, bahu comelnya dicuit
halus. Sekali dia menoleh ke kanan, tak ada. Ke kiri pula, pun tak ada. Dengan
malas tubuh dipalingkan ke belakang, sebelum beg sandang yang tersangkut di
bahu direntap kejam!
Eh? Peragut ke?! Bingungnya, dengan mata tak
berkedip.
"Bye!" Si peragut sempat mengucapkan
selamat tinggal, sebelum Ainan terkulat-kulat tak tahu nak buat apa. Kunci kereta
di tangan, dompet dan dokumen penting pun masih di tangan, tapi!
"Woi! Sepuluh ringgit aku woi!" Menjerit
Ainan sambil membuka langkah seribu. Dengan kuderatnya yang tak berapa kuat,
dengan sepenuh jiwa mengenangkan duit sepuluh ringgit yang terselit di poket
beg sandang, dia cuba berlari sekuat hati.
Banyak mata yang memerhati, tapi haram, seorang
pun tak datang menolong. Fikir Ainan sengaja berlari-lari anak, mahu menjayakan
salah satu scene dalam drama agaknya.
"Tunggulah!" Semakin laju peragut
berlari, menghampiri sepasang suami isteri yang baru mahu melangkah masuk ke
dalam kenderaannya. Dan dalam keadaan kelam kabut, peragut bertuah terlanggar
pasangan tersebut.
"Tolong encik!" Jerit Ainan, mahu
lelaki yang dipanggil encik tadi menahan lelaki itu dari terus berlari.
"Eh? Kenapa ni?" Kalut pasangan suami
isteri yang mungkin baru keluar dari klinik, memandangkan wajah dan tubuh
isteri kepada lelaki itu kelihatan kurus dan cengkung. Lengan peragut dapat
ditangkap, sangka lelaki itu si peragut mahu meragut beg tangan yang dibawa isterinya.
"Beg saya encik." Ainan datang
mendekat dengan nafas turun naik.
"Eh? Apasal pulak? Ini beg aku, kan?"
Si peragut tak nak mengaku. Memeluk beg sandang milik Ainan serupa beg sandang
itu miliknya.
"Kalau dah muka penyamun, beg orang pun
kau nak mengaku beg kau kan? Ada ke lelaki pakai bag sandang colour pink? Ada
ke gila!" Sesuka hati Ainan melampiaskan kemarahannya. Tak peduli
pandangan pasangan suami isteri itu yang lain macam memandangnya waktu itu.
Ada ke patut, beg aku yang tak seberapa tu pun
dia nak celok, nak ragut pun carilah orang yang loaded sikit. Dalam tu cuma ada
sepuluh ringgit aje kut! Marahnya tak hilang lagi. Ikutkan rasa, mahu disepak
lelaki tak guna di hadapannya itu.
Sepak lelaki yang ragut tu, bukan encik handsome
depan aku ni. Abang ni okey aje aku tengok. Eh? Menampar pipi sendiri. Barus
edar yang mata lelaki yang menangkap tangan peragut itu silih berganti
memandang dia dan si peragut.
"Pulanglahsajalah beg adik tu. Apa buat
perempuan macam ni. Sama-sama melayu, bergaduh macam ni. Malulah sikit orang
tengok." Lelaki yang isterinya tak sihat tadi mula bersuara lagi. Masih memandang
Ainan dan si peragut silih ganti.
"Tolong encik, saya nak beg saya balik."
Pinta Ainan. Mahu cepat kembali ke pejabat.
"Nahlah! Ingat aku hadap sangat beg kosong
tak berduit kau ni?" Acah-acah sahaja dia menghulur, dan Ainan masih tidak
menyambut.
"Dalam tu ada sepuluh ringgit tau!"
Ops! Bibir sendiri ditampar.
"Ambillah
dik. Sudah, jangan nak panjang-panjangkan cerita." Ucap lelaki yang segak,
berdiri di sisi BMW X6 yang menjalar panjang.
"Perompak
ni encik? Takan nak lepas senang macam ni aje?" Mengacu jari telunjuk
tepat ke wajah peragut tak guna itu. Ikutkan hati Ainan, mahu ditampar wajah
lelaki yang langsung tak tunjuk rasa bersalah itu.
"Jadi
sekarang ni, adik nak abang buat apa?" Tanya si penyelamat, melayan Ainan
yang masih tak tahu apa yang harus dilakukan.
"Err.
Ha! Bawa dia ke balai!"
"Hei!
Sepuluh ringgit saja kut duit kau tu!"
"Encik."
Panggil Ainansekali lagi, sebelum lelaki itu mengangkat tangannya. Memberi
isyarat supaya tunggu. Mahu berbicara dengan isterinya mungkin.
"Abang
nak tolong budak perempuan ni Wiya, sayang tunggu dalam sekejap?"
Ainan
hanya memasang telinga. Dalam hati sudah timbul rasa bersalah kerana sudah menyusahkan
pasangan suami isteri itu.
"Pergilah.
Wiya tunggu abang di sini."
"Tak
lama sekejap je."
Kesian
pulak. Rasa macam aku dah menyusahkan mereka. Entah-entah abang ni nak balik
rumah sebab isteri dia sakit. Aku, lagi nak susahkan mereka. Timbul rasa
bersalah.
"Encik,
tak apalah." Luah Ainan, rasa tak sampai hati melihat isteri lelaki yang dipanggil
encik tadi.
"Adik
tak nak buat report ke?" Tanya lelaki yang dipanggil encik tadi. Masih
berdiri di sisi kereta mewahnya.
"Rasanya
tak perlulah. Maaf kakak, encik. Tadi tu saya terlalu emosi, sampai tak sedar
saya dah susahkan kakak dan encik." Kaki terus melangkah, tak betah mahu
berlama-lama di situ. Lagilah bila terpandang wajah kakak yang pucat dan tak
bermaya tu.
"Adik."
"Ha?"
"Betul
ni nak abang lepaskan budak ni?" Bercahaya mata lelaki itu. Bertanya
dengan niat ikhlas mahu membantu.
“Betul.
Biarlah dia jawab dekat akhirat esok. Sesuka hati nak ragut beg orang. Keji!” Balas
Ainan, menjeling tajam ke arah peragut.
"Hoi
korang! Boleh tak jangan nak main drama depan aku? Nak report, report ajelah.
Membebel tanya itu ini. Ingat aku ada banyak masa ke?" Jerkah si perompak,
tak betah bila tangannya dilipat begitu.
"Kau
boleh diam tak?" Sekali encik tu bersuara garau, dengan tangan kirinya
meluku kepala si peragut.
"Adoi!
Sakitlah!"
Padan
muka! Bentak Ainan dalam hati. Ketuk kuat lagi abang! Sudah membuku jemari,
mahu turut sama menumbuk lelaki itu, namun masih dapat mengawal perasaan.
"Tahu
sakit, kau buat orang. Curi beg orang. Yang dalam beg tu cuma ada sepuluh
ringgit, ada kau tak fikir pulak macam mana sakitnya?" Puas si peragut
disekolahkan.
"Eh,
peduli apa aku?"Melawan, tak mahu mengalah. Tak padan sudah meringis
kesakitan bila tangannya dilipat encik berhati mulia itu.
"Banyak
menjawablah kau ni! Kecik-kecik tak nak pergi sekolah. Dah tua menyusahkan
orang. Tak boleh fikir, macam mana kalau duit sepuluh ringgit tu ajelah yang
dia ada untuk makan. Untuk isi minyak? Ada kau fikir ke?" Beriya lelaki
itu bertazkirah, dan tak takut untuk terus meluku kepala si penyamun.
“Maaf
bang, maaf. Janji lepas ni saya tak buat kerja ni lagi.” Merayu dan semakin
kesakitan bila tangan gagah lelaki itu semakin kuat melipat.
"Aku
lepaskan kau. Lepas ni aku nampak muka kau dekat sini sekali lagi, siaplah
kau!"Amaran encik yang baik hati. Dan sekali lagi tangan lelaki itu
dilipat.
"Okey
bang, tak buat lagi bang! Sakit bang!" Merayu-rayu si peragut. Betul-betul
takut bila digertak begitu.
"Berambus!!"
Cepat lelaki itu bertindak, dan beg sandang pink Ainan yang masih ditangannya
segera dihulurkan pada Ainan semula.
"Adik
okeykan?" Merendahkan suara, tidak seperti dia bercakap dengan peragut
tadi.
"Okey
encik." Belum sempat Ainan mahu mengucapkan terima kasih, lelaki itu
memotong.
"Kalau
okey, abang tinggalkan adik. Hati-hati memandu. Wiya." Memusingkan badan. “Wiya,
jom kita balik.” Tak mahu berlama-lama melayan kes Ainan, memandangkan masih
ada isteri yang mahu dilayan.
"Tapi
Wiya lapar abang, kita ajak adik ni makan sekali." Cuba mengukir senyum.
Cuba untuk berbaik-baik dengan mangsa ragut yang baru dibantu suaminya itu.
"Adik
nak join kami sekali ke?" Pelawa lelaki yang Ainan masih belum kenal namanya.
Tapi
dari apa yang diperhatikanmereka beriya mahu Ainan turut sama. Tengok kakak ni
pun, beriya mengajak. Rasanya tak salah kalau aku ikut. Fikir melayang beberapa
saat.
Mak
pernah pesan jangan hampakan harapan orang. Dan rezeki jangan sesekali ditolak.
"Boleh?"
"Boleh.
Errr. Encik?" Bertanya nama lelaki yang membantunya tadi.
"Oh,
lupa nak kenalkan diri. Abang Nazim. Nazim Rais, tak payahlah berencik. Panggil
aje Abang Nazim."
“Oh.”
Hanya itu balasan Ainan, sebelum jauh fikirannya menerawang.
Nazim
Rais? Nama pun dah membayangkan ketampanann dia. Nazim Rais, tapi tak adalah
rupa Nazim Othman. Huih Ainan, isteri dia kat depan tu. Kau jangan cari pasal.
Sedarnya.
"Dan
ini isteri abang, Kak Adawiyah." Potong Nazim, tak mahu terus diperhatikan.
"Adik?"
"Saya,
Ainan Saffia. Panggil Ainan aje. Ermm, akak tak kisah ke saya join akak makan
ni?"Berbasa basi Ainan, mendekati Adawiyah yang sejak tadi tidak lepas
memandangnya.
"Boleh
dik, lagi ramai lagi meriah. Jom Ainan, naik satu kereta saja. Senang. Abang
nanti boleh hantar Ainan ke sini semulakan?"Lemah suara Adawiyah, tapi
tetap berusaha untuk terus bercakap.
"Boleh
sayang. Jom, Ainan." Pelawa Nazim mesra.
Melangkah
sahaja ke ruang belakang BMW X6 milik Nazim, Ainan tersengeh sendiri. Melilau
matanya memerhati kemasan kulit pada tempat duduk jentera mewah itu.
Cantik,
kalaulah kusyen Viva aku tu boleh ditukar jadi semewah ini. Terus berangan,
membiarkan pasangan di hadapannya itu selesa berdua. Tak ada niat mahu melebih.
Dapat makan tengah hari percuma baginya sudah cukup bersyukur. Selamatlah duit
sepuluh ringgit aku tu, memang untuk minyak kereta yang dah tinggal dua bar tu
pun.
"Ainan
memang duduk kawasan ni ke?" Soal Adawiyah lemah, berusaha untuk bercakap
walaupun nafasnya berat untuk terhela.
"Memang kerja
dan tinggal dekat sini kak. Tapi asal dari kampung. Muar, Johor."
"Oh."
"Akak dan
abang?" Sibuk juga nak tahu.
"Kami dah
bertahun duduk Melaka. Maaflah Ainan, Kak Wiya ni tak sihat. Cakap pun tak
boleh banyak." Celah Nazim, tak mahu Adawiyah terus bercakap.
"Tak apa
Abang Nazim. Saya faham."
Sakit? Memang
tak salahlah tekaan aku tadi. Tapi sakit apa? Sampai nak cakap pun tak larat?
Ermm. Semput kut, tak pun lelah. Tak pun. Ish! Perlu ke nak ambil tahu semua tu
Ainan? Marahnya sendiri.
"Makan kat
mana pun okeykan sayang?" Soal Nazim lembut, memandang sekilas wajah
Adawiyah yang tersandar lemah.
"Mana-manalah
abang, Wiya ikut aje."
"Itulah,
awak tu bukannya nak makan sangat. Mintanya aje lebih, bila dah terhidang
nanti, abang yang kena habiskan semua." Bebel Nazim, terlupa masih ada
sepasang telinga lain turut berada dalam jentera mewahnya itu.
"Abang."Menjeling
Nazim, mengingatkan yang bukan cuma mereka berdua di situ.
"Maaf kalau
sayatanya, Kak Adawiyah tak sihat, sakit apa ya?" Lancar mulut menyoal,
tak tahu penyakit apa yang dihidap wanita itu.
Pasangan itu
saling berbalas pandang, sebelum Adawiyah mengangguk perlahan. Mahu suaminya menceritakan
perihal kesihatannya yang sedang dihadapi.
"Kak
Adawiyahmenghidap ‘adenocarcinoma of cervix’. Tahap empat." Tak mampu untuk meneruskan kata, sebelum tangan
kekar lelaki yang sedang memandu itu merambat, mencari jemari si isteri untuk
digenggam. Mahu menenangkan isterinya mungkin.
Tahulah Ainan,
apa yang disangkanya tadi silap. Ingatkan cuma sakit biasa. Rupanya. Tapi ‘adenocarcinoma of cervix’ tu apa? Tapi kalau dah tahap
empat, tentu serius penyakitnya tu. Mahu terus bertanya, namun dipendam, tidak
mahu terus menyibuk.
Balik nanti cari
dekat google. Hrmm. Dalam
diam mengeluh dalam hati. Berfikir kenapa dengan rela hati ajakkan suami isteri
yang baru dikenalinya itu dituruti.
“Jemput Ainan.” Nazim bersuara ramah sebaik pelayan
restoran asam pedas menghidangkan makanan, sebelum melayan Adawiyah yang duduk
bersebelahan dengannya.
“Sayang nak
kuah atau makan ikan aje?” Perihatinnya lagi. Melayan si isteri yang sakit, bak
puteri.
Tersenyum Ainan
menyaksi keperihatinan Nazim. Dalam hati sudah memuji-muji keperihatinan lelaki
itu.
Beruntung Kak
Adawiyah, dalam waktu sakit begini, Abang Nazim masih sayangkan dia. Masih
setia melayan. Indahnya hubungan mereka ni. Rasa sejuk mata memandang. Tengok
tu, bukan main baik dia melayan. Tolong asingkan tulang ikan, letakkan napkin
dekat atas riba. Hailah.
“Abang
makanlah, segan dengan Ainan tu. Ainan makan Ainan, abang ni memang macam ni. Suka
melayan akak lebih-lebih. Dia ingat akak ni manja sangat. Makan pun nak bersuap
segala.” Tersipu Adawiyah, dalam sakit tetap mahu tersenyum. Mahu Ainan selesa
berada bersama mereka.
Ainan hanya
senyum dan memulakan suapan. Bersyukur kerana diberi rezeki tengah hari itu.
Berkat kirim duit mak dikampung mungkin.
“Jadi Ainan
memang kerja dekat-dekat sini?” Adawiyah mula bersuara lagi. entah mengapa
pandangannya susah mahu beralih. Wajah Ainan sejak tadi diperhati tak lepas.
“Hrmm.” Menghabiskan
kunyahan. “Dekat kilang kak, Batu Berendam. Kerani cabuk aje.” Jelasnya pendek.
Sebelum penyedut minuman dihalakan ke bibir.
“Oh. Okeylah tu
dik, cabuk tak cabuk, asal cukup makan pakai jadilah Ainan. Habis, sedang
rehatlah ya, sekarang ya?”
“Rehat kak, itu
yang saya ke machine ATM, ingat nak ambil duit, sekali tu dompet pulak
tertinggal. Dahtu, malaun mana pulak datang nak meragut! Ish, sabar ajelah.” Terpaksa
bohong sunat, walhal memang dalam machine ATM sudah kekeringan duit pun.
“La, kesiannya.
Habis nak balik ni nanti? Ada duit?”
“Tak apa kak,
adalah duit sikit, lagipun saya bawa kereta sendiri.” Balas Ainan dengan rasa
bersalah. Merasa yang dia tak sepatutnya menipu wanita sebaik Adawiyah.
“Abang.”
Nazim yang enak
menjamu selera menoleh, memberi isyarat ‘apa’ kepada isterinya itu. Bukan dia
tak puduli dengan perbualan isterinya dengan gadis manis di hadapannya itu,
cuma dia sendiri rasa lain. Lain yang hanya dia yang tahu kelainan itu.
“Nanti hantar
Ainan balik semula ke depan bank ya? Kesian dia abang.”
“Okey. Ainan
ada nak minta pertolongan apa-apa ke? Kalau ada, jangan malu-malu dengan abang.
Kalau malu dengan abang, cakap dengan kakak pun okey.” Ramah Nazim lagi,
melayan Ainan serupa adik sendiri.
“Eh, tak apa.
Ini abang dan kakak dah belanja saya makan pun, saya dah cukup bersyukur kak.” Menadah
tangan, menunjukkan pasangan suami isteri itu yang dia benar-benar menghargai
ajakan makan tengah hari itu.
“Tak ada
bendalah Ainan, tengok. Bukan main senyum kakak hari ni, sebab ada teman makan
hari ni. Selalu dengan abangmana dia nak senyum macam ni.” Seloroh Nazim, tidak
mahu suasana makan tengah hari itu kelihatan suram.
“Akak dah jemu
dengan abang sebenarnya Ainan, itu yang selalu buat tak layan.” Balas Adawiyah,
juga dalam keadaan berseloroh. Namun pada Nazim, kedengaran sesuatu pada bicara
isterinya itu.
Dalam tak mahu,
Ainan tetap juga terfikir. Mungkin sebab dia sakit. Itu yang sedih sangat apa
yang terluah tu.
“Tengok tu?” Rajuk
Nazim. Tak segan untuk bermesra di hadapan Ainan.
“Wiya cuma nak
abang cari kebahagiaan abang. Jangan terlalu fikirkan tentang Wiya.” Adawiyah
yang sudah tidak peduli dengan siapa yang ada di hadapannya ketika itu.
Kenapa dengan
diorang ni? Berbincang soal hati, serupa macam aku tak ada depan mereka aje.
Terus menjamah makanan, tak mahu fikirannya serabut, memikirkan tentang hal yang
tiada kaitan dalam hidupnya.
Mengerling
Nazim yang baru memulakan pemanduan selepas mengantar Ainan semula ke kereta.
Tersenyum lelaki itu, dan apa yang Adawiyah perasan, terlebih manis senyuman
suaminya tengah hari itu.
Bukan dia tak
perasan, dia ada menyerahkan beberapa keping duit kepada gadis yang dalam
kesusahan tadi. Cuma dia malas mahu mengulas lebih lanjut.
Memang patut
kut kalau abang nak bantu. Siapa tahu, semua tu mampu buat dia gembira. Ada
orang baru yang hadir dalam hidup dia mungkin. Fikiran Adawiyah terus berfikir
jauh. Membayangkan sesuatu yang mampu buat suaminya itu kembali bahagia.
“Wiya kenapa?
Jeling-jeling abang. Lepas tu senyum-senyum sendiri.” Perasan dirinya
diperhatikan membuatkan Nazim bertanya begitu.
“Tak ada apalah.
Ha, abang ada minta phone number Ainan tak?”
“Minta phone
number anak dara orang? Wiya ni biar betul sayang.” Agak terkejut bila
tiba-tiba isterinya berkata begitu. Selalunya bukan main cemburu kalau kita
bercakap dengan perempuan.
“Mintalah. Ainan
tu nampak baik budaknya. Cantik pun cantik, dan yang Wiya perasan, senyuman dia
tu. Nampak ikhlas aje, kan abang?” Soalnya pada si suami, mengharap Nazim
berkata iya.
“Entah, ada
masa pulak abang nak telek muka anak dara orang.” Mengelak dari terus berbicara
tentang gadis manis yang meneman makan tengah hari mereka tadi.
Lebih tepat,
tidak mahu mengajar hati jadi curang. Tak suka bila ada perasaan aneh muncul,
walaupun cuma sekelumit. Kerana baginya cintanya cuma satu. Untuk wanita pucat yang
tersenyum manis di sebelahnya itu.
“Mana abang
tahu dia anak dara? Entah-entah dah kahwin.” Duga Adawiyah, sengaja mahu
memanjang-manjangkan cerita.
“Tadi, sebelum
naik kereta abang ada pesan dekat Ainan. Lain kali jalan dengan teman. Suami
ke, teman lelaki ke. Dan dia cakap dia tak ada suami lagi.”
“Oh.” Dah
berkenalan mungkin. Fikir Adawiyah, dapat membayangkan sesuatu.
“Ini sayang nak
balik terus atau nak cari barang? Abang ingat nak masuk kerja petang ni.” Tak
mahu bercerita tentang Ainan, bimbang ada hati yang terguris.
“Tinggal Wiya
lagi?” Melayu pandang, memerhati Nazim yang tenang memandu.
“Sekejap aje,
ada beberapa dokumen nak kena approved. Siap nanti abang baliklah. Jaga Wiya.”
“Okey. Tapi Ainan
tu betul cantik, kan abang?”
Tak menjawab.
Ni karang kalau
aku cakap cantik, mahu dua minggu dia merajuk. Terus memandu dan dalam masa
yang sama fikirannya masih ligat berfikir. Turut tidak menafikan kata-kata
isterinya tadi. Sungguh, memang budak tu cantik! Dengan rambut yang dibiar
lepas. Terus terang yang dalam beg sandang dia cuma ada sepuluh ringgit, tak ke
comel tu!
Masih di dalam
kereta. Sudah memakir Viva putihnya di tempat letak kereta kilang tempat dia
berkerja.
“Ganeral
Manager, NRR Manufacturing. Nazim Rais Bin Ridzman. Hrmm.. Memang kenalah nama
dengan orangnya.” Memuji tanpa sedar. Dalam masa yang sama masih tertanya-tanya
jenis penyakit yang dihadapi isteri kepada lelaki itu.
“Masuk ofis
nanti, check dengan pak cik google! Apa maksud nama penyakit tu!”
Kad nama milik
Nazim yang dibelek-belek tadi segera disimpan, sebelum dia kembali membuka
pintu kereta. Mahu segera pulang ke pejabat. Lewat satu jam sudah ni. Jangan
sampai head nampak aku lambat sudah! Mati kalau kena potong gaji. Sudahlah gaji
tu tak cukup, kalau kena potong, dekat manalah aku nak merempat selepas ni.
"Ainan!"
"Siapa
pulak!" Menoleh. "Kau Malik! Nak apa?"
"Makan kat
mana? Kenapa aku tak nampak kau makan kat restoran depan tu hari ni? Kau ke
mana?" Soal Malik, terlebih lebar senyumnya bila terperasan kelibat Ainan
di hadapan pintu utama kilang.
"Makanlah."
Sambil berjalan beriringan menuju ke lif, melayan Malik, rakan sekerjanya.
"Kau pun lambat ke Malik?"
"Lambat
jugak. Tadi bos panggil aku ambil barang. Kau lambat kenapa? Dating?"
"Dating?
Banyaklah. Beg aku, kena ragut. Itu yang lambat. Banyak hallah. Pening."
Ceritanya, sambil menunggu di hadapan pintu lif.
"Ragut?
Banyak duit hilang? Kau okey tak ni?" Soal Malik risau.
"Okey, kalau
tak okey aku dah balik."
"Banyak
duit hilang?"
"Adalah sikit."
Sepuluh ringgit saja kut yangkena ragut. Itupun dapat semula seratus sepuluh
ringgit. Fikir Ainan, mengenangkan Nazim yang dengan baik hatinya memberi
ringgit malaysia seratus ringgit untuk dia berbelanja katanya.
Malu juga Ainan
mahu terima. Tapi bila fikir poket yang semakin nipis, dengan muka setebal
empat belas inci, dia terima pemberian lelaki tu.
"Kalau
rasa tak cukup duit jangan malu cari aku." Malik menawarkan bantuan, dan
sememangnya dia begitu, suka terlebih perihatin kalau semua tentang Ainan.
"Eh, tak
apalah Malik, insya-Allah cukup lagi duit aku nak sampai gaji ni."
"Betul?"
"Betul. Terima
kasih Malik. Aku dah lewat ni, aku masuk kerja dulu?"
“Okey, jumpa
malam nanti.” Pinta Malik, membiarkan langkah Ainan meninggalkan dia sendiri di
depan pintu lif.
Malam menjelang
tanpa dia sedar. Sibuk dengan urusan pejabat menjadikan dia begitu. Terlalu
kuat berkerja, sehingga terlupa masih ada insan yang perlu diambil peduli.
Malik masih
menunggunya di meja kerja tak berapa jauh dari meja kerjanya itu. Tak sampai
hati mahu meninggalkan gadis itu sendirian. Dan seperti sudah menjadi kebiasaan,
dia akan menunggu Ainan menyiapkan tugasan, dan mereka akan sama-sama pulang ke
rumah masing-masing.
"Siap?"
Malik menegur, duduk di hujung sudut meja kerja Ainan dengan tangan memeluk tubuh.
Kemeja yang disarung sudah tersingkap, menampakkan baju t yang tersarung di
dalamnya. “Dah boleh balik?”
"Sekejap
Malik. Kau pun tahukan, head aku tu macam mana orangnya? Dua hari lagi nak
gaji. Segala report nak kena sampai kat tangan dia esok pagi. Ini kalau tak
siap, jawabnya kena bambulah aku esok." Adu Ainan dengan mulut muncung.
Tak puas hati
dengan kerja yang tak pernah habis. Semakin bertimbun, malah ada. Gaji tetap
takat itu juga, sama walaupun kerja semakin bertambah.
"Tahu. Siapa
tak kenal Cik Karmila tu. Accountant
paling kekwat kat company ni. Aku pun kadang-kadang pelik. Macam mana kau boleh
tahan dengan perangai dia tu. Nak ikutkan, sudah dekat setahun juga kau kerja
kan?"
"Hrmm. Hampir
setahun. Dah nasib aku kut Malik. Tak apalah,mulut dia tu aje yang bising, tapi
aku tahu hati dia macam mana." Terpaksa berperasangka baik, walaupun hati
menidakkan yang wanita itu sebenarnya baik.
"Iyalah.
Tapi dia tu kadang aku tengok melampau sangat, suka hati nak herdik kau kalau
lambat serah report. Tak boleh macam tu, kita sama-sama kuli. Tak naklah nak
jatuhkan sesama kuli."
"Macam aku
cakap tadi, dah nasib aku Malik, nak buat macam mana lagi? Dah taraf aku ni
kerja kilang. Kalau aku resign sekalipun, mana aku nak pergi. Jomlah, dah dekat
pukul lapan ni. Karang lambat pulak aku sampai rumah."
"Aku
hantar kau? Tapi sebelum tu kita pergi makan, aku belanja?"
"Belanja
lagi?" Membulat mata Ainan, tak tahu sampai bila Malik akan bermurah hati
seperti itu.
"Jomlah Ainan."
Ajak Malik pada Ainan yang sudah mengangkat beg sandang. Membetulkan rambut
yang ke depan,menghalang pemandangan sebelum dia mengangguk.
"Jomlah. Tapi
gaji esok, aku belanja kau pulak. Okey?"
"Tak
payahlah, aku ikhlas belanja kau."
"Tak
naklah macam tu, aku takut termakan budi." Mengharap Malik faham apa yang
dia cuba sampaikan.
"Apa susah
kalau termakan budi, kau serah aje body kau." Malik dengan wajah
selambanya, buat Ainan rasa tak sedap perut.
"Ish
kau!"
"Maksud
aku, serah diri." Terangnya sekali lagi.
"Serah
diri kenapa pulak? Bukan aku ada buat salah pun." Masih tak faham.
"Serah
diri. Jadi isteri aku, nak?" Bersungguh Malik. Sudah lama menginginkan
sebenarnya, Cuma si gadis masih belum dapat faham ‘belanja makan’ yang selama
ini dilakukan sebenarnya membawa maksud yang dia mahu menyara gadis itu seumur
hidup.
Ainan tak
melayan. Pantas kaki melangkah, tak mahu berbicara lebih lanjut tentang apa
yang terluah dari bibir Malik tadi. Tapi serius ke Malik ni? Boleh juga kalau
terima dia jadi suami. Besar juga gaji engineer tu, bolehlah sara aku.
Ceh! Jauh
sangat fikir sampai kahwin, dia nak belanja makan saja kut.
No comments:
Post a Comment