Bab 4
AIN letakkan tangan di dada.
Jantung kencang bukan main sebaik sahaja ibu memberitahu rombongan pengantin
lelaki dalam perjalanan. Ain sudah rasa seriau. Macam nak berdepan dengan apa
je. Rasa seperti kaki tidak berpijak di
lantai. Wahai jantung kembalilah berdegup dengan normal.
|
“Ain, kau OK ke?”
Kak Asma pandang Ain tak berkelip. Sepupu, yang juga mak andam tak bertauliah
Ain. Tangannya berhenti dari merapikan selendang Ain. Usai meletak brooch di kiri dan kanan, dia duduk di
sebelah Ain. Dahi Ain dipegang.
“Ain demam ni.”
Tisu di tangan Kak Asma tekap ke dahi Ain yang sudah lembab dengan peluh.
“Sikit je.” Ain
tarik tangan Kak Asma yang masih berada di dahi. Dari semalam memang dia sudah
rasa sakit tekak. Memang itu selalunya petanda dia akan demam.
“Relaks, jangan
gelabah.” Nasihat Kak Asma. Pengantin gemuruh agaknya.
Ain angguk.
Entah tiba-tiba dia rasa seram sejuk. Mungkin takut untuk melalui fasa baru
kehidupannya sebagai isteri orang.
“Kak As,
pengantin lelaki dah sampai. Handsome
macam Hang Tuah.” Zahir, adik bongsu Kak Asma yang berumur tujuh tahun, sudah
tercunggap-cunggap sebaik sahaja berhenti depan pintu bilik pengantin.
“Dah…dah! Jangan
berdiri dekat sini. Bagi laluan ye. Kak Ain nak keluar ni.” Kak Asma menarik
budak-budak yang berdiri di hadapan pintu bilik Ain duduk di atas permaidani
berhampiran katil pengantin supaya tidak menghalang laluan.
Ain bangun dari
duduk. Jenguk ke jendela untuk melihat bakal suami. Rombongan bakal suami sudah
sampai. Sudah berada depan pintu rumah. Namun wajah lelaki yang sedang menunduk
itu hanya samar-samar dia nampak. Inilah padahnya bila Kak Asma suruh pakai
kanta lekap dia berkeras tak mahu. Jadi kejelasan pandangan sedikit terbatas
bila tak ada alat bantu melihat, cermin mata.
“Jom keluar. Ain kena dengar suami baca taklik. Kejap
lagi nak tengok tak berkelip pun tak ada yang nak halang.” Kak Asma menarik Ain
yang berdiri di jendela bilik, dipimpin ke pelamin akad nikah.
Ain pegun melihat lelaki seusia ayahnya, berdiri di
sebelah lelaki yang baru sahaja dia intai tadi. Mata dipicingkan, macam pernah nampak.
Raut wajah lelaki itu seolah-olah pernah dia lihat. Lama otaknya mencerna.
Itu…Pengetua SMK Tun Mutakhir, Cikgu Zaid! Matanya lama pegun di situ.
“Har, duduk dekat
sana.” Tunjuk seorang lelaki ke arah tempat yang disediakan untuk majlis akad
nikah.
Ain pandang ke arah lelaki yang sedang memegang DSLR
memberi arahan. Kenalan pengantin lelaki barangkali. Melihat susuk tubuh yang
duduk membelakangkannya dia bagaikan teringat kepada seseorang. Lelaki dari
masa silamnya. Makhluk tuhan yang dia tak mahu jumpa seumur hidupnya.
“Zarul Azhar bin Zaid…” Tidak berkelip mata Ain saat
terdengar suara tenang tok kadi menyebut sebaris nama itu.
“Saya.” Si dia menjawab yakin. Ain genggam tisu di
tangan. Orang yang sama! Sebaris nama itu dia takkan lupa.
“Aku nikahkah dikau...”Suara tok kadi bagaikan
terdengar sayup-sayup di telinga Ain. Saat ada tangan yang menyambut huluran
tangan tok kadi, peluh sudah merenek laju di dahi. Kalau orang lain rasanya dah
sebak menahan rasa sayu. Bagi Ain, dia tengah cuba menenangkan hati yang sedang
mengila dengan amukan marah.
“Akak…” Ain sudah masuk mode merengek. Tangan dah pegang hujung kain busana pengantinnya.
Aci tak kalau dia lari sekarang?
“Shhhh…dengar suami kau baca taklik tu.” Omel Kak Asma
geram. Tangan Ain digenggam kemas supaya diam.
“Ain, sini
sikit. Suami nak sarung cincin.” Arah Kak Asma agar Ain yang ayu bersimpuh, berganjak
sedikit supaya lelaki yang mara mendekat ada ruang untuk duduk di sebelah.
Dongak sahaja kepala, pandangan Ain bertembung dengan
renungan seorang lelaki yang memakai
baju dari warna yang serupa, sudah duduk di hadapannya. Memang tidak syak lagi.
Lelaki yang sudah meninggalkan warna kelam dalam kanvas hidupnya yang selama
ini putih tidak tercela.
“Sign sini.” Bagaikan
dipukau, Ain sambut huluran kertas dari tangan lelaki itu. Lambat-lambat
tandatangan diturunkan.
“Cantiknya isteri abang,” bisik si dia di telinga Ain.
Orang di sekeliling sudah riuh ketawa. Ingat sweet la buat macam tu.
Ain rasa kaki
sudah tidak jejak lantai. Peluh makin
melebat di dahi dan seluruh tubuh. Migrain tiba-tiba. Inilah padahnya bila dia
hanya sambil lewa tandatangan surat persetujuan nikah dan borang-borang yang
diberikan oleh ibunya beberapa hari yang lalu. Semua ibu yang uruskan, dia cuma
menurut perintah bila ibu suruh buat itu dan ini. Kononnya dah habis reda,
terima segalanya sebagai satu ketentuan. Tambah pula dia malas nak ambil cermin
mata yang tertinggal dalam bilik. Setakat nak tandatangan, pejam mata pun boleh
buat.
Kalau lah dia selidik terlebih dahulu, mungkin dia tak
ada di sini hari ini.
Ain kaku menunggu tindakan seterusnya lelaki yang dia sudah
dipangkah daripada senarai insan yang perlu wujud dalam dirinya. Pandangan mula
berbalam. Dia sudah nampak Zarul menjadi tiga.
“Awak…” Ain tersembam di dada Zarul.
Cepat-cepat Zarul sambut kepala Ain yang tersungkur di dadanya.
Pipi Ain ditepuk perlahan. Berharap Ain sedar. Bukan reaksi begini yang dia
mahu.
Allah..Allah.. Jantung sendiri sudah lari pecut.
Gamat seketika
ruang tamu rumah pengantin. Zarul angkat kepala melihat ke arah Puan Ainun yang
berdiri di sebelah Puan Azma. Jelas kedua-duanya turut terkejut.
Maafkan abang, ma. I
never expected this to happened. Not like this.
Puan Ainun sebak melihat raut sedih Zarul Azhar. Tidak
sangka Ain terkejut begitu sekali. Lain yang diharap lain pula jadinya.
“Don’t worry.
Everything is going to be fine.” Bisik Encik Zaid memberi semangat buat isteri. Padahal
dia juga turut merasai perasaan terkejut si isteri. Tidak sangka Ain sampai
rebah saat melihat Zarul. Hati tuanya hanya mampu berdoa semuanya disebabkan
rasa terkejut sahaja.
AIN pegang kepala. Ligat otaknya
berfikir. Setahunya tadi dia sedang bersimpuh di atas pelamin akad nikah sambil
menunggu si suami sarung cincin. Jari manis sebelah kanan dipandang. Cincin
bertakhtakan sebutir berlian itu dipandang tidak berkelip. Eh..bila masa pula
cincin ini ada di jarinya? Dekat dengan cincin belah rotan yang sudah lama berada
di situ.
“Ain..”
Ain angkat kepala dari terus menilik cincin di jari.
Cepat dia mengengsot ke penjuru katil saat Zarul mendekat.
“Ain, abang cuma nak kita berbincang. Shall we?” Zarul melabuhkan duduk di atas
katil yang sama. Kaki yang berjuntai
diangkat membentuk sila. Betul-betul menghadap Ain. Melihat Ain yang
menarik selimut hingga ke bahu, Zarul geleng kepala. Tubuh sendiri
dipandang. Nak kata bogel, lengkap
berbaju melayu. Tapi reaksi Ain macamlah dia ini perogol bersiri.
“Ain, ini pun dah cukup jauh tahu. Kalau ikut saya tak
nak ada jarak pun antara kita.” Zarul mengengsot lebih dekat. Ain tarik muka
masam. Jangan harap la nak gula-gulakan dia.
Melihat Ain yang masam mencuka, Zarul hulurkan segelas
susu yang baru sahaja dibancuhnya sebentar tadi.
“Nah, minum dulu.
Tak elok biarkan perut Ain kosong.” Gelas dihulurkan kepada Ain.
“Tak nak la.” Tepis Ain. Gelas sudah terlepas dari
tangan Zarul. Tergolek atas permaidani.
Zarul pandang tubuh sendiri yang sudah bermandikan air
susu. Sabar yang tinggal cuma senipis bawang itu, cuba diajar untuk bertahan
agar jadi setebal kayu manis.
“Come here.” Arah Zarul garang. Melihat
Ain yang mula berundur kebelakang, Zarul mara mendekat. Pergelangan tangan Ain
digenggam. Tubuh Ain di tarik agar bangun mengikut langkahnya. Biarpun Ain cuba
keraskan badan, dia tidak mampu menghalang kudrat Zarul yang nyata berkali-kali
lebih kuat dari kudratnya.
“Sakitlah.” Ain cuba tarik tangan dalam genggaman
Zarul. Namun langsung tidak diendahkan oleh Zarul. Tubuh Ain ditarik masuk ke
dalam bilik air.
“Ni first lesson
untuk Ain. Jangan sesekali cabar kesabaran saya. I’m not a very patient man, Ain. Ain tahu saya dulu macam mana,
kan?” Zarul Azhar jongket kening. Saja mahu menakutkan Ain. Melihatkan Ain yang
sudah diam tidak melawan dia tahu dia sudah memegang kunci keberanian Ain.
Zarul tanggalkan baju melayu yang tersarung di tubuhnya.
Kemudian sebelah tangan Ain diletakkan di tubuhnya.
“Cuci sampai bersih.” Arah Zarul. Sengaja tayang muka
ketat. Tengok Ain berani nak terus memberontak. Kalau dengan berlembut tak jalan
biar dia ubah pendekatan. Wajah Ain yang memerah menanggung malu tidak
diendahkan.
Perlahan-lahan Ain ambil span dibakul alatan
mandiannya. Langsung tak berani nak melawan. Sambil menyental otaknya ligat
berfikir untuk menyusun strategi. Takkan dia nak duduk diam je. Ini Ain la!
Jangan fikir badannya kecil, otak pun sama kecilnya.
“Ok, done.”
Beritahu Ain geram. Zarul tarik tuala yang tersangkut di pintu bilik air. Ain
masih diam tidak terkutik.
“Ain nak saya mandikan Ain ke?” Zarul kunci Ain dalam pelukannya.
Ain menggeleng. Muka langsung tidak diangkat memandang
Zarul. Malas nak bersuara.
“Ain tahu tak, kalau Ain dengar cakap saya tadi, mesti
kita dah boleh berbincang dengan elok. Dah selesai pun rasanya.”
Ain tayang muka beku. Keluar cepat-cepat boleh tak?
“Boleh keluar tak? Saya nak mandi.” Arah Ain bila Zarul
masih tidak menampakkan niat untuk keluar dari kamar mandi.
“Sure. Thanks,
Ain.” Pipi Ain dicium sekilas.
Berlalu sahaja Zarul, Ain terus kunci bilik mandi.
Berdiri di hadapan cermin sebesar tapak tangan, kesan ciuman Zarul disental
kasar. Tidak diizinkan dirinya ada kena mengena dengan lelaki itu. Air mata
usah cerita. Sudah tiris tidak mampu ditampung. Meratapi nasib sendiri. Orang
lain bergembira di hari bahagia sedangkan dia menangis hiba.
Penat dengan tindakannya Ain terduduk di lantai marmar.
Menangis dan terus menangis. Kenapa tak ada yang nak faham dia? Kenapa lelaki
ini muncul lagi? Tak puas lagi kah lelaki itu mahu memusnahkan hidupnya? Pancur
air dipulas habis supaya tiada yang mendengar dia menangis.
“I hate you,
Zarul.” Ain baling bakul berisi alatan mandian ke lantai semahunya.
“I’ll never
forgive you.” Rintih Ain kesal. Muka sudah diletakkan antara dua lutut. Tangan naik
menutup mulut agar tidak kedengaran hingga ke luar.
Keluar dari bilik
air, Ain lihat sudah tiada bayang Zarul dalam biliknya. Cepat dia menyarung
persalinan baru. Tudung sarung segera disarung ke kepala. Ain keluar dari bilik
mencari Puan Azma. Kelihatan beberapa orang kawan-kawan Puan Azma sibuk mencuci
dan menyimpan semula perkakasan yang digunakan petang tadi.
“Ain, mari makan.
Tu lauk petang tadi ada lagi. Ibu dah panaskan.” Puan Azma hulur pinggan berisi
nasi putih kepada Ain. Kerusi di meja makan ditarik untuk Ain.
Ain geleng
kepala. Lauk pauk di atas meja dipandang. Langsung tiada selera. Perutnya kenyang makan kejutan hari ini.
“Ain tak lapar
la, bu.” Jag berisi sirap ais dituang dalam gelas. Sekali teguk 500ml air
melalui tekak.
“Ain, makan
sikit. Dari petang tadi Ain tak makan.”
Lambat-lambat Ain sambut juga huluran pinggan Puan
Azma.
“Mama dan papa
Zahar kirim salam dekat Ain. Diaorang tak boleh nak tunggu lama tadi sebab nak
hantar adik Zahar ke asrama.”
Ain telan nasi yang tiba-tiba rasa keras.
No comments:
Post a Comment