PINTU bilik Hasya diketuk. Dia yang sedang sibuk mengeluarkan
pakaiannya dari beg berodanya, terus bangun menghampiri pintu.
Kalau bukan abang, pasti Uma!
Sebaik sahaja pintu dibuka, terjengul wajah
masam Uzma.
Hasya hanya memandang temannya yang melangkah
masuk dan terus duduk di atas katil. Dia menutup pintu semula dan mula bergerak
ke sofa dua dudukan yang terletak di sebelah katilnya.
"Kenapa kau tak cakap yang kita akan
tinggal sini?" Uzma menyoal sebaik sahaja Hasya sudah mengambil tempat.
Wajahnya serius memandang temannya itu.
"Hmm... aku ingat tak penting..."
"Tak penting? Pada kau... mungkin! Tapi
bukan pada aku!" jawab Uzma tak puas hati.
"Tak kanlah aku nak menumpang rumah bujang
abang kau ni? Nanti apa pula kata orang lain? Huh!" sambungnya lagi.
"Hah sorry
ya darling. Bukan aku tinggal kau
berdua je dengan Abang Luth kat sini. Tapi... ni aku ni! Kan ada sama? Lagipun
bukannya kau orang buat benda-benda tak elok dalam rumah ni!"
Bulat mata Uzma mendengar kata-kata selamba
sahabatnya itu.
"Amboiiiii... mulut kau tu... nak kena
sungguh lah!" Marah Uzma. Namun itu je yang terluah dan termampu. Tak
pernah lebih-lebih pun.
Hasya ketawa kuat. Lucu melihat wajah marah
temannya yang langsung tidak menakutkan itu.
"Aku serius ni, Sya! Kau ketawa-ketawa
pulak," ucap Uzma sambil bibirnya diketap kejap.
"Okay! Okay!" balas Hasya.
Kedua-dua tangannya diangkat tanda mengalah.
"Macam ni... hmm... aku sebenarnya malas
nak balik ke rumah mak ayah aku. Hmm tapi... sebabnya aku tak nak cakap dengan
kau sekarang. Nantilah aku bagitahu. Lagipun aku memang suka duduk sini. Duduk
dengan Abang Luth ni memang best. Dia
sporting. Gila-gila! So aku tak boring duduk sini," terang Hasya panjang lebar.
Uzma hanya mendengar apa yang dikatakan itu.
Sedikit sebanyak penerangan Hasya itu dapat diterima akalnya. Cumanya dia tak
faham dengan sikap gadis itu mengenai kedua orang tuanya.
Namun dari pengamatannya, Hasya kelihatan
seperti ada masalah dengan mereka. Luth juga seperti ada menasihati adiknya
mengenai hal tersebut. Dia tak tahu apa yang berlaku. Dan dia tak akan mendesak
sahabatnya itu untuk menceritakannya. Mungkin akan mengguris hati mana-mana
pihak.
"Uma... boleh ye kita stay sini untuk dua bulan ni?" Hasya seakan merayu. Memohon
pengertian dan persetujuan dari si teman.
Uzma yang sedang memerhati, mengangguk perlahan.
Dia mula rasa bersalah. Sudahlah dia menumpang, nak demand bagai pula. Hish!
"Sorry,
Sya. Aku macam... hmm... demand
pulak. Sedangkan aku menumpang je kat sini. Kau dah banyak tolong aku. Aku
macam tak mengenang budi pula. Aku minta maaf ya Sya?"
"Hey Uma! Kau tak salah pun. Tak perlu nak
minta maaf kat aku. Aku cuma buat apa yang termampu je. Aku sayang kat kau. Kau
pun dah banyak tolong aku. Kau tu je yang tak pernah nak mengaku."
Hasya menjeling ke arah temannya itu. Dan tidak
lama kemudian, kedua-dua gadis itu tertawa.
"Umaaaaa..." leret Hasya memanggil
sahabatnya itu.
"Hah! Ni mesti ada apa-apa lagi yang kau
nak ni!" balas Uzma. "Nak apa?"
Hasya tersengih. Lalu dia memuncung mulutnya ke
arah satu arah.
Bulat mata Uzma memandang.
"Yelah! Yelah!" Dia menjawab akhirnya.
Lantas dia bergerak bangun dan duduk bersila di
atas karpet tebal di hujung katil. Tangannya mula ligat mengeluarkan pakaian
Hasya dan mula melipatnya.
Hasya turut sama bersila di hadapan sahabatnya
itu. Dia membantu apa yang patut. Setakat yang dia mampu saja. Lebih-lebih
nanti, pakaiannya jadi roti canai pula. Bukannya dia tahu nak mengemas. Macam
mana nak kahwin ni? Lipat baju pun tak reti! Aduh!
"Amboi amboi... pemalasnya adik kesayangan
abang ni!"
Terkejut dua orang gadis yang sedang sibuk
mengemas itu. Mata kedua-duanya memandang tepat ke arah Luth yang menjengul di
muka pintu.
Lelaki itu sudah siap menukar pakaian kerjanya.
Santai mengenakan sehelai baju-t berkolar berwarna merah dengan seluar bermuda
berwarna krim. Terserlah kulit putih kemerahan milik lelaki tampan itu.
Luth melangkah masuk ke dalam bilik adiknya. Dia
melabuhkan punggungnya di atas katil. Elok di belakang adiknya. Berhadapan
dengan Uzma yang diam menunduk. Namun, tangan gadis itu tetap ligat melipat
pakaian adiknya. Sudah hampir siap. Pantas gadis itu membuat kerja. Langsung
tak kekok! Ini... baru layak dibuat bini!
Uzma masih kusyuk dengan apa yang dilakukannya.
Hanya Hasya yang seronok berborak dan bergurau dengan abang kesayangannya itu.
Santai Luth meletakkan tangannya di atas bahu
Hasya. Bahu kecil yang boleh dipegang penuh oleh tangan besarnya itu diramas
perlahan.
"Apa lah Sya ni. Ada ke patut kain baju
sendiri suruh Uma yang buat," rungutnya.
"Tak patut betullah..."
"Alaaahhhh... orang bukannya tahu nak
mengemas ni. Mana reti! Selalunya Mak Ta yang buatkan. Orang mana pernah buat
semua ni!" Jawab Hasya manja.
"Habis tu? Selama adik di kampus, siapa
yang buatkan?"
Hasya tersengih sambil memandang Uzma yang
langsung tidak memberi apa-apa reaksi.
"Hoi! Don't
tell me... you bully this sweetie!"
Hasya masih tersengih.
"Honey?"
Selamba Luth memanggil Uzma begitu.
Merah padam wajah sang gadis mendengar cara
lelaki itu menggelarnya. Namun dia buat tak tahu je. Malas nak sahut.
Entah-entah bukan untuk dirinya. Buat malu je nanti!
"Uma?" Sekali lagi Luth memanggil.
Uzma mengangkat wajahnya. Dia memandang Hasya
yang tersengih-sengih padanya.
"Bukan aku yang panggil. Ni... cik abang
gatal ni yang panggil!" kata Hasya sambil menunjuk ke arah abangnya yang
duduk di belakangnya.
Lambat-lambat Uzma mendongak. Mencari si
pemanggil yang digelar 'gatal' oleh Hasya itu.
Luth tersengih gatal.
"Ya?" Uzma menyahut setelah lelaki itu
diam sahaja. Asyik tersengih-sengih je.
Kenapanya? Hish...!
"Ehem... Ehem..." Luth berdehem. Cuba
mendapatkan kembali nada suara yang 'hilang' dek terpesona dengan keayuan gadis
di hadapannya. Walaupun tidak secantik adiknya yang berwajah Pan-Asia itu namun
pada pandangan matanya, Uzma cukup unik.
Cantik? Sangat-sangat!
Ayu? Amat sangat!
Seksi? Err... no comment! Tak dapat tahu lagi.
Sopan santun? Ya!
Pendek kata semuanya elok pada gadis bernama
Uzma Haseena itu. Nama pun unik. Menarik! Dan hatinya dah mula tertarik. Kau
memang da bomb lah Uma!
"Ni... Sya ke yang suruh you buat ni?"
tanya Luth sambil jari telunjuknya berputar-putar menunjuk ke arah kain baju
yang sudah hampir siap dikemas oleh Uzma.
Uzma memandang temannya itu serba salah.
Hasya mengerut dahi dan seakan-akan memberi
arahan melalui pandangan matanya. Don't
tell him!
Uzma memandang pula ke arah Luth.
Luth masih tunak memandangnya.
Akhirnya Uzma mengambil langkah selamat!
Kedua-dua bahunya diangkat tanda tak tahu!
Bulat mata redup Luth melihat perlakuan Uzma
itu.
"Hah! Nak backing bestfriend dialah tu. Lagipun abang tahu... pasti Sya dah
paksa Uma buat semua ni. Bukannya abang tak tahu yang si Tengku Hasya Alina tak
pandai buat kerja rumah!" Tuduh Luth tepat mengena batang hidung adiknya
"Err... Tengku..."
Ops!
Luth terus mengangkat dua jarinya. Tanda yang
Uzma telah tersilap memanggilnya sebanyak dua kali dah.
Terus terdiam gadis itu. Dia terlupa! Hmm matilah, aku! Entah apalah hutang yang
kena di bayar nanti? Aduh! Aku dah lah kekok nak panggil dia abang atau apa.
"Yelah! Yelah! Biar Sya jelah yang mengaku.
Memang Sya minta tolong Uma pun! Dan memang selama ni Uma yang duk tolong Sya
buat semua kerja-kerja ni."
Luth menarik nafas lega. Lega bila adiknya
jujur. Bukannya penting sangat pun. Cumanya dia tidak mahu membiasakan adiknya
berbohong. Tak mahu adiknya tergolong di dalam golongan orang yang munafik.
"Sya kena belajar buat semua ni. Ni
kerja-kerja orang perempuan. Walaupun ada orang gaji, Sya kena tahu juga ilmu
ni. Hmm... macam mana nak jadi bini orang ni?" Sempat Luth berseloroh.
Menyeringai Hasya mendengar perkataan 'bini
orang' itu. Dia langsung tak pernah memikirkan tentang hal itu. Belum masanya!
Malah yang adapun belum berjaya dimiliki. Bagaimana nak punya seorang 'suami'
tu?
Uzma tertawa kecil. Lucu mendengar kata-kata
Luth itu. Seronok apabila dua beradik itu rapat dan saling bermesra.
"Uma lainlah... dah boleh jadi bini orang
dah ni. Dah cukup dah semua!"
Gulp!
Terbantut ketawa Uzma. Alih-alih dia pula yang
kena?
"Uma mana ada calon lagi lah abang!"
Hasya sukarela menjawab.
Uzma segera menjeling. Aduh! Tak cover langsung. Tak tolong member langsung lah si Hasya ni. Hish!
"Tak ada???" soal Luth tak percaya.
Dia memandang Uzma yang tajam memandang adiknya.
Tetapi Hasya buat tak endah sahaja. Malah gadis itu santai menyandar di kakinya
sambil tangan kanan diletak di atas pahanya.
"Tak ada! Memilih sangat!" Hasya masih
seronok menjadi sukarela.
Uzma yang kegeraman terus mencapai sesuatu dan
membaling ke arah temannya itu.
"Weh! Nak baling pun pilih lah barang elok
sikit! Tak kan lah bra aku pun nak
jadi mangsa ni?" Marah Hasya sambil menggenggam baju dalamnya yang
berwarna biru yang dibaling si teman tadi.
Merah padam muka Uzma apabila menyedari hal itu.
Malah bertambah bahang apabila mengenangkan ada individu lain bersama mereka.
Ya Allah!
Luth tertawa riang. Seronok melihat gelagat
kedua-duanya. Terus hilang stress
yang dirasainya. Lupa segala masalah yang timbul di pejabat.
"Tak pe... kalau tak ada... abang
ada!" ucap Luth selamba.
Wajah membahang malu Uzma makin terasa. Dengan
insiden tak semenggah itu, dengan ucapan selamba itu... ya Allah! Dia
benar-benar boleh sesak nafas. Ini baru sehari mereka bersama. Macam mana lah
kehidupannya 1 bulan 29 hari lagi selepas ni? Aduh!
MALAM itu, Luth membawa kedua-dua gadis tersebut makan malam di
KFC. Selepas makan malam yang ringkas namun penuh dengan gelak ketawa itu,
Hasya mengajak abangnya ke Tesco pula. Nak beli barang katanya.
"Hmm... Sya nak beli banyak ke? Dengan
troli segala ni!" soal Luth setelah adiknya memintanya mengambil sebuah
troli yang disusun elok di tempatnya.
Hasya yang berpimpinan tangan dengan temannya di
hadapan pantas berpaling.
Tiba-tiba dia berasa nak tergelak.
Lucu melihat abangnya yang super tampan dan bergaya tu elok menolak troli. Tahu dek Marina
a.k.a si wanita yang asyik mengaku sebagai kekasih abangnya itu mahu terjerit
terlalak. Entah apa-apa tah. Macam lah dia tu hebat sangat? Entah-entah kobis
pun tak tahu benda apa!
"A ah. Nak beli macam-macam!"
"Errr... tapi kenapa masuk bahagian
ni?" Luth masih bersoal jawab dengan Hasya. Dia langsung tak faham!
"Habis tu? Tak kanlah nak pergi bahagian
pakaian pulak?"
"Hmm bukan kau orang nak shopping baju ke?"
"Abang! Agak-agaklah. Tak kan lah nak beli
baju kat Tesco pulak? Orang beli baju kat butik-butik tau kalau dah nak paw abang. Kat sini... orang boleh beli
sendiri lah. Kalau nak paw... baik paw cukup-cukup!” Sengaja Hasya mengusik
abangnya.
"Habis tu... nak beli apa ni?" tanya
Luth lagi.
"Wahai Abang Luth yang tampan lagi
bergaya... kami ni nak cari bahan-bahan untuk dimasaklah! Tahu jelah rumah
abang tu... tak ada apa! Gula pun tak ada. Yang penuh dalam peti sejuk besar
abang tu... coklat, susu dengan air tin je. Tak berkhasiat langsung!"
bebel Hasya.
Dia memaut lengan kiri abangnya yang sudah
seiring dengan mereka. Uzma yang berada di sebelah kanan abangnya hanya diam
sahaja. Langsung tak menyampuk walau sepatah.
"Sya nak masak???" tanya Luth hairan.
Terkejut semua ada! Macam mustahil je.
Hasya menggeleng. Bibirnya mengukir senyuman
penuh makna. Tak lama... bibirnya dijuih ke arah gadis di sebelah sana.
Pantas Luth berpaling memandang Uzma yang diam
sejak dari tadi. Hanya melangkah mengikut haluan mereka berdua.
"Uma? You nak masak ke?" soal Luth
teruja.
“Boleh ke?” Uzma menyoal perlahan. Meminta izin
dari tuan empunya rumah. Nanti dikata memandai pula kat rumah orang. Manalah
tahu... orang tak suka!
“Serius?” Luth menyoal kembali.
Wajahnya kelihatan teruja. Adik yang erat memaut
lengan kirinya langsung dibiarkan. Memberi tumpuan penuh ke arah gadis di
sebelah kanannya.
Uzma mengangguk perlahan.
“Really?
Oh God! I love it! Masak sedap-sedap tau? Hari-hari I makan kat rumah. Tak
makan dah kat luar,” ucap Luth teruja.
Uzma hanya diam sahaja. Tidak membalas.
“Abang! She’s
good in cooking. Suruh je masak apa... semua Uma boleh buat. Abang sebut
je!” Hasya seperti biasa, suka benar menjadi sukarela menjawab soalan-soalan
abangnya.
“Wow! Bagus sangat tu! Dah lama kot abang tak
makan kat rumah. Rumah bonda pun bukannya bonda ada. Balik pun ada Mak Ta
dengan Pak Deris je. Huh!” sempat dia mengeluh.
Sudah agak lama dia tidak pulang ke rumah agam
orang tuanya. Bukannya sengaja... tetapi malas! Balik je bukannya ada bonda.
Asyik sibuk je. Tak habis dengan pergi melancong... dia sibuk pula dengan kelab
dan persatuan. Ayah lain... selalu sangat dah jumpa di pejabat.
“Hmm dah lah! Malas nak dengar pasal tu...”
jawab Hasya bosan.
“Jom ke sana?” Dia menarik lengan abangnya dan
menuju ke arah ruangan bahan basah.
No comments:
Post a Comment