“CANTIK kan dia
tu?” Masuk sahaja ke dalam rumah, belum sempat
punggung sentuh
Saadiah terus bertanya begitu. Mak Ton masih di luar,
bersembang
dengan jiran sebelah. Mak Ton memang jenis peramah. Sejak tinggal di sini
hampir setahun yang lalu, dia dah dapat ramai kenalan. Yalah, orang tak tegur
dia, dia dulu yang pergi tegur orang tu.
“Dia? Mama
maksudkan siapa ni?” Faris yang baru melabuh duduk atas sofa pandang muka Puan
Saadiah.
“Husna... anak
Mak Yam yang mengurut Rini tadi. Dia tu dua pupu Pyan.”
“Oh! Nama dia
Husna?” balas Faris tanpa perasaan. Tak berminat sebenarnya. Menjawab pun sebab
nak ambil hati mama.
“Ya, cantik kan
dia?”
“Entah, Ris
bukan perhati sangat muka dia tadi.” Memang betul pun. Dia bukannya beri
perhatian sangat pada budak perempuan tadi tu. Cuma tengok macam tu aje.
Lagipun tak ada sebab kenapa dia nak tengok beria-ia. Ditakdirkan mereka
bertemu lagi selepas ini, tidak mustahil jika dia tidak cam gadis itu.
“Cantik, Ris.
Dah la cantik, bersopan pula tu.”
“Okey tak kalau
mama nak dia jadi menantu mama?”
“Apa mama cakap
ni?” Faris ketawa kecil. Betul tak apa yang dia fikir tadi? Mama ni kan,
pantang jumpa perempuan yang berdahi licin sikit, terus nak dijadikan menantu.
Macamlah dia dah kemaruk sangat nak beristeri.
“Mama nak Ris
kahwin dengan dia.”
Bukan main
girang suara dan rupa Puan Saadiah. Kalaulah betul-betul jadi, dialah orang
yang paling bahagia sekali. Dia akan pastikan majlis untuk Faris nanti akan
jadi satu majlis yang gilang-gemilang, majlis yang akan dikenang sampai
bila-bila.
Maklumlah,
sewaktu Faris berkahwin dengan Rini dulu, majlisnya ala kadar sahaja. Sengaja
dia buat macam tu untuk tunjuk dekat semua orang bahawa dia tidak sukakan Rini.
Tak cukup
dengan itu, bermacam-macam yang dia buat untuk memecahbelahkan rumah tangga
anak dan menantunya. Dan dia berjaya apabila akhirnya Faris bertindak
menceraikan Rini.
Sejujurnya rasa
menyesal tak pernah hilang bila teringatkan perbuatannya yang sangat melampau
dulu. Kalaulah dia tak buat perangai, kalaulah dia boleh melayan Rini dengan
baik, tentu ceritanya tak sama seperti hari ini.
Tapi itulah,
perkara pun dah lepas, menangis air mata darah sekalipun tak ada gunanya.
Cumanya dia amat berharap agar Faris cepat-cepat mencari pengganti agar dia
dapat menebus semula kesalahan dulu. Kali ini dia akan pastikan dialah ibu
mertua terhebat di dunia ini.
“Jangan mengarut
boleh tak, ma?”
“Mama tak
mengarut, Ris. Mama cakap benda betul. Mama nak Ris dan Husna jadi suami
isteri.”
“Mama, kita
kenal dia pun tidak. Entah macam mana perangai dia pun kita tak tau. Lagi satu,
mama yakin ke dia belum berpunya? Entah-entah dia tu tunang orang ke, kekasih
orang ke... senang-senang mama nak Ris kahwin dengan dia.”
“Alah...
perkara kecil aje tu, Ris. Kita boleh risik- risik dengan Mak Cik Shidah. Tadi
pun Pyan ada bagi tau, Husna tu dah putus dengan kekasih dia. Takkan Ris tak
dengar.” Bukan main bersemangat lagi Puan Saadiah.
“Entah, Ris tak
ambil kisah pun.” Acuh tak acuh Faris jawab.
“Apa-apa
ajelah, ma. Ris tak minat.”
“Ris sedar
sikit, Ris tu bukan muda lagi. Dah tiga puluh dua tahun tau? Kalau bukan
sekarang, bila lagi? Makin lama umur Ris makin meningkat.” Suara mama dah
meninggi.
Sakit pula
hatinya dengan kedegilan Faris tu. Nak bagi kahwin pun susah sangat. Macam kena
paksa telan racun pula.
Faris bangun
dari sofa. Bertujuan untuk masuk ke kamar. Selagi dia di situ, selagi itulah
mama akan menyebut pasal ni. Rimas sungguh!
“Tu nak pergi
mana pulak tu? Mama belum habis cakap lagi.”
“Ris nak masuk
bilik, nak berehat. Lain kali kita sambung.”
Puan Saadiah
ketap bibir. Geram! Setiap kali bila bercakap pasal ni, setiap kali itulah
Faris akan cuba mengelak.
“Nanti mama
tanya Mak Cik Shidah, ya?” soal Puan Saadiah. Lembut sedikit suaranya kali ini.
Faris yang
sudah beberapa langkah berjalan, berhenti lalu berpaling kepada mama.
“Tanya apa?”
“Tanya pasal
Husna la. Apa pasal lembap sangat Ris ni?”
“Ma, tolonglah
faham. Ris belum bersedia lagi, ma. Nanti kalau pintu hati Ris dah terbuka
untuk bercinta, untuk nikah semula, Ris sendiri yang akan cari dia. Ris sendiri
yang akan luahkan dekat dia. Mama tak payah susah-susah. Okey, ma?”
“Fariiisss!!!”
SESAMPAI di
hadapan pintu pagar, belum sempat turun dari kereta, Abang Remy melambai ke
arahnya. Nak apa pula Abang Remy tu? Tak menyempat. Kalau ya pun tunggulah dia
keluar dulu. Turun dari Hilux, Pyan menonong ke arah Abang Remy yang sedang
duduk- duduk atas bangku di bawah pohon mangga.
Oh ya, menyebut
tentang Toyota Hillux berwarna hitam itu, sebetulnya Pyan beli sewaktu hendak
memulakan perniagaannya beberapa bulan lepas. Dia turut membeli sebuah lori
kecil untuk melicinkan lagi kerja-kerja pengedaran.
Untuk kegunaan
peribadi pula, Pyan beli sebuah kereta lain. Dia beli pun sebab Kembaranya
asyik buat perangai. Bayangkan dalam tempoh dua bulan sahaja, enam kali kereta
itu masuk bengkel.
Dari situ dah
boleh agak, berapa banyak duit yang terpaksa dia laburkan untuk membaiki dan
menukar alat ganti kereta tersebut. Maklumlah kereta dah tua... dah berbelas
tahun umurnya.
Lalu, setelah
berbincang dngan Rini, dia membuat keputusan untuk menjual Kembara berkenaan
dan menggantikannya dengan Proton Preve berwarna hitam itu. Tak mewah pun tak
apa, itu pun dia dah rasa bersyukur sangat. Kata orang, ukur baju di badan
sendiri. Beli ikut kemampuan dan keselesaan. Betul tak?
“Ada apa,
bang?”
“Pyan baru
balik kerja ke?”
“A’ah.”
“Duduk sini
dulu.”
“Duduk sini
buat apa? Kalau ada kopi dengan cekodok panas, sedaplah juga.” Pyan berseloroh.
“Sajalah kita
sembang-sembang. Dah lama sangat abang tak bersembang dengan kau.”
“Lain kali la,
bang. Hari ni saya penatlah. Banyak keluar jumpa pelanggan.” Sebetulnya nak
cepat-cepat masuk ke rumah. Bukan apa, nak jumpa anak dan isteri. Seharian
bekerja, dia sangat merindui mereka berdua. Lebih-lebih lagi si kecil Anas. Tak
sabar rasanya nak peluk dia, nak dukung dia, nak gomol pipi montel dia.
“Kau saja buat
alasan kan? Cakaplah kau tu nak mengelak daripada abang. Tak apa, masuk
ajelah.”
Dah merajuk
pula orang tua ni. Tak ada pilihan, Pyan terpaksa melabuh duduk atas bangku di
sebelah Abang Remy. Nanti kena perli pula lagi. Bukan dia tak tahu mulut Abang
Remy tu.
“Kejap, abang
nak ambil sesuatu.” Abang Remy lantas berlalu ke dalam kawasan pagar rumahnya.
Sebentar kemudian dia datang dengan gitar kapok, lalu duduk di tempat tadi
semula.
“Jeng...
jeng... jeng. Pyan, tengok ni.” Bukan main lebar senyuman Abang Remy. Keningnya
pula sengaja diangkat-angkat.
“Bang...
tolong, saya tak nak terjebak dah, bang.” Pyan angkat kedua-dua belah tangan ke
atas. Gaya macam orang kalah perang.
Bukanlah nak
mengada-ngada tapi dia memang dah berjanji tak nak menyanyi lagi. Dengan abah
pun dia bagitahu hal yang sama walaupun abah tak pernah bangkang pun dengan
minat dia dulu. Cuma abah pernah berpesan, hiburan tu tak salah. Cumanya
janganlah terlalu berlebihan dan sampai melalaikan.
“Cara kau
bercakap macamlah kita nak buat kerja haram pula. Main gitar dan menyanyi aje
kut. Bukannya nak hisap dadah.” Sambil membetulkan remosnya, Abang Remy jeling
Pyan. Sakit hatinya dengan ucapan Pyan tadi. Macamlah sebelum ni Pyan tak
pernah buat kerja ni.
“Tak adalah
macam tu.”
“Dah tu?”
“Abang pun tau
kan saya dah bersara.” “Kau ingat kau tu artis nak bersara bagai?“
“Dah dekat
setahun saya tak menyanyi. Bukan saya aje... abang pun sama, kan? Ni tiba-tiba
bawak gitar keluar ni apa hal?”
Sejak Pyan
membuat keputusan untuk ‘menggantung’ gitar dan berhenti menyanyi, Abang Remy
turut membuat keputusan yang sama. Kata Abang Remy, rasa janggal pula bila
bermain gitar dan menyanyi seorang diri kat bawah pohon mangga itu. Sudahnya
dia ikut jejak langkah Pyan
“Malam tadi
ofis abang ada buat annual dinner kat Hotel Pan Pacific. Kau tau penyanyi mana
yang hiburkan kita orang? Dato’ A. Rahman Hassan tu. Perrgh! Jiwa abang yang
dah lama gersang, yang tengah kering- kontang, tiba-tiba rasa macam kena jirus
dengan salju. Terasa segar-bugar. Malam tadi juga abang selongkar stor
keluarkan balik gitar ni. Terus abang pekena Ahmad Jais dua tiga lagu. Abang
tak peduli dah Kak Liza marah ke apa, janji abang dapat lepaskan gian abang.”
Bersungguh-sungguh
Abang Remy bercerita. Siap dengan gayanya sekali.
“Oooo...” Macam
gitu aje respons yang Pyan beri.
“Punya
bersemangat abang bercerita... oooo aje yang kau jawab? Nampak sangat kau tak
minat dengan cerita abang, kan?”
“Minat... siapa
cakap saya tak minat?”
“Okey kalau
minat, meh dengar ni.”
“Bang... nak
mandi ni, dah lewat.” Abang Remy tahu tak, betapa tak sabarnya dia untuk
bertemu Muhammad Anas? Perkara lain dia boleh sabar, tetapi bila melibatkan
Anas, memang dia tak boleh nak bertangguh lagi.
“Kau dengar ni
abang nyanyi. Harapan Kecewa.” Tanpa menghiraukan ucapan Pyan, Abang Remy terus
memetik gitar dan mengalunkan suaranya yang sebiji macam suara Ahmad Jais itu.
Siap pejam mata lagi. Konon menjiwai lagu.
“Bila kukenang
kurenung,
Remuk redam
rasa tak tertanggung,
Harapan bahagia nan menggunung,
Terhampar hanyut
terapung.
Harapan untuk
bersama,
Mendirikan istana asmara,
Berpadu kasih erat dan setia,
Kiranya tak
terlaksana.”
Baru Abang Remy
nak tarik suara tang korus, Pyan cepat-cepat bertepuk tangan. Bukan apa, tak
nak bagi Abang Remy teruskan nyanyiannya. Yalah kalau dia tak buat macam tu,
entah berapa lama pula masa dia yang akan Abang Remy ambil.
Tidak mustahil,
dah habis lagu Harapan Kecewa, Abang Remy akan bawa lagu Ahmad Jais yang lain
pula. Lagu Ahmad Jais kan banyak dan hampir separuh daripadanya Abang Remy
hafal.
“Melampaunya
kau Pyan! Abang belum habis nyanyi lagi, kau dah tepuk tangan. Ini satu
penghinaan buat abang, Pyan. Kau tak hormat muzik abang. Kau tak hormat irama
abang.”
“Bang... mana
ada? Kita kan peminat irama yang sama.”
“Sudahlah kau
Pyan. Macamlah aku tak tau.”
“Abang tau tak.
Bila dengar abang nyanyi tadi, hati saya ni dah rasa semacam. Jadi, sebelum
saya lupa diri, lebih baik saya masuk dulu. Assalamualaikum bang. Lain kali
kita sambung.”
“Sekejap lagi
la Pyan...” Kuat suara Abang Remy.
Pyan tetap
melangkah ke dalam pagar rumah emak. Pura-pura tak dengar panggilan Abang Remy.
“KAHWIN la
cepat, Una. Kalau Una kahwin, tenang sikit rasa hati ibu ni. Ada juga yang
boleh tengok-tengokkan Una nanti. Tak payah ibu nak risaukan Una lagi.”
Husna yang
sedang berdiri di muka pintu, alih pandangan. Wajah Mak Yam ditatap dengan rupa
hairan. Tak pernah-pernah ibu bercakap hal nikah kahwin sebelum ni, kenapa
tiba-tiba aje? Musykil sungguh ni.
“Una dengar tak
apa ibu cakap?” Mulut bercakap tetapi tangan duk sibuk memasukkan segala jenis
macam akar kayu ke dalam plastik.
Melangkah
meninggalkan pintu, Husna duduk menyertai ibu atas lantai. “Apa tak dengar
pulak? Dengarlah, bu.”
“Una setuju la
ni?”
“Setuju apa?”
“Setuju kahwin
la.”
Ikutkan dia tak
nak ketawa pun dengan permintaan ibu yang mengarut tu tapi lucu sangat cara ibu
bercakap. Seolah-olah nak minta dia pergi ke kedai belikan sekilo gula aje.
Apalah ibu ni?
“Gelak pula
dia.”
“Yalah.
Tiba-tiba suruh Una kahwin, mahu Una tak gelak. Kahwin tu, bu. Ingat senang
ke?”
“Senang. Ada
pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi dan akad nikah.
Itu aje. Apa yang susah sangat?”
Ibu ni! Orang
tengah serius, dia boleh main-main pula.
“Una nak kahwin
dengan siapa, bu?”
“Mestilah
dengan lelaki. Takkan dengan perempuan pula?” Manisnya senyuman Mak Yam.
Terhenti sekejap kerja yang sedang dibuat. Wajah Husna menjadi sasaran
pandangannya.
“Macamlah Una
ada teman lelaki.” Husna tarik muka.
“Kut ya pun tak
payahlah buat muka macam tu. Tak cantik, tau?” Mak Yam gelak.
“Cakap pasal
lain la bu. Tak suka la bincang pasal kahwin. Una tak rasa Una akan kahwin
dalam masa terdekat. Silap-silap, bertahun lagi. Atau mungkin Una tak kahwin
terus sampai bila-bila.”
Pantas tangan
Mak Yam menepuk paha Husna. Tak cukup dengan paha, mulut Husna dicubitnya.
“Bercakap ikut
sedap mulut aje.”
“Kalau dah
Allah tetapkan macam tu, siapalah kita untuk melawan takdir, bu. Betul tak?”
“Betul la tu
tapi Allah juga nak kita berusaha. Jangan berserah pada takdir aje. Dah usaha
jangan lupa berdoa. Dah berusaha, dah berdoa, barulah kita serahkan kepada
Allah. Tak gitu Cik Nurul Husna?”
Perlahan Husna
angguk.
“Una kahwin
ya?” Mak Yam berbalik kepada hal tadi.
“Berapa kali
nak cakap, Una tak ada pak we?” bantah Husna. Geram pula dia dengan ibu ni.
Macamlah ibu tak tahu sejarah percintaannya yang kecundang di tengah jalan.
Yang buat dia lagi tak faham, kenapa tiba- tiba? Ada apa-apa ke yang dia tak
tahu? Atau ibu ada sembunyikan sesuatu daripada dia?
“Ibu dah ada
calon untuk Una.” Bukan main berseri-seri muka Mak Yam masa ni. Bibir menghulurkan
senyuman paling manis sekali.
Ooo... patutlah
ibu bersemangat sangat. Rupa- rupanya dah ada calon. Tapi siapa orang tu?
Saspens sungguh ni!
“Siapa? Una
kenal ke?”
“Una pernah
jumpa dia.”
“Tak kisahlah
Una pernah jumpa dia atau tidak. Tapi siapa dia?” Husna jadi tidak sabar pula.
Yalah, dia perlu tahu siapa gerangan lelaki itu? Macam mana rupa dia, asal dari
mana, kerja apa? Pendek kata latar belakang lelaki itu yang wajib dia tahu
dulu. Terima tak terima, itu kemudian cerita.
“Faris.”
Menyebut nama Faris, muka Mak Yam dan-dan bertukar manis. Walaupun baru sekali
bertemu, dia dapat rasa Faris adalah calon yang sangat sesuai untuk Husna.
Lelaki itu nampak baik, bersopan, matang. Faris juga kacak orangnya. Sesuai
sangat dengan anak daranya yang cun-melecun tu.
“Faris?” Dahi
Husna berkerut.
“Ya. Faris.”
Teringatkan
hajat Puan Saadiah yang disampaikan melalui Shidah pagi semalam, dia jadi
teruja sungguh. Yalah, sejak putus dengan Syamir, Husna macam tak berminat
dengan mana-mana lelaki pun.
Sebenarnya dia
sendiri tak sangka, Syamir yang sudah dianggap seperti anak itu sanggup buat
Husna macam tu. Bayangkan lagi tiga hari majlis pertunangan akan berlangsung,
Syamir berterus terang mahu putuskan hubungan. Usah kata Husna, dia sendiri
turut terluka dan kecewa.
“Faris mana ni?
Una tak pernah dengar pun nama dia? Mana ibu jumpa lelaki itu?” Bertalu-talu
Husna menyoal. Yalah nak tahu juga, kan? Kenalah siasat betul- betul. Buatnya
lelaki itu pembunuh upahan ke, perogol bersiri ke, penjenayah kolar putih ke,
tak ke haru?
“Masa Rini
dalam pantang hari tu, Una ada ikut ibu ke rumah Mak Cik Shidah, kan?”
Angguk. “Ya...
habis tu?”
“Una perasan
tak dengan seorang lelaki yang ada kat rumah Mak Cik Shidah masa tu?”
Matanya Husna
julingkan ke atas. Cuba mengingat.
“Yang Una
ingat, masa tu ada Pyan. Lepas tu ada bekas suami Rini. Itu pun Tijah yang
cakap. Kalau dia tak cakap, Una pun tak tau. Tapi nama dia, Tijah tak kasi tau
pulak.” ujar Husna.
“Itu dua orang
aje. Mana ada lelaki lain lagi?”
“Takkan Una tak
tau nama bekas suami Rini tu.”
Husna jongket
bahu. Tak perlu kut nak ambil tahu. Bukan ada kena mengena dengan dia pun.
“Dialah Faris.”
Mata Husna jadi
besar, mulut melopong. Beberapa saat jugalah dia macam tu. Dah macam babak
dalam sinetron Indonesia pula. Terkejut, tau? Bukan setakat terkejut beruk,
terkejut badak, kerbau, rimau... semualah.
Jadi, Faris
yang ibu duk sebut-sebut dari tadi tu bekas suami Rini? Sungguh dia tak
percaya. Lebih dia tidak percaya, ibu sanggup nak mengahwinkan dia dengan
lelaki itu. Tergamaknya ibu.
“Dia tu duda
la, bu.” Husna dah separuh menjerit.
“Apa salahnya
kalau dia duda? Bukan luak pun,” marah Mak Yam. Dia baru berangan nak
bermenantukan Faris, Husna buat perangai pula.
“Tak luak ibu
cakap? Dia tu bekas orang, bu. Dia dah tak ada teruna.”
“Lelaki bukan macam
perempuan, Una. Dia orang tetap sama. Tak terjejas apa pun. Bujang ke, duda
ke... macam itu jugak.”
“Mana ibu tau
dia orang tu tak terjejas? Cuba ibu tengok lelaki yang pernah berkahwin.
Punggung dia orang jadi lebar, perut boroi tau, bu?”
“Una belajar
dari mana semua ni?” Mak Yam jegil mata.
“Tak payah
belajar, bu. Una perhati aje, Una dah tahu. Dekat ofis Una tu, lelaki yang dah
kahwin semua berubah bentuk fizikal, tau? Contoh terdekat Encik Bakri, bos Una
sendiri. Sebelum kahwin bukan main segak lagi, badan sado. Bila dah kahwin
boroi, bu. Kenapa jadi macam tu? Sebab keterunaan dia yang dah kena ragut.
Faham tak apa yang Una cuba sampaikan ni?”
Walaupun rasa
nak marah, Mak Yam tak boleh tahan diri dari ketawa. Budak Husna ni kalau boleh
bercakap, dia main cakap saja. Bukan dia kira betul ke tak betul.
“Tak semua
lelaki macam tu, Una. Ramai aje yang kekal kacak macam sebelum kahwin.
Contohnya Faris itulah. Tak nampak langsung macam dah pernah kahwin. Gini tau,
Una.” Mak Yam menaikkan ibu jari kanannya ke atas.
“Ibu cakaplah
apa pun. Una tetap tak nak duda.”
“Una, jangan
lawan cakap ibu.”
“Ibu tu pun
janganlah paksa Una.”
“Ibu bukan
paksa. Ibu cuma sampaikan hajat orang.”
“Kalau macam tu
tak ada masalahlah. Ibu cakap dekat orang berkenaan, Una tak minat. Lagipun Una
pernah bagi tau ibu kan yang Una belum nak kahwin lagi.”
“Siapa cakap Una tak boleh lupa dia? Tak ada
maknanya bu,” Memang taklah nak ingat Syamir lagi. Lelaki tak setia macam tu
nak ingat buat apa?
Tak nak dengar
ibu bercakap lebih banyak, dia beredar ke biliknya.
No comments:
Post a Comment