Bab 3
A
|
NDI bangun terkejut bila bunyi langsir ditarik kasar.
Saat membuka matanya, sinaran matahari memancar terik terus ke dalam
bilik. Duh! Ni mesti Elly sengaja nak
tunjuk protes dengan cara halus.
“Good morning, Andi.”
Kan dah agak!
Elly berdiri di tepi katil sambil bercekak pinggang dan melemparkan senyuman
nipis.
“Good morning. Pukul berapa sekarang?”
Andi menarik comforter hingga separuh daripada
wajahnya saja yang kelihatan. Sakit siot
mata menahan pancaran terik sang matahari.
“Almost eight.”
“Awak tak pergi
kerja ke?” Suara Andi serak.
Skirt hitam
dipadankan dengan blaus berwarna biru tua. Pakaian Elly macam nak pergi bekerja
tapi takkan dah nak dekat pukul lapan pun masih di sini lagi.
“I have a meeting at 9.30,” jawab Elly.
Bos besar kan,
mesyuarat pula di pejabat klien jadi tak payahlah masuk pejabat sendiri pagi
ini. Kira memang nak ajak Andi pergi berjoging awal pagi tadi, tapi dah Andi
pun masih tak berapa sober malas Elly
nak bangunkan.
“Where’s my morning kiss?”
Elly senyum
nipis. Dalam mamai pun jangan ingat Andi lupa rutin wajib setiap pagi itu. Dia
tunduk mencium bibir suami sekilas.
Urgh! Inilah
sebab kenapa dia tak suka Andi minum. Bau nafas post-drink tu dia paling tak tahan.
“Awak pergi mana
malam tadi?”
“Lepak dengan
3K.”
Rolling eyes.
Dah ku agak sang suami tumbuh tanduk setiap kali melepak dengan 3K. 3K adalah
gelaran teman-teman baik Andi yang Elly memang tak berapa berkenan.
K= Kiran
K=Khalid
K=Kong
Memang pilihan
satu Malaysia. Tapi kalau perangai tak ‘secantik’ mana tu yang dia susah nak
terima. Tak sah kalau tak sober
setiap kali selepas balik melepak dengan 3K.
“I thought they aren’t married yet?” Terangkat sebelah kening Elly.
Itu soalan
sarkastik untuk Andi yang tak sedar diri dah beristeri. 3K lain kes lah. Buat
apa, ke mana, balik pukul berapa tak ada
siapa yang kisah. Hidup solo kan umpama burung helang yang terbang bebas.
Lebih-lebih lagi
dengan gaya hidup 3K yang tak berapa sihat tak menarik minat Elly. Asal free melepak. Asal free minum. Asal free
jadi ‘hang’. Serius dia tak suka.
Perangai begitulah yang buat Andi kadang-kadang terlupa status sendiri.
Laaa..jangan
menilai orang Elly. Diri sendiri pun macam tu jugak. Suara kecil di hati
mengejek dirinya yang dua kali lima.
Andi senyum
nipis.
“I can’t simply ditch them, darling.”
Bukan Andi tak
tahu Elly teringin sangat nak pegang sepanduk yang bertulis ‘Saya sangat tak
suka 3K’. Prinsip Elly lain. Kalau pasangan suami isteri yang lain pasti
‘kawanmu kawanku jua’. Tapi bagi Elly adalah ‘kawanmu lain, kawanku lain’.
Elly senyum
sinis.
“But you can ditch your own wife, is that right
darling?”
Pagi-pagi dah
kena ‘goreng’ dengan Elly. Andi bangun dan bersandar di kepala katil. Dipandang
sekilas wajah Elly, ada riak kecewa tergambar di wajah cantik itu.
“Sorry darling, bateri iPhone dah habis
semalam.”
“Power bank?”
“Lupa caj.”
Andi bukan
sekadar memberi alasan, hati ikhlas meminta maaf. Sangkanya semalam Elly memang
tak nak makan malam bersama. Dia tunggu sampai pukul 7 malam tapi batang hidung
Elly masih tak kelihatan. Dah nama pun bosan duduk seorang di rumah, sedap dia
melepak sampai tengah malam. Telefon bimbit mati. Power bank habis bateri. Pulang ke rumah baru tersedar Elly ada
menghubunginya.
Andi, wait for me. Saya balik awal hari ni. Dinner
sama-sama kan?
Betul-betul Andi
rasa macam nak lemparkan telefon bimbit ke dinding saat membaca WhatsApp dari
isteri. Memang patutlah Elly ‘panas’ pagi-pagi begini.
Elly masih dengan
senyuman sinis. Dia berpaling ke pintu mahu menapak keluar. Kalau isu ini
dipanjangkan, memang rosaklah pagi Selasa Elly.
“Like I care, Andi.” Kecil saja suara Elly. Buat gaya macam tak terasa hati.
Urgh! I do care!
Dum!
Andi merebahkan
semula badannya di atas katil bila tubuh Elly menghilang di sebalik pintu yang
sudah dihempas kasar. Nak memujuk Elly dah tak semudah dulu. Ayat-ayat cinta
dan manis bergula bukan citarasa Elly lagi, jadi jangan berangan nak bermadah
ala-ala Sonnet 18.
Elly dah tak
semesra dulu.
Elly dah tak
semanja dulu.
Elly dah tak
ringan mulut macam dulu.
Mungkinkah cinta
Elly padanya juga sudah tak sekuat dulu? Susah nak diagak jika ia melibatkan
soal hati dan perasaan seorang Elly Abdullah.
Andi mengeluh
berat. Macam mana nak selesaikan masalah rumah tangga mereka berdua yang dah
semakin pudar kemesraannya? Takkan nak tanya daddy dan mommy, buat
malulah dah besar panjang pun nak minta pertolongan orang tua.
“Andi.”
Elly muncul
semula di sebalik pintu.
“Hmm?”
“Alihkan kereta
awak.” Pendek saja ayat Elly.
Porch besar
sampai boleh muat beberapa buah kereta, nak jugak Andi parker di belakang
keretanya.
“Pakai kereta
saya dulu. Malas nak alihkan.”
“Tak nak. Nanti famili
awak bising.”
“Elly.”
Elly angkat
kedua-dua belah tangan. Kalah bila Andi memandangnya tajam.
“Sorry, maksud saya… saya tak biasa pakai
kereta awak,” Elly membetulkan salah sendiri.
Betul apa yang
dia cakapkan. Mulut keluarga mertua boleh tahan hebat. Telinga yang kalis
‘bunyi’ pun belum tentu boleh tahan. Kalau dia jenis yang cepat ambil hati, dah
lama dia tinggalkan Andi. Tapi kerana cinta pada sang suami, dia tetap bertahan
di sisi.
Cinta?
Cinta yang
berbentuk hati tu ke?
Love exists if we admit it is there.
Elly terdiam bila
bibirnya menjadi sasaran suami yang sudah berdiri di hadapannya.
“Pakai aje kereta
saya. Hak saya adalah hak awak juga. And
never mentioned about family matters.” Pinggang Elly dipeluk dan dibawa rapat ke tubuhnya, dipeluk tubuh
itu buat beberapa ketika, melepaskan rindunya pada si isteri.
“Ada breakfast tak?” Mata coklat Elly
direnung.
Elly angguk
kepala.
“Good girl. Never skip your breakfast. Those who skip
their breakfast are 27% more likely to develop heart disease,” sambung Andi.
Elly tersenyum
nipis dan angguk kepala. Tahulah, dah beratus kali Andi ulang ayat yang sama
sejak mereka berdua berkahwin.
“Jangan lupa yang
berdiri kat depan awak ni adalah isteri awak, bukan pesakit awak,” Elly
mengingatkan. Kadang-kadang pandai terkeluar ceramah pendek Andi mengenai
kesihatan.
“You’re a doctor to your patients but a husband to
me.”
Andi tergelak dan
menjungkitkan bahu. Dia membuntuti Elly yang sudah menuruni anak tangga. Ikut
hati dia nak rajinkan diri menghantar Elly untuk menghadiri mesyuarat tapi
dengan muka basi yang baru bangun tidur ni baik tak payah.
“Oh ya!” Andi
tepuk dahi sendiri.
“Semalam mommy ada telefon, kata hari ni ada
makan-makan di rumah. Balik awal, okey.”
Langkah kaki Elly
terhenti di tengah-tengah tangga. Dia berpaling dan mendongak memandang Andi.
“Makan-makan
sempena apa?”
Biasanya weekdays yang orang tengah sibuk dengan
kerja sampai ke malam mana pernah ada makan-makan. Selalunya hujung minggu aje mommy sibuk nak menjemput ke rumah. Itu
pun menantu macam dia ni mana mommy
nak layan sangat. Dia kan pilihan Andi. Memanglah mommy tak berkenan.
Andi jungkit
bahu. Yang dia tahu mommy suruh
datang malam ini. Bawa perut kosong, Tak payah potluck macam biasa.
“Balik awal,
okey. Kita pergi sama-sama.” Tangan kanan Andi naik mengelus pipi Elly perlahan.
Kasihan pula
melihat riak wajah Elly yang jadi blur
dan seolah tak terkata. Dia tahu Elly terpaksa dan hanya menurut. Dalam Elly
yang hidupnya bengkang-bengkok macam dia, Elly tak pernah membantah
kata-katanya yang bergelar suami.
Dia pun
sebenarnya tak sampai hati melihat Elly asyik ‘terkena’ dengan mommy tapi takkan nak ditegurnya mommy yang melayan Elly macam orang
luar. Jangan tak ingat dengan ayat mommy
padanya tahun lepas.
‘Berani Andi
tegur mommy hanya sebab isteri yang
tak baik mana macam Elly tu? Jangan lupa syurga di telapak kaki mommy, bukan Elly.’
Cukuplah dah kena
sekali dengan mommy. Nanti kalau dia tegur lagi takut dia bertukar
menjadi batu keras di tengah lautan macam kisah si Tanggang.
Elly angguk
kepala. Habislah malam nanti. Kalau boleh dia tak nak pergi. Tapi kalau dia tak
pergi lagi teruk dia kena dengan mommy.
Kut kena telefon dan disindir sampai telinga jadi ‘haus’.
“Jangan risau,
Elly. Saya ada.”
“Okey.”
“Senyum untuk
saya.”
Beberapa saat
Andi menunggu namun reaksi Elly masih sama macam tadi. Shocked. Tahu sangat ‘okey’ Elly hanya di bibir tapi bukan di hati.
“Kalau awak tak
nak pergi, saya boleh bagitau...”
“No. Saya nak pergi. Kita akan pergi. Full stop. Andi, saya dah lambat.”
Elly memotong
ayat Andi dan mengerling jam di tangan. Sangatlah dia tak bersetuju dengan idea
Andi. Kalau cakap dia tak datang, mommy
akan meletup dua kali ganda. Baik jangan menggali lubang kalau dah tahu diri
sendiri yang akan terjatuh ke dalam.
“Andi, kunci
kereta awak.” Elly hulurkan tangan.
Biar sampai di
sini saja topik mereka berdua. Malas Elly nak minta kesian pada sang suami kata
mak mertua jahat tak pernah melayannya dengan baik. Maaf, pembetulan. Mak mertua
tak jahat, cuma tak berapa baik dengan dia.
“Jap, saya
ambil.”
Andi belari naik
semula ke dalam bilik. Pandai dia suruh Elly pakai kereta miliknya, tapi boleh
pula terlupa nak bagi Elly kunci kereta.
Dapat saja kunci
kereta, bergegas Elly keluar dan masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta
dihidupkan. Konon tadi nak sampai awal, bla
bla dengan Andi sampai terlepas pandang dengan timing sendiri. Ni kalau tak pecut memang takkan sampai tepat pada
waktunya di Wangsa Maju.
Tag nama Andi
yang tergantung di cermin pandang belakang kereta dialihkan Elly dan diletakkan
di ruang kosong bersebelahan handbreak.
Mana selesa kalau sedang dia syok memandu ada pula benda yang bergerak ke kiri
dan kanan di hadapan cermin.
Saat mata Ely
berkalih pada handbreak, matanya
tertacap pada tag nama yang lagi satu. Aik! Sejak bila pula Andi ada dua tag
nama?
DR. ANGELICA
CASANDRA.
Elly terkedu.
Lama pandangannya melekat pada tag nama itu. Otaknya ligat berfikir. Haruman
yang melekat di baju Andi sejak kebelakangan ini...
Damn!
Tok! Tok!
Elly terkejut.
Matanya berkalih pada Andi yang melambaikan tangan di luar tingkap kereta. Siap
flying kiss lagi.
Argh! Rasa
macam nak bagi flying kick pada Andi!
No comments:
Post a Comment