MELIHAT si isteri yang turun dari
katil, Nazim ikut bangkit.
|
"Nak ke mana pulak tu?
Dah jauh malam ni Wiya.”
"Abang
tidurlah dulu, Wiya ingat Wiya nak kemas bilik tidur dekat atas tu untuk Ainan."
"Nak
naik tangga?" Nazim bertanya hairan. Tak yakin yang isterinya itu mampu
mendaki tangga untuk ke tingkat atas.
"Iyalah."
Yakin Adawiyah menjawab. Teruja untuk menerima orang baru.
"Nak
jatuh macam setahun yang lepas? Duduk hospital, sebab kaki sakit?" Nazim
yidak berpuas hati.
"Abang..
boleh tak abang percayakan Wiya. Wiya okeylah. Tengok, Wiya dah boleh jalan
macam biasa tau." Sengaja tayang yang diri sebenarnya kuat. Kuat dan mampu
melakukan semula kerja-kerja rumah.
"Degil."
Desis Nazim, antara dengar dengan tidak. Penat mahu melarang, hampir berbuih
dia menegah isterinya itu dari membuat kerja rumah.
Cuma
yang namanya Adawiyah tak pernah sedar, yang dirinya disayang.
"Sama,
kitakan sama-sama degil. Kalau tak, takkan kita boleh kahwin lari, kan? Dan
sampai sekarang, kita masih belum diterima keluarga masing-masing. Kalau Wiya
ni okeylah. Yang adapun cuma Mak Teh, abang tu?" Adawiyah mula membuka
cerita lampau, sekali lagi mahu membangkitkan kemarahan Nazim yang sudah cukup
bersabar dengan kelakuannya sebelum ini.
"Hentikan
Wiya. Kenapa dengan Wiya ni? Sekarang ni Wiya memang suka sangat buat abang
marah kan? Apa memang Wiya suka, kalau abang naik angin?" Keras Nazim bersuara,
mahu menyedarkan si isteri.
"Wiya
cakap benda yang betul, dan tak ada masa Wiya nak buat abang marah tak tentu
pasal. Memang betul kut, kita kahwin tanpa restu. Tanpa restu tu abang, sama
aje maknanya dengan kahwin lari." Menduga lagi ucapannya.
"Dan
sekarang ni Wiya baru sedar, kenapa Wiya jadi macam ni. Ini semua sebab
balasan. Sebab Wiya tak dengar cakap Mak Teh dan arwah opah!" Menyalahkan
diri lagi, Adawiyah berdiri di tepi pintu bilik.
"Buat
apa nak ungkit kisah silam kalau boleh buat hati sendiri sakit. Berapa kali
abang nak cakap, semua ni berlaku bukan sebab balasan atau apa sahaja yang Wiya
fikir. Sudah qada' dan qadarnya begini Wiya.” Nazim cuba menyedarkan Adawiyah.
“Kenapa
mesti nak mengungkit itu ini? Kita terima semua ni sebagai ujian. Ujian Tuhan
tu tak kira siapa kita. Selagi namanya manusia, kita takkan terlepas dari
ujian. Abang tak rasa kita derhaka. Kita jemput mereka datang majlis kita, tapi
mereka yang tak nak datang, kan?" Nazim cuba menegakkan pendirian sendiri.
Menafikan apa yang berlaku selama ini bukan kerana mereka yang mahu.
"Iya,
Mak Teh dan opah Wiya tak datang sebab diorang malu. Mama dan papa abang tak
datang, sebab dia bencikan Wiya. Betulkan abang?" Pahit untuk ditelan
kenyataan itu, namun demi menyedarkan Nazim, dia terpaksa meluahkan.
“Kalau
sebelum ini Wiya diam sebab Wiya rasa Wiya boleh hidup bahagia bersama abang,
tapi abang nampak sendiri keadaan kita macam mana, kan? Berdua, tapi seperti
sendiri. Lebih baik abang cari isteri lain. Wiya dah tak mampu buat abang
bahagia!” Jerit Adawiyah seperti orang hilang pedoman.
“Tolong
abang. Dengar cakap Wiya, terimalah Ainan. Wiya tahu, Ainan pun akan terima
abang.” Rintihnya, sayu lagi.
Nazim
mengeluh berat. Itu yang diulang-ulang Adawiyah, bahagia! Bahagia! Apa dah
benci sangat ke nak pandang muka dia? Sampai nak sangat dia cari isteri lain?
Membungkal hatinya, bila acapkali didesak begitu.
“Abang.”
Adawiyah masih mahu merayu.
“Abang
dengar tak, apa yang Wiya cakap tadi? Susah ke abang nak penuhi satu-satunya
permintaan Wiya ni? Wiya janji dengan abang, lepas ni Wiya dah tak minta
apa-apa lagi dah. Ini yang terakhir Wiya harap dari abang. Tolonglah abang,
cari bahagia abang tu.” Hampir terduduk sahaja dia waktu itu. Perit dihati
jelas terpapar di wajah. Deritanya mengatasi segala rasa.
"Sudahlah
Wiya, abang letih. Abang tak nak bincang soal ni lagi. Wiya boleh tolong tak,
jangan timbulkan hal ni lagi? Biar kita dengan hidup kita. Tak perlu fikirkan
orang lain. Selama ni abang dah cukup bahagia dengan Wiya. Abang tak perlukan
sesiapa untuk buat hidup abang bahagia. Cukup, abang dah ada Wiya, sayang."
"Tapi
orang lain tu keluarga kita sendiri abang. Mak dan ayah kita. Nak sampai bila
biar perkara ni berlanjutan tanpa ada sebarang penyelesaian. Wiya nak abang
berbaik-baik dengan mama dan papa abang."
"Abang
nak tidur," putus Nazim, tak mahu melayan. Mereka yang buang dia, bukan dia
yang lari dari mereka. Itu yang hati Nazim kata.
"Wiya
akan cari mama."
"Buat
apa! Dia dah buang abang, mustahil dia nak dengar apa-apa dari mulut kita
sayang. Sudahlah Wiya, mari tidur." Lelah sudah Nazim mahu terus memujuk
kerana dia sendiri lemah bila dibangkitkan soal papa dan mamanya. Masih ada
cerita lama yang tersimpan kemas. Kalau mampu, mahu terus dipendam.
"Wiya
nak ke atas." Adawiyah berdegil lagi.
"Esok,
abang janji balik kerja esok, abang tolong kemas. Sekarang ni sayang mari tidur.
Abang tak nak fikiran Wiya terganggu. Ingat pesan doktor, kan? Nak Wiya rehat, jangan
fikir banyak?" Nazim bangkit mendekati Adawiyah. Dipeluk erat bahu wanita
itu, sebelum dipimpin semula ke katil.
Tubuh
selemah ini dikatanya kuat. Sayang, kenapa suka sangat seksa diri. Cukuplah
sakit yang sayang tanggung, tak perlu tambah kusut tu dengan berfikir tentang
orang lain. Orang yang langsung tak pernah fikirkan tentang kita. Wiya tak
ingat ke sayang. Kita ni, anak terbuang.
Tubuh
lemah itu dilayangkan di atas katil, sebelum jemarinya mengelus lembut anak
rambut yang mulai tumbuh di kepala botak milik si isteri.
"Pejam
mata, jangan fikir apa-apa lagi. Mama ke, Mak Teh ke, semua tu biarkan.
Fikirkan kesihatan sayang ya?" Suaranya jelas menusuk ke tangkai jantung
Adawiyah. Kembali tenang hatinya yang bergelora tadi.
"Tapi...
Ainan abang."
"Esok,
esok petang Ainan datang."
"Janji
dengan Wiya...."
"Syhhhh."
Nazim memintas, tak mahu Adawiyah terus meluah.
"Abang
akan kahwini dia? Janji dengan Wiya?" Tak serik Adawiyah. Baginya, apalah
sangat sakit dimarah, berbanding sakit yang dia sedang hadapi.
"Sayang."
Bergenang air mata Nazim, dengan jemari rapat ke bibir Adawiyah. Tidak mahu
isterinya itu terus mendesak dia menerima gadis yang belum tentu akan menerimanya
sebagai seorang suami.
Adawiyah
pejam mata. Lama sebelum kembali membuka matanya melihat Nazim yang sudah
terlena di sisi. Redup wajah si suami ditenung. Sedih? Pilu? Terasing? Ah,
sememangnya dia dalam keadaan itu sekarang ini.
Terasa
Nazim bukan milik dia lagi. Benar, tindakannya sekadar mahu Nazim semakin
membenci, demi untuk mengurangkan rasa sayang lelaki itu padanya. Walaupun pada
hakikatnya, hati dia yang luluh.
‘maafkan
Wiya abang. Wiya tak berniat nak lukakan hati abang. Apa yang Wiya buat ni, tak
ada lain untuk abang tak terasa bila Wiya pergi tinggalkan abang nanti.’
TERSEDAR pagi itu, Nazim
terus mencari si isteri apabila terasa hangat tubuh isterinya tiada di
sisi.
"Sayang?"
Mata tercari-cari. Di bilik air juga tiada. Dan dengan langkah panjang dia
keluar dari bilik utama.
"Wiya!
Ya Allah, sayang!" Sekali lagi, apa yang menjadi ketakutannya berlaku.
Isterinya yang masih lemah, tersungkur di hadapan tangga.
"Kenapa
degil sangat sayang. Abang dah pesan, jangan naik tangga. Kenapa tak dengar
cakap? Kenapa suka sangat buat abang menangis." Sebak Nazim, dicempung
tubuh si isteri.
"Wiya
okey." Antara dengar dengan tidak sahaja Adawiyah bersuara. Dengan tubuh yang kian
layu, senang sahaja dia diangkat oleh si suami.
"Wiya
belum okey. Dengar, tengok muka abang ni Wiya. Wiya belum okey! Dan jangan buat
abang berkeras dengan Wiya, Wiya faham tak?!" bentak Nazim, sudah hilang
sabar dengan setiap tingkah isterinya itu. Tak tahu mahu kata apa lagi,
kedegilan Adawiyah memaksanya untuk bertegas.
"Azan."
Adawiyah meletakkan jemari runcingnya ke bibir Nazim. Tak mahu suaminya itu terus
dengan marahnya.
"Tidur.
Jangan nak ke mana-mana lagi." Sebak lagi, bergenang air matanya melihat
kedegilan si isteri.
Kenapa
Adawiyah tak pernah faham, yang sayangnya hanya untuk si isterinya itu? Rintih
Nazim lagi. Sebak yang tak tertahan menjadikan dia terus menangisi kedegilan
Adawiyah.
"Nak
solat,” pinta Adawiyah lemah, buat air mata Nazim jatuh lagi.
"Tunggu,
abang bawa air untuk wuduk." Akur Nazim, tidak mampu menolak permintaan
Adawiyah. Malah masih berasa bangga dalam keadaan payah begini, si isteri masih
tidak lupa menunaikan kewajipan yang satu itu.
Usai
isterinya solat dalam keadaan yang tidak begitu selesa, Nazim mendekati
Adawiyah. Mahu dibantu untuk dibukakan telekung yang tersarung di kepala wanita
itu, namun ditegah.
"Tak
payah bukalah abang, biar aje macam ni.” Tersenyum bibi Adawiyah walau tak
selebar mana. Puas dipandang wajah suaminya itu. Sungguh, masih sama. Tiada
satu pun yang berubah.
Dan
kalau ini tatapan yang terakhirnya untuk si suami, dia sudah cukup gembira. Gembira kerana masih
diberi peluang untuk sama-sama solat berjemaah.
“Tak
panas?” Tenang semula suasana. Hati turut tenteram menyaksikan senyum di bibir si
isteri.
“Tak,
sebab Wiya selalu minta pada Allah. Kalau boleh biarlah nyawa Wiya diambil
dalam keadaan Wiya macam ni. Tentu abang pun akan tenang nampak Wiya macam ni,
kan abang?" Dipandang sayu wajah Nazim.
"Sesi
rawatan sayang ada berbaki lagi, kan?" Tak dijawab soalan isterinya itu.
Sebak usah dikata, kalau ikutkan hatinya yang sedih, mahu sahaja Nazim meraung
di situ.
Betul, doktor sahkan hayat
isterinya akan berakhir dua bulan yang lepas, tapi doktor juga manusia biasa
yang hanya mampu meramal hidup dan mati seseorang. Yang menentukan ialah DIA.
Lihatlah isterinya sekarang, masih bernyawa hingga ke saat ini.
"Tapi
Wiya sepatutnya meninggal dua bulan yang lepas, kan abang?" Adawiyah buka cerita
lain.
Memang
menjadi traumanya setiap kali dipinta untuk membuat rawatan. Kesakitannya
usahlah digambarkan. Baginya, biarlah dia sendiri yang tanggung. Tidak mahu
berkongsi dengan orang lain.
"Simpan
air mata abang. Wiya cuma nak tahu, kenapa sampai sekarang Wiya masih hidup?
Kenapa Allah tak biar Wiya mati dua bulan yang lepas abang?" soalnya pada
si suami, seolah Nazim itu yang menentukan perjalanan hidupnya.
"Jangan
buat abang macam ni Wiya. Tuhan tak cabut nyawa Wiya, sebab DIA nak Wiya ada
dengan abang. Kekal hidup bersama abang. Bahagia macam sebelum-sebelum ni, dan
mungkin sampai bila-bila."
"Bahagia?
Bahagia apanya abang, kalau Wiya tak mampu nak melayan abang. Bawa abang ke
alam bahagia tu."
"Erti
bahagia itu luas sayang. Kita macam ni pun abang dah cukup bahagia, sayang.” Terhimpit
dadanya bila terpaksa kuat untuk selindung duka di hati.
“Dapat
jadi imam kepada makmum abang yang cantik ni. Wiya kucup tangan abang. Dah
cukup sayang. Abang tak minta lebih. Kasih abang, masih sama seperti waktu awal
perkahwinan kita dulu. Sikit pun tak pudar. Sekarang giliran abang layan Wiya.”
Nazim memujuk.
“Lupakan
semua tentang abang sayang. Yang penting Wiya kembali sembuh macam dulu. Abang
akan terus ada dengan Wiya." Memujuk lagi tanpa ada rasa jemu. Dia sedar,
kesakitan Adawiyah tak tertanggung.
Tapi
mampukah dia melepaskan Adawiyah pergi? Tergantung soalannya itu, kerana tidak
punya jawapan.
"Jangan
harap Wiya sihat, sebab Wiya tahu hidup Wiya tak panjang. Mulai sekarang, abang
kena fikirkan tentang kebahagiaan abang."
"Dah
beratus kali Wiya ulang benda yang sama. Abang takkan jadi bodoh untuk lukakan
hati orang yang paling abang sayang," tegas Nazim, tidak mahu tunduk
dengan cadangan Adawiyah.
"Itu
bukan tindakan bodoh abang, Wiya cuma nak tolong abang, nak tengok abang
bahagia. Hidup dengan seseorang yang mampu buat abang tersenyum. Wiya ni apa
yang ada abang? Anak pun Wiya tak mampu beri, itu yang abang katakan bahagia?
Wiya tahu, abang tak bahagia.” Lemah suaranya, dengan wajah tunduk, tapi mahu
terus bercakap.
“Hubungan
kita ni tak ubah macam dua orang pengembara yang sesat di padang pasir. Suram, kaku,
bungkam." Memberi perumpamaan, mahu menyedarkan Nazim yang sebenarnya lelaki
itu menipu hati sendiri.
“Terserah
kalau Wiya nak fikir macam tu. Yang pasti, perasaan abang pada Wiya masih sama,
tak pernah berubah. Kalau Wiya rasa selama ni abang menipu, silap tanggapan
Wiya tu! Cukup Wiya sorang, abang dah tak perlukan sesiapa.” Nazim bangkit dan
berlalu. Tak daya lagi untuk dia melayan permintaan yang bukan-bukan si isteri.
No comments:
Post a Comment