Bab 7
P
|
AGI yang
sedikit sejuk. Hari yang sedikit bosan dan tak tahu nak buat apa. Ni lah
akibatnya ambil cuti tanpa merancang apa nak buat, nak bercuti ke mana dan
sebagainya. Kalau tak mesti dia tengah sibuk tengok pesakit kat ward waktu
macam ni. Andi yang duduk di atas kerusi
di luar rumah mendongak ke langit. Macam nak hujan aje. Niat nak mencuci kereta
automatik terbatal. Nanti kereta dah cantik berkilat, sedap-sedap air hujan
menyimbah ke bumi.
Elly pula sengaja
tak dibangunkan sebab Elly tak payah masuk pejabat, mesyuarat jam 11 pagi. Kira
nak ajak Elly berjogging petang nanti. Itu pun kalau Elly nak.
“Good morning.”
Andi panjangkan
leher mencari si empunya suara. Dia lemparkan senyuman pada Betty yang
menjenguk di sebalik dinding pagar yang memisahkan rumah masing-masing.
“Morning. Sorang lagi hari ni?” Andi
membalas.
Dia bangun dari
duduk dan mendekati dinding pagar. Biasanya pagi-pagi begini Prakash, suami
Betty pun ada sekali untuk menemani Betty menyiram pokok bunga di halaman. Tapi
kalau Betty sorang saja bermaksud Prakash outstation.
“Yup. My husband went to Kuching yesterday,” jawab Betty.
Andi senyum. Kan
betul tekaan dia.
“Mana Elly? Dah
lama tak nampak dia. Plan to teach her
how to make muruku one day.” Betty masih tekun menyiram air ke koleksi
bunga kesayangan yang menghiasi laman rumah.
Dari dulu nak
buat projek muruku dengan Elly tapi balik-balik tak menjadi. Tak ada masa. Elly balik lewat petang. Kalau
tengok batang hidung Elly sekali seminggu pun dah kira cukup baik.
Andi berdeham.
Apa nak jawab?
“Masih tidur
lagi. Semalam dia balik lambat. Banyak kerja di pejabat.”
Nak jawab
Elly sedang tidur sebab ‘weng’
selepas melepak di Lust malam tadi? Hell no!
“I admire your wife. Sibuk macam mana
pun, kerjaya dan rumah tangga seiring. No
wonder you love her so much.”
Betty memuji
ikhlas. Dia bukanlah ‘stalker tak hengat’
sampai nak menghendap apa perkembangan jiran sebelah rumah tapi mata kasarnya
tak pernah salah. Sibuk macam mana pun Elly, Andi tak pernah terabai. Makan
minum Andi masih terjaga. Pakaian Andi sentiasa kemas, asal turun kerja tak
pernah berkedut. Malah bunga-bunga Elly yang menghiasi hadapan rumah pun masih
subur, Elly jaga dengan rapi.
Kalau dia sibuk
macam Elly, belum tentu dia dapat menguruskan masa dengan baik. Entah-entah
Prakash terpaksa pergi kerja dengan baju tak bergosok. Biasalah, bab pengurusan
masa memang dia fail.
Andi tersenyum
lebar. Siapa yang tak sayang bini kan? Walau macam mana teruk pun keadaan Elly,
cinta Andi tak pernah berganjak walau seinci. Baik buruk Elly semuanya Andi
terima. Malah tak pernah membandingkan Elly dengan mana-mana perempuan. Baginya
Elly adalah yang terbaik. Biasalah, cinta dulu, kini dan selamanya katakan.
Bagaimana pula dengan cinta Elly padanya?
Dulu? Ya.
Kini? Tak pasti.
Selamanya? Tak
pasti.
Karl dan Elly.
Elly dah Karl...argh! Prasangka buruk itu ditolak Andi jauh ke dalam gaung.
Pagi-pagi begini apa cerita nak serabutkan otak dengan tanggapan buruk tentang isteri dan adik sendiri. Dia
tahu Elly takkan curang.
Are you sure?
Comforting mode?
Oh how I wish!
“Dr. Andi, kalau
ayah saya tak ambil warfarin boleh
tak? He’s not keen to take it though.”
Hilang segalanya
yang berlegar di dalam fikiran Andi bila Betty bertanya. Andi hanya mampu
mengukir senyum. Tipikal Betty, asal berbual kosong di sebalik pagar dinding
begini pasti Betty meminta khidmat konsultasi percuma.
Setengah jam
kemudian, Andi meminta diri untuk berlalu. Matahari di atas kepala dah semakin
terik tapi Elly masih tak bangun lagi. Rasa risau bertandang di hati. Masuk
saja ke dalam rumah, langkah kaki Andi diatur menuju ke dapur. Niat nak buatkan
teh panas untuk Elly sebelum mengejutkan isteri yang barangkali masih terlena
di atas sana.
Namun langkahnya
terhenti di depan pintu dapur bila terpandangkan sesusuk tubuh elok duduk di
atas kerusi di kaunter.
“Good morning,”
sapa Elly berserta senyuman nipis.
Tak payahlah buat
muka terkejut tengok muka dia yang masih hangover
ni. Dia dah bangun siap dengan secawan teh panas di depan mata. Matanya masih
setia pada Andi yang sudah mula mendekat.
“Morning. Awal bangun hari ni.”
Kucupan
dihadiahkan untuk Elly sebelum Andi mengambil tempat di hadapan. Sempat tangan
kanannya naik mengelus rambut Elly yang sedikit serabai. Wajah Elly tampak
masih letih macam tak cukup tidur.
“Tak dapat
tidur.”
Ya la, macam mana
nak tidur kalau anjing jiran di belakang rumah menyalak tak sudah. Ayam
berkokok waktu pagi pun kalah. Mata Elly masih setia di wajah Andi. Rasa macam
dah lama tak ditatap. Wajah yang dah lama tak dibelai dan dibawa bergurau senda
apatah lagi bermanja.
“Awak minum
banyak sangat malam tadi. Lain kali jangan minum. You can never stand it.”
Cawan berisi teh
panas Elly dicapai Andi selamba sebelum dihirup. Kasihan pula dengan Elly yang
memicit dahi dari tadi. Rasa post-drink
memang jauh lebih teruk daripada post-call.
Dia yang dah biasa ni pun kadang-kadang tak tahan, apatah lagi yang baru
mencuba macam Elly.
“Dan kalau boleh
jangan minum lagi, nanti badan awak makin tak tahan,” Andi menyambung kata.
Look who’s talking. Elly senyum sinis. Tangan
kanannya masih memicit dahi. Jangan banyak cakap kalau dia tengah hangover macam ni, karang silap haribulan
dia sembur Andi.
“I’m going to Kuching this weekend. Tapi
tak lama, tiga hari aje.” Elly menukar topik.
Malas nak
panjangkan isu malam tadi. Dia tak nafikan memang itu salah sendiri, minum
sampai tak ingat limit. Andi bawa balik semalam pun dia langsung tak sedar.
Mula-mula tu okeylah, ayat masih teratur lagi. Tapi bila dah makin lama, kepala
makin pening. Dah semakin ‘weng’
sampai tak sedar keadaan di sekeliling. Yang dia ingat, dia meluahkan perasaan
tentang masalah rumah tangga dengan Linda sampai meleleh air mata.
Laa...berani ‘bising’ di belakang-belakang
tapi bila di depan Andi satu ayat pun tak terkeluar dari bibir. Betul juga apa
yang Linda katakan malam tadi. Patutnya kalau ada masalah dia dan Andi duduk
berbincang, bukannya sorang ke hulu sorang ke hilir macam sekarang. Masalahnya,
dia tak mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan Andi dan bertanyakan
soalan-soalan yang berlegar di ruang fikiran.
Awak ada affair ke?
Angelica tu
siapa?
Awak dah tak
sayang saya lagi?
Boleh nak tanya
semua soalan tu? Bagaimana kalau jawapan Andi adalah ‘YA’...hancur berkecai
hati dia siapa yang nak tolong cantumkan semula?
Hence, sometimes it is better to live in denial, dear
darling.
Kuching? Hujung
minggu ni? Lagi? Kening Andi
automatik terangkat, saling berlawan pandang dengan Elly yang beriak selamba.
“Hal kerja lagi
ke?”
Elly angguk
kepala.
Andi mengeluh.
Muk diletakkan semula di hadapan Elly.
“Hantar orang
lain boleh tak?” Apa ‘la grande’
sangat ke bisnes syarikat sampaikan hampir setiap minggu Elly outstation, meninggalkan dia menjadi
penunggu setia rumah mereka berdua.
“You know Mr. Chong needs me more than Atrash,
darling.” Elly senyum nipis.
Ikutkan hati, dia
pun tak nak pergi sebenarnya. Siapa yang suka pergi outstation atas urusan kerja macam ni? Buat penat badan aje. Tapi
Mr. Chong beria sangat nak suruh dia pergi. Nak melawan arahan tuan bos
merangkap CEO syarikat, tak berani juga.
Andi terdiam
sejenak. Terlupa seketika yang isterinya adalah antara orang kuat syarikat.
“Pergi bila?”
Suara Andi dah macam tak bersemangat. Matanya masih melekat pada wajah Elly.
Baru nak cuba untuk rapat semula setelah berenggang macam satu kilometre jauh.
“Esok. Flight malam. Then saya balik sini
semula Ahad. Night flight.”
“Hah?”
Andi hanya tarik
nafas dalam. Esok dah Jumaat ke? Esok nak pergi, hari ni baru nak bagitau. What the....? Jadi rancangan nak
mengajak Elly pergi kenduri kawan esok macam mana?
Plan A : Ajak
Elly temankan sekali.
Plan B : Angelica
dah siap standby kalau Elly tak
pergi.
Serius Plan B
akan menjadi pilihan terakhir yang dia ada.
“Kenapa tak
bagitau awal-awal?” Suara Andi kendur.
Kecil hati
dengan sikap Elly yang seolah-olah mengambil mudah setiap perkara. Nak keluar
dari rumah bukan patut minta izin dari suami ke? Apatah lagi kalau nak pergi
jauh begini. Bukan nak berfikiran negatif tak bertempat, tapi Elly dah macam
membelakangi dia sebagai seorang suami. Ini bukan kali pertama Elly buat
keputusan sendiri, alasan Elly sentiasa sama.
‘Mr. Chong needs me more than Atrash, darling’.
Argh! I need you more than anyone else, Elly.
“Kenapa tak
bagitau awal-awal? Baru kira nak ajak awak pergi wedding kawan hujung minggu ni, tapi dah awak tak...”
“Does it make
any difference to you? Lagipun saya
pergi kejap aje, tiga hari. End of
story.”
Ayat Andi
dipintas Elly selamba, buat hati Andi tercalar dalam diam. Elly macam dah tak
pandai berkompromi. Tak pandai dibawa berbincang. Dah tu main ‘potong line’ sebelum dia habis bercakap. Pulak tayang muka tak bersalah
begitu.
Andi bangun dari
duduk dan mendekat ke arah Elly. Tubuh tingginya bersandar di meja kaunter
dengan tangan yang bersilang. Nak tak nak, suka tak suka dia kena menggunakan
kuasa veto sebagai suami sebelum Elly makin naik kepala.
“Minta nombor
telefon bos awak, saya nak sound
sikit.” Mendatar suara Andi. Bawa isteri dia ke hulu ke hilir macam ni ingat
dia masih boleh duduk diam?
Bukan la nak cari
gaduh tapi bos Elly yang nama apa entah tu rasanya patut kena ‘tiaw’ sikit bagi sedar yang Elly adalah
isterinya, bukan branch manager yang
fleksible nak dibawa berkepit ke mana-mana.
Elly tergelak
kecil. Dah macam perangai budak-budak pulak Andi. Muk di hadapan
dipusing-pusingnya dengan tangan kiri, tangan kanan pula menongkat dagu.
“Don’t be too childish, darling. He won’t entertain
you.”
Say what?!
Perasaan marah Andi mula bertandang di hati. Dia serius macam ni Elly boleh
hentam kata perangai macam budak-budak. Oh
you hit the wrong button today, love!
“Then don’t go and stay with me this weekend.
Saya tak nak awak pergi. Cakap aje awak sakit, tak dapat bangun dari katil.”
Andi cuba mengawal amarah. Jangan sampai gunung berapi masing-masing meletup
pagi ini.
Oh tolonglah!
Sejak bila Andi jadi macam budak-budak umur 10 tahun ni? Elly turut bangun dari
duduk dan berdiri di hadapan Andi yang berwajah serius. Dia senyum senget.
Apa beza kalau
dia ada di rumah atau tidak? Bukannya Andi ada bersama pun. Bukan Andi nak
peduli pun dia wujud ke tak. Balik kerja Andi tak ada. Kadang-kadang lewat
malam baru balik. Sebab tuntutan kerja?
Okay, fine.
Kerja pun kerja juga tapi takkan la masa hujung minggu pun tak melekat di
rumah. Melepak dengan 3K, meninggalkan dia keseorangan di rumah. Nak kata dia
tak roger awal-awal, memang tak boleh
diterima. Alasan Andi berjela dan dia dah biasa.
Sorry, didn’t see your WhatsApp.
Sorry,
bateri dah ‘kong’.
Sorry, power bank tak bawa.
Sorry, saya on-call malam ni, tukar syif dengan member.
Rasanya
perkataan ‘sorry’ Andi dah tak
bernilai berbanding dulu. Senanglah nak mengungkap perkataan maaf tapi untuk
memaafkan? Tak mudah, babe!
“Saya pergi
Kuching sebab kerja, bukan makan angin. Lainlah cerita kalau awak nak join sekali. Tapi nak cancel last minute macam ni minta maaf,
saya kerja makan gaji,” Elly membalas lembut.
Syarikat tu bukan dia yang punya. Walau macam
mana tinggi pun jawatan yang Elly pegang, hakikatnya dia tetap makan gaji. Mood Mr Chong ada pasang surut. Kalau di
saat akhir dia menarik diri, mahu bos besar tu tak angin.
“Screw your boss, obey your husband. Full stop.”
Andi mendekat
dan mencium dahi isteri sebelum melangkah keluar dari dapur. Dia tak berminat
nak panjangkan isu dan bergaduh pagi-pagi dengan Elly. Setakat skip penerbangan
nak pergi ke Kuching tu takkan bos besar tak nak bertolak ansur. Oh tolong
jangan cakap sick leave pun bos besar
tak nak terima. Mengarut!
“Andi, office di Kuching ada problem jadi saya kena pergi. Nak
harapkan orang lain bla bla bla...”
Andi lajukan
langkah keluar dari dapur. Seperti mana Elly potong ayat bila dia sedang
bercakap tadi, begitulah juga dia buat tak endah dengan penerangan Elly tentang
syarikat di dalam dapur sana. Lantaklah office
di Kuching nak gulung tikar sekali pun, dia tak nak ambil peduli. Yang dia
kisah cuma Elly.
She will go.
She won’t go.
You’ll never know, not till tomorrow.
Teringatkan
pesanan WhatsApp yang dihantar Karl pada Elly semalam, langkah Andi yang
menghala ke sofa di ruang rehat terhenti. Ayat Karl semalam berlegar-legar di
fikiran.
Nak tanya ke tak?
Nak bersemuka ke
tak?
Argh! Andi
melabuhkan duduk di atas sofa dan mencapai alat kawalan jauh tv.
Biarlah...berdiam itu adakalanya lebih baik.
Silence is better than bullshit.
No comments:
Post a Comment