Bab 9
KEESOKAN
harinya, pukul 7.30 pagi lagi Alin dah turun ke bawah untuk sarapan. Sengaja
dia turun awal walaupun semalam waktu tengah dalam mood damai dengan Amzar,
lelaki itu dah pesan supaya turun sarapan bersama dia pukul 8.00 pagi. Eh,
bukan dia mengada-ngada nak tunjuk protes atau nak buat layanan bahu-sejuk
dengan Amzar. Tapi dia nak elakkan dari memulakan hari ini dengan melihat muka
orang yang macam tertelan asam kelubi itu.
Meja bufet
dihampiri. Pinggan kosong di tangan diisi dengan sedikit mihun goreng, Dia tak
ada selera pagi ini. Sebuah meja yang masih tiada penghuni dihampiri. Selepas
meminta kopi dari pelayan hotel, Alin mula menyuap mihun ke mulut.
“Err…excuse
me?”
Suapannya
terhenti bila ada suara yang menegur. Kepala didongak. Ooo…orang putih!
“Yes?”
“Is this seat
taken?” Si orang putih tersebut memandang ke arah kerusi di hadapan Alin.
“All the
other tables are full.” Tambah si orang putih lagi.
“Err…” Alin
pandang ke sekelilingnya. Memang dah penuh.
“Have a seat.” Pelawa Alin.
“Thank you, miss…?”
“Alina.”
“I’m
Ray.” Si orang putih mengenalkan diri.
Alin sekadar
mengangguk.
“Business or
leisure?” Ray mula bertanya.
Peramahlah pulak
orang putih ni! Layankan aje Alin. Orang asing datang negara kita, cuba tunjuk
sikit budi bahasa.
“Err..business.”
“I see. I’m on
holiday.”
Iya? Tak tanya
pun.
“Alone?” Alin tanya
juga.
Kesian pula
tengok Mr Ray yang beriya hendak berborak. Dan sudahnya, sarapan pagi itu diisi dengan sesi berbual-bual
dengan Ray Weston. Pelancong dari Australia. Mujurlah bila bercakap tak keluar accent
Aussienya. Kalau tidak, jenuh dia nak faham.
Sedang asyik
berbual, tiba-tiba Alin rasa tengkuknya meremang. Isyhh..pagi-pagi buta tak
akan ada benda halus juga kot? Takut-takut Alin menoleh. Laa…encik bos rupanya!
Alina mengeluh berat dan kembali mengadap Ray.
“Ehem…” Itu
yang berbunyi sebaik sahaja Amzar
menghampiri.
“Waalaikumsalam
to you too…” jawab Alin sarkastik. Tak reti nak bagi salam? Yang nak
berdeham bagai tu buat apa?
“Buat apa?”
Tanya Amzar.
“Main masak-masak.”
Inilah dia
orang kita. Suka benar tanya soalan yang dah ketara jawapannya.
“Alina….” Suara kejung dah keluar.
“Err…this is?” Ray yang mula
rasakan suasana sedikit tegang cuba untuk redakan keadaan.
“Sorry, Ray. This is my boss. Zariel
Amzar. Encik, this is Ray, a tourist. From Australia.”
Alin mulakan
sesi suai kenal. Dia buat pun sebab Ray. Kalau tidak, tak ingin dia kenalkan
pada si kerek ni.
“Hi, I’m Ray Weston. Nice meeting
you.” Ray hulurkan tangan ke arah Amzar.
Amzar sambut dan mengangguk kecil.
Alin yang dah naik lemas tengok muka Amzar yang tak manis-manis itu, terus
bangun.
“Oh, and for
your info, dia belum kahwin!” Sindir Alin selamba dan
kemudiannya berpusing memandang Ray
sambil tersenyum manis.
“It was nice
chatting with you, Ray. Have a pleasant stay in Malaysia.”
Pada Amzar dia
menjeling.
“Encik belum
sarapan, kan? Silalah sarapan dulu ya. Nanti kosong perut, masuk angin pula.” Lepas tu satu badan awak
berangin, saya juga yang jadi mangsa, sambung Alin dalam hati.
Baru Amzar
hendak buka mulut, Alin dah angkat tangan dan berkata, “Later, sir!” Dan
dia terus meninggalkan lelaki itu.
Amzar tarik nafas dalam. Wajah Ray yang nampak
terpinga-pinga dijeling dengan ekor mata sebelum pandangan jatuh ke arah belakang Alin yang sudah jauh ke
hadapan. This is going to be a long day…
AND what a
long…tiring day! Gumam Amzar dalam hati. Walaupun baru sahaja pukul
4.00 petang, tapi dia rasa macam dah satu hari suntuk. Selalunya dia rasa macam
terlalu cepat masa berlalu, tapi hari ini masa terlalu lambat bergerak rasanya.
Selalunya kerja setakat buat lawatan tapak ini, tidak sepenat manapun. Malahan
dia lebih suka buat site visit begini daripada duduk di dalam pejabat.
Tapi hari ini,
dia rasa semangat dia hendak bekerja jatuh sama sekali. Semuanya kerana sebaris
nama; Alina Suffiya. So much for not wanting to let her get under my skin,
huh?
Dia menarik
nafas panjang dan dalam. Hati sedang menahan geram melihat perangai cik kerani
dia hari ini. Sejak dari hotel tadi, cik kerani buat perangai. Mulut tak
berkicau macam biasa. Mulanya dia tak kisah lagi. Elok juga kalau diam sikit
mulut itu. Tak adalah dia hangat hati sebab cik kerani tak menjawab.
Tapi bila dah
sampai di site, nampak ketara perubahan cik kerani. Sepatah ditanya,
setengah patah dijawab. Itu pun kalau menjawab. Bila sampai masa mulut cik
kerani tu berat, hanya setakat angguk dan geleng sahaja. Yang buatkan dia geram
sangat tu, layanan begitu hanya untuk dia saja. Dengan orang lain, bukan main
lebar cik kerani senyum. Bukan main riuh mulut bercakap. Siap boleh gelak
ketawa lagi.
Teringat dia
kejadian sewaktu makan tengah hari tadi. Disebabkan hendak habiskan kerja
cepat, dia ajak cik kerani makan di pejabat tapak sahaja. Cik kerani hanya
angguk setuju. Bila ditanya mahu makan apa supaya dapat dipesan pada penyelia
yang hendak keluar membeli makanan, dia cuma jawab
“Nasi goreng
kampung.”
Sewaktu sedang
menikmati makan tengah hari bersama beberapa orang pekerja tapak, dia terima
panggilan telefon dari pejabat Prima Group. Semasa dia tinggalkan cik kerani
sebab hendak menjawab panggilan, bukan main diam mulut cik kerani. Muka pun
dingin beku sahaja.
Sepuluh minit
kemudian, bila dia kembali semula ke pejabat tapak, terkesima dia sekejap bila
tengok bukan main seronok lagi cik kerani sedang bergelak ketawa dengan
pekerja-pekerja tapak. Sakan betul berbual. Tapi bila dia tiba sahaja di sisi
cik kerani, terus cik kerani diam. Muka pun kembali tak berperasaan. Waktu tu
rasa hendak digoncang sahaja bahu cik kerani, minta dia bercakap semula. Nasib
baiklah ramai orang di situ, kalau tidak…
“Kita hendak
balik hotel terus ke encik?” Soalan dari Keyrol mengejutkan Amzar . Cik kerani
yang sedang ralit memandang ke luar dipandang.
“Nak singgah di
mana-mana?” Tanya dia pada cik kerani.
Hari ini hari
terakhir di Port Dickson. Manalah tahu kalau-kalau cik kerani hendak beli
apa-apa buah tangan untuk keluarga. Tapi cik kerani dia buat tak dengar dan
terus menerus merenung keluar.
“Nak singgah ke
mana-mana ke?” Tanya dia sekali lagi.
Kali ini suara
dah sedikit tinggi. Tapi reaksi yang sama dia terima. Oh, cik kerani. Jangan
dicabar kesabaran saya!
“Alina Suffiya,
I’m talking to you!” Hah, dah keluar suara pitch tinggi dia.
Barulah Alina
nak toleh pandang dia.
“Bercakap
dengan saya ke?” Tanya Alin tanpa rasa bersalah. Lain kali hendak bercakap
sebut nama. Penat arwah abah pilihkan nama untuk dia.
Amzar tarik
nafas dalam. Menguji kesabaran betul dia ni.
“Tak, I
bercakap dengan cermin kereta ni. Cermin…cermin…kita nak singgah mana-mana ke?”
Alin hanya
angkat kedua belah kening. Tak kelakar pun lawak tu. Dia pandang Amzar tanpa
perasan.
Amzar tak
pernah rasa nak cekik orang macam sekarang ni!
“Err…encik. Apa
kata kita pergi minum petang di Telok Kemang? Dah terlanjur ke sini, encik dan Cik
Alin boleh juga beli cenderahtai untuk orang di rumah.” Keyrol cuba nak
tenangkan suasana.
“Apa-apalah,
Keyrol!” Balas Amzar.
Dia alih
pandangan keluar. Tangan dikepal-kepal, cuba menyabarkan hati.
Sampai di Telok
Kemang, Alin menonong keluar kereta mengekor Keyrol. Amzar di belakang dibuat
tak tahu. Mereka singgah di sebuah gerai menjual goreng pisang sebab Alin
teringin nak makan goreng pisang cicah sambal.
Ketika sedang
menunggu goreng pisangnya dibungkus, Alin terasa bahunya dicuit dan ada suara
menyeru namanya. Pantas dia menoleh.
“Ya Allah, Kak
Maz! Buat apa di sini. Abang Keyrol, Kak Maz ni!” Alin panggil Keyrol yang
sedang berbual dengan pemilik gerai.
“Eh, Maz. Buat
apa kat sini?” Tanya Keyrol sambil menyambut huluran salam isterinya.
“Budak-budak
nak makan goreng pisang. Maz datang beli. Maaf, lupa nak minta izin abang.”
“Laa…iya ke?
Kenapa tak beritahu abang, biar abang aje yang belikan.”
“Tak apalah,
abang kan sibuk. Bukan susah mana pun nak ke sini.”
“Ala…Kak Maz.
Abang Keyrol tu bukan apa. Risau nak lepas isteri cantik molek dia ni keluar
sendiri,” usik Alin.
“Isyh…Alin ni.
Suka benar mengusik akaklah.” Maz dah tersipu malu.
Amzar yang
sejak tadi sekadar menjadi pemerhati mula tak sedap hati. Isteri? Wajah Alin
direnung lama. Kenapa Alin nampak macam dah mesra sangat dengan isteri Keyrol?
“Eh, encik,
lupa pula nak kenalkan. Ini isteri saya, Mazlinda. Maz, inilah bos abang. Encik
Zariel Amzar.” Keyrol memperkenalkan isteri tersayang kepada majikannya.
Wajah Amzar dah
mula hilang warna. Isteri?
“Oh…inilah bos
abang dengan Alin? Semalam Alin asyik betul bercerita pasal encik. Tak sangka
hari ni, ada juga rezeki hendak jumpa.”
Amzar rasa
macam hendak ketuk kepala sendiri. Alin dipandang lama, cuba menarik perhatian
gadis itu agar memandang ke arahnya. Namunm cik keraninya masih lagi dengan
muka tanpa riak. Patutlah dia marah. Patutlah dia buat perangai hari ini. Dia
berhak pun nak rasa macam itu. Oh Tuhan, what did I do? Alina…
MALAM itu Amzar
resah. Di atas katil dia asyik kalih ke kanan, kalih ke kiri. Alin masih lagi
dengan layanan bahu-sejuknya. Makan malam tadi pun Alin tak nak turun. Katanya
dia akan telefon room service sahaja. Nampak sangat cik kerani tak nak
tengok muka dia. Memang padan dengan muka dialah. Inilah akibatnya kalau suka
buat tuduhan tanpa usul periksa. Ikutkan sangat hati, diri sendiri rasa macam
nak mati!
Akhirnya dia
bangun. Jam di dinding dah pukul sebelas malam tapi mata masih lagi segar
bugar. Pakaian ditukar. Sehelai seluar track disarung bersama dengan T-shirt.
Sweatshirt hoodie turut disarung. Pergi jogging di pesisiran
pantai. Mudah-mudahan bila dah letih, bolehlah dia tidur. Esok nak balik KL,
biarlah malam ini dia hirup udara segar di tepi laut.
Sebaik sahaja
kaki menjejak kawasan berpasir yang membawa ke pantai, mata dia menangkap
kelibat seorang gadis sedang berdiri di pesisiran pantai tersebut. Matanya
mencerun melihat gadis itu mula menapak ke arah gigi air. Nak bunuh diri ke
apa?
Tanpa tunggu
lama, dia berlari ke arah si gadis yang sudah semakin hampir dengan gigi air.
Air laut sudah hampir sampai ke lutut si gadis. Amzar semakin laju.
“Miss, no!”
Pinggang si
gadis dirangkul lalu di tarik ke belakang. Hilang imbangan, kedua-dua mereka
terjatuh di atas pasir.
“Gila ke?” jerit si gadis kuat.
“Alina?” Sebut Amzar sebaik sahaja
si gadis bersuara.
“Encik?”
Cepat-cepat dia
bangun dari atas badan Amzar.
“Encik ni
kenapa? Nak tarik-tarik orang bagai? Hilang akal?”
“I ingat ada
orang nak bunuh diri!”
“Bunuh diri?
Choi! Mulut tu, tak beragak betul kalau nak bercakap. Saya ni ada iman lagilah.
Takkan saya nak buat kerja gila macam tu. Itulah, kan saya dah pesan, jangan
jalan-jalan tepi pantai malam-malam. Nanti kena sampuk jembalang. Lepas tu
mulalah buat benda bukan-bukan. Saya ni lainlah. Dulu arwah abah ada turun ilmu
sikit! Jalan di mana pun, Insya-Allah selamat dari gangguan benda halus. Kalau
gangguan dari orang, harapkan yellow belt yang tak habis belajar itu
sajalah.” Alin membebel.
Dan Amzar, buat pertama kalinya
untuk hari itu, ketawa kuat. Entah
kenapa, hati senang mendengar cik keraninya membebel begini. Satu hari suntuk
dia menantikan Alina versi yang ini. Rindu!
“Hah, sudah! Ketawa pula. Ni sah
kena sampuk ni. Dahlah, jom balik!”
Alin berdiri
sambil menarik lengan Amzar agar berdiri. Amzar berdiri tapi statik di situ.
“You buat apa dekat sini?” Tanya
Amzar. Lembut.
“Nak main air.” Jawab Alin jujur.
“Malam-malam macam ini?”
Alin jungkit bahu.
“Esok kita nak
balik dah kan? Saya ni dahlah jarang-jarang dapat peluang nak jumpa pantai. Nak
juga main-main sikit sebelum balik. Takut kempunan.”
Amzar mengeleng. Macam-macam hal cik
kerani dia ni.
“Come…” Ajak Amzar.
“Nak pergi mana?” Tanya Alin.
Malam-malam ni jangan nak buat hal sangat, encik.
“Duduk sana…” Amzar menunding ke
arah bangku berhampiran kelab milik hotel tersebut.
Mereka berjalan beririrngan menuju
ke tempat yang ditunjukkan. Punggung dilabuhkan ke kerusi. Masing-masing diam
membisu. Yang kedengaran hanya bunyi ombak laut yang menampar pesisiran pantai.
Damai. Di dada langit, bulan terang memancarkan cahaya. Indah. Alin tarik nafas
sambil menutup mata. Segar rasanya.
“Alina…” Amzar menyeru namanya.
“Hmm?” Mata Alin masih terpejam.
Mahu menikmati kesegaran udara pantai.
“I’m sorry…” Lafaz keramat
itu akhirnya keluar dari mulut Amzar. Tak semena-mena hati yang resah tadi
kembali tenang.
Alin buka mata perlahan. Amzar
dipandang lama. Akhirnya, terkeluar juga perkataan itu. Dari pagi aku tunggu,
dah malam gini baru hendak lafazkan? Slow motion betullah si sexy
ni!
“Sorry for what?” Alin
buat-buat tanya.
Kenalah jual
mahal sikit. Kalau tidak nanti, bos dia ni buat balik perangai tiga suku dia
itu.
“For last night. For accusing
you…” Amzar tak habiskan ayat. Risau kalau cik kerani kecil hati lagi.
“Perempuan jahat yang suka porak
perandakan rumahtangga orang?” Alin tolong sambungkan.
Amzar terkedu. Mendengar perkataan
yang dilafazkan sendiri keluar dari mulut Alin, dia mula sedar betapa buruknya
perangai dia semalam. Wajahnya diraup. Sejak bila kau jadi macam ini, Amz? Dia
menyoal hati sendiri.
“I’m sorry…” Itu sahaja yang
dia mampu ucapkan.
“It’s okey. Nothing I haven’t
heard before…” balas Alin perlahan.
Rasa pedih itu
kembali bertamu di hati. Haish…syuh…syuh…Pergi jauh-jauh!
“What?” Amzar kurang dengar ayat
terakhir Alin.
Alin tersenyum pahit. Kepala
digeleng.
“Forget it!”
“So, am I forgiven?” Amzar senyum.
Hailaa encik.
Dah senyum macam itu takkan nak cakap tidak? Tapi kita jual mahal sikit lagi,
eh…
“Hurmmm…on two conditions.”
Alin mula menjual.
“Oh?” Kening Amzar terangkat
sebelah.
“And what are
they?” Amzar mula membeli.
“Pertama. Encik kena janji takkan
tinggi-tinggi suara dengan saya lagi. Saya ni nak kerja lama lagi encik.
Hari-hari dengar pitch encik yang tinggi tu, boleh rosak gegendang
telinga jadinya.”
Amzar tergelak.
“Okey. Done. I
will try to lower my pitch. What’s the second condition?”
Alin tunjuk langit. Ke arah bulan
yang bersinar indah. Amzar kerut dahi tak faham.
“Temankan saya, tengok bulan?” Pinta
Alin dengan senyuman manis terukir di bibir.
“My pleasure,
lady.” Tanpa ragu-ragu, Amzar menjawab. Dan malam itu, bermulalah episod baru
dalam hidup mereka.
Bab 10
KEESOKAN harinya,
selepas sarapan Amzar mengajak Alin menemaninya bermain golf. Lama rasanya dia
tak mempraktikkan skil permainan. Hendak mandi laut, Alin ajak pergi sebelah
petang. Katanya hendak tengok sunset sekali. Amzar turutkan sahaja. Dah
terlanjur berjanji di bawah cahaya bulan semalam, kan. Disebabkan Alin beriya
nak mandi laut, dia tambah lagi sehari tempoh berada di sini.
“Golf?” Tanya
Alin.
“Ya. Jomlah…”
Jatuh mood
dibuatnya. Ada ke nak ajak dia main golf? Bosan sungguhlah encik bos ni.
Tahukah Amzar, golf itu adalah sukan yang paling membosankan dalam hidup dia?
Sungguh dia tak faham kenapa mereka sibuk nak pukul bola semata-mata hendak
masuk ke dalam lubang kecil itu. Lagipun sukan itu sesuai untuk orang-orang
kaya sahaja. Golongan marhaen macam dia ni, setakat layan bola sepak itu
bolehlah.
“Tak ada
aktiviti lain ke encik?”
Janganlah paksa
saya tengok encik golfing. Mati kebosanan saya nanti!
“Habis tu, nak mandi laut you nak
pergi petang. Nak buat apa lagi? Spa?”
Spa? Tegak badan
Alin mendengar perkataan itu. Seumur hidup, tak pernah lagi pergi spa.
“Ada ke?”
Amzar dah
juling mata.
“You asyik
keluar masuk hotel ni, takkan tak nampak sign pasal spa tu?”
Alin gigit
lidah.
“Tak…”
Amzar tarik
nafas cuba menenangkan hati. Remember your promises, Amz.
“Okey. Macam
ini. You go and get your spa. I nak play some holes. We meet
up again for lunch? Let’s say around 12?”
“Set!”
Laju sahaja Alin setuju. Demi spa dan mengelakkan diri dari melihat Amzar
bermain golf.
Mereka
berpisah. Alin ke Spa dan Amzar ke padang Golf.
Selepas
badannya puas dimanjakan di pusat spa, tepat jam dua belas tengahari Alin turun
menunggu Amzar di lobi hotel. Disebabkan dia tidak tahu ke mana Amzar mahu bawa
dia makan tengah hari, dia hanya mengenakan sepasang jeans, blaus ungu
yang dihiasi corak bunga-bunga kecil dan tudung bawal rona yang sama.
“Alina…” Suara
Amzar kedengaran di belakangya.
Dengan
senyuman, dia berpusing dan zuppp… jantungnya bagai dipanah sesuatu. Drooling!
Oh Tuhan, close your mouth, Alin! Sangat tidak adil. Kenapa hanya dengan
mengenakan sepasang jeans berwarna biru lusuh, T-shirt berwarna ungu
lembut dan sepasang aviator, lelaki itu kelihatan sangat kacak? Eh,
T-shirt warna ungu. Oh…serasi bersama nampaknya kita encik!
“You’re ready?” tanya Amzar.
Aduhai…wanginya encik.
“Alina?!” Amzar
panggil Alin sekali lagi bila cik keraninya tak berkeli-kelip pandang dia.
“Kenapa?” tanya
Amzar.
“Wangi…” Jawab
Alin tanpa sedar.
“Hah?” Dahi
Amzar dah berkerut.
“Err…maksud
saya, lobi ni. Wanginya bau. Mereka guna air freshener apa, eh?” Alin
cuba cover malu.
Amzar dah mengeleng
kepala. Ada-ada sahaja perempuan ni.
“Jomlah! Nanti
lambat.”
“Kita nak ke
mana encik?” Tanya Alin sebaik sahaja kereta yang dipandu Amzar keluar dari kawasan
hotel.
“Bandar.”
“Buat apa?”
“Makan.”
“Makan di
mana?”
“Mulut!”
Alin mencemik. Ciskek!
Buat lawak pula. Okeylah. Saya tak kan tanya apa-apa lagi!
Empat puluh
lima minit kemudian, mereka sampai ke tempat dituju. Oceanic Mall. Nak makan
tengah hari setakat di sini saja ke? Buang karan betul nak berahsia bagai!
Sebaik sahaja
mereka melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah itu, Amzar mengajak dia ke
restoran makanan segera KFC. Baru sahaja punggung dilabuhkan, tiba-tiba nama
Amzar diseru seseorang.
“Hi handsome!”
Eh…si cantik
manis?
“Hi beautiful!” balas Amzar
sambil ketawa.
Amboi!!
gatalnya bunyi ketawa. Uiks…cik hati, kenapa nak pedih ni?
“And this must
be…Kak Alina?”
Eh, kenal I ke?
Alin angguk.
“Akhirnya!
Berjumpa juga kita. Aya asyik dengar nama akak aje sejak kelmarin.”
Asyik dengar
nama? Sah, sexy goatee mengumpat pasal dia ke?.
“Err…awak ni?”
Tanya Alin dan Si cantik manis terus bercekak pinggang.
“Angah…Introduction
please?!”
Amzar
tersengih.
“Sorry. Aya,
meet Alina Suffiya. Alina, my cousin, Soraya.”
Oh, cousin? Cik hati kembali
tersenyum.
“Hi…Kak Alin.”
Alin perkenalkan diri sendiri pula.
“Tau…comellah
akak ni. Part tu, angah tak cerita.” Soraya tersenyum penuh makna.
“Cerita?” Alin
pandang Amzar semacam. Amboi, mengumpat di belakang ya, sexy?
“Err…let’s eat.
I pergi order.”
Cepat Amzar melarikan diri.
Soraya
mengekek. Wajah tak puas hati Alin direnung. Cute. And she can easily unnerve
angah. Hmmm… Dalam kepala Soraya, dah mula merencana sesuatu.
BALIK makan tengah
hari, mereka kembali kehotel. Soraya sudah berjanji akan datang ke hotel
selepas asar untuk temankan Alin mandi laut selepas Amzar beriya-riya menolak.
Katanya tak suka dengan air laut. Melekit! Manja betul.
Selepas asar,
Alin turun ke bawah. Dia sudah berjanji dengan Soraya akan bertemu di Infinity
Pool berhampiran pantai. Sampai di kawasan kolam renang, Alin berdiri di bawah
sebatang pokok kelapa. Matanya memerhati orang ramai yang asyik bermain di dalam
kolam renang. Apalah yang bestnya mandi kolam renang ni. Tak mencabar
sungguh! Sempat dia mengomel sendiri.
Mana pula si
Soraya ni? Ini yang malas nak berjanji dengan orang ni. Tak pernah ada yang
tepat!
Terasa penat
berdiri, Alin mencari tempat untuk duduk. Sebaik sahaja ternampak sebuah tempat
kosong, dia menapak ke sana. Tiba-tiba langkah Alin terhenti. Mata terpaku
melihat sesusuk tubuh yang melangkah keluar dari dalam pool.
Oh my! Si sexy
goatee ni tengah buat photo shoot untuk GQ Magazine ke apa? Putus
nafas. Air liur ditelan berkali-kali. Otak dah kata, pejam mata tapi hati kata,
what the heck? Free show. Tengok sajalah!
Alin tarik
nafas dalam. How can that man be so perfect? He is definitely sexy!
From head to toe. Bukan setakat goatee itu sahaja. Dengan air
yang menitik dari rambut ke pipi, jatuh ke dadanya yang bidang dan oh my,
those abs. Teringat dia kata-kata Jen tak lama dulu. Rasa nak nip those
abs inch by inch. Dan
ya…dia pun dah macam ada keinginan begitu. Air liur ditelan lagi.
“Yummy, huh?” Tegur satu suara.
“Uhuh…” Dia jawab
senafas.
Strawberry and
whipped cream yummy!
“Buat kita terfikir
hendak buat all the naughty things, right?” Tanya suara itu lagi.
“Oh yes!” Alin bersetuju.
“Tapi kena kahwin
dululah!” Tambah suara itu.
Alin ketawa perlahan.
Kahwin? Dia dan sexy goatee? Uuuu…otak dah mula bayangkan baju
pengantin, bunga rampai dan kompang.
“So, apa lagi? Try your luck lah
kak. I’m sure mama will agree. I already love
you. And as for Angah Amz, well that can be adjusted. Rasanya dah ada
bunga-bunga tu…” Beritahu suara itu sambil ketawa.
Try my luck? Alin dah sengih sendiri. Erks!
Wait! Rewind! Mama? Angah Amz? Kenapa bunyi sangat weird? Kenapa
pula ada suara asing dengan aku ni? Bukan tadi aku seorang diri, ke? Alin terus
toleh ke tepi.
“Arghhhh!!!!” Dia
menjerit sampai terduduk dek kerana terkejut.
“Auww…” Sakit
punggung sebab mendarat atas batu.
Soraya, pemilik suara
asing dah ketawa berdekah-dekah. Ya Tuhan, Kak Alin ni memang kelakar! Kalau
jadi pasangan Angah Amz yang kejung itu mesti menyeronokkan hidup.
“What’s going on?”
Alin mendongak.
Aiyark…sexy goatee dah mari. Aduhai, encik. Tolonglah cover badan itu dengan tuala. Mata saya ni bukan tahu
malu! Isyhhh…bad eyes. Bad...bad eyes!
“You buat apa
di bawah tu?” Tanya Amzar pada Alin.
Alin cepat-cepat
bangun. Muka berkerut menahan sengal kerana jatuh tadi.
“Errr…”
Nak jawab apa? Nak
jawab aku kantoi sebab skodeng anak teruna orang? Mahu kena kejar dengan
penyapu kalau mak tahu, ni!
“Kak Alin terlalu
asyik menikmati keindahan ciptaan Tuhan sampai terduduk dibuatnya, angah.”
Soraya jawab bagi pihak dia sambil cuba menahan tawa dari terus meledak.
Alin pandang Soraya.
Mata menyalurkan isyarat ‘tolong jangan beritahu akak skodeng dia!’ pada
Soraya. Mungkin faham dengan isyarat matanya, Soraya kenyit mata kanannya pada
Alin.
“Aya pula buat apa
dekat sini?” Tanya Amzar.
“Laa…kan ke tadi Aya
dah janji nak temankan Kak Alin mandi laut.”
Soraya menunjukkan tuala yang sudah tersangkut di bahu sambil jari
telunjuk diarahkan ke laut.
Amzar pandang Alin.
Atas ke bawah mata dia meneliti diri cik kerani. Cik kerani dia mengenakan
sehelai seluar track, T-shirt lengan panjang yang ada gambar icon
smiley dan tudung ekspress. Di leher, tersangkut sehelai tuala berwarna
kuning. Comel! Bisik hati dia. Whoaa…where did that come from? Amzar dah
kerut dahi.
“You nak pakai
macam ini mandi laut?”
Alin belek badannya.
Memang dia mandi laut dulu pakai macam inilah. Apa yang tak kenanya?
“Ha’ah. Dah tu, encik
nak suruh saya pakai apa?” Dia bertanya pelik.
“Entahnya, angah ni.
Takkan nak suruh Kak Alin pakai bikini kot?”
Bikini? Now, there’s
a thought. Amzar
dah mula senyum sendiri.
Alin dah angkat
tangan peluk tubuh. Semacam saja dia tengok senyuman bos dia ni. Senyum gatal
pun ada juga rupanya. Isyh…sejak dah masuk fasa berbaik-baik ni, asyik nak
tersenyum sajalah pula kerjanya bos dia ini. Seram pula dibuatnya.
“Ehem…” Alin
berdeham.
“Saya pergi dulu,
encik. Jom Aya…” Alin tarik tangan Soraya.
“Eh, wait for me. I nak ikut!”
“Hah?” Alin dah
melopong.
Mandi laut dengan
encik bos? Jangan nak buat hal! Tak mahu!!!
“Jomlah! The more
the merrier!” Soraya dah melompat suka.
Isyhh…cik sepupu si sexy
ni, kena juga dengan aku nanti ni!
“Tak naklah!”
“Laa…kenapa pula Kak
Alin? Seronoklah ramai-ramai…”
Alin menggeleng. Dia
baru bercadang hendak lepas geram berendam dalam air lama-lama. Lepas ini entah
bila lagilah ada peluang hendak nampak laut. Setakat laut di Kuala Selangor,
tak boleh kiralah. Bukan boleh dibuat mandi-manda. Kalau Amzar ikut sekali,
macam mana dia nak enjoy? Nak jerit-jerit main air? Nak biar diri tu
dilambung ombak? Soraya nampak macam orang yang happy-go-lucky. Memang
bolehlah nak ajak jerit-jerit sama. Tapi Amzar? Kejung saja rupanya, mana
seronok. Bosan jadinya nanti.
“Bolehlah…” Soraya
cuba memujuk.
Alin dah tarik muka,
muncung mulut.
“Tadi kata tak nak join!”
“Tadi pagi, pagi
punya cerita. Sekarang I nak ikut!” Amzar berdegil.
“Tak boleh!”
“Nak ikut!”
“Tak boleh!”
“Tell me why?”
“You ni boring!”
Alin tekup mulut. Oppsss…terlepas sudah.
Mata Amzar dah
membesar. Mulut ternganga tak percaya?
“Boring?” Tanya Amzar tak percaya.
“You kata I boring?”
Alin dah gigit bibir.
“Eh…apa ni?” Dia
terjerit kecil bila Amzar mula mendekat. Hailaa…bos. Jantung baru nak stabil
ni.
Amzar tersenyum
sinis. Boring? Me? Oh, lady you have no idea how fun I can be. Amzar
makin mendekat. Tangan diangkat separas dada Alin.
Alin telan liur bila
tangan itu mula diturunkan. Tiba-tiba…
“Arghhh…encik! Apa
ni?” Alin menjerit geram bila tudung ditarik hingga senget dan tuala di bahu
ditarik Amzar.
“Bagi saya semula!”
Amzar dah berlari ke
depan sambil ketawa suka.
“You want this back?”
“Yes!” Alin dah hentak kaki. Tudung ekspress
di kepala dibetulkan.
“Catch me if you
can…” Amzar
kenyit mata dan berlari laju menuju pantai.
“Zariel Amzar!” Alin
memanggil kuat dan terus mengejar.
Soraya yang
tertinggal di belakang sudah tergelak besar tengok keduanya. Kan dah kata,
mereka ni menyeronokkan!
SELEPAS
puas berendam di dalam air laut, Soraya sudah minta diri balik ke rumah Alin
dan Amzar pula duduk di bawah pondok mengadap laut. Bayu yang bertiup
membuatkan tubuh Alin yang masih bersalut baju yang basah, menggigil
kesejukkan.
“Sejuk?” Amzar
bertanya.
Alin mengangguk
sambil mengetap gigi.
“Kalau sejuk, jomlah
masuk bilik.”
Kasihan pula tengok
Alin yang dah menggigil. Dah balut badan dengan tuala kuning dia tadi pun masih
lagi kesejukkan.
Alin pantas
mengeleng.
“Tak nak. Nak tengok sunset!”
Alin merengek.
Ewah…dah macam dengan
kekasih sendiri pula aku ni. Bawa beringat Alin. Ini bos kau! Bos!
Amzar hela nafas.
Degil! Tuala yang dibalut di tubuhnya ditarik lalu diselimutkan ke tubuh Alin.
“Eh, encik…” Alin
terkedu.
“Pakai aje…”
“Habis tu encik?” Oh mata,
jangan nak mengada jeling otot-otot itu.
“Kulit I tebal. Bukan
macam you.”
“Tapi…”
Amzar pandang Alin
tajam. Alin terus diam. Faham sangat makna pandangan tajam itu. Dalam masa yang
sama hati dah berbunga-bunga. Satu lagi sisi baik encik bos dapat dilihat hari
ini. Bila angin kus-kus tak masuk badan, caring juga orangnya. Tambah
lima markah untuk bos!
“So…” Amzar
bersuara sambil mata menjeling cik kerani.
Alin angkat kening,
menanti kata-kata Amzar.
“I ni masih
membosankan lagi ke?” Senyuman tersungging di bibir si sexy.
Dia buat dah. Jangan
senyum selalu encik. Nanti saya terjatuh hati, payah nak bangkit balik.
“You’re okey, I
guess…” Alin angkat bahu.
“Okey? Okey saja?” Amzar
mendengus.
“Okeylah… naik satu par
dari okey. You’re better than okey. Boleh?”
Amzar mengeleng.
“No. Give me a
straight answer. Okey, better or damn good?”
Alin dah nak jatuh
rahang. Tak malunya si sexy ni minta orang puji-puji!
“So?” Tanya Amzar sekali lagi.
Tak puas hati selagi
tak dapat jawapan. Entah kenapa, hati meronta-ronta hendak tahu pandangan cik
kerani tentang dirinya.
“Eeee…encik ni macam
budak-budaklah!” Alin menjawab geram.
Amzar ternganga
sekali lagi. Tadi boring, sekarang macam budak-budak pula? Memang tak
sayang mulut cik kerani aku ni. Kalau tak sebab mereka berada di tempat awam,
dah lama mulut tu jadi mangsa dia! Sudahnya Amzar tarik muka. Merajuk!
Alin curi pandang
Amzar yang dah terdiam. Hailaa...macam merajuk sahaja gayanya. Bibir dikemam,
nak elakkan dari ketawa meletus. Nanti panjang pula rajuk si sexy walaupun
hati lucu melihat wajah si sexy yang sedang memuncung. Nasib baiklah handsome.
Taklah buruk rupanya.
“Encik…” Panggil
Alin.
Diam, tiada jawapan
dari orang sebelah.
“Encik…” Dia cuba
sekali lagi.
Tapi orang sebelah
masih lagi diam. Aiyoo…payah juga nak pujuk kalau Zariel Amzar merajuk, ya.
Kena tukar strategi. Dulu masa Ijoy merajuk, macam mana dia buat eh?
“Aduh…” Tiba-tiba dia
menjerit. Badan ditundukkan dan tapak kaki kanannya digenggam kuat.
“Alina? Kenapa?”
Amzar bertanya cemas.
Terus dia bangun
melutut di hadapan Alin. Dia bertambah panik melihat tubuh Alin
terhenjut-henjut macam orang sedang menahan tangis.
“Alina, you’re
scaring me. What’s wrong?”
Suara dia dah meninggi. Risau!
Alina angkat kepala.
Ketawa yang ditahan sejak tadi akhirnya, meletus juga. Tanda peace
diangkat.
“Heee...cak!”
“You?!!” Amzar
rasa macam hendak cekik-cekik leher cik kerani. Kita risau bagai nak gila, dia
boleh buat lawak macam ini?
“Alalala…encik.
Janganlah marah. Tak handsomelah!” Pujuk Alin sambil kedip-kedip mata.
Amzar mendengus. Dia
bangun dan duduk semula di kerusi tadi. Alin di sebelah masih terus-terusan
ketawa. Gembira betul dia petang ni!
“Encik…” Seru Alin.
Lembut.
“What?” Mendatar Amzar jawab walaupun hati ada
sedikit bergetar mendengar nada panggilan Alin.
“So. Damn. Good.” Sepatah-patah Alin sebut.
Ya, bos dia ni taklah
membosankan sangat. Bibir menguntum senyum mengingatkan perangai Amzar tadi.
Hilang terus sikap kejung-sejuk-beku. Amzar yang tadi sangat menyeronokkan.
Amzar tersenyum
bangga.
“Alina…” Alin menoleh
ke arah Amzar.
“Look…”
Pandangannya ditala ke arah laut.
Alin pantas menoleh.
Dada terasa sebak tiba-tiba.
“Subhanallah…cantiknya…”
Pemandangan di hadapannya dipandang dengan rasa kagum. Indah sungguh ciptaan
Allah S.W.T. Langit yang tadinya membiru kini sudah bertukar jingga.
Perlahan-lahan, bola merah itu mula menghilang di bawah garis cakrawala.
“Encik…cantikkan?”
Alin bertanya separuh berbisik.
Di sebelah, tumpuan
Amzar bukan lagi pada ciptaan Ilahi di kaki langit tetapi pada ciptaan Ilahi di
sisinya.
“Ya. Cantik,”
balasnya perlahan. Cantik. Sangat-sangat.
Untuk baca sambungan boleh dapatkan di kedai buku berdekatan atau, beli secara online di website kami Idea Kreatif Publication.
No comments:
Post a Comment