BAB 3
Zahid geleng kepala dengar Zandra membebel
tak suka bau hospital. Dah masuk hospital, mestilah bau hospital. Takkan nak
bau hotel pulak.
“You ni kerap betul migrain.” Komen Zahid
sewaktu memberikan ubat untuk buah hatinya. Drama swasta Nasuha langsung tak
dilayan.
“You macam tak tahu kan? I dan migrain
macam kembar. Alah esok lusa okaylah. Lagipun, kalau I tak admit hospital,
kesianlah staf orang tak ada kerja. Tak ada pesakit. Tak ada income. Dan
rugilah duit insurans yang I bayar setiap bulan tu.” Seperti biasa, mulut
Zandra macam bertih jagung. Bila dah dapat bercakap, langsung tak kenal erti
noktah.
“I cakap sepatah, you balas satu
karangan!”
“Kalau macam tu, you tulislah karangan.
Nanti I balas setebal novel.” Jawab Zandra sambil tayang gigi.
“Budak bertuah ni...” Ringan je tangan
untuk menarik telinga Zandra.
“Argh... Bila dengar you bebel migrain I
makin kroniklah. Silap hari bulan esok kena masuk ICU.” Zandra dah acah-acah
pegang kepada. Kemudian dia ketawa bila Zahid tayang muka stress tu.
Sebagai boyfriend mithali, Zahid tolong
potongkan buah sementara menunggu yang lain-lain sampai. Ibu dan ayah Zandra
menunaikan solat Zohor. Si adik pulak keluar sebentar. Katanya nak beli
makanan.
“Bila keputusan MRI keluar?”
“Entah.” Jawab Zandra acuh tak acuh.
Mulutnya ralit mengunyah makanan.
“Entah? You ni... cuba cakna sikit apa
yang doktor cakap.” Hal serius seperti ini pun nak dibuat main.
Bila Zandra nampak Zahid macam nak tarik
gear membebel, cepat-cepat Zandra larikan jari terlunjuk di bibir. Kesian
pesakit sebelah yang sedang tidur.
“You... nanti tunggu I keluar hospital,
you bebellah berkilo-kilo pun. Sekarang kawasan hospital. Diam adalah
tanggungjawab seorang pelawat okay.”
Ada jugak Zahid toreh mulut yang kuat
menjawab menggunakan pisau buah di tangannya ini.
“You..... Kita teringin nak makan Cheese
Cake lah.” Matanya dikelip-kelip berulang kali. Mohon simpati atau mohon
dilempar kasut saiz sembilan ni?
“Sakit pun selera kemain besar lagi.”
“I sakit kepala bukannya sakit tekak.
Lagipun migrain ni dia serang kejap-kejap tapi lapar ni dia serang all the
time. I pun confuse dengan perut I ni. I syak dalam ni ada dinasor lah. Sebab
selera dia tahap ditaktor. Tak dapat nanti makan nanti rasa nak mengamuk.”
Adoii... dah tu macam mana Zahid nak
serius kalau Zandra ni separuh masak kerjakan hati dia dengan lawak tak
munasabah tu.
“Esok I belikan.”
“Kalau you buatkan mesti akan double best
sampai menjilat sudu.”
“Hilang migrain, nanti tak pasal you kena
cirit birit. Sanggup ke?” Bukannya dia tak tahu Zandra dengan cheese macam our
dengan tebing. Tapi nak harap dia buat, memang tak lah.
“Baik you makbulkan permintaan I ni.
Manalah tahu...”
“Kalau nak kena lempang beranilah sambung
ayat tu.” Ugut Zahid geram. Perempuan ni tak perlulah nak tabur ayat tragis
mintak kena gilis hati tu. Lelaki ni kejam-kejam dia pun, dia tunaikan jugak.
“Apa? I nak cakap kalau you tak makbulkan
permintaan I, nak cari boyfriend baru je.” Jawab Zandra nakal.
“Carilah... I pun nak cari girlfriend baru
juga.”
Zandra tarik muka sambil tambah perisa
belagak.
“Trust me, you tak akan jumpa girlfriend
best macam I tau!”
Zahid ketawa sahaja. Geram betul dengan budak
nakal sorang ni.
Deringan telefon menyedarkan lamunan
Zahid. Hilang terus gambar Zandra yang mewarnai skrin iPhonenya. Bibirnya
menguntum senyum. Sejak berpindah balik ke Kuantan, rindunya pada Zandra makin
membuak-buak pulak.
“Hai orang kat sana tu...” Suara gadis di
hujung talian ceria menyapa telingannya.
“Ya Andra sayang.. ada apa call?”
“Saje. Hmm... buat apa?” Soalan basi tapi
kadang-kadang tak sedap hati pulak kalau dia tak tanya khabar Zahid.
“Mengenang rindu.”
“Wah.. bertuahnya orang yang dirindu
tuhh..”
Zahid ketawa. Mengusik je kerjanya.
Zandra memang suka dengar Zahid ketawa.
Itu tanda hati Zahid bahagia.
“Zahid... Jarak akan menguji manusia
dengan rindu kan?”
Zahid pejamkan mata. Ya. Dia rindukan
Zandra walaupun jarak memisahkan mereka.
“Agak-agak.... jarak akan mengalihkan
rindu tak?” Soalan orang sana tu membuatkan Zahid terbungkam.
"Kenapa tiba-tiba nih?"
"Soal hati boleh tak wujud rasa
basi?" Soal orang di hujung talian itu lagi. Soalan yang membuatkan dahi
Zahid berkerut seribu.
PANGGILAN
telefon dari sepupunya Nasuha angkat. Mata sempat melirik ke arah jam di
dinding yang sudah menjangkau angka sebelas malam. Ada hal kecemasankah?
“Hello babe, apahal telefon
malam-malam ni? Ada masalah ke?” Tanpa salam, suara Nasuha menerjah si
pemanggil.
“Ya. Ada.” Jawab Zaleha.
“Kenapa? Mak ayah kau tak sihat ke?
Ke kau yang tak sihat?” Badan yang sedang elok berbaring itu, terus bangun
secara mengejut. Menanti dengan debaran.
Namun, si pemanggil di hujung
panggilan sudah ketawa.
“Hoii.. seriuslah.” Kalau nak prank
orang malam-malam ni, ada jugak Nasuha kasi debik nanti.
“Ada masalah tapi taklah seserius
yang kau cakap tu.”
“Okay, apa masalah kau ni?”
“Company aku ada buat hari keluarga
minggu ni.” Zaleha sudah memulakan cerita.
“Dah tu?”
“Masalahnya mak bapak aku kan tak
ada. Dia orang duduk rumah kak long. Kakak aku tu kan baru bersalin. Jadi, kau
free tak minggu ni? Teman aku pergi hari keluarga ni.”
Nasuha menggeleng. “Itu yang kau
gelar masalah?”
“Yalah. Masalahlah tu. Tak kan hari
keluarga aku sorang-sorang kot. Semua orang bawak family.” Zaleha buat suara
kesian. Betul-betul mintak simpati dari Nasuha.
“Buat kat mana?”
“Cherating je babe. Jom lah join.
Boleh cuci mata cari jodoh.”
“Kenapa, company kau tu agensi cari
jodoh ke?” Sarkastik sahaja soalan Nasuha.
“Tak lah agensi. Tapi kira bolehlah
cuci mata survey calon suami. Ofismate aku ramai je yang single lagi. Mana tau,
jodoh kau mungkin ada kat sini ke..” Pandai sahaja mulut Zaleha layang ayat
manis.
Nasuha ketawa. Pandai sangat nak
promote jodoh dekat orang. “Dah tu, apahal kau masih single?”
“Ceit! Nak perli aku pulak. So, kau
on ke tak ni?”
“Okaylah. Lagipun free kan?”
“Mestilah! Okay deal. Tapi jumaat ni
kau kena ambik cuti tau. Aku jemput kat rumah nanti.”
“Orait.” Bagus jugak dapat cuti
secara mengejut begini. Dia pun dah lah lama tak bercuti dek kesibukan di
pejabat.
MEREKA
melepak di ruang lobi sementara menunggu waktu untuk mendaftar. Zaleha berkerja
di salah sebuah Bank di Kuantan. Jadi rata-rata ofismatenya datang bersama
keluarga kecil mereka.
“Haih, aku harap family day tahun
depan aku boleh datang dengan husband.” Luahan Zaleha itu buat Nasuha ketawa.
“Amin. Alah, apa nak risau. Kau kan
dah ada calon.” Umur Zaleha lebih muda
setahun daripadanya. Sepatutnya, dia
yang lebih risau.
“Haih, ada calon pun sibuk sangat.
Sibuk kumpul duit. Macamlah aku nak kahwin dengan duit dia. Kadang-kadang aku
terfikir yang dia bukan sibuk kerja tapi sibuk dengan perempuan lain. Nak-nak
dia kerja kat KL. Nak jumpa pun payah.” Zaleha melepaskan kerisauan.
“Tak baiklah fikir macam tu.”
Zaleha angkat bahu. “Aku hanya cuba untuk bersedia mental
dah fizikal. Susah jugak ya bercinta jarak jauh ni.”
“Relationship goal setiap pasangan ialah nak bercinta sampai
nikah. Tapi kadang-kadang bercinta ni pun macam tengok bola.”
“Tengok bola?”
“Yalah. Kau dan dia sama-sama permain dalam padang.
Sama-sama cuba untuk menjaring gol. Kalau belum bernikah tu maksudnya belum
gol. Ataupun mungkin terkena tiang ataupun offside. Jodoh tersasar.”
Kali ini tawa mereka bersatu berdua.
“Bengonglah!”
“Kau boleh patah hati, tapi jangan
tutup hati.” Pandai sangat bila jadi doktor cinta orang lain.
“Kau tak risau ke Suha?” Zaleha pulangkan soalan.
“Risau apa pulak?”
“Risaulah takut tak kahwin ke?”
berhati-hati Zaleha bersuara. Soal jodoh ini, adakalanya merupakan topik yang
sensitif buat sesetengah orang.
“Buat apa nak risau. Aku memang
sibuk kerja Leha. Soal jodoh ni kadang-kadang tak sempat nak fikir.” Indikator
kebahagian bagi setiap orang adalah berbeza. Ada orang bahagia bila ada suami.
Tapi belum bersuami, tak semestinya sedang
menderita. Jadi sebab itu sehingga sekarang, sikit pun Nasuha tak rasa tertekan
dengan soalan bila nak kahwin itu.
“Tapi sampai bila? Umur kau bukannya
makin muda tau!” Sebenarnya, Zaleha teringin nak cool macam Nasuha bila
melibatkan jodoh ni. Dia pulak sejenis cepat stress kalau orang tanya pasal
jodoh.
“Sebab kita tengah dalam mood family
day ni ke yang buat kau jadi stress sangat Leha pasal jodoh?” Tebak Nasuha
sedikit ketawa.
Laju Zaleha mengangguk. “Kat sini
ada beberapa mak cik bawang yang memang sibuk pasal jodoh aku weh. Buat aku
sakit hati jeh. Nak-nak bila dia orang tahu aku bercinta jarak jauh. Siap cakap
bahaya sebab lelaki bukanya boleh dipercaya sangat. Stress aku!”
Makin galak Nasuha ketawa.
“Stress
is not happen to us. It is our response to what happens. And our response is
something we can choose Leha. Tak perlulah nak stress sebab soalan bila nak
kahwin tu. Siap ada yang bagi cadangan,
kalau orang tanya jawab je.. Eh, aku sepatutnya kahwin dengan suami kau kan?
Kononnya nak bagi jawapan sarkastik. Tolonglah. Semua orang ada battle sendiri
dalam hidup. Sampai bila-bila pun kita tak akan mampu tutup mulut orang untuk
bertanya. Tapi kita boleh kawal diri kita untuk apa yang perlu kita respon.
Hmm, kau faham tak apa yang aku bebel ni Leha?” Entahkan si Leha ni dapat
terima ke tidaklah ayat dia ni.
Zaleha ketawa. “Aku harap boleh
se-cool kau.”
“Eh, lambat lagi ke nak tunggu ni?
Aku nak ke toilet dululah.” Tiba-tiba perut buat hal.
“Pergilah. Toilet ada kat sana.
Hujung lobi.”
Tanpa menunggu, terus Nasuha larikan
langkah. Tiba-tiba je buat perangai perut ni. Tadi elok je. Selesai membuang
segala yang perlu, pintu bilik air dibuka. Jatuh rahangnya apabila melihat
seorang lelaki di hadapannya.
“Argghhh…” Jeritnya kuat. Panik!
Secara automatik lelaki itu menjerit
sama. Terkejut.
Namun cepat sahaja Zahid menekup
mulut Nasuha. Bimbang ada orang luar yang dengar. Ya Allah kurus semangat bila
dengar orang menjerit. Apahal kalau jumpa Nasuha je, mesti ada insiden yang
akan berlaku?
*********************
Limited Stock
untuk pembelian layari www.ideakreatif.net atau Mesej kami di Facebook (Penerbitan Idea
Kreatif) / WhatsApp ke 012 312 9793.
sila berhubung dengan salah satu channel shj .. terima kasih :)
No comments:
Post a Comment