PANGG!!!
Hania
terjelepok jatuh di kaki abahnya.
Datuk
Iskandar dan Datin Noris terkedu, tidak menyangka Yusoff tegar menampar anak gadisnya
di hadapan mereka.
Shahrin
yang sejak tadi hanya membatu juga tergamam dengan adegan sebabak itu. Dia mengerling.
Ada simpati di hatinya tapi tidak tahu bagaimana mahu membantu.
Yusoff
menjatuhkan badannya ke sofa lusuh dengan perasaan yang bercampur-baur. Rasa
marahnya melebihi perasaan terkilan dan terluka. Walaupun Datuk Iskandar
sekeluarga sudah menceritakan hal sebenar dari mula hingga akhir, dia tetap
tidak dapat menipu dirinya yang dia amat kecewa. Anak gadisnya yang paling dia
sayang telah menghadiahkan luka sebegini dalam pada dirinya. Sukar untuk dia
terima.
“Baiklah,
saya setuju dengan cadangan Datuk tu,” putus Yusoff tanpa ragu-ragu.
Nurina
yang mendengar persetujuan suaminya itu tergamam! Tidak menyangka suaminya
sanggup melihat anak gadis mereka terseksa kerana keputusan yang telah dibuat
sewaktu amarah menguasai diri.
Hania
yang berada dalam pelukan emak, bingkas merungkaikan pelukan sejurus mendengar
persetujuan abahnya itu.
“Tidak,
bah. Nia tak setuju! Nia tak kenal dia. Macam mana Nia nak kahwin dengan dia?
Nia tak nak kahwin lagi. Nia masih nak belajar.” Hilang rasa gentarnya.
Dia
perlu mempertahankan dirinya. Dia belum bersedia lagi untuk bersuami. Dia masih
muda! Berkahwin di usia semuda ini tidak terlintas langsung dalam fikirannya.
“Kamu
setuju atau tidak, majlis itu akan tetap berjalan seperti dirancang. Kamu
jangan nak memalukan aku sekali lagi Nia! Cukuplah sekali kamu buat keputusan sendiri
dengan meninggalkan rumah. Kali ini kamu kena belajar untuk bertanggungjawab
atas perbuatan kamu. Lagipun semua yang berlaku ni disebabkan kamu sendiri.
Kalau kamu tidak gatal-gatal pergi ke Johor sendirian, pekara ini tak akan terjadi.” Suara Yusoff sudah meninggi.
Hania
menggeleng kepala beberapa kali.
“Nia tahu Nia salah abah, tapi bagilah peluang
pada Nia untuk menebus kesalahan Nia. Nia akan buat apa saja yang abah nak tapi
bukan dengan cara ini, bah,” mohon Hania sungguh-sungguh.
Yusoff
mendengus keras. Kedegilan Hania benar-benar menguji kesabaranya.
“Kalau
kamu betul-betul nak tebus balik kesalahan kamu pada abah, buat seperti yang
abah suruh.”
“Nia
tak nak! Tolonglah, bah. Nia tak nak!” Tanpa malu Hania menangis teresak-esak.
Kaki abahnya dipeluk kejap.
“Kalau
itu yang kamu nak, terserah! Tapi selepas ini, jangan sesekali kamu panggil aku
abah lagi. Sebab aku tak ada anak yang degil macam kamu.” Yusoff merenung tajam
ke dalam mata anak gadisnya. Ada sendu di mata itu tetapi dia terpaksa
melakukanya.
Hania
terkesima! Kata putus dari abahnya itu benar-benar merobek dan menyentap hingga
ke pangkal hati.
No comments:
Post a Comment