BAB 1
Nasuha pandang mesej yang diberikan oleh
bosnya itu berulang kali. Baca sepuluh kali pun mesej tu memang tak akan
berubah! Sigh!
Suha, saya demam. tak dapat
attnd meeting Company Casa Holdings. Awk tolong ambikkan minit mesyuarat bagi
pihak saya. - BOS
Sampai hati bos demam di saat dia kena
selesema teruk nih. Selenga betul rasanya masuk meeting dalam keadaan macam ni.
Tapi tak kan nak marahkan bos yang demam tu?
Itulah… semalam kemain lagi mengutuk bos
dalam hati kan? Cakap oh selenga jugak bila lelaki selsema. Tup tup petang tu,
tuhan bayar cash!
Nak tak nak terpaksalah dia kemas barang.
Dokumen-dokumen penting dan kertas kerja yang diperlukan diangkut sama. Dalam
hati menyumpah seranah. Tahu tak attend meeting tu benda paling tak rajin nak
buat! Dah lah meeting BOD tu lama kemain!
“Okay tak tu kak?” Soal Yasmin.
Pembantunya.
“Kalau tak okay, kau nak akak bunuh diri
ke?” Tisu dicapai dah dilap ke hidung. Argh, serius double selenga nih.
Yasmin ketawa. Seronok gamaknya bila
tengok kerja yang paling dia mengelat sekali. Sekarang kena buat pulak.
“Good luck kak!”
“Jaga opis. Kalau client call cakap je
akak tak ada.”
Kunci kereta dicapai. Ketika memandu,
dilapangkan dada yang sempit tu. Kita tak akan selalu buat apa yang kita suka
kan? Jadi suka jelah apa yang kita tengah buat.
Husnuzon. Manalah tahu kejap lagi
terserempak dengan bakal jodoh ke kan kan kan? Okay. Kirim salam jelah. Kejadah
nak berangan tinggi-tinggi entah. Macamlah tak tahu director syarikat tu semua
taraf Dato yang umurnya mencecah pangkat warga emas. Kalau part usia ni, tak
mahulah emas. Gangsa cukuplah.
Jam baru menunjukkan angka dua petang
sewaktu Nasuha sampai di syarikat Casa Holdings sedangkan mesyuarat akan
diadakan pada pukul dua setengah petang. Usai meletakkan barang-barangnya, dia
membantu Kak Suhaila meletakkan kertas kerja di atas meja mesyuarat.
Suhu penghawa dingin yang tinggi memang
mampu membuatkan selsemanya makin teruk. Lantas dibelek beg tangannya. Eh, mana
pulak tisu dia merayap ni? Alah, janganlah cakap tertinggal. Matilah aku dalam
bilik meeting ni woiii.
“Nah.”
Huluran tisu itu membuatkan Nasuha
berpaling. Siapa pulak mamat ni? Tak kan Director baru kot? Dia tak ada buat
sebarang preparation untuk appointment director baru pun.
“Ambiklah sebelum cendol tu meleleh dengan
lebih deras?”
Ceit! Apa dia cakap? Cendol. Sah aku tak
makan cendol setahun lepas ni. Persoalannya sekarang, siapa mamat ni dan apa
dia buat kat si sini?
“Suha... lupa nak
kenalkan, inilah pengganti Puan Latifah. Our new Chief Financial Officer. Zahid,
Suha ni company secretary. Hari ni dia ganti bos dia tak sihat. Untuk bahagian
com sec semua dia incharge.” Kak Suhaila yang sedang sibuk itu sempat
memperkenalkan mereka.
Hampir-hampir Nasuha nak tepuk dahi. Lupa ke yang Casa Holdings ada lantik
CFO baru. Adakah selsema menyebabkan tahap bengap dia makin meningkat? Aigoo.
“Hai... Zahid.” Setelah menunduk sedikit, dia tarik kerusi. Fail-fail yang
berkaitan dibelek. Inilah first BOD meeting yang dia hadiri setelah masuk kerja
seminggu yang lepas.
“Nasuha.”
“Hah, berbaik-baiklah. Nanti korang akan selalu keep in touch. Zahid, Suha
tu single lagi. Manalah tahu ada rezeki.” Dah lama kenal dengan Nasuha sebab tu
Suhaila berani bergurau versi begini. Dengan Nasuha semua kerja jadi mudah.
Pernah jugak dia ajak join kerja di Casa Holdings tapi minah tu kemain setia
lagi dengan encik bos dia.
Zahid berpaling ke arah Nasuha. Seakan tidak percaya. “Really? Umur
berapa?”
“Dua puluh tujuh.”
Oh, kalau Nasuha cakap umur dia dua puluh dua pun Zahid akan percaya. “Tua
dah... kenapa belum kahwin?” Soalan Favorite sekelian alam dah keluar.
“Hmm.. Agaknya kenapa kita belum mati eh?” Soalan berbalas soalan.
Zahid senyum nipis. Okay, dia jumpa sisi berbeza dari Nasuha. Tak macam
perempuan-perempuan yang dia kenal.
“Teruk jugak selsema tu.” Zahid ubah topik. Tanda dia dapat menangkap
maksud Nasuha. Bukankah jodoh, ajal, pertemuan itu di tangan tuhan?
“Memang jenis kalau selsema take time nak sembuh.”
Zahid hulurkan terus sebungkus tisu miliknya kepada Nasuha.
“Hope so cukup sampai habis meeting.”
Mamat tisu ni memang perli baik punya kan? Buat hidung dia makin gatal je.
Baru je nak menjawab tapi hidung yang gatal itu terus tak bagi sebarang signal.
Hacum!!
Pet!
Alamak, tak sempat nak tutup hidung.
“Erk.. I rasa I tak order sebarang cendol.” Habis kotor seluarnya. Walaupun
tak banyak tapi, terpalit lah jugak. Mujur tak terkena kemejanya. Kejap lagi
nak meeting kot.
Perempuan ni memang tak senonoh ke atau sengaja tak jadi tak senonoh hari
ni?
“Sorry sorry....” Ya Tuhan, sumpah dia nak ghaib sekarang jugak!
Cepat-cepat dia membantu Zahid membersihkan seluarnya.
“Suha... Suha..” Tahan Zahid.
“Let me do by myself. Nanti orang lain tengok dia ingat you meraba I pulak.”
You what?!
Oh flu,
You ruined my life!
***************************
Limited Stock
untuk pembelian layari www.ideakreatif,net atau Mesej kami di Facebook (Penerbitan Idea
Kreatif) / WhatsApp ke 012 312 9793.
sila berhubung dengan salah satu channel shj .. terima kasih :)
***************************
Limited Stock
untuk pembelian layari www.ideakreatif,net atau Mesej kami di Facebook (Penerbitan Idea
Kreatif) / WhatsApp ke 012 312 9793.
sila berhubung dengan salah satu channel shj .. terima kasih :)
No comments:
Post a Comment