Prolog
LARI dari kenyataan
bukan jalan penyelesaian tetapi itu yang Hareez lakukan sekarang. Duduk
sendirian di pantai Cherating dengan harapan segala kesakitan yang bermukim di
hati mampu dihalau pergi.
Harapannya,
ketenangan akan ditemui di situ tetapi perkiraannya nyata silap. Usahkan sebuah
ketenangan, hatinya sendiri yang telah hilang itu pun tidak mampu dia cari.
“I
minta maaf Reez. Keputusan ini I ambil bukan kerana marah tapi kerana cinta.
Ya! I memang cintakan Zhafran.” Itulah pengakuan Lya yang telah berjaya merobek
kejam sekeping hatinya.
“Sejak dulu hinggalah ke saat ini dan
InsyaAllah, kalau you tanya soalan yang sama selepas seribu tahun akan datang,
jawapannya tetap sama, I tetap cintakan Zhafran.”
Apa lagi yang boleh dia katakan selain dari cuba memujuk hati sendiri.
Sudah puas dia berharap dan sudah puas juga dia berdoa tetapi Lya tetap jua
memilih Zhafran. Dia terfikir sendiri, mungkinkah hatinya tidak cukup ikhlas
sewaktu memanjat doa atau mungkin juga dia tidak cukup baik untuk TUHAN memakbulkan
doanya?
Tetapi, dia ingin sentiasa bersangka baik terhadap YANG ESA. Siapa tahu
kalau doa-doanya sedang dikumpul dan akan dimakbulkan di akhirat nanti? Mana
tahu, pasangannya nanti adalah bidadari yang lebih hebat dari Lya?
Ah! dia mengeluh
lagi buat kesekian kalinya dan rasa sakit itu datang lagi mendera hatinya. Hari
ini adalah hari di mana Lya akan sah menjadi milik Zhafran, adiknya sendiri dan
sekaligus menutup terus peluang dia untuk memiliki Lya.
Lantaran itu,
dia menjadikan kerja sebagai alasan untuk lari ke bumi Pahang ini dan saat ini,
dia hanya duduk termenung di pantai Cherating menyaksikan ombak biru mencipta
buih di tepi pantainya.
“Bang,
aku tak nak bermusuh dengan kau hanya kerana seorang perempuan.” Bicara Zhafran
beberapa hari yang lepas berlegar di kepalanya.
“Bercerita
tentang Lya, semua perkara sudah tidak penting buat aku.” Hanya itu yang keluar
dari bibirnya sebelum dia meninggalkan Zhafran yang terlopong memandang
langkahnya.
Bagaimana dia ingin memujuk hati
sendiri agar melepaskan Lya tanpa sebarang bantahan? Bagaimana dia ingin
menanam rasa tidak sukanya pada Lya sedang dari sudut mana sekalipun, hatinya
tetap menyukai Lya?
Sungguh....
dia sendiri tidak mengerti bagaimana Lya itu begitu mudah masuk ke hatinya dan
mencipta satu rasa indah yang tidak pernah dia rasai selama ini.
Kalau nak dikira
teman wanitanya, sepuluh jari kaki dan jari tangan pun belum tentu cukup malah
dia juga pernah berkahwin. Tetapi, rasa indah itu tak pernah muncul di hatinya.
Pada
dasarnya, Lya itu bukanlah perempuan yang boleh dikategorikan sebagai cantik
bergaya seperti bekas isterinya tetapi cantiknya Lya itu adalah pada hati dan
tingkahnya. Lya memang nampak kasar tapi dalam kasarnya ada kelembutan yang
tersendiri. Sentiasa spontan dalam berbicara tapi ada kejujuran dari hatinya.
Copyright: Hani Fazuha/Idea kreatif
No comments:
Post a Comment