Friday, 3 January 2014

Dia... Random Guy : Bab 1, 2, 3, 4 & 5







The best love story is when you fall in love with the most unexpected person at the most unexpected time ~Unknown~

Bab 1


“OMG! Handsome okey. Ini bukan Fahrin-Ahmad-Aaron-Aziz punya handsome. Ini drop-dead-gorgeous-tall-dark-and-handsome-novel-type punya handsome. Ya Allah, akak. Kalaulah Jen dapat kak. Rawrrr….memang tak lepas!”
Macam tadi, Alin cuma angguk sambil tangan makin laju menekan keyboard di atas meja. Kerja tengah banyak, tapi si Jen dari tadi tak habis-habis ajak dia bergosip. Hailaa… Saat syarikat tengah di ambang darurat ini pun si Jen masih ada hati lagi hendak cuci mata. Dia sendiri rasa macam tak cukup tangan nak buat kerja.
“Akak!”
“Apa Jen?” Mendatar suara dia jawab. Take a hint, kid. Aku memang tak ada masa nak layan kau ni.
“Penat tau Jen cerita dari tadi. Akak buat donno aje. Memang hati kering betullah akak ni!” Jen dah buat aksi hentak-hentak kaki.
Kalau hari lain memang dia dah bagi pandangan don’t-mess-with-me pada Jen sebab panggil dia hati kering. Hati dia elok lagi merah berdarah dalam badan ini, celah mana pula keringnya? Tapi hari ini sebab fikiran dia dah cukup serabut dengan kerja, dengan hal peribadi dan segala benda yang ada di sekeliling, dia akan buat tak tahu.
Cakaplah apa pun Jen. Akak bagi peluang ni. Esok lusa, belum tentu dia sebaik ini.
“Tengok tu. Lagi buat tak tau. Eeee…menyampah!” Sudahnya Jen terus kembali ke tempat duduk dia.
Lega hati Alin dibuatnya. Fokus kembali kepada laporan tapak yang perlu disiapkan A.S.A.P. sebelum orang bahagian projek datang melalak di telinga dia. Tapi tak sampai lima minit Jen diam, ada pula makhluk Tuhan lain yang jadi siaran berbayar Astro. Asyiklah mengulang cerita yang sama.
“Tuhan…handsomenya dia! Tak tahan mak jemah tengok!” Ruby buat aksi ulat bulu naik daun.
Ishhh, kalaulah nama dia Rubiah, eloklah juga rupanya. Ini dah sah-sah namanya Ruben a/k Dabro. Wakil symbol circle and arrow, bukan circle and cross. Berbulu mata dibuatnya.
“Kan, Ruby? Rasa-rasa dia dah ada girlfriend ke, hah?”
“Ala, kalau ada pun ada mak jemah kisah? Kapal terbang pun boleh kena hijack, noks!
“Kau…over eh? Buatnya Haji Salam dengar, memang ‘kirim salamlah’ kau dibuatnya.”
Alin dah mula sakit kepala dengar budak berdua itu berbual. Mata menjeling ke arah Kak Sofi, Senior Clerk Bahagian Pentadbiran syarikat dia cari makan ini. Ciskek betul! Boleh pula dia pakai headphone? Itu tak ada lain tengah melayan drama Korea online lah tu.
Eeee…kenapalah orang-orang bahagian admin ni semua buat perangai macam orang tak sayang kerja? Dia orang sedar tak apa yang tengah terjadi sekarang ni?
“Nama pun sedap kut. Zariel Amzar. Memang sesuai dengan diri dia yang tinggi lampai, badan yang sasa and that sexy goatee. Ruby, kau nampak tak abs dia? Uuuu…six pack okey!” Jen senyum gatal.
Ruben dah ketawa mengekeh.
“Weh, noks. Mana pula kau nampak six pack dia? Lebih kau perempuan. Sampai benda dalam baju pun boleh tahu!”
“Cleo. Edisi bulan ni. Kau tak beli lagi ke, babe?”
“Serius?” Ruby buat muka teruja.
“Aku nak pergi cari kat kedai Apu, lah.”
“Serius okey. Full page lagi tu. Rasa macam nak nip those abs inch by inch. Delici…”
“Janariah Ismail! Watch your words! Ni apa anak dara cakap benda macam gini. Nak nip a guy’s abslah. Six packlah. Badan sasa lah. Sexy goatee lah. Tak molek tahu tak cakap openly macam gini?” Akhirnya Alin bersuara.
Telinga sudah tak menahan dengar Jen mula keluarkan ayat-ayat 13PG ini. Anak dara zaman Facebook dan Twitter ni memang dah hilang malu agaknya.
“Alah…bukan ada orang lain pun. Kita-kita perempuan aje.”
“Itu apa?” Mata Alin mencerun ke arah Ruben.
Jen tayang gigi.
“Dia ni luar alam Kak Alin. He he he…Jadi tak mengapa kut.”
“Dahlah Jen. Kau bukan tak tahu perangai Kak Alin kau tu. Hati kering. Manalah dia tahu nak menikmati keindahan makhluk Tuhan paling seksi tu.” Tiba-tiba Kak Sofi bersuara.
Huh, dengar rupanya mak orang ni!
“Kan, Kak Sofi? Punyalah jenuh saya cerita tadi, dia boleh buat bodoh aje. Buang air liur aje.”
“Seriously Alin. Kau ni memang tak ada perasaan kat lelaki ke? Tak teringin nak kahwin?” Soal Kak Sofi tiba-tiba.
Woah! Direct to the point sungguh Kak Sofi ni.
“Soalan jenis apa tu kak?”
“Soalan yang tak ada multiple choice answers. Jadi jawab secara wajar.”
“Ala Kak Sofi… Lagi mahu tanya ke? She’s 32. Not married. Don’t have a boyfriend. That should give you a solid answer, kan?” Ruben tolong jawab bagi pihak Alin.
Alin dah hangat hati. Back to the same old topic are we? Di rumah jenuh kena soal dengan mak. Di pejabat jenuh kena soal dengan minah-minah plus mamat terlebih kromosom X ni pula. Hairan betul dia kenapa dia orang risau benar dia tak kahwin. Menjejaskan ekonomi negara ke kalau Alina Suffiya tak kahwin? Kalau KDNK negara menurun sebab dia tak kahwin barulah boleh nak kecoh.
“Hairan akak. Nak kata tak lawa. Bolehlah tahan muka tu. Tapi kenapa tak ada boyfriend sampai sekarang? Kau ni memilih sangat kut, Alin?” Kak Sofi mula buat analisis sendiri.
Alin tarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab.
“Kak Sofi ingat pilih suami ni macam pilih baju kat shopping mall ke kak? Boleh main grab aje mana yang nak lepas tu acu kat badan tengok muat ke tidak? Kalau tak muat boleh pakai buang aje dalam bakul unwanted item tu? Saya ni nak cari imam kak. Yang boleh bagi masjid saya bercahaya. Setakat muka handsome, badan sasa dengan six pack macam Zariel Amzar yang Jen dok puja-puja tu tak guna juga kalau peribadinya boleh buat kita dapat tiket first class to hell, buat apa?” Hah! Ambil kau. Kan dah terkeluar mode ‘ustazah pilihan’ dia.
Kak Sofi ternganga mulut. Jen pula dah muka takut-takut. Yang Ruben pula serius dah macam orang nampak hantu pucatnya. Haishhh…takkan sehebat ini impak kata-kata aku pada mereka?
“Hah? Apasal diam?”
Kak Sofi tunduk. Ruben garu kepala dan si Jen pula sibuk memuncung-muncung pada dia.
“Kau kenapa Jen? Sakit bibir? Itulah, banyak lagi bercakap benda bukan-bukan…”
“Ehem!” Tiba-tiba ada suara lain yang berbunyi.
Terus kejung Alin dibuatnya. Dia kenal suara itu. Hailaa… pemilik suara inikah yang membuat kawan-kawan dia terkedu tadi?
“Alina…” Tegas suara Haji Salam seru nama dia.
Dia buat muka kenapa-tak-cakap-dengan-dia-Haji Salam-ada-kat-belakang-dia pada Kak Sofi, Jen dan Ruben. Kawan-kawan dia hanya jungkit bahu. Perlahan dia pusing dan…
Oh Tuhan! Apakah? Biji mata dia terasa macam nak terkeluar dari soket! Oh, bukan sebab Haji Salam, tapi manusia di sebelah Haji Salam. Dan manusia yang menjadi punca biji mata dia nak terkeluar itu pun nampak terkejut sekejap. Dahi orang itu berkerut macam cuba mengingatkan sesuatu.
Please don’t remember me…please don’t remember me! Hati Alin asyik ulang ayat itu. Apa orang kata, kalau cakap lebih 40 kali, boleh jadi kenyataan?
“Well…well…well…”
Alin telan liur mendengar jejaka di sebelah Haji Salam bersuara. Harapan tinggal harapan. Tengok air muka mamat itu pun dah tahu yang dia masih ingat lagi siapa Alin. Ayat klise ‘dunia ini kecil sahaja’ dah tak rasa klise lagi pada dia saat ini. Sungguhlah dunia ini kecil.
“What do we have here? Hmm...”
Di dalam tekak macam terasa ada batu. Jantung terasa nak melompat keluar bila si jejaka mula mendekat. Dan bila dia tunduk merapatkan bibir dia ke telinga Alin, darah panas terus menyerbu ke muka.
“If it isn’t my beloved fiancĂ©…” Bisik suara garau lagi seksi itu ke telinga dia.
Oh Tuhan…boleh tak nak minta lantai ofis ini terbuka dan sedut dia? Rasa macam dah tak sanggup berdiri lagi dah ni.
Si jejaka tegak badan dan pandang muka dia tajam sambil tangan mengusap dagu yang dihiasi sexy goatee macam yang Jen cakapkan tadi. Oh…oh. This is not good!
“First class ticket to hell, huh?” Suara seksi itu tiba-tiba kedengaran bertambah seksi pula.
“Kalau I upgrade to business class ticket to heaven, okey? Because that’s exactly where you’re heading when you’re with me, sayang…” Si jejaka senyum meleret.


Bab 2



ALIN berlari keluar pejabat macam orang tak cukup tanah. Cis…cis…cis! Hati tak habis-habis menyumpah. Kaki bergerak pantas ke arah lif. Tempat dituju, bumbung Menara Premier yang tingginya 30 tingkat itu. Itulah tempat dia ‘berfikir’ kalau dia ada masalah.
Sampai di atas, dia terus dail nombor Wawa. Dalam kelam kabut nak melarikan diri dari jejaka suara seksi tadi, sempat juga dia capai handphone dari atas meja.
“Wawa…”
“Alin? Kenapa ni?” Nada suara Wawa kedengaran risau.
“Matilah aku, Wa. Matilah aku!”
“Ya Allah, cakap itu doa, Alina Suffiya! Mati betul-betul, nak?” Marah Wawa.
Alin cepat-cepat istighfar. Sedar diri terkhilaf tadi.
“Cuba bawak bertenang. Cerita dengan aku elok-elok. Kau jangan buat aku risau, Alin. Mahu terberanak juga aku nanti ni!” pujuk Wawa.
Alin tarik nafas dalam. Cuba menenangkan diri. Tapi tak sampai lima saat ketenangan itu dirasakan, wajah si dia tadi muncul dalam kepala. Mulalah dia jadi kelam kabut semula.
“Apa aku nak buat ni, Wawa?”
“Kenapanya?”
“Dia, Wa! Dia!”
“Dia mana pulak ni?” Kat hujung talian Wawa dah mula tak senang duduk. Risau betul dengan keadaan kawan dia yang seorang itu.
“Dia… Random Guy. He’s here, at my office.”
“Hah? Come again?”
“Dia, Wawa. Random. Guy.” Sebiji-sebiji dia sebut nak bagai Wawa faham.
“Oh Tuhan!” Wawa dah mengucap panjang.
“Apa dia buat di situ?”
“Dia bos baru aku.” Lemah Alin menjawab.
“Oh, crap!”
Alin pejam mata. Cuba nak anggap ini semua mimpi. Tapi bila dia buka semula, keadaannya sama macam tadi. Teringat kata Wawa sekejap tadi. Cakap itu doa. Dan kejadian dua malam lalu terbayang semula dalam ingatan…

Dua malam sebelumnya…
Telinga dia rasa berbahang tiba-tiba. Tak tunggu lama, dia terus heret Wawa, kawan baik dia keluar dari restoren ke tandas berhampiran. Dalam kalut dia menarik Wawa, dia terlanggar seseorang di depan pintu masuk. Sengal jugalah bahu dibuatnya.
“Sorry,” dia segera minta maaf sebab sedar salah sendiri.
Orang yang dilanggar tak pandang muka dia tapi sempat menyindir, “Mata letak kat lutut, ke?”
Ek eleh, kerek pulak mamat ni. Aku dah minta maaf, kan? Tak sempat Alin nak jawab, mamat kerek kemeja biru dah berjalan masuk ke dalam restoran. Memandangkan ada benda lebih penting yang dia perlu buat, dia biarkan saja hal itu berlalu.
Sebaik sahaja sampai di tandas, dia terus soal Wawa.
 “Kau kata dia tak ada?” Besar Alin ajegil mata pada Wawa.
“Err…aku tersalah info?” Wawa gigit hujung lidah.
“Banyaklah kau punya tersalah info. Bukan kau salah seorang committee member ke? Sampai hati kau tipu aku!” Tempelak Alin kuat. Gunung berapi dah nak meletup!
“Alah…kalau aku terus-terang mesti kau tak nak datang punya. Setiap tahun macam itu. Ada sahaja alasan kau nak bagi. Aku pun tak larat nak tipu dia orang. Tahun lepas, kau outstation, kononnyalah. Tahun ni apa pulak? Kucing kau nak beranak?”
“Snowball tu kucing jantanlah. Mana boleh beranak!”
“Which never ceases to make me wonder? Kenapalah kau namakan kucing jantan Snowball? Kesian kat dia…”
Mata Alin jadi bersinar-sinar. Kalau bercakap pasal kucing kesayangan, memang inilah rupa dia.
“Sebab bulu dia fluffy dan putih macam snow. Cute gila! Rasa nak picit-picit aje kalau dia buat muka comel dia tu dan kau tengah nak alihkan topik! Kenapa kau tipu aku?”
Wawa hanya mampu sengih tayang gigi. Dah memang betul dia tipu, nak diapakan lagi.
Alin mendengus geram. Kalau tak sebab Wawa beriya cakap yang perempuan itu tak ada dalam majlis reunion ini, memang dia tak akan buang masa datang. Sudah hampir 15 tahun dia tinggalkan alam persekolahan, tak pernah sekali pun dia libatkan diri dengan majlis reunion yang ex-classmates dia anjurkan. Ada 2 sebab utama kenapa dia tak minat dengan semua ini.
Pertama, dia malas nak tadah telinga dengar semua orang boasting and gloating tentang kehidupan masing-masing. Semuanya yang indah-indah belaka. Pakai kereta besarlah. Dah beli rumah besarlah. Suami kerja hebatlah. Yang buruk-buruk macam hutang bertimpa-timpa di bank sebab nak hidup mewah itu tak nak pula diceritakan. 
Sebab kedua, kerana sebaris nama, Zufazlin Irwayu binti Dato Ahmad. Musuh dia sejak dulu. Bukan dia yang declare hubungan itu pun. Tapi Zufa sendiri yang canang pada semua orang, mereka bermusuh. Entah kenapa, sejak belajar sekelas dengan anak taukeh franchise petrol pump itu, asyik nak bertegang urat sahaja kerjanya. Dan yang selalu cari fasal, tentulah Zufa. Ada wayar putus dalam kepala agaknya.
“Rilekslah, beb. Teruk macam mana pun, dia tetap kawan kita.”
“Huh! Kawan? Sejak bila pula dia anggap aku kawan? Tak ingat dulu di sekolah dengan bangganya dia announce aku dengan dia  musuh?”
“Sheesh…benda zaman budak-budak pun ingat lagi ke?”
“We were 17, Wawa. In some countries, that’s a legal age to get married okey? Budak-budak apanya?”
“Alaaa…lupakan ajelah. Be a grown up, here. Please?” Wawa pujuk dia.
“Masalahnya dia awal-awal lagi dah mula nak cari pasal. Tak nampak tadi belum apa-apa dia dah sindir-sindir aku? Seorang aje?” Alin ajuk suara Zufa.
“You know what your problem is? Kau ni terlalu judgemental. Semua benda kau rasa tak betul. Semua orang kau rasa ada secret agenda. Entahkan dia genuinely tanya soalan tu sebab tengok kau duduk seorang aje kat meja tu tadi. Babe, it’s been 15 years. People change okey?. Give her a chance, will you?”
“A leopard never changes its spots, Wawa! Dan dia tu mak kepada segala leopard!”
Wawa dah geleng kepala. Susah betul nak cuba nasihat orang yang negatif ni!
“Macam inilah. Kita keluar dulu dari tandas ni. Aku pun dah mula pening-pening lalat bau tandas ni. Not good for my baby, okey? Kalau dia buat hal, kita balik?” Wawa cuba pujuk dia lagi.
“Anggap aje you’re doing your god son a favor, please?” Wawa gosok perut dia yang memboyot.
Alin mengeluh. Kalau dah masuk part bakal anak angkat dia ini, memang dia lemah. Dia letak tangan atas perut Wawa. Tiba-tiba terasa ada pergerakan dari perut Wawa. Amboi, baby pun menyokong ya? Fine, for you baby boy, mummy will endure it. Tapi kenapalah hati rasa tak tenteram saja ni?
Lima belas minit selepas itu, Alin mula rasa menyesal. Aku patut ikut gut feelings aku tadi. Menyesal kemudian tak guna Alin! Dia cuba nak sabar tapi melihat perangai gedik Zufa yang dah macam ular kena palu itu, tahap kesabaran dia makin menipis.
Kalau Zufa tak libatkan dia, tak apalah. Dia boleh tahan lagi. Ini tidak, setiap ayat mesti nak masukkan nama dia. Nampak sangat Zufa sengaja nak bikin dia panas. Cik Zufa, sarang lebah jangan dijolok. Karang tak pasal-pasal kena sengat dengan aku!
“So, Alin. You kerja dekat mana sekarang?” Zufa mulakan sesi interrogation dia.
Alin dah juling mata ke atas. Berapa kali dia nak ulang benda ni? Rasanya tadi, Affan, bekas ketua tingkatan dia dulu dah tanya dan dia dah jawab pun.
“Kan dia dah bagitahu tadi, dekat Menara Premier.” Affan tolong jawab bagi pihak dia.
Alin pandang Affan, Affan kenyit mata dekat dia. Faham sangat dengan kekeruhan hubungan dia dengan Zufa. Thank you, Affan, Alin ucap dalam hati.
“Duhhh...I tahulah di Menara Premier. Tapi bukan satu office aje dekat sana. Banyakkan? So, which one do you work for?”
Alin jeling Wawa yang tengah sengih kerang. Ini semua kau punya pasal!
“Aku kerja bahagian admin di Salam Consultant Sdn. Bhd. Firma perunding M&E.” Alin beri jawapan penuh. Ambil kau!
“Salam Consultant? Hmmm…Tak pernah pula dengar. Darling, you pernah dengar? You kan involved dalam dunia construction ni…” Zufa bertanya pada lelaki di sebelah dia.
 Katanya tadi bakal tunang. Well, for having a leopard as your soon-to-be-fiancĂ©, you have my deepest condolence, sir. Kasihan, muka handsome tahap model tapi dapat pasangan macam orang tak cukup akal.
“Actually…”
Tapi belum sempat ‘Darling’ nak jawab, si leopard dah potong.
“Kejap! Admin? You?” Zufa pandang dia tak percaya.
“Ya, kenapa?” Kening Alin terangkat sebelah. Bunga-bunga nak kena kutuk dengan Zufa dah mula kedengaran.
“Tak ada apalah. I just thought, you know. You ni kan budak pandai kat sekolah dulu. Ingatkan dah besar nanti jadi lawyer, akauntan atau engineer ke. Tak sangka pula you end-up buat kerja-kerja admin…” Zufa ketawa menyindir.
Menyirap darah dibuatnya. Aku buat kerja admin ke, kerja tak admin ke, ada kacau kau ke? Janji kerja halal, apa aku nak kisah? Ringan sahaja mulut nak membalas tapi mujur jugalah budak pelayan hantar main dish mereka waktu ini. Selamat kau, Zufa.
“Err…sila makan dulu. Nanti kita borak-borak lagi…” Jazlee, kepala committee majlis reunion ini merangkap suami Wawa pelawa mereka makan. Perut masing-masing tengah lapar. Kalau diteruskan juga perbualan hangat macam gini, mahu ada yang makan orang sekejap lagi.
Alin capai semua lauk atas meja. Kerapu tiga rasa, tom yam, ayam goreng pandan, kerabu mangga dan kangkung goreng belacan, semuanya dihimpunkan dalam pinggan. Geram punya pasal, perut menjadi sangat lapar dibuatnya.
Baru saja nak suap nasi ke dalam mulut, si leopard bersuara lagi.
“So you ni, still single lah ye?”
Oh Tuhan! This is a very touchy subject, Cik Leopard. Kau memang nak cari pasal!
Di hujung meja, Wawa dah tak senang duduk. Lengan suami disiku tapi Jazlee yang asyik menghirup tom yam buat tak tahu sahaja.
Alin tarik nafas dalam-dalam sambil tangan mencucuk-cucuk isi ikan kerapu dalam pinggan yang dah nampak macam muka Zufa. Kill…kill…die…die!
“Itulah you. Masa sekolah dulu jual mahal sangat. Fan, bukan dulu you suka kat Alin ke? Kalau you terima dia dulu, agaknya Alin dah beranak pinak you sekaran.” Zufa ketawa besar.
Alin pandang muka Affan yang macam ayam berak kapur dah rupanya. Mana tidaknya, si isteri kat sebelah dah berubah air muka. Muka kawan-kawan lelaki yang lain pun dah lain macam riaknya. Haruslah mereka risau, takut nama mereka pula dipetik Zufa. Maklumlah, masing-masing dulu pernah cuba nak bercinta monyet dengan Alin tapi Alin saja yang malas nak layan. Cinta macam monyet, siapa yang nak? Nampak gaya, dia kena selamatkan keadaan sebelum ada di antara kawan-kawan dia yang kena tidur di luar malam ini.
“Memang I single…”
Zufa dah senyum lebar. Puas hatilah agaknya sebab dia lebih dari Alin kali ini.
“Tapi tak available.” sambung Alin bersahaja.
Di hujung meja, mata Wawa dah membulat pandang Alin dan Zufa pula dah berubah air mukanya.
You asked for it, missy!
“Ma...mak…maksud you?” Dah tergagap-gagap Zufa bertanya.
Alin sembunyi senyum. Puas hati dapat buat Zufa tak tentu arah.
“I dah bertunang…”
Terdengar bunyi air tersembur keluar mulut di hujung meja. Alin pandang Wawa yang tengah mengurut dada. Dahi dah berkerut-kerut dan di muka nampak soalan ‘apa yang kau buat ni, Alin?’
Alin cuma angkat bahu buat tak tahu. Tak pasal-pasal buat dosa kering aku hari ini. Semuanya si leopard punya pasal.
“Bertunang?”
“Yup!”
“Bila?”
“Dah enam bulan…”
“Hah?”
“Sorry tak jemput korang semua. Majlis kecil-kecil aje.” Serentak itu satu SMS masuk ke dalam telefon Alin.
WTH? Jgn buat hal. U r better than her. X stoop to her level!’
Alin abaikan amaran dari Wawa itu. Alang-alang dah mula, teruskan sahaja sampai habis. Entah dari mana dia ada terbaca, alang-alang dah buat jahat itu, buat betul-betul. Jangan hendak buat separuh-separuh. Dosanya sama juga. Lagipun dia tak bercadang pun jumpa lagi dengan mereka semua.
“You tunang dengan siapa?”
Akhirnya soalan cepu emas itu keluar juga. Okey, Alin it’s time to be a great story teller.
“Dengan anak bos I.”
Tak semena-mena kali ini ‘Darling’ pula yang tersembur air minumannya. Apa hal pulak mamat ni? Wire short macam bakal tunang juga ke?
“What?” Mulut Zufa dah ternganga.
Alin terpaksa gigit bibir dari ketawa. Seronok sungguh tengok muka Zufa yang dah merah padam. Geram kot sebab perempuan kerja admin macam dia boleh dapat big fish. Hurm…Darling dia kerja apa agaknya, ya?
“Err…apasal you tak bawa dia sekali?” Soal Zufa selepas dia kembali bertenang.
“Dia outstation.” Jawapan paling selamat.
“Really?” Dah lain macam bunyi ‘really’ Zufa.
“Ya. Kami baru dapat projek Port Dickson. So, dia ada kat sana to close the deal.” Okey, bab ini dia bukan menipu. Memang pun syarikat baru dapat projek kecil di Port Dickson. Cumanya yang pergi uruskan Senior Engineer dia merangkap bos dia juga, Haji Salam.
Tiba-tiba Alin rasa tak senang duduk sebab ‘Darling’ pula dah pandang dia tajam. Bibir ‘Darling’ tersungging sedikit. Dia nampak terhibur pula dengan perbualan Alin dan Zufa.
Okey…kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Alin alih pandangan ke tempat lain.
“Ehem!” Wawa berdeham.
“Alin, temankan aku ke tandas kejap.”
Tanpa banyak soal, Alin bangun mengikut Wawa. Belum sempat sampai tandas, Wawa dah soal dia macam-macam.
“What the hell was that? Kau hilang akal ke? Tunang? Boyfriend pun tak ada, macam mana kau boleh bertunang?”
“Habis tu kau nak suruh aku diam aje bila dia dok perli-perli aku macam itu? Lepas tu dok sibuk-sibuk buat kisah zaman sekolah dulu bagai. Kau tak nampak muka kawan-kawan yang lain. Dah ketat semacam aku tengok. Aku tak nak jadi punca dia orang bergaduh suami isteri pula, okey!”
 “Dia orang tak akan nak bergaduh sebab benda kecil macam itulah!” Wawa urut dahi. Gelagat mereka mula mencuri tumpuan orang ramai yang lalu lalang di kaki lima Great Eastern Mall itu.
“Mana kau tahu? Jujur dengan aku, kalau tadi Zufa petik nama Jazlee dan kes dia hendak mengurat aku masa kita Form 5 dulu, kau tak akan terasa hati?” Soal Alin tegas.
Wawa buka mulut, katup mulut. Tak tahu nak jawab lagaknya.
“Tapi janganlah ekstrem sangat sampai mengaku diri tu dah bertunang. Nanti sampai masa dia orang tanya bila nak kahwin, kau nak jawab apa? Nak aci pakai tarik aje mana-mana random guy jadi bakal suami?”
Alin angkat bahu.
“Aku bukan akan jumpa dia orang lagi. Sampai masa, cakap ajelah kami dah putus tunang.”
“Eee…Senang aje kau cakapkan?”
Alin gelak perlahan.
“Apa yang susah? Buka mulut, cakaplah.”
Wawa mengeluh perlahan. Letih betul dibuatnya emosi dengan kawan dia seorang ni!
“Suka hati kaulah. Aku cuma harap benda ni tak berpanjangan. It starts here and it ends here. Faham?”
“Yalah, cik puan. Dah jomlah masuk. Aku lapar ni.”
Mereka masuk semula ke dalam restoran. Sebaik sahaja sampai di meja, mereka terdengar suara rakan-rakan perempuan mereka bercerita. Punyalah seronok sampai tak perasan, subjek yang sedang menjadi isi cerita sudah kembali ke meja.
“Aku rasa dia tipulah.”
“Kan? Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba bertunang? Kalau nak menipu pun agak-agaklah.” Berdesing telingan Alin dengar.
“Isyhh…takkanlah Alin nak tipu. Dia bukan jenis yang macam itulah.” Mimah cuba back-up dia.
“Mana kau tahu? Manusia ni berubah, Mimah. Dulu baik belum tentu lagi sekarang baik. Lagipun, aku dengar, sejak arwah abah dia meninggal, Alin dah berubah, tau!”
“Mana kau tahu?”
Dila juling mata.
“Mak aku kawan dengan mak tiri Alin. Ya tak ya juga. Kalau betul Alin dah bertunang, mesti mak aku tahu.”
Yang lain terdiam. Masuk akal juga kata-kata Dila itu.
“Itulah I cakap dengan you all. Dia menipu. Dia tu tak nak kalah dengan I. Dia tengok I dah ada Zafril, dia pun sibuk nak ada tunang.” Zufa pun ambil peluang itu nak masuk jarum.
Alin mendengus geram. Sedap mulut mengumpat dia. Tapi apa hak kau nak marah, Alin? Memang kau tengah membohong tadi kan? But still…it hurts.
“Kasihan dia, kan? Sampai macam itu sekali dia kena buat semata-mata nak jaga air muka.”
“Nak kasihan buat apa? Itulah, dulu masa sekolah berlagak sangat. Orang nak, jual mahal. Perasan diri dia tu baik sangat. Tak nak bercinta masa sekolah konon. Huh! Sampai ke sudah tak laku. Padan muka!” Dila mencebik.
Kali ini bukan berdesing lagi telinga Alin. Dah sampai tahap keluar asap dah ini. Tangan menggigil menahan geram. Wawa di sebelah dah terkedu. Mula timbul rasa menyesal paksa Alin datang ke majlis ini.
“Kiranya, dia tu dah tahap andartulah ye?”
Pecah ketawa mereka. Mereka yang dah perasan kemunculan dia mula tunduk terkedu. Ada yang berani, cuba bagi isyarat supaya yang sedang ralit mengata dia supaya diam. Tapi kalau dah jenis hati kelam tu, memang tak reti bahasa.
“Sabar, Alin…” Wawa cuba tenangkan dia. Tapi tahap kesabaran dia memang dah sampai had.
“They’re too much!” Balas Alin dari celah gigi.
“Kasihan, kan? Muka lawa tapi tak laku!” Zufa tambah perisa lagi. Makin galak mereka ketawa.
Darah Alin dah membuak-buak. Mereka memang dah melampau! Masing-masing memang hendak kena ajar. Think Alin, think. Tunjuk sikit kat mereka yang kau tak seteruk yang mereka katakan.
Tiba-tiba hujung matanya ternampak sesuatu. Atau lebih tepat lagi seseorang yang berada berhampiran dia. Mamat kerek baju biru! Timbul satu idea gila dalam kepala. Desperate times call for desperate measures. Dan sekarang dia betul-betul desperate.
“Ehem!” Dia berdeham kuat sebagai isyarat dia ada bersama mereka.
Ketawa terhenti. Muka dah pucat lesi.
“Err…bila kau masuk?” Tanya Dila takut-takut.
Alin senyum segaris.
Sorry, lambat. I pergi jemput tunang I kat bawah tadi.”
Wawa terkejut sampai terbatuk. Kawan-kawan yang lain sudah terpinga-pinga. Alin tarik nafas dalam-dalam sambil melangkah ke sebelah kanan.
“Kenalkan…” Dia sauk lengan mamat kerek baju biru yang dia langgar tadi.
“My fiancĂ©...”Alin tayang senyum.
“Kay,” sambung dia dalam hati. Shortform for Kerek
Wawa hampir terjatuh tapi sempat disambut Jazlee.
Kawan-kawan di meja dah jatuh rahang. Zufa pula dah melopong.
Darling’ Zafril pula terus berdiri dan pandang dia dan Kay-bukan-nama-sebenar silih berganti.
Di belakang dia terdengar suara nyaring seorang perempuan menjerit-jerit marahkan seseorang. Dan.. di saat itulah, bak kata pepatah orang putih, all hell breaks loose…
Tidak semena-mena, muka dia kena simbah dengan fresh orange dan mamat kerek dapat tamparan wanita dari perempuan yang menjerit-jerit di belakang dia tadi.
“So, perempuan nilah punca you nak break-off dengan I? Tak ada persefahaman konon. You memang kejam!” Perempuan itu terus berlari keluar sambil menangis.
Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Dan kalau dia fikir itu bahagian yang paling teruk, dia silap besar sebab sebaik sahaja Darling Zafril buka mulut, Alin rasa macam nak tumbang masa itu juga.
“Amzar?” Darling Zafril pandang muka mamat kerek yang berdiri di sebelah Alin.
“Sejak bila pula kau bertunang dan along tak tahu?”
Oh hell!

Bumbung Menara Premier
“APA aku nak buat ni, Wawa?”
Kalaulah dia boleh putarkan masa, memang dia akan buat. Sumpah, mati hidup balik pun dia tak akan ambil tindakan gila macam itu. Dia lebih rela jatuh air muka depan Zufa.
Apabila fikir semula memang terasa bodoh sangat. Just because of my pride, I did something stupid. And where did that get you, Alin? Menambahkan masalah lagi adalah. Air muka dia bukan setakat jatuh malah dah kering betul. Penipuan dia akhirnya terbongkar juga. Rupa-rupanya mamat kerek itu namanya Amzar, adik Zafril, teman lelaki Zufa. Patutlah si Darling itu lain macam sungguh kelakuannya apabila Alin cipta hikayat.
Zufa pula, sah-sahlah kenal si Amzar. Naik kebas muka dia menahan malu bila kawan-kawan dia asyik senyum menyindir. Dan lelaki itu. Ya Allah, masih segar lagi dalam ingatan dia wajah merah padam Amzar menahan rasa. Tangan dia sewaktu itu masih lagi memagut lengan Amzar dan dia boleh rasa betapa tegangnya Amzar saat itu. Agaknya kalau tak disebabkan mereka di tempat awam, dah lama dia kena tutuh dengan lelaki bernama Amzar itu.
Wawa mengeluh kuat.
“Aku nak cakap, I told you so pun tak guna. Nak marah pun benda dah jadi. Aku harap ini kali pertama dan terakhir kau buat perangai macam ini. Alin yang aku kenal bukan macam Alin malam kelmarin.”
Alin tarik nafas. You and me both, beb. Dia sendiri tak tahu apa yang merasuk dia malam itu.
“Sekarang ni aku nampak kau cuma ada 3 pilihan.”
“Pilihan apa?” tanya Alin lemah.
“Pertama, confront dia dan minta maaf.”
Hah? Bunyi senang tapi dia yang nak mengadap ni rasa macam nak tercabut nyawa. Lelaki itu garang, okey! Ini dah jadi bos, lagilah payah dibuatnya. Tidak, cadangan pertama tidak boleh diterima sama sekali.
“Pilihan kedua?” Harap-harap cadangan yang ini lebih bernas.
“Quit your job?”
Alin tepuk dahi.
“Lepas tu aku nak buat apa? Tanam jagung belakang rumah? Come on, Wa. I’m 32. Ada SPM aje pula tu. Majikan mana yang nak ambil bekerja?”
“Betul juga. Itulah kau, dulu lagi aku suruh habiskan belajar tak nak. Sekarang siapa susah?” Wawa dah masuk mood membebel.
“Wa, tolonglah. Aku dah cukup serabut ni. Tak payah nak sebut lagi tentang hal ini, boleh tak?” Suara Alin dah bertukar dingin.
Di sebelah sana, Wawa dah memukul mulut sendiri. Sedar dia dah mengusik hati kawan baik sendiri.
Well, then you only have one more choice. You can avoid him like the plague!”
Otak Alin cuba mencerna cadangan Wawa. Now that, I can do. Walaupun dia bos, tapi jawatan yang aku sandang tak memerlukan aku berurusan direct dengan dia. Ya. Aku akan jauhkan diri dari dia. Harus jauhkan diri. Wajib!


Bab 3



“Alina MC, tuan.” Berita yang disampaikan setiausaha, Haji Salam, Puan Jehan disambut dengan senyuman sinis oleh Zariel Amzar.
Avoiding are we? Sudah dua hari dia minta Jehan dapatkan Alina datang mengadap dia, tapi dua hari dia dapat jawapan yang sama. Dia sikit pun tak percaya ‘cik tunang’ dia itu sakit. Well, at least not physically. Mentally? Dia tak berani nak jamin sebab kemungkinan itu ada kalau kejadian malam kelmarin diambil kira. Orang waras tak akan ambil tindakan gila macam itu.
Sebaik sahaja Jehan keluar, Zariel Amzar alihkan tumpuan kepada Fahmi, pembantu peribadi merangkap kawan baik sendiri yang duduk di hadapannya.
“Shoot.” Fail di atas meja diambil lalu diteliti.
 “So, her name is Alina Suffiya Hakim. Tapi kawan-kawan panggil Alin. Berumur 32 tahun. Bujang. Anak tunggal dan yatim piatu tapi sekarang tinggal dengan mak tiri dan seorang adik tiri…”
“Let me guess, another Cinderella story?” Soal Amzar penuh sinikal.
Gambar berukuran pasport di dalam borang maklumat peribadi cik tunang dipandang lama. Patutlah perangai tak serupa orang. Mesti hidup selalu kena dera dan kurang mendapat kasih sayang, Encik Jurutera cum MD buat analisis sendiri.
“Err…on the contrary. Hidup bahagia saja nampaknya. Ini bukan species mak tiri Cinderellalah, Amz. Anyway, arwah ayah dia kahwin dengan the stepmom when she’s 15. Stepmom  janda anak satu.”
Kening Amzar terangkat sebelah.
“Dan dia terima sahaja, macam itu?”
Luar biasa. Selalunya bukan senang hendak terima ayah sendiri berkahwin lain.
Fahmi angkat bahu.
“Apparently, she’s used to it.”
“Hah?” Ini memang luar biasa.
“This is her 5th stepmom.”
Ternaik dua belah kening Amzar. This is interesting. Hebat juga arwah ayah ‘tunang’ dia ini. Enam kali kahwin!
“Cerita yang terperinci aku tak dapat lagi sebab masa yang kau bagi suntuk sangat. Yang aku tahu, Puan Haniza, the stepmom ada seorang anak lelaki hasil perkahwinan pertama. Selepas suami dia meninggal, dia jumpa dengan Encik Hakim, they fell in love, decided to  get married and they lived happily for almost eight years. Lepas tu Encik Hakim jatuh sakit dan meninggal dunia.”
Amzar mengangguk faham. Kemudian mata dia mengecil membaca sesuatu di dalam borang.
“SPM saja? Keputusan bagus, kenapa tak sambung belajar?”
Fahmi angguk.
Sebenarnya University drop-out.”
Amzar menggeleng. Now, why am I not suprprised? Inilah dia anak Melayu. Dapat peluang belajar di menara gading disia-siakan macam itu sahaja. Lepas itu berani lagi hendak demand free education? Sekali lagi Encik Jurutera buat analisis. Fail di tangan dicampak ke atas meja. Taraf pendidikan macam ini, ada hati hendak jadi tunang aku? In your dreams, lady.
“Anything else?”
Fahmi angkat tangan.
“Macam yang tertulis dalam fail tu. Lepas drop-out, dia cari kerja. Rezeki dia, dia dapat jadi kerani di sini. And the rest is history.”
“Jadi dia tu boleh dianggap senior lah di Salam ni?”
Fahmi angguk.
“Now it’s your turn.”
“What?”
“Kenapa yang kau beriya sangat nak tahu pasal Alina ni?” Soal Fahmi. 
Sejak dia diarahkan untuk cari maklumat tentang Alina semalam, soalan inilah yang asyik difikirkan. Agak menghairankan apabila seorang Zariel Amzar mencari seorang perempuan sebab Zariel Amzar yang dia kenal tak cari perempuan tetapi dicari perempuan.
“Apparently, she’s my fiancĂ©e.”
Terkejut besar Fahmi mendengar jawapan Amzar.
“Bila masa kau bertunang?”
Dia kawan baik Amzar, takkanlah dia tak tahu Amzar sudah bertunang? Yang paling penting, sejak bila pula Amzar ini menjalin hubungan dengan perempuan nama Alina tu? Setahu dia, satu-satunya perempuan yang mengaku dirinya kekasih Amzar adalah Surihani. Itu pun Amzar beritahu dah putus. Takkanlah Dato’ dan Datin ada buat arrangement senyap-senyap?
Bro, jangan cakap dengan aku kau kena kahwin paksa pulak? Novel melayu sangat tu!”
            Ternaik kening Amzar mendengar kata-kata Fahmi.
“Macam mana pula kau tahu pasal novel Melayu ni?” Muka ganas, tapi baca novel?
            Fahmi gelak besar.
“Kalau dah isteri tersayang kaki novel, terpaksalah join sekali. Ada juga benda nak dijadikan modal berborak. Takkan aku nak cerita pasal load current atau cabel core dengan Iza. Tapi serius ni, Amz. Bila masa kau bertunang ni?”
            Amzar tersenyum kecil. Teringat cerita dari Alongnya kelmarin. Menurut along, dia dan cik tunang dah bertunang 6 bulan lalu. Majlisnya kecil, tak jemput sesiapa. Cuma ahli keluarga terdekat sahaja.
Huh, in reality jangan haraplah hendak majlis kecil-kecil macam itu. Mama boleh dapat panic attack dibuatnya! Yang paling best, dia di dalam cerita perempuan itu adalah anak kepada Haji Salam. Hebat betul perempuan itu reka cerita. Mesti dah biasa menipu sebab itulah berani macam itu.
Perasaan geramnya masih bersisa pada perempuan itu. Tak pasal-pasal, pipi dia dapat penampar percuma dari Surihani. Sudahlah sebelum itu jenuh dia menadah telinga mendengar Surihani menangis sebab kononnya tak nak terima perpisahan mereka. Yang itu pun satu hal. Entah bilalah mereka bercinta tapi Surihani dah canang satu kawasan mereka pasangan kekasih.
Mulanya dia buat tak tahu. Biarlah asalkan tak menganggu hidup dia. Tapi apabila cerita itu sudah sampai ke telinga mama dia, dia tahu dia perlu bertindak segera. Mama memang tengah sibuk nak carikan jodoh untuk dia. Silap haribulan, sebab dah teringin sangat hendak bermenantu, Surihani pun boleh masuk senarai calon menantu pilihan walaupun hakikatnya Surihani itu bukan type dia. Rupa paras, memang tak ada masalah. Tapi perangai, nauzubillah. Bukan jenis yang layak jadi isteri.
Sebab itulah dia ke restoran itu kelmarin. Kononnya untuk menyelesaikan hal antara mereka berdua. Tapi selesai yang itu, timbul pula hal lain. Dan semuanya berpunca daripada perempuan bernama Alina Suffiya.
Amzar capai semula fail dari atas meja. Gambar Alina yang bertudung litup itu dipandang lama. Cantik! Perkataan pertama yang muncul dalam kepalanya saat dia terpandangkan wajah Alina malam itu. Dalam dia terkejut dek tindakan Alina tarik lengan dia pada malam itu, sempat juga dia belek perempuan berwajah cerah itu. Tapi sayang, pembohongan yang dicipta telah mencalit noda pada wajah cantik itu.
Amzar ketawa kecil mengenangkan wajah pucat lesi Alina sebaik sahaja menyedari Zafril adalah abangnya. Tuhan itu Maha Besar. Orang yang teraniaya pasti akan terbela nasibnya.
“Cantikkan?” Puji Fahmi yang sudah berdiri di sebelah dia merenung gambar yang sama.
Amzar mendengus geram.
“Cantik tapi perangai tak semenggah buat apa!”
Fail dicampak kembali ke atas meja. Amzar bangun lalu berdiri mengadap tingkap. Matanya memandang keindahan bandaraya Kuala Lumpur.
“How bad is Salam?”soalnya pada fahmi 
“Depends on your definition of bad.”
“Maksud kau?”
“Kalau ikut kamus Tuan Haji Salam, not so bad. Tapi kalau ikut kamus kita, dah teruk sangat syarikat ni. Tunggu masa hendak terbalik saja,” jawab Fahmi sambil tangan mencapai fail berwarna merah yang turut dibawa masuk ke bilik Amzar tadi.
“Lima projek terbengkalai sebab tak mampu nak perform according to contract. Syarikat dah disenarai hitam dalam sistem perolehan kerajaan. Sekarang ni pun survive on small projects by private sectors dan pinjaman yang Dato’ berikan. Itu pun cuma boleh bertahan untuk tiga bulan lagi. Selepas tu, Tuan Haji tak akan mampu bayar gaji pekerja,” terang Fahmi panjang lebar.
Amzar mengeluh panjang. Dia tahu Salam Consultant sedang teruk tapi tak sangka seteruk ini. Dulu syarikat bapa saudaranya ini tidak bermasalah. Tetapi selepas diambil alih oleh sepupunya, Shazli, semuanya berubah. Hendak salahkan Shazli seratus peratus pun tak boleh. Salah pak su juga sebab berikan sepenuh kepercayaan pada anaknya yang baru sahaja keluar universiti itu. Budak baru nak naik, perasaan teruja itu memang melebih. Habis semua projek hendak dibuat tanpa meneliti keupayaan diri sendiri.  Apabila sudah terhantuk macam ini, dilepaskan sahaja tangan.
“Jadi, kita hendak teruskan rancangan kau tu?” Soal Fahmi.
Amzar mengangguk. Apa lagi pilihan yang dia ada? Pak su minta dia pulihkan keadaan syarikat ikut cara yang dia rasakan terbaik. Dan inilah cara yang paling baik untuk masa depan syarikat kecil ini.
 “Set-up a meeting dengan semua senior officers. Arahkan mereka untuk sediakan laporan prestasi untuk semua kakitangan di bawah mereka.” Amzar ambil blazer yang tersangkut di kerusi.
Sewaktu tangan hendak mencapai kunci kereta di atas meja, pandangannya jatuh kembali ke fail Alina yang terbuka.
“Fahmi…” panggil Amzar. Fail dicapai lalu dihulurkan kepada Fahmi yang menanti.
“This lady…” Sekali lagi dia tersenyum sinis.
“Ya?” Fahmi mula tak sedap hati. Faham sangat makna senyuman Amzar itu.
“Masukkan dia dalam senarai liabiliti.” Amzar terus keluar dari bilik Haji Salam.
Fahmi mengeluh panjang. Moto kerja Amzar, simpan aset, buang liabiliti dan Alina Suffiya baru sahaja dimasukkan ke dalam senarai liabiliti Amzar.
Matanya merenung gambar Alina di dalam fail.  Kasihan. Apalah yang kau dah buat Alina Suffiya sampai Amzar terus bagi kau tiket kelas pertama untuk dipecat dari syarikat ini?

            “Uhuk…uhuk…uhuk…” Alin urut dada yang pedih sebab tersedak. Air milo yang baru separuh diminum diletakkan di atas meja. Sehelai kain lap diambil lalu dilap air milo yang tersembur dari mulut dia tadi.
“Siapalah yang menyebut nama aku sampai tersedak dibuatnya ni?” Kain lap dibasahkan lalu dilap semula bahagian yang tertumpah tadi. Tidak semena-semena wajah mamat kerek muncul di fikiran.
“Dia ke yang menyebut?”
Alin menggeleng laju-laju. Mustahil! Takkanlah dia yang menyebut. Entahkan dia tak teringat langsung pada tunang tipu dia ni. Sudah dua hari dia ambil cuti sakit, tak sekali pun handphone yang dia angkut ke mana sahaja dia pergi itu berbunyi.
Dia tunggu juga kawan-kawan satu ofis telefon. Kalau encik tunang cari, mestilah budak-budak itu sibuk report pada dia, kan? Ini senyap sahaja. Maknanya, encik tunang tak carilah.
“Kalau macam itu, selamatlah aku.” Alin senyum sendiri.
“Apa yang selamatnya, Alin?” sergah Puan Haniza yang baru muncul dari dapur.
“Kus, semangat! Mak ni, terkejut Alin dibuatnya!” Dada yang baru hendak reda pedihnya, diusap sekali lagi. Kalau selalu macam gini, boleh pendek umur aku!
“Tak habis-habis perangai terkejut dia tu. Orang tua-tua kata, orang mudah terkejut ni kuat berangan. Ni berangankan siapa tadi?”
“Mana ada mak. Orang tengah fikir pasal kerjalah, mak.”
Okey. Bohong sunat namanya ni. Tapi kalau ikut logik, bukanlah dia seratus peratus berbohong. Dia tengah fikirkan pasal bos baru dia. Jadi adalah kaitan dengan kerja juga.
“Hmmm… Cerita pasal kerja ni. Badan tu dah sihat ke?” Tanya Puan Haniza.
Risau tengok anak dara dia yang seorang ini cuti sakit sampai dua hari. Seingat dia, sejak Alin bekerja, jarang-jarang Alin ambil cuti sakit. Demam pun akan ke pejabat juga melainkan kalau betul-betul tak larat.
“Err…dah okey dah. Esok Alin masuk kerja.” Bohong lagi! Isyhh…Kenapalah semenjak dua menjak ini mulut ini ringan sahaja hendak buat cerita?
“Betul?”
“Betul, mak,” balas Alin yakin.
“Ermmm…eloklah tu. Nanti kesian pula kawan-kawan kat ofis tu kena cover kerja Alin.”
Alin ketawa kecil. Kesian? Kalau mak nak tahu, selama ini anak mak ni yang cover kerja mereka mak. Not the other way around. Apabila difikir semula, elok juga dia cuti ini. Biarkan Ruby dan Jen kelam kabut buat kerja. Muahaha…dia gelak jahat dalam hati..
“Alin, duduk sekejap. Mak nak cakap sikit.”
“Ada apa mak?”
“Alin ada apa-apa nak cerita pada mak?” Puan Haniza bermukadimah dulu.
Nak tanya secara terus, takut anak dia menggelabah pula walaupun hati dia memang dah meronta-ronta hendak tahu.
Alin kerut dahi. Ada benda yang aku lupa nak cerita dengan mak ke? Oh, pasal benda itu kut. Alin tepuk dahi.
“Alin lupa hendak beritahu mak.”
Puan Haniza rapatkan badan ke arah Alin.
“Hutang kita dengan Makcik Som tu dah habis dah. Lepas ni mak tak payah lagi jahitkan baju free untuk dia, tau!”
Puan Haniza mengeluh. Hailaa…anak bertuah. Benda lain yang aku fikir, benda lain yang dia sebut.
“Itu mak dah tahu. Makcik Som dah beritahu mak. Ini cerita pasal benda lain. Alin, tak ada rahsiakan apa-apa dari mak ke?”
Alin garu kening. Kepala laju menggeleng.
“Rahsia apa pula ni mak?”
“Sikit pun tak ada?”
Kali ini kepala dia pula yang dia garu.
“Sungguh mak. Tak ada apa-apa rahsia!”
Puan Haniza sinsing lengan baju kurung yang dipakai.
“Sungguh ni, tak ada?”
“Ya Allah, Ya Tuhanku mak. Betullah! Isyhh…selama ni pernah ke Alin rahsiakan apa-apa dari mak? Semua benda pun Alin cerita, kan?” Kecuali kalau benda itu akan menyusahkan hati mak, Alin rahsiakan. Tambah Alin dalam hati.
Sekali lagi Puan Haniza mengeluh.
“Habis tu, cerita yang Makcik Latifah sampaikan kat mak tu, bukan rahsia?”
Makcik Latifah? Kenapa nama itu kedengaran sangat familiar?
Tiba-tiba dia teringat kenapa nama itu macam biasa didengar. Wajah Dila si mulut laser terbayang di mata. Kantoi! Alin dah tak senang duduk.
“Jadi mak dah tahulah ni?” Tak payah dia hendak pusing-pusing lagi. Nanti kepala sendiri pula yang pening.
“Kenapa sampai macam itu sekali, Alin?” tanya Puan Haniza lembut.
Dia bukan jenis yang hendak menghukum tanpa usul periksa. Mesti ada sebab kenapa si anak buat perangai macam itu. Alin baik budaknya. Cantik pekertinya. Alin, walaupun bukan datang dari rahim dia, tapi kasihnya pada anak arwah suaminya ini sudah macam sayangkan anak kandung sendiri. Alin yang baik, Alin yang sentiasa mendahulukan keluarga. Kalau tidak, takkanlah anak dara dia ini sanggup berhenti belajar walaupun tinggal lagi 2 semester di universiti semata-mata kerana hendak menjaga dia yang sakit? Alin tak pernah menyusahkan malah dia dan anak lelaki dia yang banyak menyusahkan anak gadis ini.
“Alin tersilap langkah mak. Maafkan Alin?”
“Alin tak salah, sayang. Mak yang salah.” Tangan si anak dara diusap lembut.
“Isyhhh…mak ni. Alin yang memandai buat cerita mengaku diri dah bertunang, apa kena mengena pula dengan mak?”
“Kalau bukan sebab mak selalu tanya pasal jodoh, Alin tak akan buat benda tu semua, kan?” Air mata Puan Haniza dah bergenang.
Alin tarik tangan si ibu lalu digenggam kuat. Tak sanggup melihat si ibu menangis sebab kebodohan sendiri.
“Mak, ini tak ada kena mengena dengan mak. Alin yang sengaja cari pasal malam itu. Sebab geramkan budak-budak tu, Alin buat cerita macam itu. Tapi sudahnya, Alin balik yang termalu. Tuhan tu nak tolong Alin agaknya. Tak nak Alin terus-menerus menipu. Tapi hal ni dah selesai, mak. Mak janganlah macam gini, ya?” Air mata si ibu sapu dengan tapak tangan.
Pedihnya hati! Lain kali Alin, nak buat apa-apa fikirlah pasal mak, tahu? Nasihat dia pada diri sendiri.
“Kesian anak mak. Sebab sibuk jaga keluarga, sampai tak ada masa nak cari kebahagiaan sendiri.” Lirih hati Puan Haniza mengenangkan nasib si anak.
“Laa…mak, cara mak bercakap ni macamlah selama ni Alin ni dirundung malang saja. Alin bahagia kut. Alin ada mak, ada Ijoy, ada Wawa… cukuplah tu.”
“Tapi…”
“Mak, dengar sini…” Alin genggam tangan ibunya.
“Jodoh tu kerja Tuhan mak. Jodoh Alin tak sampai lagi bukan sebab mak atau keluarga kita. Tapi sebab masa belum sampai lagi untuk Alin bertemu dengan dia. Nanti, bila Allah kata, nah Alin, ini jodoh kau, berdesup Alin bawa balik jumpa mak. Okey?” panjang lebar Alin menjelaskan.
“Dahlah. Tak mahulah nangis macam gini. Kang Alin pun nangis juga, tak pasal-pasal banjir Taman Melawati ni mak!”
Sesi pujuk memujuk dua beranak itu terganggu seketika bila handphone Alin berbunyi. Alin tengok nombor yang muncul di skrin. Erk…ini nombor pejabat ni. Automatik tangan menggeletar. Akhirnya encik tunang mencari diakah?
“Hello?” Alin jawab dengan suara yang dibuat-buat tenang.
“Oh! Kak Sofi, ada apa ya?” Kepala Alin terangguk-angguk mendengar kata-kata Kak Sofi.
“Err…esok Alin masuk pejabat semula kak. Kenapa?” Jawapan dari Kak Sofi memberi tindakan refleks yang agak ekstrem.
Alin terbangun, kerusi terbalik. Mulut dah ternganga. Jantung rasa macam hendak berhenti. Darah dalam badan rasa macam dah disedut keluar. Telefon yang dah semulajadi uzur itu terus melurut jatuh dari tangan dan terus bercerai isi dari badan.
“Alin? Alin kenapa ni?” Bahu si anak digoncang kuat oleh Puan Haniza.
“Mak….” Terketar-ketar suara si Alin.
“Ya, sayang…kenapa ni?” Air mata si anak dara dah bergenang. Tak lama lepas itu, dia meraung kuat.
“Makkk!!!” Makin kuat raungan Alin.
“Ya, Alin…kenapa ni?” Si ibu menjadi panik.
“Dia, mak…”
“Dia siapa?”
“Random guy!”
“Hah?” Puan Haniza bertambah pelik. Random guy mana pula ni?
“Menantu mak tu lah!” Jawab Alin kuat.
Maaflah mak, bukan niat hendak tinggikan suara. Tengah geram ya amat ni! Tak profesional! Memang kerek to the core! Harapkan goatee aje seksi tapi perangai macam hantu! Berbakul-bakul kutukan dihadiahkan buat encik tunang.
“Hah?” Terus terduduk Puan Haniza. Bila masa pula dia ada menantu? Ijoy belum habis belajar. Anak dara ni baru aje cerita pasal jodoh bertemu lagi.
“Menantu mana pula ni, Alin?” Aduh, pening kepala dibuatnya.
“Zariel Amzar!”
Boleh tahan juga nama menantu dia.
“Kenapa dengan menantu mak tu, nak?” Layankan sajalah kerenah si anak.
“Menantu mak dah pecat Alin!”
“Hah?!”
“Zariel Amzarrrrrr! Arghhhhh…. I hate you!!!”

“Uhuk…uhuk…uhuk…” Amzar urut dada yang pedih. Mujur tak tersembur air lemon yang diminum.
“You okey, Amzar?” Tanya Dato’ Yusof.
“Ya, I’m okey…”
“Ada orang menyebut tu…” Dato’ Yusof tersenyum kecil.
Amzar pandang wajah papanya dengan kening terangkat sebelah. Habit dia kalau dia malas nak bersuara.
“Orang tua-tua kata, kalau tak semena-mena kita tersedak tu, maknanya ada orang menyebut.
Amzar mencemik. “Nonsense!” Tiba-tiba wajah cik tunang muncul di fikiran. Choi! Apa ke hal pula perempuan tak betul tu muncul ni?



Bab 4



PAGI-pagi lagi Alin dah sampai ke pejabat. Tempat pertama yang dituju ialah meja dia. Surat pemberhentian dia yang Kak Sofi letakkan di atas meja diambil lalu dibaca sepintas lalu.
Selepas itu dia ke bilik Tuan Haji Salam yang sekarang ini dengarnya sudah menjadi pejabat sementara Zariel Amzar. Tapi kata Kak Jehan, bos baru belum sampai lagi. Selalunya pukul sepuluh ke atas baru dia akan muncul di pejabat sebab sebelah paginya dia akan ke Prima Group dahulu, menjalankan tugas dia sebagai MD di sana.
“Prima Group tu syarikat apa pula, kak?”
“Laa, Alin tak tahu ke? Itulah syarikat Dato’ Yusof, abang ipar Tuan Haji yang selalu bagi loan pada kita tu,” terang Jehan.
“Tuan Amzar tu anak kedua Dato’ Yusof. MD di sana. Dia di sini pun sementara sahaja, nak tolong Tuan Haji stabilkan semula syarikat. Dah okey nanti, dia baliklah semula ke sana,” sambung Jehan lagi.
Barulah Alin faham situasi sebenar. Rupanya khabar angin yang kata Salam Consultant akan diambil alih tu tak betullah. Habis tu apa ke hal pula yang si kerek tu suka-suka hati nak pecat orang?
“Dah tu, kenapa sampai nak pecat orang Kak Jehan?”
Jehan menghelas nafas panjang. Penat pun ada juga sebab dah banyak kali kena buat penerangan yang sama kepada mereka yang tak berpuas hati.
“Nak kurangkan perbelanjaan, Alin. Syarikat dah tak ada duit sekarang ni. Nak bayar gaji pun tak cukup. Jadi paling senang, kena retrench staff lah.”
“Tapi ini tak adil kak! Kalau nak retrench pun, pilih orang yang betul-betul yang tak boleh diharap. Kenapa saya pun jadi mangsa juga? Jen dengan Ruben tu, kenapa tak dipecat pula? Buat kerja, satu apa pun tak boleh. Asyik bergosip aje kerjanya. Kerja mereka selama ini pun saya yang cover. Ya Allah, kerja engineers yang berlagak bagus tu pun saya yang buat kak! Kenapa masih nak pecat saya?” Suara Alin meninggi.
“Because you’re crazy, impulsive and seriously annoying,” jawab suara yang ketara bukan milik Jehan.
Here we go! Alin terus berpusing ke belakang. Darah naik membuak-buak bila melihat wajah bersahaja ‘encik tunang’ dia. Dengan kemeja kuning air dipadankan bersama sut berwarna kelabu dan tali leher belang putih kelabu dia nampak sangat kacak dan….segar!
Memanglah kau nampak segar sebab kau tak habiskan malam kau terkebil-kebil dalam gelap memikirkan nasib keluarga kau lepas ni! Jerit Alin dalam hati.
Alin mara ke arah Amzar. Sampai di depan Amzar, dia pandang wajah lelaki itu tajam.
 Amzar masih lagi dengan muka tak ada perasaan. Matanya memandang wajah cik tunang yang sudah merah padam.  Ni perempuan spesis apa ni? Tak reti nak jaga penampilan diri langsung bila keluar rumah. Kalau jadi isteri, memang kena pergi hantar grooming juga dia ni! Muka sembab tak bermaya. Mata dah macam beruang panda. Dengan tudung bawal senget benget. Dengan t-shirt lengan panjang yang dah lusuh warnanya dan, oh Tuhan, is that a tear on her jeans?
Berkerut-kerut dahi Amzar pandang jeans yang koyak di bahagian lutut milik cik tunang. Memang tak salahlah keputusan aku berhentikan dia kerja.
“Dah sihat?” Tanya dia sinis.
Jehan yang dapat merasakan macam akan nada perang hendak meletus, segera melarikan diri ke pantri.
“Kenapa awak berhentikan saya tanpa alasan yang munasabah?” Soalan Amzar dijawab dengan soalan.
“Awak?” Terangkat kening Amzar mendengar panggilan Alin. Gaya bercakap macam mereka ini kawan-kawan pula.
“You do realize you’re talking to your boss, right?”
Alin mencebik. Kira baik aku panggil awak, ikutkan hati aku panggil biawak aje! Surat di tangan dihempas ke dada Amzar.
“Ini surat pemberhentian perkhidmatan saya. Jadi, secara teknikalnya awak bukan bos saya lagi. Kalau saya nak panggil awak ke biawak ke, ikut suka hati sayalah!”
Amzar terpanar sekejap. Walaupun berlapik dengan surat, tapi jantung dia berdetup juga bila tangan kecil itu melekap ke dada.
Oh...this is not good. Cepat-cepat dia bergerak ke biliknya sebelum jantung dia hendak berdetup lagi.  Tapi tak sempat dia nak buka pintu, cik tunang dah lebih dahulu berdiri di hadapan pintu.
“Awak tak jawab soalan saya lagi!”
“I rasa semua dah diterangkan dalam surat itu, kan? You nak jawapan apa lagi?” Amzar cuba tolak Alin ke tepi tapi Alin keraskan diri di depan pintu.
“Tapi saya tak boleh terima jawapan tu! Saya tahu, awak buat semua ni sebab marahkan saya buat cerita tentang pertunangan kita tu, kan?”
Amzar silangkan tangan ke dada dan pandang wajah Alin lama.
“Kalau ya, kenapa?”
Mengaku pun akhirnya!
“Kalau ya, ini tak adil. Awak tak boleh buat keputusan macam ini based on that event alone! Itu tak profesional namanya.”
“Don’t talk to me about professionalism when you’re not professional yourself. Kalau you tu profesional sangat, kenapa lari bila nampak I? Kalau you tu profesional sangat, kenapa menyorok dua hari tak datang pejabat? Nak lari dari masalah? Itu dah jelas menunjukkan sikap you yang tak bertanggungjawab. Dah buat salah lari. Menyorok. Itu ke professionalism you? Kalau dalam hal peribadi pun you bersikap macam ini tak mustahil dalam hal kerja pun you begini, kan?”
Alin terkedu. Mulut terkunci terus, tak tahu nak jawab apa.
“I have no problem with your work. Anugerah kecemerlangan yang you dapat tu memang impressive. Tapi attitude you tu yang buat you kehilangan kerja ni. Cover kerja orang lain, itu yang you nak banggakan? You tahu tak perbuatan you itu bawa kerugian pada syarikat. Kerana you, kami terpaksa bayar gaji yang tak sepatutnya pada mereka sedangkan mereka tak jalankan tanggungjawab mereka yang sebetulnya. Jadi beritahu I, salah ke keputusan memecat you ni?”
“But…”
Amzar angkat tangan. Dia belum habis bercakap lagi.
“You’re too impulsive. Cepat melatah. Terlalu ikutkan perasaan. Apa yang terjadi malam tu dah cukup membuktikannya. I don’t need an employee with that kind of attitude. God knows what will happen to the company kalau you buat keputusan tanpa fikir panjang.” Amzar serahkan semula surat di tangan kepada Alin.
We need someone who can contribute to the company. And you obviously, do not.. So go home. Jangan buat kacau di sini dan ganggu kerja orang lain.” Amzar tolak dia ke tepi dan terus masuk ke dalam biliknya.
Tak semena-mena menyirap darah Alin. Someone who can contribute to the company? Habis itu yang selama lapan tahun dia bersusah payah datang kerja on-time, buat kerja lebih masa tanpa bayaran yang setimpal dan tolong dapatkan satu dua projek kecil untuk syarikat tu apa? Bukan contribution dia untuk syarikat ke? Melampau sungguh kata-kata lelaki ni!
“Encil Zariel Amzar!” Alin ikut ‘encik tunang’ masuk ke dalam bilik.
 “You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu,” sembur Alin dengan rasa marah yang tertahan-tahan.
Amzar mendengus.
“Gila!” ujarnya perlahan tapi masih mampu didengar Alin.
“Gila? Kurang asam punya lelaki!”
Alin angkat tangan tapi belum sempat tapak tangannya menjamah pipi Amzar, lelaki itu terlebih dahulu menangkap tangannya. Tangan kiri di dalam pegangan si kerek, dia angkat pula tangan kanan. Tapi sekali lagi pergerakan dia dapat dibaca Amzar.
Bila kedua-dua belah tangan sudah digenggam Amzar, hanya ada satu cara lagi sahaja untuk dia melempiaskan rasa geramnya. Kaki! Dan…
“God…”Amzar mengerang sakit sambil menunduk memegang bahagian yang baru bertemu lutut Alin. Perempuan ni memang gila!
Alin terkedu. Ciskek, macam mana pula lutut yang ternaik sedangkan dalam otak tadi dia terfikir nak pijak kaki Amzar? Lepas itu boleh pula lutut itu landing di tempat yang tidak sepatutnya. Oh Tuhan!
“Err…awak…” Dia cuba mendekati Amzar tapi cepat lelaki itu angkat tangan dan menjauhkan diri dari dia.
Sorry…” pinta Alin.
Amzar tarik nafas menahan rasa senak. Sabar, Amz. Ingat, dia perempuan. Tak pernah lagi dalam sejarah keluarga keturunan Yusof angkat tangan pada perempuan. Throw her out, for her sake!
“You know what, I take back my word. You ni bukan gila…” Dengan muka menahan sakit, Amzar berjalan mendekati Alin.
“…but downright psycho. Go and get a treatment!” Amzar tolak Alin keluar dan hempas pintu ke mukanya.
Psycho? Dia panggil aku psycho? Oh, kau memang cari pasal Zariel Amzar! Elok-elok dia rasa bersalah dan hendak minta maaf, terus hilang niat itu.
Alin melangkah keluar dan terus menuju ke lif. Sempat dia capai seketul batu yang diletakkan sebagai hiasan di dalam pasu berhampiran pintu masuk pejabat dia.
Sampai di tempat parkir, mata meliar pandang kiri kanan, depan dan belakang. Line clear! Satu persatu kereta yang diparkir di kawasan itu diperhatikan.
Sebaik sahaja kereta yang dicari kelihatan depan mata, cepat dia bergerak ke sana. Dia rapatkan diri ke badan kereta. Perlahan, batu di tangan diletak ke badan kereta dan diseret di atas permukaannya.
Alin berjalan mengelilingi kereta sambil mencipta corak awan larat di body Audi 5 milik si kerek. Setelah siap satu badan kereta dihias, batu di tangan dicampak ke bawah untuk menghapuskan bahan bukti. Dia berdiri bercekak pinggang sambil tersenyum lebar.
“Ini baru psycho!” Puas hati dibuatnya.
“Awak tahu kan awak baru saja committed a felonyi? Ini boleh didakwa…”
Alin kejung. Suara itu…perlahan dia menoleh. Hailaa…Kenapalah nasib aku ni malang sangat?

ALIN ingat dia akan dibawa terus ke balai tapi sebaliknya dia diajak ke kedai mamak berhampiran Menara Premier.  Lega sedikit hati walaupun bukan sepenuhnya. Jangan lupa Alin, dia ni ada kena mengena dengan musuh kau. Mesti ada hidden agenda! Sikap judgemental Alin mula keluar.
“Minum?” Jejaka depan mata offer sebaik sahaja budak pelayan datang bawa menu.
“Milo ais.”
Rezeki jangan ditolak lagipun dia tengah dahaga. Banyak air liur habis bertekak dengan si kerek tadi.
“Makan?”
Alin geleng. Perut dia sebu. Memang tak ada selera hendak makan. Selepas buat pesanan, mereka kembali diam. Dia pandang dia. Dia pandang dia.
Tak sanggup nak pandang wajah si jejaka lama-lama, Alin tunduk pandang meja. Reaksi biasa orang yang buat salah. Itulah buat benda tak reti nak berfikir dulu. Hailaa…Alin, betullah cakap si kerek tadi. Kau ni memang impulsive! Alin kutuk diri sendiri.
“Err…awak akan beritahu adik awak pasal kereta tu?”
Zafril buat muka pelik.
“Kenapa pula saya nak kena beritahu. Bukan ada kena mengena dengan dia.”
“Hah? Tapi…”
Wait a minute! Alin cuba ingat balik kejadian dia calarkan kereta tadi. Dia yakin betul dia di B2, tempat parkir kereta yang disewa khas oleh Salam Consultant. Dah dekat 8 tahun dia kerja di sana, dia cukup kenal kereta kakitangan yang lain. Jadi bila dia nampak kereta yang tak pernah dia nampak selama ini, dia assume itu kereta si kerek. Alamak! Salah kereta ke?
“Err… itu bukan kereta adik awak?”
Zafril menggeleng kemudian ketawa kecil.
“So, awak ingat itu kereta dia? Sebab itu awak calarkan?”
Alin gigit bibir sambil mengangguk. Adoilah…si malang mana punya kereta pulak ni?
Zafril senyum tengok muka bersalah Alin. Ini kalau diberitahu kereta itu kereta dia, agak-agaknya mahu Alin pitam. Tapi melihat muka Alin yang dah tak serupa orang itu, dia tak sampai hati pula hendak beritahu. Setakat calar macam itu, pergi sajalah kedai cat semula. Bukan dia tak mampu!
“Kenapa buat macam itu?” Lembut saja Zafril bertanya.
Psychology nak kena betul kalau berhadapan dengan benda-benda macam ini. Tanya elok-elok, gain her trust, hopefully she’ll spill the beans. Kalau terus sergah, esok pun belum tentu lagi dapat jawapan.
“Dia yang cari pasal.”
“What did he do?” Sekali lagi Zafril bertanya lembut.
 Alin pandang muka Zafril yang sedang tersenyum manis. Lembut sahaja nampak wajahnya. Jauh beza betul dengan si kerek.
“What did he do?” Zafril ulang soalan yang sama.
Alin tarik nafas panjang dan terus buka cerita. Dari kejadian dia dapat panggilan yang beritahu dia sudah dipecat hinggalah ke kes dia calarkan kereta tadi termasuklah cerita I-gave-him-a-hard-kick-in-the-groin. Terbahak-bahak Zafril ketawa bila tiba part itu.
“Jadi Amzar dah pecat you lah ya?”
Alin pandang muka Zafril, bengang. Memang padan sangat si darling ini dengan si leopard itu. Suka benar tanya soalan yang sama banyak-banyak kali. Jenuh sudah dia bercerita dari tadi rasanya.
“Tak macam Amzar. Adik saya tu bukan jenis yang mix business with pleasure…”
 “Can hardly call myself his pleasure…” Alin bergumam.
Zafril ketawa kecil.
“Yeah, you’re his liability, huh?”
“Kata dia….”
“Kata you?”
Alin tegakkan badan.
 “I’m the best asset a man can ask for!” Dia menjawab penuh bangga. Tapi, kenapa sangat misleading bunyinya?
Zafril ketawa besar.
You’re cute. Annoying, but cute…”
Alin menjeling Zafril. Cute? Cute itu tak akan dapat bagi saya makan, Darling!
“Jadi apa rancangan awak lepas ni?” 
Alin mengeluh panjang. Benda ini terjadi sekelip mata, manalah dia ada peluang hendak buat apa-apa rancangan. Sejujurnya dia tak pernah terfikir pun akan kehilangan kerja. Oh, silap. Bukan tak terfikir, tapi tidak mahu fikir.
Dia sedar diri. Setakat SPM, apa sangatlah kerja yang dia boleh dapat? Universiti di Malaysia tiap-tiap tahun hasilkan ‘produk’. Tak kisahlah produk itu sempurna atau ada defect, janji ada ‘sijil pengilang’ itu, berlumba-lumbalah majikan hendak ambil kerja. Contoh paling dekat, Jen dan Ruben. Nama sahaja university graduate, tapi satu kerja pun tak boleh buat! Yang dia, walaupun bekerja hanya berbekalkan sijil SPM yang cemerlang itu, tapi hasil kerja tip-top. Bukan hendak membangga diri, tapi buktinya ada. Tengok sahajalah anugerah khidmat cemerlang yang dia dapat tiap-tipa tahun itu. Tapi ada si mamat kerek tu kisah?
“KFC, McDonalds or Pizza Hut?” Balas Alin.
Dalam kepala dah terbayang diri sendiri lap meja dan kutip tray makanan orang di restoran makanan segera itu. Tapi berapa sangatlah gajinya. Silap-silap, habis bayar duit bil utiliti sahaja. Belanja makan, belanja belajar Ijoy dan duit ubat mak, mana dia nak cekau?
“Kenapa tak try syarikat lain?”
“Encik Zafril, saya rasa dah jenuh saya cerita tadi. Saya ni ada SPM sahaja. Umur dah 32 tahun. Awak ingat ada ke syarikat yang hendak ambil saya bekerja? Yang ada kelulusan ijazah segala pun payah hendak dapat kerja sekarang, ini kan pulak saya!” Adik-beradik ini menyakitkan hati betullah!
“Awak dah cuba ke?” Zafril bertanya.
“Tak adalah, tapi…” Belum sempat Alin habiskan ayat, si darling dah potong.
“Hand me your resume!”
“Hah?” Biar betul darling ni!
Zafril angguk.
“Hand me your resume. Saya akan serahkan pada HR Prima Group. We’ll see if there’s any post that suits your qualification.”
Alin pejam celikkan mata, hendak menyakinkan diri sendiri tidak bermimpi. Muka Zafril masih ada lagi di hadapan dia. Kemudian pipi sendiri dicubit-buit. Ouch! Sakit! Yes, this is definitely not a dream. Tapi….
“Kenapa awak nak tolong saya?” Suspicions…suspicions.
Kalau perangai Zafril ini serupa dengan Zufa, memang dia sengaja menempah balalah kalau dia terima bantuan Zafril.
Kening Zafril terangkat sebelah.
“Kenapa pula saya tak boleh tolong awak?”
Alin angkat bahu.
“Sebab awak tak kenal saya.” Berjumpa baru dua kali dan pertemuan itu pun bukan dalam keadaan normal. Hendak diikutkan, di setiap pertemuan mereka, perangai yang ditunjukkan Alin sangat-sangat tak normal. Jadi, memang wajiblah dia ada rasa syak wasangka pada kebaikkan Zafril.
“Siapa kata saya tak kenal awak? Awak Alina, kawan kepada bakal tunang saya Zufa dan kenalan adik saya, Amzar. Good reason enough for you?”
Laju kepala Alin mengeleng.
“No…no…no. First of all, Zufa bukan kawan saya. Tak percaya, awak boleh verify sendiri dengan dia. And as for kenalan adik awak tu, lagilah jauh panggang dari api.”
“Look, saya tak tahu apa yang jadi antara awak dan Zufa. Friends, enemies, I honestly don’t care. Saya nak tolong awak, sebab my gut tells me awak bukan macam yang adik saya katakan…”
Alin angkat tangan, potong cakap Zafril.
“Apa yang si kerek tu cakap pasal saya?”
Zafril ketawa kecil.
“It was so colourful, saya tak sampai hati hendak beritahu.”
Gila, psycho, impulsive and extremely annoying. Itu kata Amzar pada dia tadi.
Alin mengeluh kuat.
“To be honest Zafril, seumur hidup saya ni, saya tak pernah menyesal dengan setiap tindakan yang saya buat walaupun orang kiri kanan tak bersetuju. Tapi untuk pertama kalinya, apa yang terjadi malam itu adalah benda yang paling saya sesalkan dalam hidup ini. Kalaulah awak tahu berapa kali saya sebut if only, sejak kejadian tu... Don’t get me wrong. Saya tak salahkan sesiapa selain diri sendiri. Apa yang jadi tak akan terjadi kalau saya guna akal instead of hati. But there’s no use crying over spilt milk, right? Benda dah jadi. Apa yang saya boleh buat cuma minta maaf. Tapi adik awak refused to listen to me! Kalau ya pun marah, janganlah sampai nak rosakkan periuk nasi saya!
Elok-elok hati dah lega, menggelegak balik dibuatnya bila teringatkan si sexy goatee.
“So prove it!” Ujar  Zafril.
“Prove what?” Jangan nak beri cadangan bukan-bukan Encik Zafril.
“Prove that I’m right and he’s wrong. Beri saya resume awak. Kalau ada rezeki awak, kerja di sana dan buktikan pada Amzar, dia buat kesilapan besar label awak sebagai liability,” cabar Zafril.
Alin gigit bibir. Separuh hati hendak percaya, separuh lagi masih was-was. Wujud lagi ke manusia yang buat baik tanpa apa-apa niat ni?
“Awak tak percayakan saya?” Soal Zafril.
Alin berdeham. Macam tahu-tahu saja apa yang aku tengah fikir.
“What have you got to lose, Alin? Kalau ikutkan, banyak benefits yang awak dapat. Kalau ada rezeki, awak dapat kerja. Dah tak payah pening kepala fikir pasal duit. Bila dah dapat kerja, awak boleh buktikan pada Amzar dia dah silap buat keputusan. Jadi, apa lagi yang nak ragu-ragu?”
Ya, apa lagi yang dia nak ragu-ragu? She’s got nothing to lose, kan?
“Bila saya boleh hantar resume tu?”
“Anytime you want.”
Alin angguk faham. Zafril sembunyi senyum. Alina Suffiya dan Zariel Amzar, di bawah satu bumbung. This is going to be FUN!


Bab 5



SEPANJANG hari mood Amzar tak baik gara-gara insiden pagi tadi. Dek sebabkan penangan lutut Alin, tiga empat jam jugalah dia tak boleh hendak berjalan tanpa rasa sakit.
Mulanya dia gagahkan juga diri itu berjalan tapi bila Jehan dah pandang dia semacam sebab jalannya dah lain macam, dia patah balik ke dalam bilik dan terus terperuk tak keluar-keluar sampai sekarang. Tak pasal-pasal meeting dia dengan beberapa orang jurutera syarikat itu terpaksa dibatalkan. Makan tengah hari pun terpaksa berpuas hati dengan sandwic yang dibelikan oleh Fahmi.
Dokumen di atas meja cuba dibaca tapi macam tadi, satu benda pun tak boleh masuk ke dalam otak. Semua yang dia buat hari ini serba tak kena. Tak pernah-pernah dia macam ini.
“Kenapa dengan aku ni?” Dia mengumam sendiri.
Tangan menggosok-gosok belakang leher yang terasa lenguh. Mungkinkah dia kepenatan? Sebulan dua ini memang dia banyak kerja. Dengan permintaan pak su yang mahu dia tolong pulihkan Salam Consultant, lagi bertambahlah kerja dia. Nasib baiklah Along ada membantu di Prima Group.
Dia melirik ke arah jam di dinding. Sudah hampir ke pukul empat. Rehat mata sekejaplah sementara tunggu asar. Kepala disandarkan ke belakang kerusi. Mata dipejamkan. Baru sahaja fikiran hendak melayang, dia terdengar suara kuat orang bertengkar di luar bilik. Terus dia buka mata.
I tahu dia ada di dalam!” Suara nyaring seorang perempuan kedengaran.
Amzar mengeluh panjang. Another troublemaker!
“Maaf puan, Tuan Amzar tak mahu diganggu.” Suara Jehan pula kedengaran.
“What? Puan? You called I, puan!? Hello….I ni cik lagi, okey! You tak kenal ke siapa I?”
Amzar dah urut dahi. Tak semena-mena kepala dia jadi sakit sebaik sahaja terdengar suara nyaring itu tadi.
“Err…puan ni, eh maaf. Cik ni siapa?” Tanya Jehan.
Amzar tersenyum kecil mendengar pertanyaan Jehan. Gerenti puan-cik itu menjerit tak puas hati sekejap lagi.
“What? You tak kenal I? Hei…you ni duduk ceruk mana selama ni?”
Kan dah kata!
Belum sempat Jehan menjawab, kedengaran pula suara garau seorang lelaki muncul di antara mereka.
“Suri? You buat apa kat sini?” Tanya Fahmi.
“Oh, great. Fahmi, you tolong beritahu perempuan ni siapa I dan suruh dia beritahu Amzar I nak jumpa dia.”
You ada buat appointment dengan Amzar ke?”
“What? Sejak bila pula I kena buat appointment jumpa nak boyfriend sendiri?” Yakin sahaja Surihani menyoal.
“Sejak dari dulu,” jawab Fahmi sinis.
“Sejak dulu lagi memang sesiapa yang nak jumpa Amzar kena buat appointment. You tu aje yang tak reti-reti bahasa,” perli Fahmi lagi.
“What? Berani you cakap begini dengan I? Dasar jantan tak sedar diri. Hey, you cermin dulu diri you tu, ya. You tu siapa? I ni siapa? Nanti bila I kahwin dengan Amzar, I akan pastikan dia pecat you!”
“Hadap sangatlah Amzar tu dengan kau…”
“What? Hey, you watch your mouth ….”
Di dalam bilik, Amzar mengeluh panjang. Dia bangun dan terus menapak ke pintu. Dah tak larat telinga dia mendengar  Surihani asyik what…what…what dari tadi. Entah apalah yang mak dia terkenan masa mengandungkan dia dulu agaknya.
“What the hell is going on?”
Ah, sudah. Aku pun dah terkenan penyakit ‘what’ ke? Amzar bergumam sendiri.
Tiga pasang mata tertumpu ke arah muka pintu. Muka Surihani yang tadinya kelat macam tertelan buah dabai terus berseri-seri bila ternampak si idaman hati. Tergedik-gedik dia berlari mendapatkan Amzar.
“Sayang…you tengoklah staf you ni. Kurang ajar sangat dengan I.” Surihani cuba mengadu. Lengan sasa Amzar dirangkul erat.
Amzar pandang dia dengan perasaan sebal.
“Dia orang tak akan kurang ajar dengan orang yang reti bersopan. And please, move your hands?” Tangan Surihani di lengannya dijeling tajam. Manalah letaknya malu perempuan ini?
            “Sayang…” Surihani merengek-rengek.
“Oh, Tuhan! Please don’t whine!” Selamba Amzar sound Surihani.
“Masuk!” Dia arah Surihani masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Di belakang, Fahmi pun mengekor masuk ke dalam sekali. Manalah tahu kalau-kalau Amzar perlukan bantuan nak uruskan perempuan itu.
“Leave us. I nak bercakap privately dengan Amz.” Surihani beri arahan kepada Fahmi sebaik sahaja dia masuk ke dalam. Dah rupa macam mem besar lagaknya.
 Amzar yang perasan muka Fahmi dah merah padam, cepat-cepat dia beri isyarat pada kawannya itu supaya keluar. Dia tahu sangat Fahmi memang ‘jaki’ betul dengan Surihani. Fahmi memang tak berkenan sungguh dengan fashion designer perasan popular ini. Tak seperti dia yang masih mampu bersabar dengan kerenah Surihani, Fahmi akan cepat naik darah kalau melibatkan perempuan seorang ini.
“Macam mana you tahu I ada sini?” Tanya Amzar sebaik sahaja Fahmi keluar. Setahunya, dia tak pernah beritahu Surihani tentang kerjanya di Salam Consultant.
“Err…” Teragak-agak Surihani hendak bagi jawapan.
Or is this one of your kebetulan lagi?” Perli Amzar.
Soalan itu memang dia tahu jawapannya. Bukan dia tak tahu Surihani ada pasang spy di Prima Group. Cuma dia belum tahu siapa. Kalau tidak masakan setiap pergerakkan dia Surihani dapat kesan. Dia pergi lunch di mana, keluar dengan siapa, site visit di mana, semuanya Surihani tahu. Di awal perkenalan dia anggap setiap pertemuan dia dengan Surihani memang kebetulan. Tapi kalau dah asyik ‘terserempak’ sahaja, kebetulan apanya?
Fine! Tadi I pergi your office. Orang dekat sana yang beritahu you ada di sini.”
“Orang dekat sana? Huh! Siapalah orang itu agaknya ya?”
“Ala…receptionist di sanalah,” tipu Surihani.
Tak senang duduk dibuatnya. Jangan haraplah dia hendak beritahu. Habislah nanti sumber maklumat dia.
Receptionist? Memang nak kena soal juga nanti ni.
You nak apa datang sini?” soal Amzar, malas hendak berlama-lamaan dengan Surihani di dalam bilik itu.
“I rindu…” jawab Surihani manja.
Sekali lagi lengan Amzar menjadi mangsa tangan Surihani yang tak reti hendak duduk diam. 
“Amz…I minta maaf sebab marah-marah dan tampar you malam kelmarin? Tapi you pun salah juga. Kenapa nak bergurau pasal pisah-pisah pula. Benci tau!”
Gurau? Dia ingat aku bergurau? Ya Allah, ini manusia ke alien, payah sangat nak faham benda mudah? Dah cukup jelas dia beritahu tentang kesudahan hubungan mereka, tapi gadis ini masih lagi tidak faham. Rasanya dia guna dua bahasa sahaja malam itu. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bukannya dia ada guna bahasa Jepun sampai perempuan ini tak faham!
Amzar pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam, cuba mengumpul kesabaran sebanyak mungkin di dalam diri. Kenapalah nasib aku malang sangat hari ni? Tak cukup dengan perempuan psycho pagi tadi, tambah pula seorang lagi. Aku ni psycho magnet ke apa? Terus lengannya ditarik kasar kemudian berdiri tegak di hadapan Surihani.
“Kita ni bukan mahram. Jangan nak pegang-pegang, boleh?”
Bertukar air muka Surihani lepas kena sound begitu. Malu pun ya!
“Sayang…”
Amzar angkat tangan. Meremang bulu roma dengar Surihani panggil dia begitu. End this now, Amzar!
“Kalau you tak faham apa yang I cakap malam tu, I ulang sekali lagi. Dan I harap sangat you faham kali ini sebab I tak akan repeat lagi. You dengan I tak mungkin akan ada apa-apa hubungan, okey?”
“Habis tu, yang selama ni kita berdua tu apa?” Tanya Surihani tak puas hati.
“I cuma anggap you kenalan sahaja selama ini. You yang canang sana-sini kita ni pasangan!”
“Dan you tak pulak nafikan!”
Amzar urut pelipis. Okey. Mungkin dia silap di situ. Dia ingat kalau dia buat tak tahu, benda ini akan dianggap khabar angin. Rupanya silap perhitungan. Surihani anggap dia bersetuju pula. Kalau dari awal dia nafikan, tak akan jadi perkara remeh macam ini.
“Fine, my bad.” Mengaku sajalah Amz. Tak payah nak tambah pening kepala.
“Sampai hati you, kan? Habis madu sepah dibuang.” Surihani mula buat drama.
Mata Amzar mencerun pandang Surihani. Kau tu bukan bunga segar pun nak ada madu segala!
“Choose your words wisely, Suri. Jangan nak timbulkan salah faham pula.”
“Amz…” Surihani mula hentak-hentak kaki manja. Nak pegang tangan Amzar, dia tak berani. Takut kena sound lagi. Mulut lelaki seorang ini boleh tahan juga bisanya.
 “Look, Suri. I ada banyak kerja. Jadi, kalau you ada apa-apa nak cakap lagi, cakap sekarang or get out from my office!” Dia bersuara tegas.
Dengan perempuan macam Surihani memang kena cakap gaya macam gini, kalau tidak tak akan faham.
You kejam!”
Fine, I kejam! Lagi?”
“Sampai hati you buat I macam ni!”
Tiba-tiba Amzar teringat kata-kata Alin. Dia sengih sendiri.
“Sampailah agaknya sebab ada orang berani claimed I ni heartless. Lagi?”
“You’ll pay for this, Amzar!” ugut Surihani.
Amzar angguk malas nak layan.
“Okey. I will pay for this. Dah habis?”
You…arghhhh!” Surihani akhirnya kehabisan kata.
Amzar senyum nipis. Pintu bilik dibuka dan dipersilakan si pereka fesyen yang dah merah padam mukanya keluar.
“I harap hidup you tak tenteram lepas ini, Zariel Amzar.” Sempat lagi Surihani menyumpah.
Sepert biasa, Zariel Amzar hanya buat muka selamba tanpa riak yang menambahkan lagi sakit di hati Surihani. Jaga kau, Amzar!


SELEPAS menunaikan solat maghrib di pejabat, Amzar terus pecut kereta balik ke apartmentnya. Rutinnya ke gim setiap kali habis kerja terpaksa dilanggar hari ini sebab kepala dia dah sakit sangat. Sudah lama migrain tak menyerang tetapi hari ini penyakit lama dia ini datang semula dek sebab penangan dua perempuan psycho itu. Sungguh dia memang harap sangat tak akan bertemu dengan kedua-dua mereka lagi. Silap haribulan dia pun boleh jadi psycho sama!
Sampai sahaja rumah Amzar terus ke bilik. Selepas menyegarkan badan, dia terus solat Isyak. Usai solat rasa sakit kepalanya reda sedikit tapi dia masih perlu mengambil ubat atau migrainnya akan berlarutan hingga esok.
Amzar tukar kain pelekat dan T-shirt yang dipakai untuk solat tadi ke seluar pendek tiga suku dan sehelai singlet berwarna hitam. Kemudian dia terus ke dapur.
Secawan susu segar dan dua keping roti menjadi makan malamnya. Cukuplah sebagai alas perut sebelum dia menelan Cafergot. Selepas ubat dimakan, dia kembali semula ke dalam bilik. Telefon bimbitnya dimatikan. Suhu penyaman udara dinaikkan sedikit. Lampu bilik dipadam. Bila keadaan gelap gelita, dia terus merangkak ke atas katil. Doa dan zikir tidur dibaca dan tak sampai beberapa minit, rohnya mula melayang keluar dari badan.
“Tok…tok…tok…ting…tong…ting…tong…” Lena Amzar terganggu dengan bunyi pintu rumah dan loceng dibunyikan berkali-kali.
Amzar buka mata. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit kepala yang mencucuk tiba-tiba. Dia menoleh ke alarm radio di night stand. Dia merengus geram bila melihat waktu yang tertera. Siapa pula yang datang ke rumah dia pukul satu pagi ni?
Loceng dan bunyi ketukan pintu kembali terdengar. Amzar terus bangkit. Berpandukan cahaya bulan yang mencuri masuk melalui blind yang terbuka, dia menapak ke pintu hadapan dan meninjau gerangan yang datang melalui peephole. Segar matanya bila melihat wajah orang-orang tersayang di sebalik pintu.
“Mama…papa?” Tegur Amzar sebaik sahaja pintu rumah dibuka.
“Zariel Amzar, kenapa awak tak jawab handphone?” Tanpa salam terus Datin Zubaidah marahkan dia.
“Idah…cuba perlahankan sikit suara tu. Dah tengah malam ni, kan?” Tegur Dato’ Yusof lembut.
“Mama…” Amzar tunduk cium tangan Datin Zubaidah sebaik sahaja mereka masuk ke dalam. Kemudian tangan papanya pula yang disalam.
“Angah…” Adik dia, Zarith Adila hulurkan tangan untuk bersalam diikuti dengan kembarnya, Zarith Amiza.
“Amz…” Bahu Amzar ditepuk Zafril. Amzar tunduk salam tangan si abang.
“Kenapa ramai-ramai datang sini, papa?” Tanya Amzar bila semua orang sudah berada di ruang tamu. Tak pernah dibuat orang keluarga datang melawat pukul  satu pagi!
“Mama nak tanya…” Tapi Dato’ Yusof pegang tangan si isteri cepat-cepat.
“Mamanya…sabarlah dulu…” tegur Dato’ Yusof.
Datin Zubaidah merungut tak puas hati. Adik-adik yang lain dah senyum kelat. Kesian memikirkan nasib angah kesayangan sebentar lagi.
“Amz pergi segarkan diri dulu. Sekejap lagi kita bincang,” kata Dato’ Yusof.
Tanpa banyak soal, Amzar masuk semula ke bilik. Keluar dari bilik air, abang sulung sudah berada di dalam bilik.
“Apa halnya yang semua orang nak berkampung di rumah Amz ni, Along?”
Amzar pandang muka sorang-sorang ahli keluarga dia yang berada di ruang tamu dari pintu biliknya. Mama sibuk mengomel dengan papa. Papa hanya angguk dah senyum, reaksi biasa Dato’ Yusof yang sememangnya penyabar.
Adik-adik perempuan dia pula buat muka bosan, reaksi biasa kalau dah malas dengar mama membebel. Nasib baiklah adik bongsu dia, E-kay tak ada sekali. Kalau tidak, dah serupa macam family gathering pula suasana di ruang tamu rumahnya ini.
“Err…sebelum kita keluar, there’s something you should know.”
Zafril tarik Amzar ke dalam sikit. Beberapa helai kertas yang dilipat dua dikeluarkan dari dalam poket sweatshirt yang dipakai lalu diserahkan kepada Amzar.
“Apa ni?”
Amzar buka helaian kertas itu satu persatu. Bulat matanya bila melihat isi kandungan kertas. Gambar dia…gambar Surihani…dan gambar belakang seorang gadis yang sedang memeluk lengan seorang lelaki yang kelihatan seperti dia.
Badan Amzar tegak. Gadis ini…
“Alina Suffiya?” Dia pandang muka Zafril minta kepastian.
 Zafril angguk. Dalam masa yang sama kepala terjengah-jengah ke luar, takut mama terjah masuk ke sini sebab sudah  tak sabar menunggu di luar.
“Where did you get this?” Tanya Amzar pada si abang.
“Jaja yang print out dari portal gosip tu. Kau tahu sajalah adik tu kan suka dengan gosip-gosip ni semua.”
“Dan dia terus tunjuk pada mama?”
Si abang menggeleng.
“Actually she showed it to me. Tapi terkantoi dengan mama sebab Along terlupa nak sorok kertas ni masa mama masuk bilik bacaan tadi. Bila mama nampak saja, mulalah dia soal Along macam-macam.” Cerita si abang penuh sesal. Kalaulah dia lebih alert tadi, rasanya tak akan kecoh macam ini.
“Dan Along jawab apa?”
Zafril tarik nafas. Dengan muka penuh yakin dia jawab, “Along dah cuba, okey. Along dah cakap ini semua gosip semata-mata. Tapi kau tahu sajalah mama. Mana boleh dengar benda-benda macam ini. Terus dia suruh kami call kau. Yang kau pun satu, kenapa pergi off telefon tu?”
Amzar gosok kepala yang kembali berdenyut.
“Kepala sakit. Amz tak nak gangguan.”
“Dah lama tak kena migrain ni kan? Sejak bila kena balik ni?” Si abang memandang simpati.
Sejak dia kenal dengan seorang psycho! Jawab Amzar dalam hati.
“This is bullshit, Along!” Amzar lempar kertas di tangan ke atas table top.
Ingatkan dah selesailah semua perkara berkaitan dengan perempuan-perempuan psycho di dalam hidup dia. Rupanya bertambah rumit lagi.
“Any idea how these things get into the net?” Tanya si abang.
“Surihanilah! Siapa lagi?” Amzar mendengus geram.
Dia yakin, gambar mereka di restoran tempoh hari itu diambil oleh rakan wartawan Surihani yang perasan dirinya paparazzi itu. Untuk tujuan apa, dia tak tahu. Mungkin jugalah hendak dijual di mana-mana majalah untuk naikkan populariti Surihani. Serupa macam kes gambar dia di dalam majalah Cleo hari tu.
Amzar pandang kertas yang bertaburan di atas meja. ‘Kekasih curang.’ Tajuk di portal hiburan itu. Di bawahnya ada gambar dia dan Surihani. Satu lagi caption,  ‘MD Prima Group bertunang?’ dan di bawahnya ada gambar Alina sedang merangkul lengannya.
Melihat gambar itu serta merta marahnya datang. Alina Suffiya! Ini semua salah kau! Janganlah kita jumpa lagi, nahas kau nanti! Tapak tangannya menghentak permukaan table top.
“Err…Amz. Bawa bertenang. Terangkan elok-elok pada mama. Along dah cerita semua tadi. Mama cuma perlu dengar dari mulut  Amz sendiri saja.”
“Kecoh! Ini semua salah perempuan psycho tu!”
Zafril telan liur melihat kemarahan si adik. Tiba-tiba timbul rasa sesal mengenangkan cadangan dia pada Alina tadi. Kalau tengok pada mood si adik, memang marah betul dia dengan cik tunang olok-olok itu. Nak beritahu ke atau buat diam saja?
“Amz…” Baik beritahu.
Si adik pandang dia.
“Sebenarnya….” Alahai kenapa payah sangat nak keluar ni?
“What?” Sungguhlah dia dah terkenan dengan penyakit Surihani.
“Along ada offer…”
Tapi belum sempat dia habiskan ayat, Datin Zubaidah dah menjerit panggil anak-anak bujangnya datang mengadap.
“Zariel Amzar and Zafril Adam, get in here, now!”
Amzar menghela nafas berat. Dia teringat ugutan Surihani petang tadi.
“You’ll pay for this, Amzar.”
Oh yeah, I’m definitely paying for this.

BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment